Pages

Tuesday, November 20, 2012

11 Renungan ketika ditimpa MUSIBAH :)

Berkelana di laman muka buku menemukan saya dengan artikel ini. Cukup tepat mengena pada diri. Begitulah Allah mengubat hati hamba-NYA yang mencari. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak terubat rasa resah dalam diri. Boleh ukir senyuman untuk diri sendiri dan boleh juga memujuk rasa yang kabut. Syukur lillah.

Jangan lupa menyebarkan artikel ini setelah membacanya!!!

Hal-hal berikut bisa jadi bahan renungan ketika kita mendapati musibah atau cubaan. Dan merenungkannya, musibah akan terubati, kita akan sabar dan mengharap pahala dari sisi Allah.

1- Renungkanlah bahawa manusia dan hartanya SEMUANYA MILIK ALLAH, semuanya hanya titipan di sisi kita.

2- Setiap orang AKAN KEMBALI KEPADA ALLAH dan akan meninggalkan dunia.

3- Allah akan memberi yang sama dan YANG LEBIH BAIK bagi yang telah hilang.

4- Ingatlah bahawa MENGELUH DAN MENGGERUTU HANYA MENAMBAH DERITA, bukan menghilangkan musibah.

5- Jika mahu bersabar dan yakin semuanya kembali pada Allah, maka itu LEBIH BESAR PAHALANYA dibanding dengan tidak sabar.

6- Berkeluh kesah hanya membuat MUSUH KITA SENANG dan membuat ALLAH MURKA.

7- Sabar dan mengharap pahala itu lebih besar ganjarannya daripada mengharap yang telah hilang itu kembali.

8- Jika kita REDHA terhadap musibah, Allah pun senang dengan sikap kita. Sebaliknya jika kita benci, Allah pun akan murka.

9- Ketahuilah bahwa Allah yang menurunkan musibah Maha Hakim dengan hikmah yang ia beri, PENUH RAHMAT DENGAN KASIH SAYANG yang ia beri. Allah tidaklah menimpakan cubaan untuk membinasakan hamba, bahkan untuk MENGUJI SEBERAPA KUAT IMANNYA.

10- Musibah itu datang untuk MENGHINDARKAN DIRI KITA DARI PENYAKIT JELEK iaitu ujub dan sombong.

11- Ingatlah bahwa walaupun merasakan pahit di dunia namun dapat merasakan LAZATNYA KEHIDUPAN DI AKHIRAT.

Diringkas dari penjelasan Ibnul Qayyim dalam kitab Zaadul Ma’ad, penjelasan tentang petunjuk Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam saat mengubati musibah.

Semoga Allah memberikan kita kesabaran ketika menghadapi setiap ujian dan cubaan.
 
Sumber: Jundi Tarbawi

Tuesday, November 13, 2012

Salam Maal Hijrah, 1434H!

Maal Hijrah dira'i tanda berlalunya tahun ini dan datanglah tahun baru yang sepatutnya menyaksikan manusia bergelar hamba Allah dengan azam baru. Namun, perlu kita akui, sambutan tahun baru Masihi lebih utama kita raikan berbanding Tahun Baru Hijrah. Ayuh kita lihat kepada sirah di sebalik peristiwa hijrah. Ia membawa seribu satu perubahan kepada kemenangan dan keagungan Islam di bawah pimpinan agung Kekasih Allah, Rasulullah s.a.w. Berbeza dengan tahun baru masihi yang majlisnya penuh dengan unsur hiburan yang melekakan. Bukan nak mengutuk, tapi itulah hakikatnya.

Andai kita diajar meraikan tahun baru hijrah dengan menelusuri sirah perjuangan Baginda, maka alhamdulillah, nampaknya kita lebih kenal erti ketaqwaan berbanding keseronokan dan hiburan. Tapi, andai Tahun Baru Masihi lebih-lebih lagi kita agungkan dengan tatacara sambutan yang tak semena-mena, wa'iyaazubillah. Hati kita mungkin dicemari noktah-noktah hitam penangan hedonisme dari insan-insan yang mahu memadamkan kebesaran dan keagungan Allah dengan ciptareka mereka.

