Pages

Tuesday, March 30, 2010

sibuK sAngatkAH?

Sabda Rasulullah s.a.w. :
" Mana-mana pemimpin yang mengetuai urusan orang Islam, kemudian dia tidak bersungguh-sungguh menjalankan tugasnya, dan tidak pula menasihati mereka, tiada baginya melainkan tidak masuk syurga bersama-sama mereka " (HR Muslim)

MasyaAllah...Astaghfirullah...

Membaca jua menerima potongan hadis Rasulullah s.a.w. ini menyentap hati dan perasaan saya. Terasa lemah diri ini, kerdilnya diri ini bila mengenangkan mudahnya lalai dari tanggungjawab. Tak saya nafikan bila kadang-kadang kesibukan menghadapi urusan akademik saya lalai dari tanggungjawab saya sebagai khalifah dan daie di muka bumi Allah ni.

Benarlah, diri ini perlu selalu dianalisa. Saya perlu MUHASABAH DIRI selalu, tiap-tiap hari! Perlu ada checklist amal/tanggungjawab supaya saya tidak lagi mudah lalai especially dengan alasan SIBUK!!! sibuk sangatkah??? astaghfirullahal 'adzim...

Jadi pelik bila fikirkan tentang kesibukan diri. Saya ni bukanlah insan yang sudah berumah tangga. Saya tidak sibuk dengan suami mahupun anak-anak. Tidak sepatutnya bagi saya dan rakan2 menggunakan alasan sibuk sebagai benteng penyelamat diri. Kerana itulah, kita perlu saling dan selalu beringat...

  • mungkinkah terlalu banyak perkara lagho yang kita lakukan hinggakan kita lupa pada tanggungjawab kita yang sebenar???
  • mungkinkah terlalu banyak perkataan-perkataan sia-sia yang kita tuturkan hingga lidah tidak mampu mengucap zikrullah???
  • mungkinkah cinta kita pada dunia terlalu tinggi hingga kita lupakan kebahagiaan abadi di akhirat kelak???

Ya Allah, sebenarnya bila dianalisa, baru kusedar, jiwa manusia sepertiku sebenarnya seringkali dinoda syaitan. Aku berdoa padamu moga benteng imanku sentiasa utuh menangkis bisikan nafsu dan pujukan syaitan laknatullah.. Aku tahu mereka takkan sesekali berhenti menyesatkan anak-anak Adam.

Kau peliharalah hati-hati kami, hambaMu dalam menjalani pelayaran kehidupan di muka bumi ini. Izinkanlah kami melaksanakan tugasan selaku khalifahMu di muka bumi ini sebaiknya, menurut apa yang telah Kau perintahkan kepada kami. amin.

Sunday, March 21, 2010

Perkongsian @ Pengisian..=)

Seminggu bercuti di rumah, cukup mendatangkan ketenangan pada hati ini. Melihat wajah mak dan abah yang penyayang, sayang mereka membawa kami adik-beradik ke jalan yang diredhai Allah. Terasa nikmat usrah kurniaan Allah, dengan didikan dan asuhan maka abah, walaupun sekadar leteran dan teguran, sememangnya, saya sedar semua itu untuk mentarbiah kami agar menjadi hamba Allah yang patuh dengan segala perintah-Nya. Kadang-kadang perkongsian kisah hidup yang dilakukan oleh mak abah, menjernihkan hati yang keruh dek penyakit hati. Kerana apa??? Kerana kisah hidup mereka jauh lebih susah, payah, penuh cerita duka berbanding kehidupan kami adik-beradik hari ini. Dari situ kami mengenal dan memahami erti syukur, taat, bersungguh-sungguh dan iltizam dan yang paling penting, rasa kehambaan dan kekerdilan di hadapan Allah.

Teringat pada kisah emak yang dahulu masa pengajiannya di UK. Pernah sampai di suatu kawasan, hanya emak sahaja pelajar perempuan yang diizinkan tinggal di asrama. Yang lain semua lelaki, dari pelbagai bangsa, warna kulit dan kepercayaan. Disebabkan tiada tempat lain utk didiami, mak setuju. Dari situ, pelbagai ujian menimpa mak. Sekejap pak arab kacau, sekejap mat salleh tegur. Tapi, mak kata, mak yakin pada Allah. Mak kuatkan hati dan iman, semua ujian tu mesti mak hadapi. Beberapa hari kemudian, alhamdulillah, dengan bantuan Allah, mak dapat keluar dari kepompong yang cukup menguji itu. Mak dah dapat sebuah rumah untuk disewa..Alhamdulillah...

