Pages

Thursday, December 24, 2009

HADIAH untuk m@kABah!!!

Adikku orang hebat!!!
Justify Full
Itulah ungkapan yang paling sesuai untuk aku describe adik yang sorang ni. Mirah bukan sahaja lincah beraksi di medan kukorikulum malahan jua di pentas akademik. Mirah is still the best. Tahniah, for the best result you have gotten. Thanks to Allah for his generousity. He has help you a lot for what you own right now.

The formula is easy and simple, right?

fa iza 'azamta fatawakkal 'alallah..
Intansurullaha yansurukum, wayutsabbit aqdamakum..

Mirah dah merasai nikmat kurniaan Allah. TAPI INGAT!!! it must be a test for you for the future. So, be prepared. Take precaution. It doesn't mean that you will always success after this. So, study hard and be smart for each step you are taking from now on. Try to be the best for SPM.

Mirah, I hope that you will always be the best, inspiring our little brothers and the others. You are a leader for the future. So, your life is not yours, it His. Think of Him, and insyaAllah he will also think of you, accompany you wherever you are.

Lastly, I pray to Allah may all the best for you, my dear sister...

9'as is now yours. Look and strive for the other best score in future with MARDHATILLAH..:)

santaiceria =)

HIDUP KENA ADA "kerjasama"...
NEVER FEEL LONELY...
"Allah has created us in different races, gender, so get in ukhuwwah, get to know each other..."
(al-Hujuraat)
~sayangsahabatpunyapasal.com~

Monday, December 21, 2009

Maal Hijrah itu HARIKU

Tanggal 1 Muharram menjadi tarikh istimewa buat saya kerana bagi saya hari itu penuh makna yang tersirat, penuh dengan cerita-cerita tarbiyah buat hati dan diri yang faqir di sisi Allah.

1 Muharram memaparkan kisah iltizam seorang nabi yang juga Rasulullah serta sahabat-sahabat yang tinggi imannya dalam memperjuangkan agama Islam sebagai satu-satunya agama yang haq di bumi Allah ini.

1001 kisah perit, pahit maung perjuangan seorang Rasul membawa ummat manusia mengenali Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang layak dan wajib disembah. Tatkala itu, ummat manusia jahil, mereka hanya menyembah patung-patung berhala yang menjadi warisan nenek moyang mereka. Mampukah kita bayangkan, bagaimana peritnya tohmahan yang diterima oleh Rasulullah s.a.w., bukan sekadar itu malahan juga paluan serta ancaman dari puak kafir musyrikin? Sunguh perit saat itu. Namun, tohmahan dan ancaman diterima dengan penuh redha.

Kita soroti sendiri bagaimana peritnya para sahabat menanggung seksa kerana berubah akidah kepada yang haq dari yang batil. Bilal bin Rabah disiksa, namun kalimah 'ahad, ahad, ahad' tegar meniti di bibir.Keluarga Yassir disiksa tanpa ada belas, namun atas dasar aqidah yang jitu, mereka rela syahid dalam redha Allah. Begitulah hebatnya iman generasi dahulu, mereka tidak kenal keseronokan dunia, mereka tidak hirau bisikan nafsu, mereka tidak endah kemewahan harta dunia. Yang mereka mahu hanyalah redha Allah dan sudah pasti, mereka sangat yakin dengan janji-janji Allah bahawa akhirat itulah yang hakiki, maka biarlah kemanisan syurga itu dikecapi dengan redha dan kasih sayang Allah..betapa mereka merasai kemanisan iman itu..

Hinggalah Rasulullah menerima perintah dari Allah untuk berhijrah ke Madinah. Maka, itu menjadi saat permulaan kebangkitan dan kegemilangan Islam. Kita lihat bagaimana peritnya jihad Rasulullah dan para sahabat menegakkan agama Islam. Setelah bersusah payah berjihad serta berdakwah di Mekah, Allah kurniakan nusrah-Nya dengan memerintahkan mereka berhijrah ke Madinah. Di sana, kaum muhajirin disambut baik oleh masyarakat Madinah. Di situlah Islam mula berkembang dalam seluruh aspek dari siasah, ekonomi, sosial hinggalah ke aspek munakahat, muamalat dan seluruhnya. Dan di situlah kita belajar bagaimana sistem yang dianjurkan Islam menjadi batu asas bagi sesebuah kemajuan. Di situlah kita belajar relevannya sistem Islam dalam pembentukan kerajaan yang berjaya. Kerana apa? Kerana segala bentuk urusan yang dilakukan mendapat redha Allah.

Hmm, di sini kita faham sesuatu mengenai hijrah iaitu perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Bukan itu sahaja, malahan juga perubahan dari satu sifat yang tidak/kurang baik kepada satu sifat dan keadaan diri yang lebih baik. Dan setelah menyoroti kisah hijrah Rasulullah dan para sahabat, kita faham, setiap perubahan memerlukan pengorbanan serta mujahadah yang tinggi. Bukan mudah untuk mendaulatkan Islam, hinggakan mereka terpaksa meninggalkan keluarga serta harta benda untuk berhijrah.

Aspek inilah yang saya cuba tanamkan dalam diri. Kebetulan, hari lahir saya pada tahun ini jatuh pada 1 Muharram.Jadi, sudah pasti saya perlu laksanakan satu modus operandi atau self-projection untuk memastikan hala tuju hidup saya jelas. Banyak perkara tidak penting saya perlu tinggalkan, banyak masa perlu saya korbankan dan banyak perkara perlu saya utamakan. Bagi saya satu perkara yang wajib saya utamakan adalah ilmu, tak kiralah, akademik mahupun fikrah islamiah dan juga harakah. Saya perlu disiplinkan diri untuk mengecapi kemantapan yang azali. Saya perlu semak semula amalan-amalan harian saya, adakah ianya selaras dengan tuntutan sebagai seorang muslim,mukmin yang bertaklifkan abnaul harakah.Walau saya tak sehebat figur-figur muslimah yang lain, saya sedar, saya perlu lakukan sesuatu di dalam diri untuk mencapai matlamat penciptaan saya di muka bumi ini. Event Maal Hijrah ini menjadi titik tolak pada perubahan diri saya. Tak perlu tunggu 1 januari untuk merangka segala bentuk azam. Semakin bertambah umur, saya bertanggungjawab atas segala apa yang saya lakukan. Sebagai seorang insan yang sedang membentuk wawasan diri, saya mempunyai target sendiri yang perlu dicapai dari semasa ke semasa. Jom, kawan2, kita bina wawasan diri, laksanakanlah self-projection...Sama-sama kita buktikan!!!

~uhibbukum fillah..

Bingkisan buat sahabat-sahabat seperjuangan. Moga dirimu juga diriku mendapat rahmat dan redhaNya...

Sahabatku,

Daerah kita daerah perjuangan,
Penuh dengan airmata dan mungkin juga darah,
Bumi berkat pernah menyaksikan perjuangan para mujahid,
Jihad, sabar, istiqamah, thabat sentiasa meniti dibibir murabbi,
Dikau peyambung risalah tercinta ini,

Sahabatku,
Perjuangan kita atas baiah setia,
Ilmu dan perjuangan landasan kita,
Walaupun langkah dan nafas kita kadang kala lemah,
Dikau penguat dimedan dakwah,

Sahabatku,
Biar kita rebah menyusuri perjalanan,
Biar kita getir mengharungi kesusahan dan kepayahan,
Namun perjuangan kita tiada noktahnya
Selamanya...

Sahabatku,
Hiasan duniawi pastinya palsu dan merugikan,
Sedarkan aku dengan amaran-amaran Allah,
Pujuklah aku dengan tarbiyah Pencipta
Ingatlah aku dengan kehebatan syurga,
Dorongilah aku menjadi daie mulia,

Sahabatku,
Teman itu kadangkala seperti penawar,
Itulah sumber kekuatan kita,
Adakalanya seperti racun,
Melemahkan kekuatan kita,

Tapi...
Aku sering berharap,
Mendapat sahabat yang sejati,
Dunia dan akhirat

Moga ukhwah kita selamanya...
Selamanya....

Perjuangan kita masih belum selesai..

Sunday, December 20, 2009

KUASA DYNAMIC GROUP a.k.a USRAH

Rasa kasih sayang adalah anugerah kurniaan Allah. Rasa kasih dan sayang itu tidak akan lahir tanpa izin Allah. Begitu besar rahmat-nya serta kuasa-Nya, kerana-Nya saya menemui dan menyayangi sahabat. Sebenarnya, baru-baru ini, saya diizinkan untuk bertemu sahabat yang telah lama berpisah..9 bulan, memang lama bagi saya..ye la, sahabat inilah teman suka duka, tempat berkongsi masalah, tempat berkongsi berita gembira..

