Semalam, saya dengar kuliah maghrib, penyampaian oleh ustaz Mazlan. Beliau menyampaikan kuliah maghrib berdasarkan sebuah kitab yang diberi nama Himpunan Hadis Modal Insan. Beliau menyentuh tajuk amanah...
AMANAH???
ye, amanah...Nampak mudah, dan memang selalu kita dengar, especially bg saya dan rakan2 yg menceburkan diri dalam arena perguruan ini. Namun, fahamkah kita secara terperinci apa itu amanah dalam konteks kehidupan kita?
AMANAHLAH KEPADA ALLAH.. Bagaimana???
Kita menunaikan segala hak Allah. Jagalah solat. Solatlah penghubung antara kita dengan Allah, sebagai tanda kerdilnya kita yang hanya hamba kepada Allah. Tahu atau tidak bahawa perkara pertama yang disoal diakhirat adalah SOLAT??? Kesempurnaan solat itulah tandanya sejauh mana tahap amanah kita..
Bukan itu sahaja, telus dan tuluslah dalam melaksanakan segala perintah Allah. Jangankan pula kita melaksanakan sesuatu tuntutan itu kerana pandangan manusia. Duhai sahabat, redha siapakah yang kita cari? Pastinya redha Allah...Adakah kita suka sekiranya solat kita itu dilambatkan semata-mata kerana urusan dunia, demi kepuasan manusia? Apakan pandangan Allah? Di manakah kedudukan kita disisi-Nya? Ingatlah, "sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu (wahai manusia) adalah orang yang paling bertaqwa di sisi-Ku"
Tuntutan Allah pada kita, bukan sekadar solat dan puasa malahan seluruh aspek kehidupan kita. Bagaimana adab kita dalam pergaulan. Adakah kita benar-benar telah memelihara batasan dalam pergaulan? Adakah kita benar-benar memelihara syariat dalam setiap mesej yang kita kirimkan (kadang kala maksiat pula yang kita lakukan..)? Bagaimana pula tuntutan Allah terhadap kita untuk melaksanakan tanggungjawab sebaiknya sebagaimana yang telah diriwayatkan bahawa " setiap daripada kamu adalah pemimpin dan paastinya akan disoal kembali tentang pimpinannya"? Mungkin sbg bapa, ibu, suami, isteri, ANAK, PELAJAR, RAKAN SEBAYA??? Adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebaiknya? Amanahkah kita sekiranya kita gagal dalam melaksanakan syariat Allah dalam kehidupan kita???
Amanah Allah dalam kejadian kita sbg manusia
Telah Allah firmankan dalam al-Quran bahawa Allah jadikan kita manusia di muka bumi ini sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi. Ingatkah kita pada sumpah ikrar kita kepada Allah sebelum dimasukkan ke dalam rahim ibu? Benarkah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini dengan sebaiknya? Sahabatku, kita memang mudah tunduk dan amanah pada tuntutan manusia ( namun itu hanya redha manusia semata). Jarang sekali kita renungi sejauh mana amanah kita terhadap hak-hak Allah.
Ayuh sahabat, kita koreksi diri, adakah kita benar-benar amanah kepada Allah???
Semoga kita tidak rugi di akhirat kelak...amin.

Ya Allah, sedarkanlah aku dikala aku terleka...
No comments:
Post a Comment
persepsi anda...