Dalam teksi, driver tu tanya mak, lebih kurang camni la ayat dia, saya translatekan.."em, cik tak risau ke tinggal kat situ, sorang2 je perempuan n then pakai pulak pakaian sebegini (berjubah dan bertudung labuh ..~masa tu ada peperangan n memang mereka pantang pada muslim)??? Mak menjawab dengan slumbernya, "I have Allah, the Greatest, I believe in Him." Terdiam pak cik driver tu...

Abah jarang bercerita, tapi segala lontaran ideanya pasti memukau saya, si pendengar setia. Abah, memang best bab2 bagi pendapat, sampai xleh compromise la. Memang TERBAIK punya..Seronok balik rumah, kerenah adik2 yang pelbagai, mengimbau balik zaman silam saya. "agak-agaknya, masa kecil2 dulu, saya pun nakal jugak macam diorang..huhu" . Gurau senda abah kali ini memang menjadi-jadi. Agak-agaknya, sifat 'lawyer buruk' yang ada pada kami adik-beradik ni warisan dari abah kot..mak kata xpe, yang penting jangan melampau-lampau sudah, nanti mak jentik mulut 2..anak-anak mak yang perempuan, kat rumah je eh, jangan bawak sampai ke sekolah, ke maktab..

Syoknya balik rumah..=)

Bila dah balik semula ke maktab ni, fokus terus berubah.

Fokus pada assignments..
Fokus pada studies..
Fokus pada sahabat2..;-)

Hm, bila balik maktab nih, baru la nampak..banyaknya tanggungjawab yang memerlukan komitmen yang tinggi. Klu diikutkan, xtaulah masa yang ada ni cukup ke tidak tuk tampung semua tanggungjawab yang ada.

" La yukallifullahu nafsan illa wus'aha.."saya pujuk diri, ingatkan diri bahawa semua itu xkan datang melainkan kemampuan yang saya ada.

Yang PENTING, saya nak ingatkan diri saya dan kawan2...

  1. ILTIZAM untuk melakukan sesuatu yang baik mesti tinggi..
  2. KEBERGANTUNGAN kepada Allah, mesti seiring dengan usaha-usaha yang dilakukan...(kerana Allah itu Maha Pengasih, mudah-mudahan, kita dikurniakan kemudahan dalam melaksanakan tanggungjawab)
  3. Jaga hak Allah..mudah-mudahan hak kita juga dipelihara..
  4. Tingkatkan ilmu dengan pembacaan yang ilmiah
  5. Hiasi diri dengan akhlak yang mulia, sejuk mata-mata orang yang memandang
  6. Hadapi masalah dengan tenang, kerana kita sebenarnya mampu! Anggaplah masalh itu sebagai tarbiah dari Allah.
  7. Ikatlah hati kita dengan ibubapa melalui doa yang x putus2..moga Allah, rahmati kita dan juga mereka. Moga Allah pelihara mereka diluar kemampuan kita memandangkan diri kita yang jauh dari mereka.
  8. Ikatlah hati kita dengan sahabat2 juga melalui doa, moga persahabatan kita menguatkan lagi cinta kita kepada Allah. Kita risau kerana banyak persahabatan hari ini yang melalaikan kita dari mengingati Allah.

Oleh itu sahabat, ayuh kita pasakkan dalam hati untuk menjadikan hari-hari dalam hidup kita sebagai ibadah yang berterusan kepada Allah. Berdoalah semoga Allah memandu kita dalam menjalani kehidupan seharian. Biarlah di dunia ini kita perit menangkis hasutan syaitan dan tohmahan manusia, asalkan di akhirat kelak, kita nikmati kemanisan redhanya kita pada Allah dan Allah juga redha pada kita, insya-Allah..

Thursday, March 18, 2010

expressing...

Aku rindu pada sahabat,
sahabat yang menjadi penawar duka,
pengubat lara,penambah ceria...
Dia yang sering mengingatkan aku pada nikmat dan azab-Nya
Dia yang sering memandu aku pada jalan kekuatan
kini, Allah menarik sedikit nikmat itu..
UJIAN ALLAH...tabahlah duhai hati...

Friday, March 12, 2010

uish, KAHWIN DULU!!!