Peristiwa hijrah merupakan simbol pemisahan antara perkara yang hak dan perkara yang batil. Orang Islam di Mekah telah disiksa sehingga datanglah Saidina Abu Bakar r.a. kepada Rasulullah untuk memohon agar umat Islam berhijrah. Maka kata Rasulullah, "Sabar, aku menunggu perintah dari Allah". Setelah datang perintah dari Allah, maka berhijrahlah umat Islam ke Madinah secara bersembunyi dan berjaga-jaga. Kafir musyrikin jadi tak keruan lalu mengatur strategi untuk membunuh Rasulullah. Namun, pertolongan Allah itu dekat. Perjalanan hijrah Rasulullah ke Madinah dibantu Allah dengan hadirnya sahabat karib yang menemani dan melindungi. Begitu juga dengan komitmen Saidina Ali r.a. bagi menggantikan tempat tidur Baginda. Saidina Abu Bakar r.a. juga telah merekrut ahli keluarganya untuk membantu perjuangan Rasulullah dengan melantik anaknya Asma' sebagai pengurus bahagian bekalan, Abdullah sebagai perisik dan bahagian kawalan, serta pembantunya Amir bin Fuhairah sebagai penghapus bekas tapak kaki Rasululullah dengan membawa kambingnya. Tingginya rasa cinta mereka kepada Rasulullah hingga membuahkan pengorbanan harta, tenaga dan masa tanpa menagih sebarang ganjaran.

Peristiwa hijrah memperlihat kepada kita betapa tingginya kedudukan agama dan aqidah Islamiah, di mana ia harus dibela walau dalam apa jua caranya. Walau dilihat seolah mengalah, dengan meninggalkan tanah tumpah darah, tapi ia adalah permulaan yang hebat bagi sebuah kemenangan yang mendapat berkat. Betapa Allah memelihara mereka yang berjuang di jalannya. Walau datang rasa takut dalam hati Saidina Abu Bakar r.a. saat hampirnya orang kafir musyrik dengan Gua Thur, Rasulullah s.a.w. mengingatkan bahawa ada Allah di antara mereka dan keyakinan Rasulullah s.a.w. dan Saidina Abu Bakar r.a. terhadap bantuan Allah ini benar. Dengan kuasa Allah, tiada siapa yang menjejaki mereka. Allah menghijabkan mereka yang ingin menjatuhkan Islam dari menyedari keberadaan kekasihnya jua sahabat karib kekasihnya yang berada hampir dengan mereka. Begitu juga kisah Suraqah bin Ja'syam yang pada paginya begitu tegar untuk memberkas Rasulullah bagi mendapatkan ganjaran lumayan dari kafir musyrik, akhirnya menjadi pelindung Rasulullah pada sebelah petang setelah menyaksikan kekuasaan Allah dalam melindungi Rasulullah s.a.w. Kudanya yang mengejar Rasulullah dari belakang berkali-kali jatuh melutut, terbenam di dalam padang pasir. Saidina Abu Bakar r.a. berasa takut, namun Rasulullah dengan keyakinan yang teguh kepada Allah langsung tidak menoleh sehinggalah terdengar jeritan Suraqah memohon bantuan atas rasa takutnya terhadapa apa yang berlaku padanya dan apa yang dilihatnya. Bantuan Rasulullah s.a.w. membawanya kepada jalan hidayah. Suraqah pulang ke Kota Mekah dengan dalih-dalih bagi menyelamatkan perjalanan Rasulullah s.a.w. ke Madinah.

Rasulullah s.a.w. tiba di Madinah dengan sambutan hebat dari masyarakat Ansar di sana. Aluan zikrullah, qasidah memuji nabi dan kebesaran Allah mengiringi kemasukan Baginda sa.w. Romantiknya suasana bila Rasulullah s.a.w. bertanya kepada penduduk Mekah, "Adakah kamu semua mencintai aku?" Mereka menjawab, "Ya" Sambung Rasulullah s.a.w. lagi, "Hanya Allah yang mengetahui hati sanubariku, yang aku kasihkan kamu sekalian." Allahu Rabbana. Cuba bayangkan sekiranya kita hari ini menerima ucapan Baginda s.a.w. tersebut. Mengalir air mata, merasai jerih perih yang Rasulullah s.a.w. termpuhi untuk kita.

Lihatlah apa yang Rasulullah lakukan. Baginda bina masjid sebagai pusat menyemai ketaqwaan kepada umat Islam. Kemudian Baginda membina pula pasar sebagai pusat kemasyarakatan untuk jana ekonomi negara. Islam tersebar luas. Umat membangun dengan jati diri berasaskan ketaqwaan.

InnaALLAHa ma'ana!
Maka hari ini, bila kita menyambut Ma'al Hijrah, ayuh kita renungi lembaran hidup kita. Pada perkara yang baik, ayuh kita teruskan, dan perkara-perkara buruk berbaur maksiat ayuh kita tinggalkan. Jadikan tahun baru ini, tahun 1434H sebagai satu wasilah untuk kita laksanakan anjakan paradigma dalam diri. Ayuh kita ambil ibrah peristiwa hijrah di atas untuk kita kemudi hidup kita sebagai umat kekasih Allah yang agung.