Kebetulan, hari pertemuan kami adalah pada hari keramat saya(birthday)...itulah hadiah yang paling berharga, melihat senyumannya, mendengar gelak tawanya, mendengar perkembangan dirinya, hebat sahabatku sorang ni...kebetulan, kami sama-sama perlu mengendalikan program di alor setar. Dah rezeki nak jumpa..alhamdulillah..

Dia menginap di rumah saya. Banyak benda yang dikongsi. Sebagai banat harakah, kami perlu meneruskan perjuangan di tempat masing-masing (sahabat ni sahabat saya masa di KISAS dulu). so, there are so much things to be shared, discussed and decided.. We did comparison on dynamic group's system. Itu yang penting..in order to enhance biah solehah..x lupa jugak tuk tanya khabar diri dan keluarga..(TA'ARUF: rukun usrah 1)

Saya belajar banyak perkara melalui sahabat-sahabat. Sebab tu la saya sayang sangat sahabat saya. Tak kira la, walau dia pernah sakitkan hati saya, saya sayang jugak dia. Sebab, saya kawan dengan dia atas dasar aqidah, bukan sebab kelebihannya semata. Jadi saya terima kekurangannya..ye, dalam persahabatan perlu ada saling memahami (TAFAHUM: rukun usrah ke2)

Bila saya bincang2 dengan dia, saya dapat beberapa resolusi untuk diaplikasikan di tempat pengajian saya. So, memang betullah, sahabat saya ni memang produktif, banyak membantu saya dalam gerak kerja islah di IPG saya..alhamdulillah..Ya Allah, hebatnya sahabatku, kurniaan-Mu..(TAKAFUL, saling membantu : rukun usrah ke3)

So, hebatkan usrah! Dari usrah yang terbentuk di KISAS, hati saya dan dia diikat. Ikatan tu, alhamdulillah kekal hingga sekarang. Walau tak jumpa, rindu jadi pengikat, tanda ukhuwah sejati. Bila berjumpa, rasa syukur sangat. Rakan usrah inilah yang dianugerahkan Allah untuk membantu gerak kerja, memangkin semangat..membantu akademik..kotak rahsia hati..

Ya, benarlah..Allah seringkali membantu hamba-Nya yang membantu agama-Nya. Bila rasa sedih, tanda Allah uji..tapi bila kita doa minta kekuatan, dikurnia-Nya nusrah, Dia tak biar kita keseorangan. Kadang bantuan datang dalam bentuk ilham, kadang dipertemukan-Nya saya dengan sahabat-sahabat usrah masa di KISAS dulu..alhamdulillah..

Saya, secara peribadi sangat2 menghargai moment dan momentum usrah. Besar dan tinggi nilai komersialnya dalam usaha mengislahkan hati, mengislahkan suasana dan persekitaran diri. Wahai sahabat-sahabat, walau di mana kita, carilah circle2 usrah untuk mendekatkan diri dengan Allah dengan peningkatan ilmu pengetahuan tentang-Nya dan ciptaan-Nya. Biarlah kita jadi insan hebat di sisi Allah...jom, jadi HEBAT!!!

Sunday, December 6, 2009

Hidupku tidak keseorangan

Alhamdulillah, masa kecik2 dulu, mak ngan abah dah ajar saya tentang tuntutan2 Agama Islam. Jadi, bila dah besar, tidak susah untuk saya mempraktikkan tuntutan-tuntutan agama seperti cara pemakaian yang mengikut syara', cara pergaulan yang dibenarkan dan menghadiri majlis-majlis ilmu. Akan tetapi, memikirkan manusia di sekeliling saya, kesian pula pada mereka. Mereka tidak seperti saya yang mendapat pendedahan awal sejak kecil mengenai tuntutan-tuntutan agama. Jadi, apabila mereka meningkat dewasa seperti saya, bukan sesuatu yan mudah untuk mereka ikuti segala tuntutan melainkan faktor keiltizaman diri dan suasana sekeliling yang menyokong mereka berbuat kebaikan menurut perintah Allah. Oleh itu, saya tidaklah boleh bersuka-suki menghukum orang lain atas penampilan lahiriah mereka. Sebenarnya saya menyedari bahawa kehidupan ini penuh hikmah. Segala yang berlaku disekeliling saya merupakan modul tarbiyah dari Allah, yang mana ianya mencetuskan pelbagai pertanyaan dalm benak saya lalu menghasilkan pelbagai bentuk analisis tentang kehidupan umat Islam pada hari ini.

Walau bagaimanapun, kalau sekadar melihat dan menganalisis, itu tidak cukup untuk diri saya yang menggalas 3 tanggungjawab utama, sebagai hamba Allah, khalifah Allah dan daie ilallah. Takkan saya tidak mencegah perkara-perkara yang tak baik yang berlaku depan mata. Kalau yang berlaku itu melibatkan orang terdekat saya, pasti saya boleh mencuit tangannya, sebagai signal bahawa perkara yang dia lakukan itu tidak patut. Akan tetapi, yang berlaku sekarang adalah melibatkan orang yang tidak saya kenali, saya selalunya hanya mencegah dengan hati.

Jadi saya terfikir, bagaimana caranya untuk saya mendekati golongan-golongan ini. Kalau selalu dalam kelompok yang baik je, tak tersebarla kebaikan pada yang tak baik..tak gitu? Saya rasa, saya perlu meluaskan lagi interaksi dan komunikasi saya supaya mudah untuk being flexible dalam ape juga situasi. Dalam hal ini, saya berpandangan penting bagi golongan-golongan muda seperti saya melibatkan diri dengan program-program tarbiyah untuk mematangkan diri dengan situasi masyarakat dan ummah pada hari ini.

Hal ini kerana saya telah melihat bagaimana figur-figur yang hebat menghebatkan diri mereka. Mereka bukanlah insan yang duduk terperuk didalam bilik dan bergelumang dengan bahan bacaan semata, tetapi mereka adalah golongan yang hidup dengan masyarakat, yang turun padang mendidik masyarakat, yang keluar rumah ke majlis-majlis ilmu, meningkatkan kredibiliti diri untuk diinfakkan pada jalan Allah. Bukankan telah Allah janjikan buat mereka yang berjihad di jalanNya dengan syurga yang indah dan kebaikan serta keredhaan dalam kehidupan?

Dan saya memandang, penting untuk golongan-golongan muda seperti saya mempunyai kawan-kawan yang membina diri dan menambahbaik kekurangan dalam diri. Konklusinya, pilih kawan yang baik... Bukan sekadar itu, perlu ada sistem mentor-mentee dalam persahabatan. dan bila ada kawan yang baik, jangan sampai melupakan yang kurang baik. Yang kurang baik itu perlu juga kita dekati untuk menambah baik diri mereka.. itulah yang saya maksudkan dengan sistem mentor-mentee.

Sebenarnya, remaja hari kurang matang. Kenapa? Sebab kebanyakannya lebih menurut kata nafsu dari kata iman. Nafsu membataskan akal dan tuntutan syara'..Jadi kawan-kawan, saya tak nafikan, saya juga kadang-kadang lebihkan nafsu apatah lagi saya ini juga remaja perempuan yang beremosi, tapi, kita kena bijak mengatasinya. ye BIJAK MENGATASI! sebab jika bukan kita bertindak sendiri, siapa lagi??? Sama-sama kita fikirkan. Pesanan saya, yang sedang bercuti, manfaatkan masa sebaiknya, biarlah masa kita diisi dengan perkara yang membina jiwa, kepimpinan dan kredibiliti diri. InsyaAllah, kita berusaha sebaiknya, Allah akan bantu..

Sunday, November 29, 2009

Muhasabah Cinta by EDCOUSTIC

Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu
Tuhan...
Baru ku sadar

Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur

Kini kuharapkan cintaMu

Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku

Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku

Teringat semua yang Kau beri untukku

Ampuni khilaf dan salah selama ini

Ya ilahi....

Muhasabah cintaku...

Tuhan...
Kuatkan aku

Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati

Pertemukan aku denganMu

Friday, November 20, 2009

Pendidikan @ Pembudayaan

Hari ini saya ingin berbicara mengenai asuhan anak-anak kecil. Kebetulan pula pada hari ini saya berkesempatan menghadiri satu event graduation untuk pelajar-pelajar tadika..nama event tu "Graduation Day and Annual Concert"..hmm, bunyinya pun dah gah..apatah lagi bagi kita yang menyaksikannya secara live..hmm..agak mengagumkan tetapi membuatkan saya ligat berfikir and da question that appears on my mind frequently is "why? why? and why?" "why must these?"...being prejudice for a while..

