Pages

Saturday, January 29, 2011

LAGI SAYANG, lagi diuji...

"Abang, betul ke kalau Allah sayang kita, Dia akan uji kita dengan banyak ujian?" satu soalan singgah ke peti masuk mesej telefon saya.

"Macam mana kalau tak betul?"

Kepada adikku, inilah jawapan abangmu.

Adikku,

Apabila kamu persoalkan kasih sayang manusia kepada kamu, maka abang sangat berlapang dada bahawa manusia ini memang terlalu nipis lapis kasih dan sangat kecil pula kotak sayang yang mereka miliki. Banyak terjadi bayi kecil dibuang ke serata pelusuk yang tidak layak, para pemimpin pula sibuk mengeringkan tabungan rakyat laksana buaya lapar yang dahagakan mangsa.

Tetapi yang kamu persoalkan ini adalah kasih sayang Tuhan-Mu. Dia yang dengan jelas menyebut diri-Nya sebagai Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani, di setiap surah di dalam Al-Qur'an. Adakah sejak abang ke sini lantas kamu juga meringankan tilawah yang wajib ini?

Jika benar, maka mari abang mengajakmu supaya kita sama-sama menyelak kembali lembaran suci yang setiap ayatnya membersihkan jiwa ini. Perhatikan, bahawa Allah telah memberi peringatan kepada kita dengan firman-Nya:

"Dan apabila Kami beri manusia merasai sesuatu rahmat, mereka bergembira dengannya (sehingga lupa daratan); dan jika mereka ditimpa sesuatu bencana disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka berputus asa. Mengapa mereka bersikap demikian?) dan mengapa mereka tidak melihat (dengan hati mereka) bahawa Allah memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya (sebagai cubaan adakah orang itu bersyukur atau sebaliknya), dan Ia juga yang menyempitkannya (sebagai ujian sama ada diterima dengan sabar atau tidak)? Sesungguhnya hal yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang beriman." [B](Surah Ar-Rum: 36-37)[/B]

Ujian Kesempitan Adalah Hasil Kecuaianmu

Adikku,

Apakah rasamu mendengarkan ayat Alllah di atas? Tidakkah kamu melihat kesenangan dan kemudahan hidup sebagai ujian Allah, sama seperti kesempitan hidup yang kamu dakwakan sedang Allah timpakan kepada kamu sekarang?

Fikirkan juga wahai adikku, semua kesusahan yang kamu deritakan ini hanyalah [B]berpunca dari kelalaianmu sendiri.[/B] Kamu gagal mendapatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaanmu, bukankah itu natijah dari kemalasan dan kekurangan strategimu dalam mengulangkaji pelajaran? Atau kamu masih angkuh menafikannya?

Kemudian, kamu sibuk mengatakan ummi asyik marahkan kamu, kawan-kawan pula gemar menaikkan darahmu, kenanglah semula wahai adikku. [B]Sejauh mana kamu berakhlak dengan mereka? Apakah kamu benar-benar berlaku adil dengan mereka?[/B] Bahkan sekalipun kamu sudah berakhlak sebaiknya dengan mereka, sepatutnya kamu ingat kepada baginda Nabi sebagai manusia yang luar biasa akhlaknya tetap juga dilukai manusia.

Namun, jika ujianmu benar terlalu berat, tiada apa yang dapat abang nasihatkanmu melainkan mengajakmu supaya sentiasa bersabar. Bersabar, bersabar, dan teruslah bersabar kerana untuk orang-orang yang bersabar, ganjarannya adalah seinfiniti pahala. Itu janji Tuhan. Bersabarlah kerana deritamu ini sangat sedikit berbanding kehidupan akhirat nanti. Adakah dapat kamu bayangkan kesusahan dunia sekitar empat, lima tahun, puluhan tahun sekalipun jika dibandingkan dengan kebahagiaan akhirat yang tahunnya tidak akan habis?

Hidup ini bukanlah selama-lamanya, bahkan bukan lama pun. Apabila kamu sudah merasai kehidupan, maka bersedialah pula untuk mati. Ingatlah kepada kematian, fikirkanlah tentang akhirat, kamu akan insaf nanti.

Ujian Ini Nikmat Keimanan

Adikku, tidakkah kamu mengaku bahawa kamu ini orang beriman. Sedangkan jika benar, pastinya kamu pernah mendengar firman Allah ini,

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta." (Surah Al-Ankabut: 3-4)

Sekarang, persoalkan dirimu sendiri, mana bukti keimananmu? Adakah layak kamu mengaku beriman kepada Allah, kepada rasul-Nya, sedangkan kamu tidak yakin bahawa ujian ini daripada-Nya untuk menguji keimananmu?