  • Hari-hari dalam hidupku mestilah memastikan aku mengorbankan segala-galanya sekiranya keadaan memaksa demi kepentingan aqidah dan Islam.
  • Semaikan cintaku pada Allah dan Rasulnya sebagaimana cintanya Saidina Abu Bakar as-Siddiq kepada Baginda s.a.w. Sanggup berhadapan dengan bahaya untuk menyokong perjuangan Baginda s.a.w. menegakkan kebenaran.
  • Berhati-hati dalam setiap tindakan sepertimana berhati-hatinya Rasulullah dan umat Islam meninggalkan Kota Mekah supaya urusan kemenangan berjalan lancar.
  • Yakini bahawa adanya Allah dalam setiap urusan menegakkan agama-Nya, hatta menegakkan agama-Nya dalam diri kita. Bila beriltizam untuk berubah, maka yakinlah Allah ada dan Allah sentiasa suka perubahan baik kita. Mudah-mudahan kita istiqamah.
  • Andai kita pemimpin, pimpinlah anak-anak buah kita kepada ketaqwaan dengan penuh iltizam. Gunakan segenap jawatan yang kita ada untuk kita bawa Islam dalam diri dan masyarakat kita. Allah ada dengan kita.
  • Andai kita pengikut, dokonglah pemimpin-pemimpin kita yang bersungguh-sungguh membawa Islam. Berilah kekuatan kepada mereka dengan menzahirkan kebersamaan kita seperti mana Saidina Abu Bakar r.a. dan kaum kerabatnya membantu peristiwa hijrah Rasulullah s.a.w.
Sebagai khulasahnya, Hijrah adalah peristiwa yang memisahkan antara HAK dan BATIL. Mengajak kita pada hari ini agar sentiasa menjadi lebih baik dari hari ke hari. Andai kita tak mampu berseorangan, maka berjemaahlah mencari kebaikan. Andai kita tak mampu berbuat baik secara sendiri, maka berbaiklah dengan mereka yang baik. Pasakkan Islam dalam diri kita dan mereka di sekeliling kita. Bersama-samalah kita menjadi lebih baik kerana Allah. Semalam adalah kisah lampau sebagai pengajaran. Hari ini dan esok yang mendatang adalah peluang yang Allah bagi pada kita untuk kita tingkatkan ketaqwaan dan ketaatan kepadaNYA. Hakikatnya, hidup kita ini untuk menzahirkan ketaatan kepadaNYA agar dapat bertemuNYA dalam redha.

jom amalkan doa ni, selepas asar & maghrib. :)

Wallahu a'lam.
Salam Ma'al Hijrah.
al-faqirah ilallah, Adilah binti Kamal Azizi. 

Senyumlah! :)

Bismillah walhamdulillah...

Sekian lama menyepikan diri dalam dunia penulisan. Entahlah, keberadaan muka buku sedikit sebanyak membantutkan usaha penulisan.

Sebanyak-banyak hari yang dilalui tanpa coretan untuk dikisahkan pastinya memendam seribu satu pengalaman. Jika dikongsi, ada yang boleh dicontohi, dan ada yang perlu diletak tepi sahaja. Itulah kehidupan. Tak semuanya indah pada zahirnya. Tapi, bila dilihat pada pandangan hikmah, itulah keindahan pada sebuah kehidupan!

S.E.N.Y.U.M.

Tema harian. Memanglah, benda 'senyum' inilah yang abah terapkan sejak saya kecil lagi. Kecil-kecil dulu, masa comel-comel lagi, bila mengadu pada abah segala yang tak kena, mesti abah kata, "senyum, buat tak tau ja" ataupun "depa kata apa pun, senyum ja. Jangan susah-susahkan hati tu".

Sempoinya abah. Tapi, perkataan tu, bila diulang-ulang dari kecil, melekat dalam hati ni. TARBIAH SENYUM DARI ABAH. Bila semakin meningkat dewasa, maka saya semakin memahami falsafah senyum yang cuba abah maknakan sejak saya kecil.

PADA SAYA...
Senyum yang abah ajar, bukanlah senyum sinis. Bukan jugak senyum kambing. Tapi senyum yang menenangkan, mendamaikan dan menyejukkan hati yang tengah membara. Seingat saya, abah jarang ajar saya membalas. Abah kata, "tak yah cakap apa-apa, senyum ja". Bila dipraktikkan dari sekolah rendah, betullah. Mereka yang berkata-kata akhirnya diam kerana buntu. Hurm, stylo jugak cara abah. Protes secara aman. Hehe.

Dan hari ni, bila saya menghadapi perkara-perkara yang tidak menyeronokkan, saya juga cuba untuk senyum. Senyum ni rupanya resepi dan rahsia ketabahan. Rupanya, bila kita senyum, akan berkurangan rasa bersalah malah bertambah rasa kuat. Kenapa ya? Mungkin kerana kita sebenarnya mengurangkan rasa sakit hati orang lain pada kita dengan membunga-bungakan hati mereka. Dan sebagai pulangannya, kita juga merasa bahagia. Hebatnya! Hebatnya Allah menghiburkan hati-hati hamba-NYA yang sedang mencari kedamaian! Subhanallah!