Saya melihat beberapa amalan yang mungkin menjadi adat majlis kita orang melayu sekarang. Bacaan doa, iqra' (biasala untuk budak2 tadika, x mencapai tahap bacaan al-Quran lagi)..namun, yang sedihnya saya melihat elemen ini kurang dititik beratkan, di mana ia dijalankan hanya sebagai pelengkap majlis. Bukanlah sebagai penghayatan buat anak-anak kecil yang masih comel dan sunyi dari dosa. Yelah, mana taknya, adik2 ini seperti kekok melafazkan kalimah-kalimah Allah. Saya risau mereka ini tidak diberi didikan agama yang sempurna.

Lihat sahaja pada nama event tu.."annual concert"..well, for such particular event like this, it's normal..adik-adik comel ni berdansa, berdrama.. penuh semangat. Tetapi, bila baca iqra' gagap, takut~ hurm, itu yang menimbulkan persoalan 'why???'..knapa agama disisihkan dalam sistem pendidikan? Kenapa isme/ unsur2 barat itu yang kita selitkan. dengan tarian musikal yang cukup meruntun iman n akhlak adik2 ini. Bukan saya nk kondem pihak pengurusan ini, cumanya saya terfikir kenapa umat sekarang kian jauh dari agama..

kenapa agama menjadi bahan sampingan atau sekadar penyeri? kenapa ia bukan main idea or basic bagi sesuatu perkara yang dijalankan pada hari ini? Hurm, itulah lemahnya umat Islam pada hari ini. Kita suka keseronokan, tapi hanya pada keseronokan dunia yang melalaikan. Bukan saya nak salahkan pihak pengurusan yang mengatur tarian hindi, melayu dan sebagainya. Boleh jika kita ingin memberi pendedahan. Tapi, biarlah kena pada caranya.

Saya tidak berkenan pada percampuran boys n girls tanpa batasan. Adik-adik ni, kecil2 lagi dah dicampurkan. Dah diperkenalkan dengan percampuran sebegini. Tidak hairanlah kalau apa yang dihuraikan oleh sahabat saya Arif tentang prostitution among university's student tu memang berlaku. Sebab anak2 ini tidak diasuh dengan batasan2 yang dianjurkan Islam dari awal. Mind setting diorang telah dicemari. Itulah, nk salahkan cikgu, ibu bapa pun salah juga..haih...

Positifnya mungkin ada. Tapi masih ada cara yang lebih baik untuk mencungkil bakat budak2 ni. Hurm, melihatkan persembahan adik-adik tadi, saya tidak pasti apakah matlamat pengajaran n pembelajaran sebenar. Seolah-olah ia hanya mengetengahkan kebudayaan semata-mata. Dengan tariannya, musicalnya..saya terus berfikir. Saya melihat adik2 ini berpakaian mcm2..Ada yang berpakaian baju belayu lengkap berkopiah/bersongkok, pakaian punjabi, cheongsam and t-shirt ketat pun ada..Jadi saya tanya pada pengurusnya, barulah saya tahu..hehe.."inilah konsep 1 Malaysia"..adakah matlamat kita sejajar dengan New World Order (illuminati) yang menggariskan One Government sebagai dasar? hurm..sudah banyak perkara yang kita laksanakan menjurus kepada dasar dan perlembagaan barat? Tidakkah kita rasa terkongkong? ataupun tidakkah kita merasa hina mengikut telunjuk barat? Adus!

Di sini saya jelas. Masyarakat kita sebenarnya cukup jauh dari ajaran agama. Kalau ada yang dekat dengan Allah, alhamdulillah..tapi saya yakin golongan ini adalah golongan minoriti..Tak ramai... Kita ingat kita hebat, tapi sebenarnya minda kita terjajah, terjajah dek unsur-unsur barat. Kita bangga dengan pembawakan barat, kita malu dengan syara'..Kita sebenarnya mendapat kemurkaan Allah..Kita sepatutnya tunduk dan akur pada Allah supaya apa yang kita lakukan tiada lagi khilafnya. Kalau kita tunduk dan patuh pada Allah, kita takkan suruh budak2 kecik ni menari lelaki perempuan, berpegang tangan, xkan lahir generasi akan datang yang terlibat dengan prostitution, pgaulan bebas dan sebagainya..

Sebanarnya kita yang hari inilah yang akan create generasi akan datang. X kisahlah kita ni ibu/bapa..kakak/abang..guru/pensyarah, kitalah yang bakal melahirkan anak/adik/murid yang kenal agama, praktik agama. Sejauh mana penghayatan kita pada agama Islam, begitulah generasi kita akan terbentuk.Kalau kita sendiri jahil agama, jangan kita mimpi nak lahirkan generasi rabbani 10,20 tahun akan datang..jangan mimpi..so, ubahlah gaya kita sekarang..biar kita susah sikit sekarang janji bila kita mati kelak, kita senang-lenang dengan nikmat-nikmat yang dijanjikan Allah.

Thursday, November 19, 2009

rintihan hati...

Ya Allah
Aku merintih pada-Mu
Menyesali kelemahan diri
Menginsafi kekurangan diri
yang kian lemah menghadapi ujian-Mu
yang kian goyah menghadapi tarb
iyah-Mu

Ya Allah
adakah yang menimpa diri ini
adalah kafarah dosaku?
yang lalai d
ari kewajipanku

Ya Allah
adakah kegusaran hati yang melanda ini
adalah bukti aku jauh dari-Mu?

aku runsing, Ya Allah
aku gusar menghadapi musykilah ini
musykilah hati pada seorang sahabat
mungkin dua, ya dua ora
ng..

Tidak kufaham maudhu' ikhtilat
dalam sirah hidupku pada hari ini
aku hari ini seorang remaja
sahabatku jua remaja
remaja yang sama-sama menerima
ajaran agama
bagiku, kami mendapat tarbiyah yang cukup
cukup maksima untuk menjadikan kami
cakna pada perintah-Mu
tunduk pada
suruhan-Mu

Aku sedih melihat sahabat-sahabatku ini
aku semakin tidak faham
aku lihat mereka menutur jemari
tanpa henti
aku melihat mereka bergaul
tanpa ada malu

aku pelik, Ya Allah..
Aku
sangsi

Ya Allah, mungkinkan kesedihan ini
adalah kesedihan aku
pada diri yang hina?
gagal memimpin sahabatku
gagal menjalankan amanah-Mu
aku insan hina, Ya Allah..
Aku lemah bekata kebenaran..
Ampuniku ya Allah

Ya Allah, berilah kekuatan iman padaku
bagi menghadapi ujian-Mu yang mendatang
Berilah aku petunjuk
jalan yang membawa aku pada penyelesaian
aku bimbang aku tersungkur
dalam medan yang sukar ini
aku tagihkah rahmat kasih sayang-Mu
pilihlah aku untuk terus istiqamah dalam perjuangan ini
pilihlah aku untuk mati dalam redha-Mu...

Ya Allah, sesungguhnya tiada bantuan yang mutlak
melainkan bantuan-Mu
aku insan kerdil,
mengharapkan nusrah-Mu mengiringi perjalanan hidupku..
moga aku srikandi solehah,mukminah di pandangan-Mu..
amin.
Sahabat, dengarlah rintihan hatiku...aku menyayangimu kerana Allah. Sudah pasti apa yang aku telah lakukan kerana aku amat menyayangimu. Terimalah kataku seadanya. Usahlah engkau bersalah sangka padaku. Mungkin hari ini aku diam, kerana aku takut pada tutur bicaraku menghiris hati dan perasaanmu. Mungkin hari ini aku jauh darimu, tapi ketahuilah sahabat sebenarnya aku takut bila aku dekat padamu hatiku kian jauh...maafkanku sahabat, sebenarnya aku jauh, tapi hatiku amat dekat, menyayangimu, mencintaimu kerana Allah. Moga Allah melindungimu, memeliharamu di luar penjagaanku. Aku yakin, pemeliharaan Allah itu lebih sempurna untukmu...dlah minta maaf...

Wednesday, November 11, 2009

SEJAUH MANA PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN...

salam...

sekiranya kita menyoal salah siapa pada permasalahan sosial golongan muda, sudah pasti akan timbul banyak alasan dan hujjah kerana tahap penghayatan manusia pada agama adalah berbeza..Nak salahkan mak ayah, bukan semuanya faqih agama, begitu juga guru dan masyarakat..Jadi, kita berbalik pada sistem yang menjadi asas pendidikan di negara kita...

sejauh mana sistem pendidikan kita berkesan menyekat budaya sosial yang kian menular? Sejauh mana kesungguhan/ keseriusan sistem pendidikan kita dalam menanganu permasalahan sosial dalam kalangan masyarakat atau khususnya pemuda/penudi sekarang...

kita flashback semula pada zaman bangku sekolah..jika kita renungkan, ingat kembali, kebanyakan apa yang kita peljari adalah berbentuk teori semata-mata. Praktikalnya sangat kurang yang mana apabila habis sahaja kelas, pelajar kembali kepada fitrah asal mereka yang masih jahil. Adakah proses pentarbiyahan itu bersifat hya di dalam kelas/bilik darjah??? Bagi saya, ianya bermula sebaik sahaja habis proses pengajaran. Kita melihat sejauh mana apa yang telah diajarkan dipraktikkan oleh pelajar. Mungkin ade yang menpraktikkannya tapi saya yakin, sedikit sekali.

