Tuesday, November 29, 2011
Monday, November 28, 2011
I LUV U :: Bila SUKA kata SUKA
Wan : Sorang je, awek mana?
Roy : Awek? Haha...Aku solo lagilah bro.
Wan : Aik?? Takde awek? Pelik aku, muka macho, poket penuh...ape cite?
Roy : Enjoy dulu la bro. Apa barang awek-awek ni?
Wan : Ha..! Ni mesti kes kau jual mahal lagi kan?
Roy : Hahaha...Mane ade, aku segan la bro. Awek tu baik sangat macam malaikat. Aku ni dah ler macam hantu. Bagai langit dengan bumi bro.
Wan : Pulak dah. Bro, kalau dah suka kata suka. Kalau melepas..telan air liur je lah alamatnye. Haha...Meh aku nyanyi kat kau sikit. "Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama diambil orang". Hahaha...
Roy : Rilex la bro. Aku taknak lah nampak macam terhegeh-hegeh.
Wan : Ah! Kau tak abes-abes bagi alasan. Jantanlah sikit. Esok aku teman kau, apemacam?
Roy : Aku tak bersedia lagilah. Lagipun semalam kau tak dengar ke Bro Zaki cakap ape?
Wan : Baitul Muslim ke? Haha...aku semalam kat planet plutolah. Penat la..Hehe..
Roy : Kau ni memang, bab agama tangkap lentok, bab awek cepat kau reaktif. Baitul Muslim tu maksudnya kita gunakan orang tengah untuk approach orang yang kita sukalah. Tapi orang tengah tu sebolehnya sudah berkahwin, boleh dipercayai, alim dan arif dalam bidangnya.
Wan : Nape susah-susah nak guna orang tengah, kan bagus straightforward je kat minah tu?
Roy : Bagi aku bro, aku hargai cinta aku pada dia. Aku ingin hormati dia sebagai seorang perempuan walaupun belum tentu dia terima aku. Aku nak perasaan aku terhadap dia halal dan paling penting diberkati Allah. Aku tak mahu hubungan yang bakal aku bina bersama dengan dia disaluti dengan hawa nafsu dan bisikan syaitan.
Wan : Tapi bro, bukan ke cinta itu fitrah? Perasaan semulajadi yang Allah titipkan ke hati semua manusia? Salah ke nak ucap "I luv U" je?
Roy : Yup bro! Cinta itu fitrah, kita bebas nak bercinta dengan sesiapa dan bagaimana. Tapi bro, bebas jangan sampai terbabas. Sebab itu agama islam indah, kita boleh tengok sirah Nabi SAW sendiri. Siti Khadijah RA yang mula jatuh cinta kepada Rasulullah SAW lantas menyuarakan keinginannya melalui orang tengah yang dipercayai iaitu Nafisah binti Manbah agar merisik Rasulullah SAW untuk dirinya.
Sunnah itu telah ditunjukkan oleh Allah dengan jalan terbaik yang dilakukan oleh baginda, maka bukankah sewajarnya kita perlu mengikuti sesuatu yang terbaik dari Rasulullah SAW sendiri?Rasulullah SAW pun menyambut baik tawaran itu dan memberitahu kepada bapa-bapa saudaranya. Akhirnya melalui bapa saudara baginda yang bernama Amru bin Asad, Rasulullah meminang Khadijah RA. Jika direnung kembali, bukankah peristiwa ini sungguh memberikan erti yang cukup relevan untuk penyelesaian masalah pengurusan cinta yang "terlarang"?
Wan : Panjang kau ceramah bro. Haha..Walaupun aku seorang yang percaya dengan keajaiban doa, tapi aku juga percaya dengan konsep usaha. Mana ada awan tanpa adanya proses kondensasi, dan mana ada bunga tanpa adanya proses pendebungaan. Semuanya memerlukan proses, Allah pun takkan ubah nasib kita melainkan kita sendiri yang akan ubah nasib kita sendiri. (Surah Ar-Ra'd, ayat 11) Betul tak bro?
Roy : Betul tu bro. Kita tak boleh biarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum berkahwin dengan ‘si dia’. Dan bercinta dengan sederhana sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untuk kita. Jika kita ingin berbahagia seumur hidup, kita kenalah tahan diri untuk berbahagia sebelum 'si dia' halal untuk kita. Jika kita sudah menyintainya, kita perlu bina asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNya. Kebahagiaan yang kita lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas diijabkabulkan.
Wan : Selamat bercinta sampai ke syurga bro! Banyak yang aku tak tahu pasal cinta. Aku kira aku sudah banyak tersimpang jauh dengan awek aku. Tapi aku harap aku tidak terlambat untuk aku perbetulkan segalanya. Hubungan aku dan dia tampak indah tapi...Lagipun jika kita inginkan pasangan hidup yang terbaik untuk kita, maka kitalah yang patut menjadi yang terbaik dahulu. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar kita tahu apa yang perlu kita tahu. Bercinta dengan manusia untuk mencapai cintaNya. Usah biarkan nafsu terliur dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tertarik kebahagiaan daripada kita.