Tapi, bila saya keseorangan, saya tak mampu senyum untuk diri sendiri. Perasaan akan menjadi campur baur. Antara hak hati yang minta dibela dan nasihat iman agar memafkan dan berlapang dada. Ketika itu, saya akui saya akan terduduk menangis. Menangis mencari sinar ketabahan, kekuatan dan penyelesaian.

S.Y.U.K.U.R.
 Syukur kerana Allah anugerahkan insan-insan pilihanNYA untuk saya berkongsi segala cerita. Cerita sedih saya, yang tak mampu saya atasi dengan senyum, saya luahkan pada mereka dan merekalah pencetus senyuman saya pada hari ini. Merekalah insan yang Allah anugerahkan untuk ingatkan saya bahawa setiap perkara yang berlaku itu datang dengan kehendak Allah. 

Bukankah saya selalu meminta yang terbaik untuk hidup saya? Maka itulah yang terbaik Allah anugerahkan. Andai ia bukan nikmat, terimalah ia sebagai ujian untuk muhasabah. Mungkin Allah berkehendakkan saya agar melihat ke dalam diri, sedalam-dalamnya akan karat-karat yang belum dibuang, yang mengganggu urusan ketaatan saya sehari-harian dikikis ataupun digris. Senyumlah atas nikmat & kurniaanNYA. Segalanya bukti Rahman dan RahimNYA.

Syukur kerana Allah hadiahkan perjuangan beribu taklifan ini. Di dalamnya ada rukun kefahaman yang menguatkan diri. Di dalamnya ada kethiqahan yang menghentak hati untuk disedarkan. Di dalamnya ada anggota-anggota yang mengingatkan. Pada manhajnya ada perkara yang mesti dilalui sebagai penyegar pada diri. Hebatnya Allah mengikat. Moga thabat. 

S.A.B.A.R.
 Sabar sebagai bukti syukur. Andai betul saya bersyukur atas kurniaanNYA, mengapa tidak mampu bersabar. Bukankah bila kita bersyukur, Allah akan tambah lagi? Maka, dalam diri harus percaya, atas setiap kesabaran, Allah anugerahkan kebersamaanNYA. Dan kebersamaanNYA akan membuahkan kekuatan dan keistiqamahan kita dalam jalan kebaikan. Mudah-mudahan, bila kita sabar dan meyakini serta merasai kebersamaanNYA dalam tingkah laku kita, kita jadi kuat dengan iman. Bertambah-tambah rasa kesyukuran kita, kerana Allah memampukan kita dalam mujahadah kita yang payah. Pokok pangkalnya, kena sabar dan teruskan langkah.

K.U.A.T.K.A.N A.M.A.L.
Hakikatnya, untuk mendapatkan kesabaran yang utuh, ia mesti hadir bersama-sama amal yang kukuh. Ramai dalam kalangan adik-beradik usrah saya berpesan, "selalulah semak dan update hubungan kita dengan Allah, adakah teratur semuanya? Adakah konsisten pelaksanaannya? Adakah berkualiti semuanya?" Hakikatnya, itulah sumber kekuatan. Saya pernah merasakan sesuatu. Bila segalanya saya lakukan dengan teratur, bersungguh-sungguh, saya akan rasa kuat. Tapi, bila saya buat sambil lewa, hari itu akan berlalu dengan lesu. Aura positif pergi dan tak nak kembali, hinggalah saya charge semula segala amal. Allahu Rabbi, hebatnya ikatanMU. Bila aku jauh, KAU ikat diriku dengan perasaan gelisah, agar aku kembali kepadaMU. Bila aku dekat, KAU kuatkan hati dan iltizamku untuk terus-terusan membawa misiku keranaMU. Allahu Allah...

Cukuplah hingga saat ini.
Moga ia permulaan yang baik untuk episod yang seterusnya.

Laa hawla wala quwwata illa billah.
Hasbunallah wani'mal wakil, ni'mal maula wa ni'mannasir.

Terima kasih sahabat untuk semuanya :)

Thursday, June 7, 2012

Coretan untuk adik-beradik UZA

Bismillah, walhamdulillah...

UZA menginspirasikan peneraju sayap kiri Ikhwanul Muslimeen. Maaf Kak Nurul, turut terinspirasi dengan bulatan ukhuwah & thaqafah yang akak kemudi. 

Semuanya 14 adik-beradik termasuk saya sebagai kak longnya. Alhamdulillah, nikmat yang Allah anugerahkan ini tak mungkin disia-siakan. Merekalah adik-adik saya [walaupun ada yang sebaya] yang Allah anugerahkan untuk bersama-sama mengemudi kehidupan ini, menyemarakkan Islam dalam diri untuk masa hadapan Islam yang unggul. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana kami dimuliakan dengan nikmat iman dan Islam dari Allah. 