Kita melihat sejauh mana kesungguhan guru-guru mendidik. Berapa ramai guru/ustaz/ustazah yang membuat checklist amalan harian pelajar2nya..jarang sekali kita melihat adik2 kita membawa pulang borang cheklist amalan harian untuk disemak melainkan pada sebahagian sekolah-sekolah swasta sepertimana adik saya. Saya berpendapat, hal ini perlu diketengahkan dlam sistem pendidikan negara kita.

Kita menyedari hakikat bahawa penghayatan agama adalah asas pembentukn peribadi seseorang individu. Tapi, kita melihat bagaimana sistem pendidikan kita memandang enteng akan hakikat ini. Lihat sahaja pada sistem pendidikan islam di IPGM2 di negara kita. Mereka yang mengambil opsyen selain dari pengajian islam hanya akan mengambil subjek pendidikan islam pada semester pertama tempoh persediaan. Ini bermakna mereka hanya mengambil subjek agama pad 1 daripada 11 semester yang perlu dilalui. Ini untuk 'future teachers..'. Bagaimana pula dengan 'future students mereka??? Guru sendiri kurang pendedahan pada agama..anak2nya nanti???(kita sama2 renungkan)

Di IPT pula, kita melihat usaha kerajaan yang mewajibkan islamic studies bagi sebahagian kursus..tapi, kenapa sebahagian kursus sahaja yang wajib??? Adakah mereka yang tertentu sahaja yang perlu menghayati agama? Bagaiman pula dengan yang lain? Saya mengalami situasi ini ketika mana saya menuntut di salah satu IPTA, asasi perundangan sebelum menerima tawaran masuk ke IPGM..saya tidak pula perlu mengambil islamic studies..hanya mereka yang dalam course of education sahaja yang perlu. Itupun, sekadar untuk menyelamatkan pointer..takut2, x skor, terpaksa beralih aliran, jadi terpaksalah belajar...jadi bagaimana???

Kita melihat sekarang, aspek agama diketepikan, dihakis sedikit demi sedikit dek ancaman sekularisme..

Namun, kita masih bersyukur apabila adanya organisasi2 bertanggungjawab yang terus melancarkan operasi dakwah secara langsung atau tidak bagi membangkitkan kesedaran dlam kalangan masyarakat. Kita melihat di sekolah2 sekarang, BADAN DAKWAH DAN ROHANI semakin giat melancarkan majlis2 tazkiyatunnafs..persatuan-persatuan pelajar islam di IPT juga semakin aggressive mencetak kader2 dakwah dan generasi Rabbani, serta NGO2 di negara kita sendiri yang banyak mengadakan, mukhayyam, seminar dan sebagainya untuk menyuntik kesedaran...

Akan tetapi, PENTING JUGA UNTUK KITA SELARASKAN SISTEM PENDIDIKAN KITA YANG MENJADI INDUK PROSES PENTARBIYAHAN SUPAYA IA LEBIH TERUS MENJURUS PADA MELAHIRKAN GENERASI YANG SOLEH, BERPEGANG TEGUH PADA AGAMA. Sesungguhnya agama adalah cara hidup seseorang. Cetek agama, ceteklah gaya hidup seseorang..sama-sama kita renungkan...

Monday, November 9, 2009

Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah...

Petikan dari : http://luqmankhairi.blogspot.com

Menjadi wanita memang menyenangkan, apalagi wanita "Muslimah", sebab muslimah bererti wanita yang telah diseleksi oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah, sangat peduli terhadap muslimah.

Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai anak dua orang perempuan kemudian ia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan bisa memasukannya ke dalam surga." Di masa baginda hidup kaum wanita merasakan angin segar dalam kehidupannya, setelah sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya, tidak mendapatkan hak yang semestinya.

Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikata beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul tersanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.

Berbeza dengan situasi sekarang, ketika banyak wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada ditengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berupaya menghilangkan dugaan tersebut. Caranya adalah dengan mulai mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.

Ustadz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon, menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."

Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh Rasulullah SAW hendaknya diperhatikan empat hal berikut:

1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadits dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, karena dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW. Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang senantiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensholatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau karena tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, istrinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Ia selalu peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat sholat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan sholat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!'

Demikian semoga dengan empat hal ini kita dapat menjadi aktivis Muslimah yang di cintai Rasulullah SAW. Amin.

Saturday, November 7, 2009

Warkah cinta buat usrati...

salam rindu buat mak dan abah..salam sayang buat adik-adik akak,amirah,arif,ammar,dan azhar...tiada apa yang lebih bahagia melainkan nikmat cinta dan kasih sayang antara kita sekeluarga selepas Allah dan Rasulullah. Sesungguhnya rasa cinta yang terpalit ini adalah kurniaan Allah s.w.t. Ketahuilah adik-adikku bahawa tidak semua orang mengecapi nikmat sebegini tinggi seperti kita. Maka adik-adikku, lafazkanlah kalimah syukur,alhamdulillah...Dialah pemilik segala puji-pujian...

InsyaAllah bermula hari selasa ini, akak akan menduduki peperiksaan pertama dalam arena pendidikan for the making of a 'teacher' for our ummah, da ummah of Rasulullah..Akak akan menghadapi paper English, Arabic, Pengajian Islam 1 dan Pengajian Islam 2. Mudah-mudahan segalanya baik sepanjang peperiksaan, dari segi kesihatan diri,rohani,kesediaan dan ilmu di dada. Doakan akak ye adik-adik. Doa adik-adik yang tiada dosa semestinya lebih didengari Allah s.w.t. Akak akan jawab yang terbaik..biiznihi..

Untuk mak dan abah, halalkan segalanya yang telah diberikan pada akak..doakan akak..Moga akak dapat tunjukkan yang terbaik buat adik-adik.

Adik-adik, doakan akak ye...
k, salam sayang, salam rindu...uhibbukum fillah.

Thursday, November 5, 2009

MuhASaBahLAh MujaHId...REnungilah dUHai muJAhIDah..

Petikan dari: http://deafeningsilent.blogspot.com/
~Ditulis oleh Mohd Farhan Madzlan

Bila ditanya kepada mereka yang berjuang untuk mempertahankan Islam, apakah hadaf perjuangan mereka. Rata-rata mereka menjawab dengan penuh semangat, tegakkan Islam di mana kami berada. Suatu ungkapan yang menjadi nadi kekuatan dan rangsangan semangat untuk terus memperjuangkan Islam di muka bumi ini. Namun begitu, berapa ramai yang terkeliru dengan kekuatan ungkapan ini, ataupun mereka yang terkeliru dengan kehidupan perjuangan mereka. Mereka seakan ingin memperjuangkan Islam di mana mereka berada tapi mereka melupai betapa pentingnya keberadaan Islam pada jiwa raga mereka terdahulu. Lebih parah dari itu, mereka berjuang atas nama Islam tapi imej, syakhsiah, akhlak, iman dan amal mereka seolah-olah mereka yang tidak mengenali Islam bahkan lebih dari itu. Saidina Umar al Khattab berkata, tegakkan daulah Islamiyyah pada diri kamu masing-masing sebelum kamu menegakkan daulah Islamiyyah pada negara atau negeri kamu.

Pertama : Kekurangan Ilmu & Thaqafah

Kemantapan ilmu dan thaqafah yang kurang diambil berat oleh para pejuang menjadi satu fitnah yang paling besar dalam Islam sendiri. Musuh islam tidak kenal penat dan masa dalam mengaut segala displin ilmu dan thaqafah namun jauh disana, pejuang Islam masih terlalu ramai leka dan lagha dengan bayangannya sendiri tanpa ada kesungguhan yang tinggi untuk mendapatkan ilmu dan thaqafah. Bahkan yang lebih memalukan, menggunakan hujah mereka sibuk berjuang, mereka tidak sempat untuk menuntut ilmu. Kesannya, hadirlah para pejuang yang berjuang serta bertindak tanpa ilmu dan thaqafah yang tinggi. Lebih menjadi parah, bukan sahaja tanpa ilmu bahkan emosi dan perasaan didahulukan dari segalanya, seterusnya melemahkan gerakan dan juga menatijahkan ketidakpuasan hati dan pepecahan dalaman yang ketara.