Roy : Dan siapakah yang membawa kita melihat semua ini indah bro?
“Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk,” (Surah An-Naml ayat 24).
Itulah dia syaitan yang telah menghiasi semua kemungkaran itu dengan keindahan, agar kita tertarik untuk melakukannya. InsyaAllah Allah SWT itu Maha Adil, kita masih punya waktu untuk kembali semula kepadaNya, bro.
"Jika mereka sibuk mencari CINTA, biarlah kita sibuk mencari IMAN. Jika mereka sibuk mencari PASANGAN, biarlah kita sibuk mencri KEREDHAAN. Jika mereka menangis kerana kecewa BERCINTA, biarlah kita menangis kerana DOSA-DOSA semalam. Jika mereka cintakan HAMBANYA, biarlah kita cintakan TUHANnya. Jika mereka mendambakan kehidupan DUNIAWI, biarlah kita dambakan dunia UKHRAWI."
Copy & Paste POST
Saturday, November 26, 2011
Salam Ma'al Hijrah
Assalamualaikum...
salam ma'al hijrah buat sahabat-sahabatku..
Bersama memaknakan tahun baru dengan azam yang baru,memperbaiki segala kelemahan tahun lalu,
menaik taraf pencapaian diri untuk tahun ini.
Yang sudah berkelayakan, bersama-sama kita memaknakan tahun baru ini dengan memenangkan kepimpinan Islam, menghidupkan PRU yang bakal menjelma dengan satu revolusi, mudah-mudahan inilah jihad dan hijrah kita ke arah menegakkan kalimah Allah s.w.t.
Tiada yang kita harapkan selain dari MARDHATILLAH
Tiada yang kita dambakan melainkan MAHABBAH ILALLAH wa MINALLAH
Semoga setiap derapan langkah kita, setiap susunan percakapan kita
mendapat keredhaan dan petunjuk Allah
Menyoroti sirah hijrah Rasulullah,sungguh memaknakan peranan pemuda dalam memimpin perubahan. Kecekalan Saidatina Asma' sebagai sayap kiri pemangkin keberjayaan hijrah cukup menyentap kredibilitiku sebagai sayap muslimat. Apalah kiranya aku menginfakkan sedikit tenaga mudaku untuk jalan yang dipilih oleh srikandi muawwalun. Moga Allah kuatkan TEKAD dan AZAM,kerana sesungguhnya hati ini milik Allah. Sungguh,aku berdoa moga aku THABAT dengan KUDRAT yang ada.
Aku orang muda, sudah pasti lebih bertenaga!
ALLAHUAKBAR!
Friday, November 25, 2011
ZIKIR 7
Maka zikir 7 inilah penemanku musim ini. Moga ia berkekalan ke akhirnya. Moga diamku, diam berzikir. Amin...
Teringat masa solat tarawih kan? Hakikatnya, zikir ni sifatnya tak bermusim. Boleh diamalkan setiap masa. Menambah tenang pada hati. Merasai dekatnya kita pada Ilahi. Mudah-mudahan kita tak lupa pada Tuhan Yang Maha Menciptakan. Yang kita ada hari ini adalah dengan izin-Nya. Apalah salahnya kiranya kita gunakan nikmat lidah yang diberi-Nya untuk mengalunkan zikir.
"Sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang"
Wednesday, November 23, 2011
PERSADA PERJUANGAN
Kakak saya, Asiah Harun, meng'uplad'kan lagu ini. Pada saya lagu ini cukup meniup semangat saya. Lagu yang mengimbau sirah perjuangan Rasulullah yang menempuh pelbagai duka. Memang tak dapat kita sangkal betapa hebatnya perjuangan Rasulullah, menempuh pelbagai rintangan hingga menitis air mata dan darah. hendak dibandingkan dengan kesusahan yang saya alami, apalah sangat...
Mudah melafaz kalimah "PERJUANGAN", tetapi sangat sukar untuk kita melaksanakannya. Kerana kita ada nafsu, kita ada perasaan, kerana kita manusia biasa, dikerumuni ujian wa cabaran. Tapi itulah fitrah insani. Kerana itulah Allah menyediakan ganjaran yang cukup hebat buat mereka yang berjihad di jalan Allah. Lihat sahaja pada janji-Nya di dalam surah at-Taubah ayat 19-26 juga dalam surah as-Saff ayat 10 & 11. Maka yakinlah pada janji-Nya dan ayuhlah sama-sama kita bulatkan tekad, kuatkan semangat & iktiqad.. Berjuang & berkorban kerana Allah.
Dan ingatlah, TANPA CINTA seseorang itu PASTI SUKAR UNTUK BERKORBAN!!!
Teringat ada lagu orientasi masa sekolah dahulu:
Cinta kepada Allah
Cinta Rasul
Cinta Ibu Bapa
Cinta kepada Umat
Cinta Kepada Kecemerlangan
Mari kita semua
Cinta 5 Perkara...