Ukhuwah kami bukanlah hanya dalam bulatan thaqafah, yang hanya duduk bersimpuh atau kadang kala bila lenguh bersilalah juga, tapi, ukhuwah kami juga membawa kami jogging bersama, breakfast bersama, & jalan-jalan hingga ke Lake Garden. Erm, walaupun ramai, romantiknya terasa. Dengan uslub inilah kami menyemai kasih, saling ingat-mengingatkan dan merangka sesuatu untuk Islam di bumi yang kami pijak.

Kami suka sharing moment, berbincang tentang kehidupan dan berkongsi cerita. Segalanya mengajar kami mengurus kehidupan dan merancang masa hadapan yang lebih baik. Kami semua memasang harapan, moga kami  adalah insan yang berbakti pada ummah kerana kami kan, cikgi2 :)

Secara peribadinya, saya amat menghargai pemberian ini. Dianugerahkan adik-adik dalam satu liqa' yang jitu. Manusia normal, pasti akan dihimpit ujian. Maka di sinilah tempatnya saya berkongsi. Dan di sinilah saya temui solusinya. Melihat dan bersama adik-adik mengajar saya betapa banyaknya dosa saya berbanding mereka, betapa mereka mengingatkan saya akan kuasa Allah. Memandang mereka dengan pandangan penuh syukur juga pengharapan moga ia berkekalan. Sungguh, saya sayangkan ikatan ini. 

Bila ada tempat menumpah kasih, maka tidaklah ia singgah pada yang tak selayaknya. Segalanya dimanfaatkan untuk kebaikan yang Allah redhai, insyaAllah. Hakikat manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, maka inilah medannya. Kasih sayang ini menyemai fikrah dalam mawaddah, mengajak menuju mardhatillah. Itu yang saya faham dan kerana itu saya sangat menghargainya. 

Semoga kepuasan yang dikecapi ini membantu kami membentuk Fardul Muslim dalam diri. Kami berazam untuk membentuknya kukuh dalam diri kami. Kerana di sana cita-cita kami amatlah besar. Maka bersyukurlah dan perkasakanlah!

mana lagi 3 orang??? 

Thursday, March 15, 2012

yaniyaya: dlah, jgn sedih-sedih ya!

InsyaAllah...1 entry sebelum tidur..

Saya percaya, sesuatu perkara semestinya berlaku ada sebab dan musababnya. Dan perkara ini membelenggu hidup saya. Mana taknya, suatu perkara yang kurang baik itu sudah pasti kita tak pernah minta berlaku. Tapi Allah nak tarbiah kita, Allah nak ingatkan kita, maka datanglah segalanya sebagai suatu ujian. 

Saya tak minta untuk menyakiti hati sahabat, tapi itulah yang berlaku.
Saya tak minta untuk mengkhianati persahabatan, tapi itulah yang mereka rasa pada saya.
Saya tak minta untuk mendesak tapi mereka pula rasa didesak.

Luasnya medan tarbiah-Nya. Sungguh saya lemah berhadapan dengan segala bentuk masalah hati ini. Ada sesuatu yang Allah nak ajarkan pada saya. Saya mesti sabar, Saya mesti kuat. 

Kan saya dah minta maaf? 
Kan saya sedang cuba untuk berbaik dengan mereka? 
Kan saya sedang cuba untuk menunjukkan usaha dan sokongan terbaik untuk mereka?

Mungkin bukan hari ini. Mungkin esok atau mungkin beberapa lama lagi yang boleh.
Mudah-mudahan mujahadahlah jiwa saya menghadapinya.
Mudah-mudahan matanglah saya jadinya.
Semuanya punya hikmah.

Kalau hari ini saya silap, esok bukanlah terbaik sekiranya saya mengulangnya.

Hidup suatu medan tarbiah. Kadang kita seronok, kita jadi leka. Maka kita lupa. Bila Allah uji kita, baru kita tau, Ya Allah, jauhnya aku dari mengingati-Mu. Ya Allah, syukur atas peringatan dari-Mu. 

Maka benarlah, Allah tak pernah tinggalkan kita keseorangan, Maha Luas rahmat dan kasih sayang-Nya. Subhanallah!

Wednesday, February 22, 2012

Wahai Purnama

Kerana padamu punya qudwah
Kerana padamu punya kelembutan
Kerana padamu punya keimanan
Kerana padamu punya ketaqwaan
Kerana padamu punya penyelesaian
Kerana padamu punya keazaman
Kerana itulah aku kuatkan diri di muka bumi ini
Mencontohimu mencari redha Ilahi
Jalannya payah, kerana itu sirah & sunnah

Allah... kuatkanlah, tabahkanlah...
Hidupku tidak mahu jauh dariMU jua kekasihMU.

Friday, December 16, 2011

MABRUK!!! Alhamdulillah~

assalamualaikum...