Kedua : Tarbiyyah Ruhiyyah Yang Lemah

Setiap mereka yang menuntut ilmu agama pada dasarnya mereka adalah pejuang agama Allah. Mereka lebih memahami kepentingan dan kewajipan bersama dengan gerakan serta memperjuangankan Islam berbanding dengan mereka diluar bidang agama. Namun begitu, halnya berlaku sebaliknya. Tidak seperti yang diharapkan. Mereka yang menuntut ilmu agama meninggalkan tarbiyyah dalaman berbanding mereka diluar bidang. Lebih dari itu, mereka yang tiada rasa kepentingan dalam gerakan ini lebih maju amal ibadah dari mereka yang merasakan kepentingan tersebut.

Hal ini boleh dibuktikan dengan membuat culaan dan kajian rambang terhadap mereka yang bergelar pejuang ini. Berapa ramaikah yang solatnya sentiasa berjemaah di masjid-masjid atau surau-surau, berapa ramai yang melazimi al Quran, zikir atau hizib, berapa ramai yang sentiasa bersengkang mata di dini hari untuk bermunajat kepada-NYA, berapa ramai yang bersedekah dan beramal jariah jika masih ramai lagi yang bakhil atau malas dalam gerakan. Bilangannya terlalu sedikit, kekuatannya masih terlalu lemah, misi dan visinya masih terlalu jauh. Jika didatangkan ujian dan fitnah kepada mereka atau gerakan, masih belum boleh memberikan keyakinan yang penuh mereka akan terus thabat bersama dengan perjuangan ini masakan mereka dalam keadaan penggantungannya terlalu lemah. Tepuk dada tanyalah iman dan amal kita masing-masing.

Ketiga : Maksiat Menjadi Amalan

Menjadi satu fenomena baru kepada para pejuang yang tiada imuniti dan antibodi yang berkesan untuk melawan gelojak nafsu dan godaan syaitan yang menipu ditambah dengan tarbiyyah ruhiyyah yang sangat lemah. Tidak pelik sekarang jika terlihat pejuang pada kalamnya hanya lagha dan lucah sahaja, penglihatannya yang tidak mampu ditutup kembali, kaki tangannya sentiasa bertindak untuk memuaskan nafsunya, akalnya berperanan pengemudi yang terbaik dalam nafsu dan maksiat. Bibirnya sudah tiada istighfar dan istia’zah, jiwanya merasa semakin serasi dengan maksiat dan nafsu. Akhirnya, titik-titik kecil hitam semakin memenuhi hati yang putih & suci satu ketika dahulu seterusnya menjadi hati hitam yang degil dan susah ditenangkan.

Keempat : Ukhuwah Kian Pudar

Sibuk berjuang sehingga lupa persoalan ukhuwah. Walaupun asas perjuangan ini ialah untuk membentuk ukhuwah yang berlandaskan iman dan takwa. Kesannya, ia dipinggirkan, semangat ananiyyah, penting diri sendiri bermahajalela dalam sanubari pejuang. Sifat dengki, salah menyalah, tidak puas hati berlarutan sehingga memburukkan lagi keadaan. Berapa ramai yang mampu berkongsi perkara atau maddiyyah yang bernilai dengan sahabatnya. Berapa ramai yang rela berkorban, pada senyumnya kita turut tersenyum, pada susahnya kita turut merasainya begitu. Ukhuwahnya bagaikan api, tidak seperti lilin yang sanggup berkorban bagi mengeluarkan walaupun sedikit cahaya demi kepentingan dan kebersamaan. Api itulah juga iblis yang menjauhkan ukhuwah dan kasih sayang. Bagaimanakah para pejuang mampu meneruskan sisa perjuangan dan baki kehidupan ini tanpa motivasi luaran yang penting dalam mengimbangi dan memperkuatkan dasarnya. Lihatlah betapa hebat ukhuwah para sahabiah yang terbentuk dari bimbingan Rasulullah SAW juga pada diri mereka mempunyai kekuatan tarbiyyah dan keilmuan yang cukup mantap dan hebat. Senang dan susah mereka dirasai bersama, kelebihan dan kekurangan mereka dilengkapi bersama. Inilah ukhuwah sejati yang telah dilupai oleh para pejuang masa kini.

Kelima : Motivasi Dalaman & Luaran

Justeru itu, para pejuang perlu kembali menilai semula diri, membuat muhasabah membaiki diri dan kekuatan. Memadai muhasabah diatas sebagai asas kepada nilaian dan kajian semula ke arah pembinaan serta pengislahan diri berbanding mengambil muhasabah kecil yang juga padanya terkandung dari muhasabah-muhasabah pokok tersebut. Kemantapan ilmu dan thaqafah juga tarbiyyah ruhiyyah yang hebat menjadi satu motivasi dalaman yang sangat kuat dan thabat sebagai asas atau teras kepada perjuangan ini. Jiwa-jiwa inilah yang membuat satu ledakan kekuatan kepada ahli gerakan yang lain sebagai salah satu motivasi luaran dalam membina kekuatan gerakan dan survival perjuangan ini. Perlu diingat berapa ramai mereka yang telah gugur yang telah acap kali diulangi di dalam kitab suci al-quran mengenai mereka yang diuji dengan fitnah dunia yang mengelirukan ini. Nescaya tiada kekuatan melainkan pergantungan yang kuat kepada Allah dan menjauhkan diri dari kemurkaanNYA. Kita tidak terlalu merisaui kehadiran kita pada saat ini namun yang dirisaui adalah adakah kita akan tetap thabat dalam perjuangan ini ataupun kita jatuh dan gugur dari landasan perjuangan kita apabila kita benar-benar telah diuji kelak.

Kembali ke Pangkuan-NYA...

Al-Fatihah buat suami ustazah Nek Hazifah
merangkap ayah sahabatku, Saajidah Ridhani

yang telah kembali ke rahmatullah.
Semoga Allahyarham ditempatkan bersama para solihin..amin.

bismillahirrahmaanirrahim...
"Ya Allah, sesungguhnya kutahu,setiap yang hidup pasti meninggal dunia. Sesungguhnya dunia ini hanyalah pinjamanmu buatku, hamba yang hina-dina. Ya Allah, andai masih ada esok untukku, Kau ikatlah hatiku seeratnya pada agama yang diredhai-Mu. Ya Allah, sesungguhnya aku takut sekiranya esok aku bukan lagi aku yang sekarang. Kau bantulah aku bagi menyuburkan lagi keimanan pada-Mu. Kau tetapkanlah aku pada agama yang diredhaiMu ini. Ya Allah, Kau kurniakanlah kesabaran buat saudaraku ini. Kau tabahkanlah hati mereka. Sesungguhnya mereka ini insan yang banyak berbuat kebaikan padaku. Rahmatilah mereka dengan lautan kasih sayangMu..Ya Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..amin."

Sunday, November 1, 2009

Hati ingin berkongsi (3)...

salam...
~hati terasa gusar dek musykilah dalam persahabatan....bagaimana harus aku menghadapi perasaan ini...duhai sahabat, dengarlah rintihan hati ini...aku kian tenggelam dalam kecamuk jiwa yang meruntun perasaan, menggoyah semangat dalam diri...Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi persahabatan ini...~

(bukan pergaduhan, tetapi hanyalah krisis hati. Pastinya ini adalah sebuah ujian dari Allah bagi sebuah ikatan ukhuwah)

...mudah-mudahan segalanya menjadi lebih baik pada hari-hari mendatang...

Thursday, October 29, 2009

Jiwamu kental...Panglima Tariq bin Ziyad

Alhamdulillah, bersyukurnya pada Allah yang mengurniakan nikmat kehidupan bersulamkan iman, islam dan ihsan di dalam jiwa ini. Tanpa elemen 3I ini mana mungkin saya boleh hidup sebagai muslim sepertimana yang pernah diterangkan oleh murabbi saya, Ustaz Shairozi. Selawat dan salam kita utuskan buat Rasulullah, insan agung yang memanjanglebarkan tarbiyah Islamiyah buat kita, umat yang sangat sangat disayanginya. Ketahuilah sahabat-sahabatku, bahawa tujuan umat Muhammad dihidupkan ada 3: sebagai 'abidullah, sebagai khalifatullah, dan sebagai da'ie ilallah..Ayuh kita check diri, check iman dan perbaiki diri kita demi menjalankan tugasan-tugasan yang telah digariskan.

