Pages

Wednesday, February 24, 2010

cerita hati~

Ya Allah, aku teruji hari ini...
Tarbiah-Mu menyuntik hati dan perasaanku..
dengan pandangan mata hati kurniaanmu,
aku merasakan diriku begitu kerdil, lemah x berdaya...
aku insan lemah, mudah melakukan dosa..
Ya Allah, perasaan apakah ini?
Kuatkanlah, tabahkanlah hatiku...
Tiada daya dan upaya melainkan dengan keizinan-Mu...

Tuhan, lama aku gelintar
cari arah cahaya menerangi gelita

Indahnya hidayah-Mu
sinari ruang kalbu
gugur air mataku
syukuri nikmatMu

oooh Tuhan
pimpinlah hati ini
untuku menghayati
oooh petunjukMu

Walau diuji kesabaranku juga keimananku
Tidak tercabar keyakinanku pada janji-janjiMu
Telah bersujud di hadapanMu
meraih cintaMu
sepenuh jiwa aku serahkan
hanyalah untukMu

Betapa ku bersyukur
dengan hidayah yang Kau berikan
semoga selamanya, aku
kekal di jalanMu...

" Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia.
Kau tetapkanlah hatiku.
Kurniakanlah daku hidayah dan taufiq-Mu.
Moga aku menjadi hamba-Mu yang cekal, tabah dan sabar."

Tuesday, February 23, 2010

Semalam, saya dengar kuliah maghrib, penyampaian oleh ustaz Mazlan. Beliau menyampaikan kuliah maghrib berdasarkan sebuah kitab yang diberi nama Himpunan Hadis Modal Insan. Beliau menyentuh tajuk amanah...

AMANAH???

ye, amanah...Nampak mudah, dan memang selalu kita dengar, especially bg saya dan rakan2 yg menceburkan diri dalam arena perguruan ini. Namun, fahamkah kita secara terperinci apa itu amanah dalam konteks kehidupan kita?

AMANAHLAH KEPADA ALLAH.. Bagaimana???

Kita menunaikan segala hak Allah. Jagalah solat. Solatlah penghubung antara kita dengan Allah, sebagai tanda kerdilnya kita yang hanya hamba kepada Allah. Tahu atau tidak bahawa perkara pertama yang disoal diakhirat adalah SOLAT??? Kesempurnaan solat itulah tandanya sejauh mana tahap amanah kita..

Bukan itu sahaja, telus dan tuluslah dalam melaksanakan segala perintah Allah. Jangankan pula kita melaksanakan sesuatu tuntutan itu kerana pandangan manusia. Duhai sahabat, redha siapakah yang kita cari? Pastinya redha Allah...Adakah kita suka sekiranya solat kita itu dilambatkan semata-mata kerana urusan dunia, demi kepuasan manusia? Apakan pandangan Allah? Di manakah kedudukan kita disisi-Nya? Ingatlah, "sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu (wahai manusia) adalah orang yang paling bertaqwa di sisi-Ku"

Tuntutan Allah pada kita, bukan sekadar solat dan puasa malahan seluruh aspek kehidupan kita. Bagaimana adab kita dalam pergaulan. Adakah kita benar-benar telah memelihara batasan dalam pergaulan? Adakah kita benar-benar memelihara syariat dalam setiap mesej yang kita kirimkan (kadang kala maksiat pula yang kita lakukan..)? Bagaimana pula tuntutan Allah terhadap kita untuk melaksanakan tanggungjawab sebaiknya sebagaimana yang telah diriwayatkan bahawa " setiap daripada kamu adalah pemimpin dan paastinya akan disoal kembali tentang pimpinannya"? Mungkin sbg bapa, ibu, suami, isteri, ANAK, PELAJAR, RAKAN SEBAYA??? Adakah kita telah melaksanakan tanggungjawab sebaiknya? Amanahkah kita sekiranya kita gagal dalam melaksanakan syariat Allah dalam kehidupan kita???

