Kakak saya, Asiah Harun, meng'uplad'kan lagu ini. Pada saya lagu ini cukup meniup semangat saya. Lagu yang mengimbau sirah perjuangan Rasulullah yang menempuh pelbagai duka. Memang tak dapat kita sangkal betapa hebatnya perjuangan Rasulullah, menempuh pelbagai rintangan hingga menitis air mata dan darah. hendak dibandingkan dengan kesusahan yang saya alami, apalah sangat...
Mudah melafaz kalimah "PERJUANGAN", tetapi sangat sukar untuk kita melaksanakannya. Kerana kita ada nafsu, kita ada perasaan, kerana kita manusia biasa, dikerumuni ujian wa cabaran. Tapi itulah fitrah insani. Kerana itulah Allah menyediakan ganjaran yang cukup hebat buat mereka yang berjihad di jalan Allah. Lihat sahaja pada janji-Nya di dalam surah at-Taubah ayat 19-26 juga dalam surah as-Saff ayat 10 & 11. Maka yakinlah pada janji-Nya dan ayuhlah sama-sama kita bulatkan tekad, kuatkan semangat & iktiqad.. Berjuang & berkorban kerana Allah.
Dan ingatlah, TANPA CINTA seseorang itu PASTI SUKAR UNTUK BERKORBAN!!!
Teringat ada lagu orientasi masa sekolah dahulu:
Cinta kepada Allah
Cinta Rasul
Cinta Ibu Bapa
Cinta kepada Umat
Cinta Kepada Kecemerlangan
Mari kita semua
Cinta 5 Perkara...
Cintakan Allah, membuahkan ketaatan
Cintakan Rasul, menimbulkan keiltizaman
Cintakan ibu bapa, menyemarakkan mawaddah
Cintakan umat, menyebarkan dakwah
Cintakan kecemerlangan, mengundang kejayaan...insyaAllah...

:)
ReplyDelete