Para sahabat nabi, mereka membenarkan iman mereka dengan menyediakan leher-leher mereka di medan perang untuk mengembangkan Islam. Bahkan seluruh para tabiin, hidup mereka tiada keseronokan melainkan dalam keasyikan bersama ujian dan tarbiyah daripada Allah. Maka jika ini menjadi bukti keimanan mereka, mengapa kita tidak sanggup membuktikan keimanan dengan menghadapi ujian hidup ini bersama kesabaran terhebat yang mampu kita persembahkan?

Alangkah Baiknya Bahawa Yang Mengatur Adalah Allah

Adik, hidup kita semalam, pagi tadi, dan sekarang Allah yang atur. Malah kalau kita mati sekejap lagi, itu pun Allah yang atur. Bukankah sangat baiknya hidup kita ini yang mengaturnya adalah Allah?

Atau fikirmu bahawa kamu sendiri dapat mengaturkan hidupmu dengan cara yang kamu sendiri mahu? Urusan kebahagianmu kamu uruskan sepenuhnya, tanpa cahaya petunjuk daripada Allah. Begitukah yang kamu mahu?

Jika kamu menjawab tidak, maka kembalikanlah keyakinanmu. Tuhan tidak mengujimu dengan sia-sia. Bahkan dia merancang untuk kamu kebaikan yang tidak dapat kamu bayangkan.

Pernah suatu hari Saiyidina Umar datang menghadap nabi dengan membawa beberapa orang tawanan. Di antara para tawanan itu terlihat seorang wanita sedang mencari-cari, lalu apabila dia mendapatkan seorang bayi di antara tawanan, dia terus mengambil bayi itu lalu mendakapkannya ke perut untuk disusui.

Lalu Rasulullah saw. bersabda: Bagaimana pendapat kamu sekalian, apakah wanita ini akan melemparkan anaknya ke dalam api? Para sahabat menjawab: Tidak, demi Allah, sedangkan dia mampu untuk tidak melemparnya. Rasulullah saw. bersabda:Sungguh Allah lebih mengasihi hamba-Nya daripada wanita ini terhadap anaknya.

Adik, ummi sayangkan kamu pun tidak sampai 0.001 peratus daripada Tuhan sayangkan kamu!

- Artikel iluvislam.com

Thursday, January 20, 2011

Dia yang datang kerana-NYA

Bismillahirrahmanirrahim...

Allah, hari-hari yang kulalui semakin hari semakin getir
Semakin lama semakin banyak likunya,
Semakin dipendam semakin parah,
semakin disimpan semakin terbeban...

Itulah yang mampu saya lakarkan tentang kehidupan selama ini. Yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Tak kisahlah ia sesuatu yang buruk mahupun baik. Semua itu aturan-NYA, kerana DIA Maha Mengetahui akan segala yang terbaik buat kita semua. Jadi, segala kerunsingan, masalah, bebanan, eloklah kita hadapkan pada-NYA. Ujian sebenarnya adalah formula untuk kita dekat pada-NYA. DIA sumber ketenangan & kebahagiaan. DIA sumber inspirasi. Pada DIA ada segala penyelesaian. Itulah DIA, ALLAH Yang Maha Hebat..ALLAHUAKBAR!

Bersahabat, pasti ada likunya. Pasti ada pasang surutnya. Berjuang takkan mudah tanpa sahabat. Persahabatan pula takkan sunyi dari unsur-unsur pergaduhan. Itu lumrah. Terpulang pada kita bagaimana untuk mengurusnya. Berjuang & Bersahabat, sama-sama penting. Hati perlu diurus dan disediakan sebaiknya bagi menghadapi segala kemungkinan. Ye.. Hati itulah puncanya. Yang tak baik eloklah dipinggirkan saja. Yang baik, terimalah sedalam-dalamnya.

Sahabat...
Takkan ceria hidup ini tanpamu
Takkan terpandu diri ini tanpa peringatan darimu
Takkan terubat gelora hati tanpa nasihatmu

Sahabat...
setiap detik kita berselisih
Setiap detik itulah fikiran & hati terasa letih
Jiwa & Iman meringkuk sedih
Hidup terus sunyi dari semangat yang tinggi
Semua itu hadirnya bersama sahabat di sisi
kerana itu aku begitu mengharapkanmu menyuntik inspirasi

Ukhuwah kita diikat fillah
Hati kita bertaut di jalan Allah
Tiada lain asbabnya kita hidup bersama
melainkan kerana kalimah LAILAHAILLALLAH..