Siapakah beliau Panglima Tariq bin Ziyad?
  • Seorang yang pada masa kecilnya telahpun yatim.
  • Diambil oleh khalifah di Afrika menjadi hamba dan suruhan kepadanya.
  • Dibesarkan dengan didikan agama dan asuhan bersenjata yang baik.
  • Membesar sebagai seorang yang unggul peribadi muslim dan mukminnya.
  • Dilantik oleh Khalifah Musa bin Nusair sebagai ketua peperangan ke Andalusia yang mempunyai pemerintah yang zalim, Raja Roderiga bagi menyebarkan dakwah Islam dan menjatuhkan pihak kuffar.
Beliau merupakan insan yang sangat saya kagumi. Jika sebelum ini saya pernah menceritakan tenteang kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh, kini tibalah masanya kita berbincang tentang kehebatan PanglimanTariq bin Ziyad. Tak dapat saya nafikan bahawa pemimpin-pemimpin acuan al-Quran tiada tolok bandingnya. Tingginya iman dan ubudiyah serta semangat menyebarkan serta meninggikan darjat Islam dangt jitu di dalam kalbu mereka.

Tingginya sifat 'ubudiyah

Panglima Tariq bin Ziyad dalam kerjanya sangat bersungguh-sungguh dan ikhlas pada waktu siang dan malamnya dihidupka dengan pengabdian pada Allah. Buktinya, semasa beliau dilantik menjadi ketua untuk menumbangkan pihak kuffar di Andalusia, beliau hanya memilih tentera Islam yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu dan solat witir. Beliau yakin, hanya mereka yang dekat dengan Allah akan mudah mendapat pertolongan dan rahmat Allah dalam usaha mereka membebaskan Andalusia dari belenggu kezaliman.

Tingginya sifat da'ie ilallah

Saya dapati beliau sangat kuat menyebarkan agama Islam. Semasa usaha beliau memerangi kezaliman di Andalusia, beliau memberi pilihan terlebih dahulu kepada penduduk andalusia samada ingin memeluk Islam dan hidup bebas ataupun tidak memeluk Islam tetapi terus membayar pampasan kepada tentera Islam sekadar yang mampu. Maka ramailah penduduk andalusia yang memeluk Islam dek ketidak tahanan mereka pada kezaliman pemerintah, Raja Roderiga. Begitu juga dengan tawanan perang, mereka juga diberi pilihan demikian...

Tingginya mujahadah, memburu syahid

"Kita hanya memilih samada kita menang ataupun mati syahid" begitulah kata-kata beliau. Bagi meningkatkan semangat jihad dalam kalangan tenteranya. Baliau telah membakar kapal-kapal perang yang digunakan untuk tiba ke bumi Andalusia. Hal ini demikian kerana beliau tidak mahu tenteranya berfikir untuk pulang. Hal ini demikian sekali gus menjadikan tentera-tenteranya berjuang habis-habisan dalam menegakkan kalimah syahadah. Satu demi satu kawasan yang dikuasainya. Sepanjang usahanya, siangnya digunakan untuk menyerang dan malamnya beliau bersam tenteranya bermunajat pada Allah bagi memperoleh kemenangan. Beliau yakin bantuan Allah pasti tiba kepada pemimpin dan tentera yang baik.

Strategi yang baik dan bernas

Benarlah kata kakak usrah saya bahawa pada sesebuah kepimpinan itu yang penting adalah kebijaksanaan pemimpinnya. Walaupun tentera Islam tidak mempunyai kekuatan tentera yang cukup, mereka tetap menang di bawah pimpinan beliau melalui strategi yang baik dan bantuan Allah. Saya melihat bagaimana dengan mudah beliau mengalahkan tentera kuffar dengan membakar mereka yang berada dalam kawasan lalang yang kering, membuat helah dan strategi penyusunan tentera yang sistematik melalui sistem syura.

Qudwah Hasanah

Beliau mempunyai peribadi yang baik sehinggakan pemimpin-pemimpin besar kuffar juga memeluk Islam. Mereka terpikat dengan ketulusan budi beliau. Saya melihat sendiri bagaimana mereka yang sedang menuntut ganti rugi dari beliau akhirnya memeluk Islam dan menghalalkan segalanya kerana terharu dengan usaha dan ketulusan hati beliau. Ramai juga penduduk andalusia yang memeluk Islam kerana contoh yang baik yang ditunjukkan oleh beliau dan tenteranya.

Rujukan yang baik

Beliau amat mencontohi sirah perjuangan nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat dalam perjuangan beliau. Banyak strategi para salafussalaeh yang dicontohinya seperti kaedah pemilihan tentera mengikut Salahuddin al-Ayyubi dan strategi-strategi yang kebanyakannya merujuk pada sunnah Rasulullah. Sepanjang tugasan beliau, beliau dan tentera-tenteranya tidak pernah mengganggu rumah-rumah ibadat, wanita, kanak-kanak, mereka yang berlindung, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Mereka juga tidak berperang di kawasan yang menjadi tempat tinggal penduduk andalusia demi memelihara hak dan keamanan mereka.

Wahai rijalku, contohilah beliau...

Saya melihat sekarang sedikit sekali rijal yang mencontohi kepimpinan Rasulullah, para sahabat dan salafussaleh. Setiap kali saya menyelak helaian buku mengenai Panglima Tariq bin Ziyad, saya berdoa pada Allah, moga masih ada sahabat-sahabat yang mempunyai semangat jihad sekentalnya. Hati ini tidak sanggup melihat ummat yang kian rosak dek permainan yahudi dan israel. Wahai rijalku, suburkanlah keimananmu, tingkatkanlah ketaqwaanmu, tinggikanlah ilmumu, bawalah generasi kita pada al-Khaliq, Pencipta yang Agung. Moga akhirnya, hidup kita diredhai Allah..dan mati kita syahid di jalan Allah..amin.

Sunday, October 25, 2009

Tautan Hati Sebuah Baitul Muslim

salamun 'alaikum... alhamdulillah, percutian selama 2 hari 1/2 di rumah, baitul muslim sudah cukup untuk menenangkan gundah di jiwa, musykilah-musykilah di kepala. Hati dan jiwa sudah cukup berehat. Kasih dan sayang mak dan abah terbukti merupakan ubat yang paling mujarab bagi mengubati penyakit jiwa anaknya. Alhamdulillah, saya tahu tak semua orang mengecapi nikmat sebegini tinggi harganya. Syukur ya Allah..

Sepanjang saya bercuti agak banyak perkara yang saya lakukan. Hurm, saya akui bahawa saya jarang sekali membawa timbunan assignment pulang ke rumah. Bagi saya masa di rumah biarlah hanya untuk mak abah dan adik-adik tercinta. Ada hari saya yang memasak, biarlah ma
k berehat setelah letih bekerja seharian, bukan sekadar sebagai seorang teacher, malahan juga sebgai driver buat adik-adik yang penuh dengan kelas tambahan. Ayam masak kicap dan ikan masam manis pun jadilah. Yang pasti, taklah sehebat masakan mak. Ada masanya basuh, sidai dan lipat baju. Siram pokok-pokok bunga di sekeliling rumah. Terasa juga sedikit sebanyak tanggungjawab mak yang menggunung tinggi. Itu hanya untuk beberapa hari saya di rumah. Mak pula apatah lagi? hari-hari melakukan tugasan yang sama. Ya Allah, tabahnya hati seorang ibu.

Abah pula kali ini kurang sihat dek komitmen pada p
ekerjaan yang menuntut beliau supaya 'outstation'. Abah demam. Kurang selera makan, kurang senyum, segalanya kurang. Kasihan mata ini melihat abah. Letihnya abah, membesarkan anak-anaknya dengan keperluan yang cukup. Sanggup bersusah demi anak-anaknya. Terima kasih abah. Setakat ini tidak ada apa pun yang kurang dari abah. Segalanya lengkap. Kasih sayang, keperluan, cukup abah, semua cukup. Syukran ya Allah mengurniakan diriku ibu bapa yang amanah pada tanggungjawab mereka.

Memandangkan diri ini jarang berada di rumah, masa lebih
diperuntukkan buat adik-adik. Adik-adik pula akan menghadapi peperiksaan. Apa salahnya menurunkan ilmu yang ada pada adik-adik. Adik-adik lelaki ni, faham-faham je la, susah sikit nk membaca. Ada-ada sahaja alasannya. Tetapi apa yang saya kagum, adik-adik ni cepat betul mengingat. Cuma mungkin dari segi transferring answer itu je yang kureng sikit. Ye la, satunya kesenian tulisan yang tinggi dan keduanya kefahaman mereka pada ssoalan yang diberikan. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kejayaan buat adik-adikku.

Sempat juga saya bertemu rakan seusrah, Kak Milah. Berkongsi cerita dan perkembangan diri. Kami juga sempat sama-sama bertandang ke Pustaka Darussalam membeli makalah-makalah ilmiah. Alhamdulillah, rasa terisi masa dengan program-program manfaat seperti ini.

Namun begitu, tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan kasih sayang mak abah yang jelas terpantul di sinar wajah mereka. Kelihatan wajah mak yang tidak pernah lemah semangat dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Begitu juga abah, tabahnya abah membesarkan anak-anakmu yang lima ini...