Petikan dari : http://www.halaqah-online.com/

Dan janganlah kamu mendekati zina, itu sungguh perbuatan keji, dan suatu jalan yang buruk,
surah al-isra’ ayat 32.

Bismillah, saya mulakan dengan ayat yang paling popular keluar ketika menegur couple, tak kiralah yang couple itu couple Islami atau coule kafirin, yang jelasnya couple sebelum nikah mengundang celaka, bahaya dan zina.

Kahwin Dulu. Ya, kahwin dulu. Baru boleh pegang, baru boleh usap. Setelah nikah, mencium tangan lelaki yang bergelar suami adalah halal dan mendapat pahala, berbeza jika tak nikah lagi, sentuh secara sengaja pun dah berdosa, apatah lagi membelai dengan penuh manja.

Pastinya setiap kita punya perasaan cinta, cinta sesama manusia, haiwan dan alam. Malah perasaan cinta yang dikurniakan Allah kepada setiap jiwa manusia membuatkan alam ini dapat terus dihuni dan diduduki dengan baik. Tanpa ada cinta, sama-sama manusia tidak henti-henti bergaduh dan berbalah, memusuhi mengkhianati, membinasakan apa sahaja yang sedapatnya oleh tangan-tangan manusia.

Perbuatan jahat manusia ini sebenarnya sudah dapat dihidu oleh para malaikat lagi, ketika mana Allah memberitahu malaikat bahwa ingin menjadikan manusia khalifah di bumi, lantas malaikat menjawab, Apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah di sana, sedang kami bertasbih memujiMu dan menyucikan namaMu?

Allah berfirman, Sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui. Sila rujuk albaqarah ayat 30.

Begitulah, kalau kita dapat lihat ada manusia yang patuh dan ada pula yang ingkar pada perintah Tuhan.

Saya katakan tadi, bahawa setiap kita ada perasaan cinta. Untuk direct to the point, secara normalnya, yang lelaki pasti punya tarikan kepada perempuan, manakala perempuan punya tarikan pada lelaki. Itu fitrah yang dijadikan Allah buat makhluknya yang punya akal dan nafsu.

Itulah yang menjadikan Adam rasa kesunyian dan ketika mereka dicampakkan Allah ke muka bumi, mereka terus memanggil antara satu sama lain, perasaan cinta itu tetap hadir walau berjauhan, walau menerima balasan dari Tuhan. Tuhan Maha Pengampun, Allah mengampunkan mereka dan akhirnya mereka bertemu di padang Arafah. Subhanallah. Syoknya apabila cinta itu hadir dalam keadaan diredhai Tuhan.

Bertapa seronok lagi, apabila cinta itu dihadiri dengan keberkatan, ia cinta Islami, membunga dan bersemi selepas terucapnya lafaz akad nikah. Ia mengahalalkan begitu banyak perkara yang sebelum akad itu, haram di sisi Tuhan. Pegang, rasa, cium, usap, belai dan apa sahaja yang terfikir di otak anda. Ia cukup indah dan untuk mendapatkan lesen halal itu, pastinya begitu banyak halangan dan cubaan yang mendatang.

Tetapi yang tak bijak, ialah apabila menyalahgunakan perasaan cinta yang diberi Tuhan, ada manusia yang ingkar dan sembah derhaka kepada Tuhan. Sembah derhaka pada Tuhan pastinya berdosa, dan dibalas neraka kalau tidak bertaubat. Mereka yang menyalahgunakan perasaan cinta ini, mereka menjadikan cinta kepada manusia melebihi dari cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad. Maka, mereka orang yang merugi. Perhatikanlah firman Allah dalam Surah attaubah ayat 24

Katakanlah jika bapak2mu, anak2mu, sdara2mu, isteri-isterimu, keluargamu……..lebih kamu cintai dari Allah dan rasulNya, serta berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah memberikan keputusanNya. Dan Allah tidak member petunjuk kepada orang-orang fasik.

Sayangnya, mereka tidak meletakkan timbangan cinta yang sebenar, meletakkan cinta makhluk melebihi cinta Tuhan, maka mereka akan terus diburu syaitan dan syaitan dipercayai akan terus menggoda mereka sampai mereka sesat dan terus sesat sejauh-jauhnya. Apabila sesat, untuk kembali ke jalan kebenaran cukup payah sekali, ia memerlukan masa yang cukup panjang, tarbiyah yang cukup hebat, bimbingan murobbi yang mantap dan bantuan sahabat yang benar-benar ikhlas. Unsur inilah yang membantu mereka yang telah terpesong jauh ini untuk kembali kepada Allah, Rasul dan Jihad.