Justeru
ingatlah sahabatku
salah kita biarlah sama-sama kita betulkan
sangka kita biarlah yang terbaik kita letakkan
gaduh kita mungkin membantutkan matlamat perjuangan
rajuk kita mungkin menyesakkan gerakan
persahabatan kita punya misi
aku perlu kamu
maafkan aku

moga ukhuwah kita dirahmati-NYA..

Mana mungkin liku-liku ini dapat kulalui tanpamu
Langkah terasa berat tanpa dirimu disisi
Cakapku terjerat bila kau jauh dariku
Kerana aku betul-betul perlukanmu dalam meniti jalan ini
Engkau bukan siapa-siapa melainkan teman dakwahku.
Doakan aku,
temankan aku,
Hiburkan aku dengan ayat-ayat cinta-NYA..
Moga Allah memeliharamu..amin.

Sunday, January 9, 2011

HE or him???

Nukilan peringatan buat diri & sahabat...

Setiap orang ada perasaan ingin mencintai & dicintai. Memang sukar untuk disangkal. Hidup dalam kondisi mencintai & dicintai itu tersangatlah indah & sudah pasti menjadi dambaan semua yang bergelar manusia. Siapa yang ingin hidup dalam situasi dibenci???

Saya melihat kerenah masyarakat di sekeliling saya. Bagaimana mak & abah bahagia, atok & wan menjalani kehidupan sebagai suami isteri sehingga ke usia tua, senior-senior yang mendirikan rumah tangga.. Semuanya melalui fasa mencintai & dicintai..

Ada juga dalam pemerhatian saya kawan-kawan yang selesa dilemma rasa cinta pada 'si dia'. Entahla..kadang-kadang jumpa di kafeteria, di kedai-kedai makan, shopping mall, stesen bas, lake garden..hurmm..itu pun sebahagian daripada tajuk perbincangan kita hari ini...

Namun, sekadar itu sahajakah pendefinisian mencintai & dicintai???

Terlalu kecil skopnya.. Hari ini, ayuh kita luaskan pandangan & pemahaman kita..

Kebahagiaan mak & abah, atok & wan serta senior-senior saya seperti yang dinyatakan di atas adalah berlandaskan ikatan yang sah manakala apa yang dilalui oleh kawan-kawan pula adalah sesuatu yang perlu kita fikir & renungkan..Agaknya, perlu juga kita gunakan sistem SWOT dalam menganalisa perkara ini...

Sebenarnya tak perlu pun. Kita perlu ada pendirian yang tetap dalam hal ini. Kita perlu faham apa yang dikatakan di dalam al-Quran " Janganlah kamu mendekati zina"..MENDEKATI ZINA ye, bukan BERZINA... Mendekati pun ditegah.. Jadi, berjalan-jalan berdua di shopping mall, makan-makan berdua di kafe tu, bergayut dengan handphone itu adalah lorong-lorong yang mendekatkan kita dengan zina. Jangan pula kita lupa bahawa syaitan itu sentiasa menjalankan tanggungjawabnya untuk menyesatkan anak-anak Adam.

Mereka yang melaksanakan aktiviti sedemikian dalam keadaan telah diijabkabulkan mendapat pahala tetapi, andai kata kita yang membujang ini yang melakukannya, DOSA la kita.. Kita tiada apa-apa ikatan yang sah, malah menabur fitnah pula..

Sahabat-sahabat, kawan-kawan, adik-adik, kakak-kakak...

Sebenarnya kita boleh menyalurkan cinta. Cuma perlu kena pada tempatnya. SASARANNYA PERLU TEPAT. Yakinkah kita bahawa cinta sejati itu adalah CINTA KEPADA ALLAH? Cuba kita lihat, renung, & fikir, siapakah yang telah menjadikan ibu, bapa, adik, kakak, abang & semua orang yang kita sayang??? Siapakah yang telah menimbulkan, memberi rasa cinta kepada kita??? Siapa yang telah menganugerahkan rasa sayang terhadap individu-individu tersebut buat kita???

Sudah pasti ALLAH. DIALAH Pemilik segala Cinta. DIALAH yang menganugerahkan perasaan cinta. Kenapa kita gunakan rasa cinta itu pada perkara yang tidak disukaiNYA? Sombong & bongkaknya kita bila bertindak demikian. Kita memang jarang sekali sedar, kerana kita seringkali membelakangkan hal-hal yang berkaitan denganNYA. Apa yang diutamakan hanyalah nafsu semata... Allah...lemahnya kita.