TAHNIAH!!!

buat adik saya:
AMIRAH BINTI KAMAL AZIZI
dan 
AMMAR IZZUDDIN BIN KAMAL AZIZI

kerana telah terpilih 
untuk melanjutkan pelajaran
ke tempat terbaik yang sentiasa 
mak, abah, kakak dan saudara-mara kita doakan
moga langkahan yang bakal antuma cipta 
ke Darul Quran & SBPI Kubang Pasu
menambah lagi seri dan nikmat serta berkat Allah s.w.t.
ke atas keluarga kita
Teruslah berkelana di bumi Allah ini
mencari dan menyelidik hikmah-NYA yang Maha Luas
Jadikan nikmat hari ini
sebagai tiket untuk menempah redha-NYA
Baarakallahu fikuma
Moga kejayaan sentiasa menjadi milik kita semua,
melakar bahagia dan senyum pada citra wajah mak & abah tercinta
PERCAYALAH
apa yang kita peroleh hari ini
adalah hasil doa mak & abah
yang tak pernah putus
Moga doa kita, al-fatihah kita
tak pernah putus buat mereka
Doa anak yang soleh
Takkan pernah sia-sia.

p/ss: Nikmat Allah itu terlalu luas. Murahnya rezeki adik-adik akak. Moga kita tak pernah putus asa untuk berharap pada-NYA.

Friday, December 9, 2011

...Kataku Hari Ini...

duhai hati
mengapa perlu gusar
kalau yang kauhadapi itu belum lagi dirasakan sukar
mengapa perlu takut
kalau yang kau akan lalui itu hatimu yang turut
mengapa perlu sangsi
kalau janji yang datang padamu itu pasti???

yakinlah duhai diri
hidup ini bukan untuk menyendiri
mungkin kini kau belum berani
akan datang kau pasti mampu berdiri
berdiri menyanjung agamamu yang tinggi

pergilah gusar
pergilah wahai sang takut
pergilah sangsi

aku adalah aku yang aku cipta
maka aku harus berani
aku harus kuatkan diri
kerana itu wasilah yang mampu aku usahakan
aku orang muda
yang punya banyak tenaga
yang perlu berani mempersembah silap
agar aku nanti
mampu hebat dek kerana tahuku pada yang benar
biiznillah...

notes : 
Doa itukan senjata saya. Maka memohonlah dengan sabar dan solat.

Thursday, December 8, 2011

[motivasi JIHAD guru]

Pabila ditanya tentang khabarmu, maka katakanlah :
"Alhamdulillah, binikmati IMAN wa ISLAM, Allahu Akbar!!!"

Itulah kalam pertama yang dilafaz Cg Sukarno yang saya cetak dan simpan rapi dalam memori. Awal kalam pun sudah mencerminkan sejuta hamasah penuh fikrah dalam diri beliau. Dan saya sememangnya dari mula-mula saya kenal beliau, saya telah terinspirasi dan tak hairan langsung jika saya ter'doktrin' olehnya. Itu lebih baik!

Maka bicaranya saya ikuti penuh minat. Kuat dan jelas suaranya. Itulah pemuda, walau yang kita tahu, umurnya meningkat, namun semangat pemudanya belum tentu dapat disaingi pemuda hari ini...percayalah! Banyak perkara yang dikongsikan dan rasanya apa yang bakal saya coretkan di sini hanyalah sekelumit dari kalam beliau yang penuh zouq.

Guru dan KEKUATANNYA

1. Guru, kekuatannya dia BIJAK MMENYUSUN BICARA. Komunitinya luas,bergaul dengan manusia pelbagai bahasa dan cara. Maka itulah sasaran dakwahnya. Bicara yang halus penuh hikmah yang dicipta oleh seorang guru adalah senjata ampuh buat gerak kerja dakwah, biiznillah.

2. Guru itu tertumpu KEPERCAYAAN padanya. Anda boleh lihat bagaiman seorang anak kecil begitu percaya pada gurunya, hinggakan apa yang anda katakan padanya walaupun betul pasti disangkalnya dek kerana bait bicara cikgu yang sudah menyelinap dalam ke ufuk hatinya. Itulah kuasa guru. Maka ucapkanlah & tunjukkanlah yang baik kerana baikmu itu bakal membantu anak didikmu melalui jalan hidupnya dengan penuh hikmah.

3. Guru mempunyai SASARAN DAKWAH yang luas. Siapa mereka kalau bukan murid, rakan sejawat, kakitangan dan staff sekolah, ibu bapa murid, masyarakat sekeliling dan tak kurang juga famili mak cik & pak cik kantin. Ramaikan... Cuba bayangkan, sekiranya seorang guru itu mampu melengkapkan dirinya dengan ciri fardhu muslim yang sempurna, ia adalah satu bonus untuk dirinya malah dapat dinikmati oleh masyarakat di sekelilingnya. Subhanallah...luasnya ruang dakwah guru.