Cintakan Allah, membuahkan ketaatan
Cintakan Rasul, menimbulkan keiltizaman
Cintakan ibu bapa, menyemarakkan mawaddah
Cintakan umat, menyebarkan dakwah
Cintakan kecemerlangan, mengundang kejayaan...insyaAllah...
Wednesday, November 2, 2011
rasaKU dinihari~
Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. [Ali-Imran 3:139]
Tiada yang mudah bila berkecimpung dalam medan dakwah yang Allah sediakan buat umat yang terbaik, umat Nabi Muhammad s.a.w. Adakala, mudah sekali kita merasa lemah dengan tentangan dan ujian yang hadir. Mudah juga kita berdukacita pada sesuatu matlamat yang sukar sekali dicapai. Adakala adik usrah buat hal. Adakala sahabat jauh menyendiri. Adakala hati sendiri teruji. Memang, memang akan ada ujian buat hati ini. Tapi Allah dah nasihatkan, bahawa mereka yang berjuang untuk mempertahankan dan menegakkkan Islam ini adalah orang yang tertinggi maqamnya andai dia bersungguh-sungguh.
BERSUNGGUH-SUNGGUH!!!
Bersungguh-sungguhkah aku? Bersungguhkah aku melayari bahtera yang Allah amanahkan ini? Aku manusia dengan kelemahan serba-serbi. Adakala aku nampak kuat, ke hulu ke hilir, seolah-olah aku tak pernah penat dengan kerja-kerja yang aku buat. Adakala aku sangat lemah, hinggakan aku terduduk menangis, letih menanggung ujian. Tapi, sedarkah aku ketika itu, Allah sedang mengajarku untuk menjadi kuat? Menghadapi siri ujian yang sangat mendidik jiwaku hingga kadangkala aku berhati kering terhadap semua itu. Allah, kerana doaku memohon kekuatan dariMU, maka KAU anugerahkan pelbagai ujian buatku. Dan hari ini, aku tahu untuk berterima kasih terhadap ujian-ujian tersebut kerana ia bisa sekali menambah matang diriku, menambah dekat dan percayaku padaMU.
Aku selalu menanti hadirnya sahabat dalam episod perjuangan ini. Ini kerana fitrah orang berjuang itu, dia payah untuk kuat bila berseorang. Dia mudah sekali ragu dengan kemampuannya. Alhamdulillah, hadirnya sahabat-sahabatku menambah kuat segala apa yang aku fikirkan, segala apa yang aku rasakan, segala apa yang aku nak buat. Sahabat, menjadi cermin diri ini. Bila sahabat tarik muka, bukan kerana dia jauh dari kita, itu tanda kita buat salah, muhasabahlah. Bila sahabat senyum, itu tanda dia setuju dan bersediai untuk bersama kita. Bila sahabat kita menyendiri, itu tanda dia perlukan kita. Bila sahabat kita menyepi, itu tanda kita lupa akan kebajikan dirinya. Bila sahabat kita menegur pula, itu tanda sayangnya yang sarat buat kita. Maka, jika dilihat dari sudut yang betul, persahabat ini penuh dengan warna-warni yang menghiasi pentas perjuangan. Alhamdulillah, aku merasai kesemuanya dan aku mengaku, adakala aku rebah menghadapinya dan adakala aku mampu tabah melaluinya. Semuanya Allah tetapkan supaya kita kembali dekat padaNYA. Ujian-ujian persaudaraan itu Allah anugerahkan agar kita selalu sedar bahawa DIA bersama kita melalui episod perjuangan ini. Dia uji kita dalam ukhuwah kita, mudah-mudahan kita sendiri sedar akan kelemahan kita dan natijahnya, kita perbaikinya bersama untuk hari yang lebih baik. Keran ukhuwah kita ukhuwah Islamiyah, rajuk kita, dendam kita, prasangka kita langsung tak menggugat gerak kerja kita. Ia hanya asam garam kehidupan. Hati mudah memberi maaf, menerima dan memperbaiki antara satu sama lain. Subhanallah...
AKU dan amalanku...KONSISTENKAH???
Melalui jalan ini, aku tahu dan aku sedar sekali bahawa amalanku perlu aku konsistenkan agar hatiku tetap denganNYA. Takkan ku kongsi cintaku pada Dia Yang Satu dengan mereka yang bukan milikku. Aku tahu amalanku adalah sumber kekuatanku. Andai aku jauh darinya, meninggalkan sejadah, al-Quranku maka mudah sekalilah aku terjun ke medan leka. Ya Allah, berilah kekuatan pada hatiku, pada diriku untukku bermujahadah meneruskan amalanku seperti mana yang sepatutnya aku lakukan. Amalanku adalah petanda kuatnya aku dalam medan ini, maka Kau kuatkanlah hatiku, eratkanlah ia kejap dalam dakapanMU Ya Allah. Usah biar ia leka, jangan Kau lepaskan ia.
Moga aku insan yang kuat, diberi kekuatan kerana aku ingin sekali menjadi tenteraNYA yang QAWIYYUL AMIN..
Allahumma AAmin.
Subscribe to:
Posts (Atom)