Kadang-kadang kita tahu, tapi kita bertolak ansur pula pada kemahuan nafsu. Kadang-kadang kita sedar, tapi kita lebih selesa untuk tidur tanpa bangun, terus lalai dalam mainan iblis dan syaitan. Lebih selesa bergelumang dengan maksiat dengan 1001 alasan yang sudah pasti memenangkan kehendak hati dan perasaan yang berpusatkan nafsu...wa'na'uzubillah..

Indahnya cinta orang-orang yang beriman. Telah disebutkan dalam surah al-fajr, dimana mereka (orang-orang yang beriman) itu, kembali kepada Allah dalam keadaan mereka meredhai & Allah jua meredhai mereka. Itulah cinta sejati. Cinta yang menemukan hamba dan Penciptanya. Hidup mereka sudah pasti dihiasi dengan ibadah buat bekalan menghadapNYA.

Bolehkah kita bercinta & beribadah dalam 1 masa???

Boleh.. Kalau pasangan suami isteri, setiap apa yang mendatangkan keselesaan & kegembiraan buat keduanya, itu dikira ibadah dan diberi ganjaran pahala. Sebagai contoh, suami menyuap isteri, & isteri pula mengurut suami. Kalau anak, menyerlahkan rasa kasih & sayang mereka kepada ibu & bapa. Jika sahabat, memberi seluruh hak sahabat dengan penuh amanah, membantu di kala susah, menegur di kala leka. Boleh, selagi mana semua itu dilakukan dalam usaha mendapatkan redha Allah & mengikut syariat yang telah ditetapkan.

Ayuh kita buka minda. Kita hidup dalam era penuh kemajuan. Mengapa tidak kita update pemikiran, pemahaman, & tingkah laku kita menurut apa yang ditetapkan dalam ISLAM? Kalau status facebook boleh di'update, iman juga boleh di'upgrade...PERCAYALAH, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan, panduan dari-NYA, insyaAllah...

Saturday, January 8, 2011

you came to me

Tak dapat dinafikan bahawa saya juga antara peminat muzik. Saya sukakan lagu-lagu yang membuai-buai fikiran & perasaan, apatah lagi yang menimbulkan rasa tenang & relax untuk diri yang kadang-kadang dilanda gundah. Kali ini SAMI YUSUF cukup memukau hati saya dengan lagunya 'YOU CAME TO ME'. Cukup membuai, cukup memujuk, cukup memberi motivasi. Ayuh, saya berkongsi lagu ini dengan sahabat-sahabat pembaca..hayatilah dan renungilah liriknya..

VERSE 1

You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away

Showed me the right way, the way to lead

BRIDGE 1

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

CHORUS (x2)

VERSE 2

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

BRIDGE 2

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you

CHORUS (x2)

MIDDLE 8

Showed me right from w rong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

You came to me
In that hour of need
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH

BRIDGE 3

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

CHORUS (currently X2)

FINALE
Showed right from wrong
showed me right from wrong

Subhanallah..Allahu Akbar..(^-^)

Tuesday, January 4, 2011

MUWASAFAT TARBIYAH

1. Salimul Aqidah

Aqidah yang bersih (salimul aqidah) merupakan sesuatu yang harus ada pada setiap muslim. Dengan aqidah yang bersih, seorang muslim akan memiliki ikatan yang kuat kepada Allah Swt dan dengan ikatan yang kuat itu dia tidak akan menyimpang dari jalan dan ketentuan- ketentuan-Nya. Dengan kebersihan dan kemantapan aqidah, seorang muslim akan menyerahkan segala perbuatannya kepada Allah sebagaimana firman-Nya yang artinya: ‘Sesungguhnya shalatku, ibadahku, hidup dan matiku, semua bagi Allah Tuhan semesta alam’ (QS 6:162). Karena memiliki aqidah yang salim merupakan sesuatu yang amat penting, maka dalam da’wahnya kepada para sahabat di Makkah, Rasulullah Saw mengutamakan pembinaan aqidah, iman atau tauhid.

2. Shahihul Ibadah

Ibadah yang benar (shahihul ibadah) merupakan salah satu perintah Rasul Saw yang penting, dalam satu haditsnya; beliau menyatakan: ‘shalatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku shalat.’ Dari ungkapan ini maka dapat disimpulkan bahwa dalam melaksanakan setiap peribadatan haruslah merujuk kepada sunnah Rasul Saw yang berarti tidak boleh ada unsur penambahan atau pengurangan.