4. Guru ada MASA yang konsisten. InsyaAllah, masa yang terluang, dapat dimanfaatkan untuk bersama-sama masyrakat. Guru sempat menyelami dan memahami keadaan komuniti setempat. Jadi, guru mampu menjadi 'problem solver' pada permasalahan yang timbul,insyaAllah.

5. Guru adalah insan yang sepatutnya PALING MEMAHAMI situasi masyarakat. Guru mampu mengenali masyarakat menerusi data murid-muridnya. Guru mampu memahami penyakit masyarakat menerusi penyakit-penyakit yang dialami oleh muridnya. Oleh itu, guru adalah insan yang paling tepat untuk melakar aksi menyelamat dan menyelesai. 

6. Guru ada GAJI yang tetap,yang insyaAllah cukup. Kata Cg, usah sibuk menambah besar kemewahan yang ada. Manfaatkan wang yang ada untuk gerak kerja ummah. 

7. Guru ada banyak LINK. Biasalah, hidup menjadi guru, kursus sana, kursus sini. Game sana, game sini, jadi,ramailah kenalan. Manfaatkannya untuk penyebaran dakwah. Sebarkan program-program pembangunan ummah, risalah dakwah dan seribu satu lagi usaha dakwah yang boleh.

Pokok pangkalnya, dalam memanfaatkan segala kekuatan yang ada seperti di atas, guru mestilah IKHLAS dan berSUNGGUH-SUNGGUH dalam perkhidmatannya. Sebagai seorang guru pelatih, IPG adalah institut untuk kita semua membina peribadi yang teguh, mengumpul kekuatan menghadapi hari-hari di'posting'kan nanti. Di kampus lagi, beringatlah, kita berkerja,melibatkan diri dengan kerja-kerja Islam bukan untuk menempah nama, tetapi buatlah untuk Allah dan Rasulullah. Menjadi guru itupun suatu sunnah, semailah perilaku kita dengan keikhlasan dan kesungguhan. Dan ingatlah,bila kita bekerja dengan perkara makruf, pasti ada cabarannya. Kuatlah dengan keyakinan yang tinggi akan janji-jani Allah yang tak pernah menipu.

ISTIQAMAHLAH DENGAN GERAK KERJA ISLAM
"BIJAK BERTINDAK, KREATIF BERGERAK"

Wednesday, December 7, 2011

Menyingkap Memori DATAB'11

Bismillahirrahmaanirrahim...

Menulis bertemankan inspirasi qasidah..Ya Hanana..

Alhamdulillah, berpeluang mengikuti Daurah Kitab (DATAB'11) di Wisma Darul Ulama', Kedah. Bersyukur pada Allah. Sememangnya, semasa ingin melakar janji untuk ke sana, terdetik di hati betapa tidak layaknya aku. Aku hanya insan biasa. Tapi aku memujuk diri. Bukankah detik dan teriakan hati untuk ke sana itu suatu hidayah Allah? Maka,haruslah aku mengumpul dan memohon taufik untuk kugagahi jua diri ini ke sana, menadah ilmu Allah yang subhanallah, Maha Luas.

Sebenarnya memang banyak asbab yang membuatkan aku berat untuk membuat keputusan ini. Undangan menjadi fasilitator program, lambakan kerja untuk hari-hari mendatang dan banyak lagi especially when we have to take into consideration of our mama's n papa's permission, feelings and so on. Walau macamana sibuk sekalipun, menjadi fasi sini sana, hati perlu sedar bahawa hidup ini kalau asyik memberi, tapi xda amalan top up pada nilai ilmu, maka janggallah sifat ilmunya. Tiada peningkatan dan angkat bakul perasan diri itu bagus, Tak seronok pulak rasa. Maka TEKAD harus diKUATkan. Dan saya teringat pada firman Allah,"Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah"...Maka usaha dilipat gandakan & akhirnya alhamdulillah, kedua kaki ini berjaya menjejak Bumi Tarbawi Derang.

Kerana hidup itu harus memberi maka aku coretkan di sini buat tatapan rakan-rakan pembaca...

Sambil menulis, aku sendiri tersenyum. Mengingat kembali detik bersama teman-teman dan para 'alim ulama' menyampaikan ilmu yang selautan luasnya, dengan pelbagai kerenah dari kami audiens sepenuh masa. Menadah kitab fekah FATHUL QARIB & mustalah hadis SYARH AL-BAIQUNIAH. Banyaknya lopak yang ada, maka guru yang mursyid itulah yang menurapnya. Alhamdulillah wa syukrulillah. Bilamenadah kitab fekah ni, maka banyaklah kisah lucu yang timbul.Tak kurang juga kisah Rasulullah, para sahabat, & tabi'in yang ustaz-ustaz ketengahkan sebagai panduan berguna buat kami. Membahaskan syarh al-Baiquniah yang ditulis dalam bait-bait syair, sangat indah. Maka terus-terusanlah kami mengikutinya. Segala adab yang salah pasti ditegur terus (there & then), agar kami menjadi insan yang beradab dalam menuntut. Maka bersyukurlah kami semua keran itulah proses tarbiah. Alhamdulillah wa syukurillah.

