Tanggal 1 Muharram menjadi tarikh istimewa buat saya kerana bagi saya hari itu penuh makna yang tersirat, penuh dengan cerita-cerita tarbiyah buat hati dan diri yang faqir di sisi Allah.
1 Muharram memaparkan kisah iltizam seorang nabi yang juga Rasulullah serta sahabat-sahabat yang tinggi imannya dalam memperjuangkan agama Islam sebagai satu-satunya agama yang haq di bumi Allah ini.
1001 kisah perit, pahit maung perjuangan seorang Rasul membawa ummat manusia mengenali Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang layak dan wajib disembah. Tatkala itu, ummat manusia jahil, mereka hanya menyembah patung-patung berhala yang menjadi warisan nenek moyang mereka. Mampukah kita bayangkan, bagaimana peritnya tohmahan yang diterima oleh Rasulullah s.a.w., bukan sekadar itu malahan juga paluan serta ancaman dari puak kafir musyrikin? Sunguh perit saat itu. Namun, tohmahan dan ancaman diterima dengan penuh redha.
Kita soroti sendiri bagaimana peritnya para sahabat menanggung seksa kerana berubah akidah kepada yang haq dari yang batil. Bilal bin Rabah disiksa, namun kalimah 'ahad, ahad, ahad' tegar meniti di bibir.Keluarga Yassir disiksa tanpa ada belas, namun atas dasar aqidah yang jitu, mereka rela syahid dalam redha Allah. Begitulah hebatnya iman generasi dahulu, mereka tidak kenal keseronokan dunia, mereka tidak hirau bisikan nafsu, mereka tidak endah kemewahan harta dunia. Yang mereka mahu hanyalah redha Allah dan sudah pasti, mereka sangat yakin dengan janji-janji Allah bahawa akhirat itulah yang hakiki, maka biarlah kemanisan syurga itu dikecapi dengan redha dan kasih sayang Allah..betapa mereka merasai kemanisan iman itu..
Hinggalah Rasulullah menerima perintah dari Allah untuk berhijrah ke Madinah. Maka, itu menjadi saat permulaan kebangkitan dan kegemilangan Islam. Kita lihat bagaimana peritnya jihad Rasulullah dan para sahabat menegakkan agama Islam. Setelah bersusah payah berjihad serta berdakwah di Mekah, Allah kurniakan nusrah-Nya dengan memerintahkan mereka berhijrah ke Madinah. Di sana, kaum muhajirin disambut baik oleh masyarakat Madinah. Di situlah Islam mula berkembang dalam seluruh aspek dari siasah, ekonomi, sosial hinggalah ke aspek munakahat, muamalat dan seluruhnya. Dan di situlah kita belajar bagaimana sistem yang dianjurkan Islam menjadi batu asas bagi sesebuah kemajuan. Di situlah kita belajar relevannya sistem Islam dalam pembentukan kerajaan yang berjaya. Kerana apa? Kerana segala bentuk urusan yang dilakukan mendapat redha Allah.
Hmm, di sini kita faham sesuatu mengenai hijrah iaitu perpindahan dari satu tempat ke satu tempat. Bukan itu sahaja, malahan juga perubahan dari satu sifat yang tidak/kurang baik kepada satu sifat dan keadaan diri yang lebih baik. Dan setelah menyoroti kisah hijrah Rasulullah dan para sahabat, kita faham, setiap perubahan memerlukan pengorbanan serta mujahadah yang tinggi. Bukan mudah untuk mendaulatkan Islam, hinggakan mereka terpaksa meninggalkan keluarga serta harta benda untuk berhijrah.
Aspek inilah yang saya cuba tanamkan dalam diri. Kebetulan, hari lahir saya pada tahun ini jatuh pada 1 Muharram.Jadi, sudah pasti saya perlu laksanakan satu modus operandi atau self-projection untuk memastikan hala tuju hidup saya jelas. Banyak perkara tidak penting saya perlu tinggalkan, banyak masa perlu saya korbankan dan banyak perkara perlu saya utamakan. Bagi saya satu perkara yang wajib saya utamakan adalah ilmu, tak kiralah, akademik mahupun fikrah islamiah dan juga harakah. Saya perlu disiplinkan diri untuk mengecapi kemantapan yang azali. Saya perlu semak semula amalan-amalan harian saya, adakah ianya selaras dengan tuntutan sebagai seorang muslim,mukmin yang bertaklifkan abnaul harakah.
Walau saya tak sehebat figur-figur muslimah yang lain, saya sedar, saya perlu lakukan sesuatu di dalam diri untuk mencapai matlamat penciptaan saya di muka bumi ini. Event Maal Hijrah ini menjadi titik tolak pada perubahan diri saya. Tak perlu tunggu 1 januari untuk merangka segala bentuk azam. Semakin bertambah umur, saya bertanggungjawab atas segala apa yang saya lakukan. Sebagai seorang insan yang sedang membentuk wawasan diri, saya mempunyai target sendiri yang perlu dicapai dari semasa ke semasa. Jom, kawan2, kita bina wawasan diri, laksanakanlah self-projection...Sama-sama kita buktikan!!!

No comments:
Post a Comment
persepsi anda...