3. Matinul Khuluq

Akhlak yang kokoh (matinul khuluq) atau akhlak yang mulia merupakan sikap dan prilaku yang harus dimiliki oleh setkal muslim, baik dalam hubungannya kepada Allah maupun dengan makhluk-makhluk-Nya. Dengan akhlak yang mulia, manusia akan bahagia dalam hidupnya, baik di dunia apalagi di akhirat. Karena begitu penting memiliki akhlak yang mulia bagi umat manusia, maka Rasulullah Saw diutus untuk memperbaiki akhlak dan beliau sendiri telah mencontohkan kepada kita akhlaknya yang agung sehingga diabadikan oleh Allah di dalam Al- Qur’an, Allah berfirman yang artinya: ‘Dan sesungguhnya kamu benar- benar memiliki akhlak yang agung’ (QS 68:4).

4. Qowiyyul Jismi

Kekuatan jasmani (qowiyyul jismi) merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang harus ada. Kekuatan jasmani berarti seorang muslim memiliki daya tahan tubuh sehingga dapat melaksanakan ajaran Islam secara optimal dengan fisiknya yang kuat. Shalat, puasa, zakat dan haji merupakan amalan di dalam Islam yang harus dilaksanakan dengan fisik yang sehat atau kuat, apalagi perang di jalan Allah dan bentuk- bentuk perjuangan lainnya. Oleh karena itu, kesehatan jasmani harus mendapat perhatian seorang muslim dan pencegahan dari penyakit jauh lebih utama daripada pengobatan. Meskipun demikian, sakit tetap kita anggap sebagai sesuatu yang wajar bila hal itu kadang-kadang terjadi, dan jangan sampai seorang muslim sakit-sakitan. Karena kekuatan jasmani juga termasuk yang penting, maka Rasulullah Saw bersabda yang artinya: ‘Mu’min yang kuat lebih aku cintai daripada mu’min yang lemah’ (HR. Muslim).

5. Mutsaqqoful Fikri

Intelek dalam berpikir (mutsaqqoful fikri) merupakan salah satu sisi pribadi muslim yang penting. Karena itu salah satu sifat Rasul adalah fatonah (cerdas) dan Al-Qur’an banyak mengungkap ayat-ayat yang merangsang manusia antuk berpikir, misalnya firman Allah yang artinya: Mereka bertanya kepadamu tentang, khamar dan judi. Katakanlah: ‘pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya.’ Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: ‘Yang lebih dari keperluan.’ Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berpikir (QS 2:219). Di dalam Islam, tidak ada satupun perbuatan yang harus kita lakukan, kecuali harus dimulai dengan aktivitas berpikir. Karenanya seorang muslim harus memiliki wawasan keislaman dan keilmuan yang luas. Bisa kita bayangkan, betapa bahayanya suatu perbuatan tanpa mendapatka pertimbangan pemikiran secara matang terlebih dahulu. Oleh karena itu Allah mempertanyakan kepada kita tentang tingkatan intelektualitas seseorang sebagaimana firman-Nya yang artinya: Katakanlah:samakah orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui, sesungguhnya orang-orang yang berakallah yang dapat menerima pelajaran (QS 39:9).

6. Mujahadatun Linafsihi

Berjuang melawan hawa nafsu (mujahadatun linafsihi) merupakan salah satu kepribadian yang harus ada pada diri seorang muslim, karena setiap manusia memiliki kecenderungan pada yang baik dan yang buruk. Melaksanakan kecenderungan pada yang baik dan menghindari yang buruk amat menuntut adanya kesungguhan dan kesungguhan itu akan ada manakala seseorang berjuang dalam melawan hawa nafsu. Oleh karena itu hawa nafsu yang ada pada setkal diri manusia harus diupayakan tunduk pada ajaran Islam, Rasulullah Saw bersabda yang artinya: Tidak beragmana seseorang dari kamu sehingga ia menjadikan hawa nafsunya mengikuti apa yang aku bawa (ajaran islam) (HR. Hakim).