Bagusnya, ada beberapa kelompok manusia dan seringkali memuhasabah diri mereka, mencari yang halal lagi baik, mereka memperhatikan bagaimanakah calon pilihan yang terbaik untuk dijadikan isteri atau suami. Bukan main sebat sembarangan. Kelompok manusia yang baik inilah, yang kemudianya Allah mengurniakan mereka pasangan yang baik dan elok agamanya bagi dijadikan teman di dunia serta bidadari di akhirat kelak.

Perempuan yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat, lelaki yang jahat adalah untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik, perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.

Begitulah janji Tuhan. Siapa yang tidak mempercayai kenyataan di atas, maka gugurlah keimanannya kepada Allah kerana ia jelas firman Allah dalam Qur’an. Bila tidak percaya pada Qur’an, maka ia menolak firman Allah, bila ia menolak firman Allah, ia menolak ketaatan kepada Rasul, maka berderailah keimanannya kepada Allah, Rasul, dan Qur’an. Tidak cukup 3 rukun dari 6 rukun iman, maka tidak termasuklah ia ke dalam golongan yang beriman. Carilah bumi lain selain bumi Tuhan jika tidak mahu percaya akan Tuhan.

Saya pastinya ingin menjadi lelaki yang baik untuk memperoleh perempuan yang baik. Begitu juga anda bukan?

Masih saya ingat ketika membuka buku Tarbiyatul Aulad( pendidikan anak2), tulisan Abdullah Nasih Ulwan yang saya beli dari seorang sahabat di UTM Skudai Ramadhan lepas, saya bawa pulang buku itu untuk dibaca di bilik. Ketika seorang ikhwah pertama kali membelek buku itu, dia menemukan satu hadis sahih yang terpilih, yang saya anggap pada mulanya hanya satu kata-kata hikmah, bahkan, ia bukan sahaja satu kata hikmah, malah hadith sahih dari Nabi, diriwayat oleh Imam Muslim.

Dunia adalah perhiasan, dan seindah-indah perhiasan adalah wanita solehah.(Muslim)

Hadith itu membuatkan saya terfikir dan terus berfikir, menantikan jawapan siapakah perhiasan terbaik buat diri saya, yang dapat bersama saya memakmurkan bumi Tuhan dengan anak-anak soleh dan solehah. Kemudian, kami sekeluarga bersatu dalam jamaah orang Islam, menjulang kalimah Tuhan, kalimah Toyyibah, LAILAHAILLAH. Dengan keluarga itu, ia membentuk masyarakat yang berpegang dengan Islam, dengan masyarakat Islami tadi membentuk sebuah Negara yang Islam lalu Negara-negara Islam ini bersatu membentuk Daulah Islam. Baldatun Toyyibatun Warabbun Ghafur.

Ketika itu, Islam Gemilang, umat Islam tiada ketakutan melainkan ketakutan kepada siksa Allah di hari kiamat kelak.

Isteriku saat itu, dia ialah perhiasan terbaik buatku, tanpa hiasan palsu di dunia pun, cukuplah memandangnya sebagai penyejuk jiwa, memandang anak-anak hasil susuannya sebagai penenang hati. Isteriku itu yang menyeruku untuk berjuang di medan jihad, lantas memberikan daku izin untuk meninggalkannya buat sementara, sebelum kami berjumpa semula di hari akhirat kelak.

p/ss:- penulis asal petikan ini adalah seorang lelaki, ye...

>> moga aku dan kamu peroleh manfaat dan redha-NYA...ayuh kita kejar cinta Ilahi!!!

Sunday, March 7, 2010

KEM ANAK SOLEH

Bersama kita isi masa anak2 kita dengan program2 yang bermanfaat...InsyaAllah..=)

Sponsored by

Maklumat Lanjut : sila rujuk website http://www.pakatmaibeli.blogspot.com/
ATAU
hubungi Ust. Hafiz - 013 7120399/ 013 3575978

Monday, March 1, 2010

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN
UTK MAK & ABAH TERCAYANG...

(2 March 2010)

It's already 19 years, the age of me..
da sweet couple everafter
da most ideal partners everafter
da best parents to us (dlah, mirah, arif, ammar, n azhar)
da most valuable gift from Allah!!!