Sebelum balik...

"kakak, mak tak hantar akak ye, adik-adik nak periksa esok. Akak pergi dengan abah je. ok?" "Ok mak. Tak pe, insyaAllah segalanya selamat. mak doakan akak tau."
"Ye, belajar rajin-rajin. exam mesti skor eh."

"insyaAllah".

Kakiku melangkah keluar dengan hati yang berat. Hanya abah yang menghantar, basku bertolak pukul sebelas. Setibanya di stesen bas, bas yang saya naiki tu delay. Ada penumpang yang belum tiba. Jam telahpun menunjukkan pukul 11.25 malam. Kesian abah, setia menunggu anaknya yang sorang ni bagi memastikan keselamatannya. Sebenarnya, jalur2 merah di mata abah jelas kelihatan.

"Abah mengantuk,"getus hatiku.Tapi abah tetap menunggu. Sebak rasa hati ini. Ye la, saya tahu bagaimana sibuk abah saya di siang hari, malamnya diinfakkan pula masanya buat saya. Ya Allah, aku tahu kasih ayahku ini adalah kasihMu jua..Syukran Ya Allah. 11.30, barulah bas mula mengundur, memulakan perjalanan. Bismilllah... Barulah abah pergi.

"Abah, kakak sayang abah. Bawak kereta elok-elok tau," jariku menutur gerak hati.
"Ok, take care akak. Goodnite,"abah reply.

Begitulah, tingginya kasih seorang abah. Air mata yang menakung mula berderai. Sayangnya abah pada anak-anaknya tiada tolok bandingnya. Ya Allah, peliharalah kedua ibubapaku, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi diriku. Jauhi mereka dari sebarang musibah. Kau rahmatilah mereka, permudahkanlah urusan mereka.Kau jadikanlah diriku juga adik-adikku pembawa berita gembira buat mak dan abah..amin.."

Saturday, October 24, 2009

Hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah
suram malam tak berpinta
itulah lukisan alam
begitu aturan Tuhan...

Begitulah hidup kita sebagai hamba, takkan selamanya mudah. Pasti ada ranjaunya. Terpulang pada kita bagaimana untuk menghadapi ranjaunya. Terimalah sesuatu ujian itu sebagai tarbiyah dari Allah. Berdoalah, bermunajatlah kepada Allah. Mudah-mudahan yang susah menjadi senang. Yang senang bertambah-tambah mudah pula kerjanya. Begitulah fitrah kita sebagai hamba, tak lepas dari pengharapan kepada Allah s.w.t.

"Kita tidak akan merasa satu bebanan yang berat sekiranya kita bekerja dalam jemaah"

Quote ini memang cukup lazim dalam kalangan pelajar-pelajar pengajian agama. Memang tak dapat dinafikan lagi. Saya sendiri pun pernah mengalaminya. Bezanya hidup ini jika kita berjemaah dan tidak. Pabila bekerja dalam jemaah, yang susah dikongsi bersama dan yang mudah dirai, dijinjing bersama. Tiada istilah "kau kau, aku aku". Hati terasa kuat untuk terus melaksanakan kerja-kerja lillahi ta'ala. Kerana itulah kita memerlukan teman, suka duka dikongsi bersama.

"Kenapa perlu ada usrah? Itukan tradisi zaman sekolah?"

Usrah ini bukan tradisi tetapi sunnah Rasulullah. Rasulullah memulakan tugas dakwahnya dengan mengadakan halaqah usrah di rumah Arqam bin abi al-Arqam. Oleh itu, sekiranya kita terlibat dalam mana-mana halaqah usrah, kita sebenarnya sedang menghidupkan salah satu sunnah Rasulullah. Setelah bertahun-tahun menjebakkan diri dalam halaqah usrah, saya dapati bahawa usrah merupakan medium terpenting yang dapat membentuk kefahaman Islam dan sahsiah dalam kalangan ahlinya.

Hal ini kerana pendekatan secara halaqah usrah ini mempunyai keahlian yang lebih kecil dan penumpuan seseorang naqib terhadap anak-anak usrahnya itu lebih dekat. Dengan itu, kefahaman lebih mudah dibentuk dan dijana. Di samping itu, pelbagai soft skill yang dapat diserapkan seperti skill speaking, interrupting dan sebagainya. Segala skill ini akan diperoleh secara praktikal. Oleh itu, kita tidak boleh memandang usrah sebagai satu bentuk pengajian yang kuno dan jumud.

"Apa hasilnya yang akan kita peroleh daripada usrah?"

  • kefahaman
  • keberanian
  • persaudaraan fillah
  • kekuatan
  • mudah menerima kebaikan dan menolak keburukan
Secara konklusinya, hidup kita ini sememangnya sarat dengan ujian. Terpulang pada kita bagaimana untuk menghadapinya. Saya memilih hidup dan bekerja dalam jemaah (bersahabat biar seribu) kerana saya yakin disitulah adanya rahmat Allah. Bila lemah, saya luahkan pada sahabat, secara tak sengaja saya rasa kuat semula. Bila diadu akan kesedihan, terasa berkurang derita di jiwa. Itulah penangan sahabat seusrah, sejemaah buat diri saya. Merekalah sumber inspirasi, sumber kekuatan, mudah-mudahan diri ini terus istiqamah...amin.

Friday, October 23, 2009

Untukmu ad-Deen...

alhamdulillah.Minggu ini dapat juga kaki ini melangkah pulang ke rumah, baiti jannati. Terasa ringan bahu pabila kaki mengorak masuk ke ruang istirahah penuh kedamaian ini. Rasa tenang menud=suk kalbu dek baitul muslim yang tersergam indah ini. Terasa indahnya kehidupan bersulamkan pengabdian yang jitu kepadanya. Sekurang-kurangnya, pabila pulang, rehatlah sedikit mindaku yang sering ligat berfikir, kadang-kadang berfikir pada perkara yang masih tidak jelas.

Mungkinkah saya ini seorang yang futuristik? Mungkin juga..Namun, insan setahun jagung seperti saya ini masih perlu menimba ilmu sebanyak mungkin bagi melancarkan segala gerak kerja yang ingin direncanakan. Saya mesti terus berdoa kepada-Nya mudah-mudahan nusrah-Nya mengiringi usaha saya dan sahabat-sahabat ke arah pembinaan biatan salihatan fi ardhina IPRM.

Ya! memang benar Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Secara tidak sedar beberapa talian hayat telah menjengah untuk saya dan sahabat-sahabat gunakan. Pada hemat saya, ianya bergantung kepada keiltizaman kami melaksanakan tugasan sebagai khalifah di bumi ini. Bila mana Allah s.w.t. turunkan nusrah-Nya, maka perlulah kami garabnya dengan berusaha sebaik mungkin. Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang bersyukur dengan melaksanakan segala perintah-Mu dan berusaha sedaya mungkin memartabatkan agama yang diredhai-Mu.

Di sini ingin saya gariskan beberapa tanggungjawab yang perlu kami laksanakan sebagai langkah awal mengislahkan bumi tarbiyah kami:
  • mantapkan Sharing Is Caring (SIC)
  • mengimarahkan musalla/balai Islam
  • menghidupkan program-program musalla
  • memelihara ukhuwwah antara satu sama lain
  • merencana program-program ke arah pembinaan mujtama' muslim IPRM untuk semester seterusnya
Mudah-mudahan apa yang telah dirancang ini dipermudahkan-Nya. Kami juga berdoa moga2 hati kami thabat dan istiqamah dalam gerak kerja ini.

"Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah..."

Saturday, October 10, 2009

musafir cinta: Kembara Ilmu

salam..

rindu terubat..walau bukan si dia yang kutemui..benarlah apa yang dikatakan, kadang, bila kita dambakan sesuatu, Allah ganjarkan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Hari ini, aku dikurniakan kudrat dan nikmat untuk mengorak langkah ke Shah Alam, satu tempat yang pernah kuperhalusi biah solehahnya dek suasana tarbawi di masjid sekitar UiTM dan surau kolej Mawar itu sendiri.

Sempat juga aku bertandang ke wakaf PF di PKNS, meninjau-ninjau buku-buku ilmiah di situ. Selalunya aku tidak sekadar bertandang, pasti ada yang kucapai untuk ia menjadi hak mutlakku..Kali ini Risalah Ta'alim menjadi sasaran!!!

Hajat asalnya aku ke UiTM ingin bertemu dengan sahabat seperjuangan, Nurisma Shaheeda. Alhamdulillah, dalam perancangan untuk pulang, aku turut berpeluang bertemu dgn naqibah usrahku. Kebetulan pula, aku di stesen bas sek 17, manakala kak **** pula sedang mengendalikan program di INTEC, dekat sangat...