7. Harishun ‘ala Waqtihi

Pandai menjaga waktu (harishun ala waqtihi) merupakan faktor penting bagi manusia. Hal ini karena waktu itu sendiri mendapat perhatian yang begitu besar dari Allah dan Rasul-Nya. Allah Swt banyak bersumpah di dalam Al-Qur’an dengan menyebut nama waktu seperti wal fajri, wad dhuha, wal asri, wallaili dan sebagainya. Allah Swt memberikan waktu kepada manusia dalam jumlah yang sama setiap, Yakni 24 jam sehari semalam. Dari waktu yang 24 jam itu, ada manusia yang beruntung dan tak sedikit manusia yang rugi. Karena itu tepat sebuah semboyan yang menyatakan:

‘Lebih baik kehilangan jam daripada kehilangan waktu.’ Waktu merupakan sesuatu yang cepat berlalu dan tidak akan pernah kembali lagi. Oleh karena itu setiap muslim amat dituntut untuk memanaj waktunya dengan baik, sehingga waktu dapat berlalu dengan penggunaan yang efektif, tak ada yang sia-sia. Maka diantara yang disinggung oleh Nabi Saw adalah memanfaatkan momentum lima perkara sebelum datang lima perkara, yakni waktu hidup sebelum mati, sehat sebelum sakit, muda sebelum tua, senggang sebelum sibuk dan kaya sebelum miskin.

8. Munazhzhamun fi Syu’unihi

Teratur dalam suatu urusan (munzhzhamun fi syuunihi) termasuk kepribadian seorang muslim yang ditekankan oleh Al-Qur’an maupun sunnah. Oleh karena itu dalam hukum Islam, baik yang terkait dengan masalah ubudiyah maupun muamalah harus diselesaikan dan dilaksanakan dengan baik. Ketika suatu urusan ditangani secara bersama-sama, maka diharuskan bekerjasama dengan baik sehingga Allah menjadi cinta kepadanya. Dengan kata lain, suatu udusán dikerjakan secara profesional, sehingga apapun yang dikerjakannya, profesionalisme selalu mendapat perhatian darinya. Bersungguh-sungguh, bersemangat dan berkorban, adanya kontinyuitas dan berbasih ilmu pengetahuan merupakan diantara yang mendapat perhatian secara serius dalam menunaikan tugas-tugasnya.

9. Qodirun ‘alal Kasbi

Memiliki kemampuan usaha sendiri atau yang juga disebut dengan mandiri (qodirun alal kasbi) merupakan ciri lain yang harus ada pada seorang muslim. Ini merupakan sesuatu yang amat diperlukan. Mempertahankan kebenaran dan berjuang menegakkannya baru bisa dilaksanakan manakala seseorang memiliki kemandirian, terutama dari segi ekonomi. Tak sedikit seseorang mengorbankan prinsip yang telah dianutnya karena tidak memiliki kemandirian dari segi ekonomi. Karena itu pribadi muslim tidaklah mesti miskin, seorang muslim boleh saja kaya raya bahkan memang harus kaya agar dia bisa menunaikan haji dan umroh, zakat, infaq, shadaqah, dan mempersiapkan masa depan yang baik. Oleh karena itu perintah mencari nafkah amat banyak di dalam Al-Qur’an maupun hadits dan hal itu memilik keutamaan yang sangat tinggi. Dalam kaitan menciptakan kemandirian inilah seorang muslim amat dituntut memiliki keahlian apa saja yang baik, agar dengan keahliannya itu menjadi sebab baginya mendapat rizki dari Allah Swt, karena rizki yang telah Allah sediakan harus diambil dan mengambilnya memerlukan skill atau ketrampilan.

10. Naafi’un Lighoirihi

Bermanfaat bagi orang lain (nafi’un lighoirihi) merupakan sebuah tuntutan kepada setiap muslim. Manfaat yang dimaksud tentu saja manfaat yang baik sehingga dimanapun dia berada, orang disekitarnya merasakan keberadaannya karena bermanfaat besar. Maka jangan sampai seorang muslim adanya tidak menggenapkan dan tidak adanya tirák mengganjilkan. Ini berarti setiap muslim itu harus selalu berpikir, mempersiapkan dirinya dan berupaya semaksimal untuk bisa bermanfaat dalam hal-hal tertentu sehingga jangan sampai seorang muslim itu tidak bisa mengambil peran yang baik dalam masyarakatnya. Dalam kaitan inilah, Rasulullah saw bersabda yang artinya: sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi orang lain (HR. Qudhy dari Jabir). Demikian secara umum profil seorang muslim yang disebutkan dalam Al-Qur’an dan hadits, sesuatu yang perlu kita standarisasikan pada diri kita masing-masing.

SUMBER :: bahantarbiyah.com