May our baitulmuslim,
contribute towards Islam's survival...

May our baitulmuslim
produces best muslim personalities

May our baitulmuslim
produces the warriors for our deen

May our baitulmuslim
obtains BLESSINGS from Allah...

amin...

Saturday, February 27, 2010

Iltizam dalam Perjuangan

Tiada yang mudah dalam berjuang. Kalau mudah mesti ramai yang sertainya. Bila ramai, pasti mudah. Bila mudah, takkan ada istilah ujian sebagai kifarah dosa mahupun ujian sebagai tarbiah dari Allah. Bila mudah, semua orang boleh terima. Bila mudah, semua orang suka. Tapi, bila orang ambil mudah, lain pula jadinya!!! Itulah perjuangan. Perlukan ILTIZAM yang tinggi dalam kalangan ahlinya.

Bagaimana untuk ILTIZAM???

Perlu faham hadaf perjuangan. Untuk apa kita berjuang? Untuk diri sendiri, masyarakat atau negara semata? Untuk Agama??? Fahamilah perjuangan itu berlaku demi menegakkan Islam sebagai ad-deen.

Berjuanglah dalam jemaah. Jangan pula berseorangan. Bila seorang, mudah goyah. Kurang pemangkin semangat. Longgar struktur pertahanan. Dan pelbagai kemungkinan lagi. Sukar untuk dijelaskan, tetapi lebih mudah bila ramai, saling melengkapi antara satu sama lain. Yang berat akan terasa ringan, yang banyak akan terasa sedikit, yang sukar terasa mudah, dengan barakah dan izin dari Allah.

Dekatkanlah diri dengan Allah. Apa guna semangat yang ada jika tidak dialasi dengan hubungan yang kuat dengan Allah. Semangat itu mungkin akan luntur sekiranya hilang tempat pergantungan. Jadi, pergantungan yang tinggi perlu diletakkan pada Allah, mudah-mudahan bila kita terasa lemah, kita tidak goyah. Bila terasa kuat, bertambah-tambah rasa syukur kita pada-Nya. Hubungan yang kuat dengan Allah akan memelihara keikhlasan hati dan keiltizaman kita dalam berjuang. Allah Maha Mengetahui akan segala sesuatu..jadi mengapa kita pinggirkan-Nya???

Pilihlah sahabat yang baik. Sahabat adalah elemen yang penting. Sahabat pemangkin semangat. Sahabat tempat berkongsi suka dan duka. Tanpa sahabat di sisi, perjuangan terasa kosong dan susah, berat. Pilihlah sahabat yang baik. Yang dengannya, bertambah kecintaanmu pada Allah, bertambah keiltizamanmu dalam perjuangan. Biarlah dia, sahabatmu itu yang sering mengingatkan dikala terleka, menegur di kala alpa dan menunjuk di kala buntu. Sahabat itu cermin diri, maka pilihlah yang baik, moga dirimu juga baik...

Peliharalah amalan-amalan baikmu. Pelihara dan tingkatkan kualiti amalan dengan keikhlasan dan komitmen yang tinggi. Muhasabah diri selalu dan lakukan pembaikan. Mudah-mudahan dengan itu kita menyedari kelemahan dan memperbaikinya...

wallahu a'lam.

Wednesday, February 24, 2010

cerita hati~

Ya Allah, aku teruji hari ini...
Tarbiah-Mu menyuntik hati dan perasaanku..
dengan pandangan mata hati kurniaanmu,
aku merasakan diriku begitu kerdil, lemah x berdaya...
aku insan lemah, mudah melakukan dosa..
Ya Allah, perasaan apakah ini?
Kuatkanlah, tabahkanlah hatiku...
Tiada daya dan upaya melainkan dengan keizinan-Mu...

Tuhan, lama aku gelintar
cari arah cahaya menerangi gelita

Indahnya hidayah-Mu
sinari ruang kalbu
gugur air mataku
syukuri nikmatMu

oooh Tuhan
pimpinlah hati ini
untuku menghayati
oooh petunjukMu

Walau diuji kesabaranku juga keimananku
Tidak tercabar keyakinanku pada janji-janjiMu
Telah bersujud di hadapanMu
meraih cintaMu
sepenuh jiwa aku serahkan
hanyalah untukMu

Betapa ku bersyukur
dengan hidayah yang Kau berikan
semoga selamanya, aku
kekal di jalanMu...

" Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia.
Kau tetapkanlah hatiku.
Kurniakanlah daku hidayah dan taufiq-Mu.
Moga aku menjadi hamba-Mu yang cekal, tabah dan sabar."

Tuesday, February 23, 2010

Semalam, saya dengar kuliah maghrib, penyampaian oleh ustaz Mazlan. Beliau menyampaikan kuliah maghrib berdasarkan sebuah kitab yang diberi nama Himpunan Hadis Modal Insan. Beliau menyentuh tajuk amanah...

AMANAH???

ye, amanah...Nampak mudah, dan memang selalu kita dengar, especially bg saya dan rakan2 yg menceburkan diri dalam arena perguruan ini. Namun, fahamkah kita secara terperinci apa itu amanah dalam konteks kehidupan kita?

AMANAHLAH KEPADA ALLAH.. Bagaimana???

Kita menunaikan segala hak Allah. Jagalah solat. Solatlah penghubung antara kita dengan Allah, sebagai tanda kerdilnya kita yang hanya hamba kepada Allah. Tahu atau tidak bahawa perkara pertama yang disoal diakhirat adalah SOLAT??? Kesempurnaan solat itulah tandanya sejauh mana tahap amanah kita..

Bukan itu sahaja, telus dan tuluslah dalam melaksanakan segala perintah Allah. Jangankan pula kita melaksanakan sesuatu tuntutan itu kerana pandangan manusia. Duhai sahabat, redha siapakah yang kita cari? Pastinya redha Allah...Adakah kita suka sekiranya solat kita itu dilambatkan semata-mata kerana urusan dunia, demi kepuasan manusia? Apakan pandangan Allah? Di manakah kedudukan kita disisi-Nya? Ingatlah, "sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu (wahai manusia) adalah orang yang paling bertaqwa di sisi-Ku"

Tuntutan Allah pada kita, bukan sekadar solat dan puasa malahan seluruh aspek kehidupan kita. Bagaimana adab kita dalam pergaulan. Adakah kita benar-benar telah memelihara batasan dalam pergaulan? Adakah kita benar-benar memelihara syariat dalam setiap mesej yang kita kirimkan (kadang kala maksiat pula yang kita lakukan..)? Bagaimana pula tuntutan Allah terhadap kita untuk melaksanakan tanggungjawab sebaiknya sebagaimana yang telah diriwayatkan bahawa " setiap daripada kamu adalah pemimpin dan paastinya akan disoal kembali tentang pimpinannya"? Mungkin sbg bapa, ibu, suami, isteri, ANAK, PELAJAR, RAKAN SEBAYA??? Adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebaiknya? Amanahkah kita sekiranya kita gagal dalam melaksanakan syariat Allah dalam kehidupan kita???

Amanah Allah dalam kejadian kita sbg manusia

Telah Allah firmankan dalam al-Quran bahawa Allah jadikan kita manusia di muka bumi ini sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi. Ingatkah kita pada sumpah ikrar kita kepada Allah sebelum dimasukkan ke dalam rahim ibu? Benarkah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini dengan sebaiknya? Sahabatku, kita memang mudah tunduk dan amanah pada tuntutan manusia ( namun itu hanya redha manusia semata). Jarang sekali kita renungi sejauh mana amanah kita terhadap hak-hak Allah.

Ayuh sahabat, kita koreksi diri, adakah kita benar-benar amanah kepada Allah???

Semoga kita tidak rugi di akhirat kelak...amin.

Ya Allah, sedarkanlah aku dikala aku terleka...

Friday, February 19, 2010

hamzah asadullah

Saidina Hamzah telah pulang ke rahmatullah dengan sumbangan yang amat besar buat Islam. Beliau syahid dalam perjuangan menegakkan kalimah Lailaha illallah.
Bagaimana dengan kita? Insan yang jauh bezanya berbanding beliau.
Insan kerdil yang entah pernah atau tidak menyumbang untuk agama.
Kalau pernah, tidak kita ketahui sejauh mana butir keikhlasan di sudut hati kita.
Ayuh, sahabatku...
Marilah bersama-sama kita menghabiskan sisa hidup yang ada ini dengan berbakti kepada agama kita, agama Islam.
Moga hidup kita ini peroleh rahmah dan maghfirah, insyaAllah.