Sempatlah kami berkongsi perkembangan diri masing-masing. Kak **** terus rancak dengan program tarbiahnya. Untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini, aku mengajukan soalan serta bertanyakan pendapatnya tentang keadaanku sekarang.

Antara isu yang menjadi perbualan kami adalah seperti berikut:
  • Kepentingan Sharing Is Caring dalam pembentukan mujtama' muslim.
  • Pelaksanaan SIC yang berkesan semestinya memerlukan tadhiyah dan mujahadah yang tinggi.
  • Kelangsungan program tarbawi ke arah melahirkan kader-kader dakwah untuk menyebarkan fahaman Islam berlandaskan fikrah yang tepat dan jelas.
Bunyi macam hebat, padahal bagiku ini adalah isu-isu normal yang sepatutnya menjadi perkara pokok dalam usaha pembentukan sebuah masyarakat muslim yang soleh dan musleh, insyaAllah. Hal ini demikian sejajar dengan matlamat kejadian manusia di muka bumi ini iaitu sebagai khalifah dan hamba yang tunduk patuh pada ajaran Allah s.w.t.

Kenapa sebagai khalifah?

Setiap muslim perlu sedar hakikat kehidupannya di muka bumi ini. Kita bertindak selaku khalifah yang bakal memakmurkan bumi ciptaan Allah ini. Akal kurniaan Allah haruslah dimanfaatkan semaksima mungkin untuk menjalankan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kelebihan-kelebihan yang ada pada diri perlu dihalakan pada jalan yang benar.Gunakanlah ia bagi melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar.

Kenapa sebagai hamba?

"Sesungguhnya tidak Kami ciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepadaKu"

Itulah tujuannya kita dihidupkan. Kita perlu sedar bahawa segala yang ada di langit dan bumi ini hanya pinjaman dari Allah yang bersifat sementara. Dunia ini adalah ladang untuk kita semai dan suburkan untuk dibuat bekalan ke akhirat kelak. Maka, sebagai hamba kita perlu akur dengan ketentuan Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Atas keperluan inilah, proses tarbiyah amat penting dan menjadi asas pembentukan syakhsiah muslim. Oleh kerana itu, wujudlah perbincangan-perbincangan ilmiah seperti yang di'bold'kan di atas.

Seperti biasa, kalam kak **** tak pernah sunyi dek nasihat dan peringatan...

"dlah jangan cepat give up,ea"
"dlah kena jadi kuat,kerana tidak dinamakan sesuatu itu sebagai perjuangan jika segalanya
mudah"
"pemimpin kena bijak"
"dan yang paling penting, kembalilah kepada Allah dalam setiap keadaan. Moga nusrah-Nya
mengiringi usaha kita.."

Itulah kalam yang sarat dengan inspirasi...syukran Ya Allah..Alhamdulillah...

Tidak lama selepas itu, kami terpaksa berpisah dek komitmen masing-masing pada tugasan yang lebih aulawiyatnya. Moga dapat bertemu lagi kak ****...uhibbuki fillah.

Friday, October 9, 2009

Mujahidah cintaku...

kurindu pada si dia, pemangkin mujahadah diri mengecapi redha Ilahi...Ya Allah, pertemukanlah kami dalam redha-Mu..Aku merindui dan menyayanginya kerana-Mu..Moga hatinya milikku dan hatiku miliknya...

Tiada sahabat seindah dirinya yang pernah kutemui..mutiara suci menitis mengenangkan tadhiyahnya pada sebuah perjuangan, menegakkan syiar yang kian luput...Ya Allah, kau rahmatilah dirinya..Kau tenangkanlah gerak langkah kaki dan jiwanya...

Hati ini terlalu merindunya...Jarak yang jauh ini tidak sesekali menjauhkan aku apatah lagi membuatkan aku bertindak kejam melupainya..Duhai sahabat, kenang daku dalam doamu..Aku ingin sekali bertapak dalam bait doamu kerana itulah lambang ukhuwah kita yang tak pernah luntur..uhibbuki fillah...

dalam riak wajah terselit 1001 janji yang termetri demi sebuah perjuangan suci, insyaAllah...
Ya Allah, kuatkanlah rabithah hati antara kami...

bingkisan buat muslimah, srikandi gemilang..

Kupetik bingkisan ini dari kenalan alam maya untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat muslimah yang dikasihi...

Bismillahirrahmanir rahim..

wanita...
kau hiasan duniawi, pendamping di sisi di kala sepi
sesuai dengan penciptaanmu
hadir saat Adam memerlukan
dirimu punya tarikan
pujukanmu menundukkan. .kernamu,
Adam diturunkan ke bumi.

dunia yang hadir hari ini seolah2 tidak menyayangimu
kau menjadi semut putih di tengah2 ribuan semut hitam
pabila kau menjadi muslimah yang sejati
situasi yang menjadikan semua ini..

namun kau perlu tabah.
apa yang ku lihat sama dengan apa yang kau lihat
jika kau rasa ingin menarik, kami akan rasa lebih tertarik..

ke atas mu bukan hanya untuk menutupi
bahkan untuk melindungi
ruang fitnah itu tajam
perihatinlah kepada diri sendiri
perihatinlah kepada mata2 yang melihat
kau bukan hanya akan membinasakan diri
lebih ldari itu akan membinasakan orang lain.

sabda Rasulullah dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud:

"Daripada Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah bersabda: Ada dua golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat perbuatan mereka iaitu satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia. Golongan kedua ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka bergaya dengan lenggang lenggok untuk memikat lelaki, bila dipujuk senang mengikut, kepala mereka didedahkan dan dihias bagaikan goh2 unta. Wanita2 tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat menghidu baunya walaupun bauan syurga itu didapati dari jarak seribu tahun perjalanan."

Sunday, October 4, 2009

usrahku, sahabatku,buah hatiku...

alhamdulillah..diri ini ingin benar menzahirkan rasa syukur buat Pemilik Cintaku..Dia telah mengabulkan doaku untuk aku kembali mengecapi nikmat berhalaqah. Tikar solat balai islam menjadi saksi kami berempat..

"alhamdulillah, puas hati ana, dan ntunna pun mesti puas kan?" ucapku pada sahabat-sahabat.

Mana tidaknya. Sudah sekian lama hati-hati kami kosong setelah meninggalkan madrasah ramadhan dan halaqah usrah sebelum kaki menjejak ke IPG. Walaupun berbekalkan beberapa sumber rujukan dan bahan usrah, kami tetap beriltizam untuk meneruskan sunnah Rasulullah ini.

Pada kami, USRAH TUNJANG TARBIYAH. Diri kami terlalu inginkan tazkirah buat peringatan pada hati yang kian keras. Diri kami ingin meluahkan segala persoalan serta permasalahan yang timbul di dalam benak nurani ini. Diri kami terlalu ingin mencurah kasih pada insan bernama 'sahabat' yang terjalin atas dasar ukhuwwah Islamiyyah fillah.

Maka halaqah ini menjadi medan kami mendidik hati dan jiwa, melontarkan serta menyelesaikan masalah serta mencurah kasih pada yang berhak menerima. Sahabatku, buah hatiku. Rasa terubat rinduku pada sahabat-sahabat yang kejauhan apabila insan baru muncul. Walau baru kenal, kami seperti sudah saling memahami, mengenali dan sudah banyak pengalaman bersama..besarnya kurniaan Allah..alhamdulillah.

Banyak juga perkara yang dibincangkan. Dari situ aku dapat mengkaji fikrah sahabat-sahabatku. Hebat-hebat juga fikrah mereka. Ada di antara mereka yang amat jelas tentang konsep dakwah dan tarbiyah. Ada yang jelas tentang konsep ukhuwah dalam berjemaah dengan menyatakan ithar (mendahulukan sahabat melebihi diri sendiri) itu adalah tahap tertinggi dalam sesuatu persahabatan.

Diriku terasa lebih kuat dengan adanya sahabat-sahabat seperti mereka, yang sedia bersama-sama menghadapi susah dan senang bersama. Benarlah kata orang, sahabat untuk ketawa mudah dicari tetapi sahabat yang sudi berkongsi segala suka dan duka itu sangat-sangat sukar ditemui.

"Ya Allah, aku pohon pada-Mu moga sahabat yang kutemui ini menjadi sahabatku di dunia dan akhirat, membimbingku ke jalan yang diredhai-Mu..Ikatlah hati-hati kami di atas jalan juang ini demi menegakkan kalimah-Mu, Ya Allah..."

Alhamdulillah...mudah-mudahan inilah 'starting point'nye..Thabatkanlah hati-hati kami, Ya Allah..

Sahabatku, uhibbukunna fillah...

Tuesday, November 17, 2009