Malamnya, kami disajikan dengan perbincnagan isu semasa yang sungguh aku katakan, menyeronokkan & sangat menyuntik hati kami yang majoritinya bakal guru. Kami berbincang tentang intipati KITAB BIBLE & kami juga membincangkan ISU SYI'AH di Malaysia. Bersyukurnya kerana pengisian ini adalah di luar jangkaan kami. Seronok dan berpuas hati menyelak helaian Bible dan menyingkap penyelewengan yang berlaku. Seronok dan berpuas hati juga menerima penerangan Prof Madya Abdul Aziz mengenai SYIAH: Mazhab @ Sesat.Menyingkap tasyahud/syahadatain mereka yang sama sekali menyalahi aqidah dek kerana mereka menafikan para sahabat dan saidatina aisyah serta saidatina hafsah. Begitu juga dengan isu Perkahwinan Mut'ah yang nampaknya mencuit hati kami bila diperhalusi. Tak sabar rasanya menunggu buku Ustaz Abdullah bin Din berkaitan SYIAH dicetak di pasaran. Seronok mendalami permasalahan umat, jadi cikgu mesti faham permasalahan umat, itu kata Cg kami, Cg Sukarno..inspirasi kami semua. Bersama cg, kami diajak melihat peranan guru, menghidupkan suasana pendidikan dalam segenap masa yang ada, bukan hanya di sekolah, itu guru kaku! Maka kami diingatkan bergerak dalam jemaah, mudah-mudahan kami kuat melakukan gerakerja islah dan dakwah kerana sasaran dakwah kami, sungguh,sangat luas dan ia bukan tanggungjawab ustaz & ustazah sahaja...guru KH, MT, SN,PSV, PJ..semuanya berperanan. Jom berganding bahu! Alhamdulillah wa syukurillah.

Subuh kami sangat istimewa. Bersama Syekh Ahmad Fahmi Zamzam dalam kuliah subuhnya, kami ikuti kuliah sirah Rasulullah. DI dalamnya penuh selawat. Sebelum mengakhiri kuliah, kami diajak berselawat beramai-ramai. Harmoninya suasana pagi-pagi yang kami lalui di sana. Itulah pada saya biah solehah. Kata kak Huda,"sweet,kan???".."Yep, sooo sweeetttttt!". Alhamdulillah wa syukurillah.

Berpuasa di hari Tasu'a & asyura'... Dijemput pula bersama-sama mengahdiri majlis pengijazahan hadis musalsal 'asyura', menambah lagi kenangan manis kami mengikuti DATAB'11 ini. Berkumpul & berhimpun bersama rakyat kedah,mendengar bait nasihat dari Pak Long Zainal Asri,dengan mulutnya yang sentiasa basah dengan selawat membawa kami pada medan muhasabah kecintaan kami terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian,menerima pula ijazah hadis musalsal 'asyura' dari Syekh Ahmad Fahmi Zamzam. Itu adalah yang pertama kali buatku dan aku pasti inginkannya lagi. Damainya hati dengan budaya hijau, warna kecintaan Rasulullah kerana itulah warna jannah, warna kemenangan buat umat Islam. Alhamdulillah wa syukurillah.

Berjalan petang ke rumah Syekh Ahmad Fahmi Zamzam, mendengar bait nasihatnya dan dianugerakan ijazah BEKAL AKHIRAT yang sarat dengan amalan, mudah-mudahan dengan istiqamah mengerjakannya membawa kami ke tempat yang diredhai Allah, dan kami juga meredhaiNYA. Alhamdulillah wa syukurillah.

Bersyukur juga atas nikmat ukhuwah yang kami peroleh. Makan setalam, tidur sebilik, solat sejemaah, jalan seiring..subhanallah..bergurau dan mengingat antara satu sama lain. Ada sahabat2 dari IPKB,IPTB, IPPM, IPDA, dan ramai lagi,GMI dan KUIN pun ada. Mestilah best, banyakyang boleh dikongsi. Ingat lagi, lepas bacaan al-Mulk kami berqasidah, rasa bahagia menyebut bait-bait puian buat junjungan besar Rasulullah s.a.w. Moga Allah berkati ukhuwah ini.

Rasa bersyukur dan nak lagi!!!
Mudah-mudahan ada lagi peluang untukku mengikuti daurah sebegini.
Tak lupa ucapan terima kasih buat mak & abah yang memberi kebenaran & sumbangan.
Alhamdulillah...