Amanah Allah dalam kejadian kita sbg manusia

Telah Allah firmankan dalam al-Quran bahawa Allah jadikan kita manusia di muka bumi ini sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi. Ingatkah kita pada sumpah ikrar kita kepada Allah sebelum dimasukkan ke dalam rahim ibu? Benarkah kita telah melaksanakan tugas sebagai khalifah di muka bumi ini dengan sebaiknya? Sahabatku, kita memang mudah tunduk dan amanah pada tuntutan manusia ( namun itu hanya redha manusia semata). Jarang sekali kita renungi sejauh mana amanah kita terhadap hak-hak Allah.

Ayuh sahabat, kita koreksi diri, adakah kita benar-benar amanah kepada Allah???

Semoga kita tidak rugi di akhirat kelak...amin.

Ya Allah, sedarkanlah aku dikala aku terleka...

Friday, February 19, 2010

hamzah asadullah

Saidina Hamzah telah pulang ke rahmatullah dengan sumbangan yang amat besar buat Islam. Beliau syahid dalam perjuangan menegakkan kalimah Lailaha illallah.
Bagaimana dengan kita? Insan yang jauh bezanya berbanding beliau.
Insan kerdil yang entah pernah atau tidak menyumbang untuk agama.
Kalau pernah, tidak kita ketahui sejauh mana butir keikhlasan di sudut hati kita.
Ayuh, sahabatku...
Marilah bersama-sama kita menghabiskan sisa hidup yang ada ini dengan berbakti kepada agama kita, agama Islam.
Moga hidup kita ini peroleh rahmah dan maghfirah, insyaAllah.

Wednesday, February 17, 2010

cUtiKu~

Akhirnya, cuti yang dinanti tiba. Saya sendiri telah bercuti selama 6 hari. Alhamdulillah. Rindu pada keluarga sedikit sebanyak terubat. Kegirangan dan kecergasan adik-adik menghiburkan hati yang kadang-kadang kusut dengan tanggungjawab yang dibawa pulang. Pada saya tanggungjawab itu tidak bersifat waqi'e. Ia sentiasa ada dan perlukan peningkatan (upgrade) dan mesti direncana secara sistematik.

Awal starting cuti, saya meluangkan masa bersama sahabat-sahabat ke suatu kem pemantapan jati diri seorang pemimpin dan kader dakwah. Terasa diri sangat terisi dengan pengisian-pengisian yang membina. Tiada apa yang dapat diungkap melainkan terasa diri semakin jahil, semakin banyak perkara yang saya tidak tahu.

Walaupun saya mengambil kursus pengajian Islam, masih banyak perkara yang saya tidak tahu. Pengajaran yang berlaku di dalam kuliah belum tentu dapat merangkumi seluruh aspek ilmu. Ilmu yang syumul itu menuntut kita bermusafir walau sampai ke negara China. Terlalu banyak mutiara yang boleh dipungut. Dan bukanlah dengan keinginan itu kita memperoleh ilmu seluruhnya, tetapi perlu kita ingat, setiap cebis ilmu hanya akan menyelinap dengan keizinan dari Allah s.w.t. Oleh itu, memang sangat pentinglah bagi kita menjaga hubungan baik dengan Allah s.w.t.

Selepas itu, barulah saya pulang ke rumah. Balik sahaja ke rumah, pak cik saudara saya bertanya, " Adilah, awak ni belajar ke bekerja?" Hm, memang susah untuk memahamkan orang akan situasi kita. saya mengambil pendekatan untuk diam. Bukan saya bekerja, tetapi bagi saya "masa belajar, belajarlah bersungguh, masa berprogram, buatlah yang terbaik." Program-program di luar waktu kuliah ini adalah salah satu supplement bagi saya untuk menguatkan jati diri sebagai individu muslim.

Di rumah, seperti biasa saya akan berkongsi cerita dan pengalaman bersama adik-adik. Tambahan pula adik saya, Amirah yang baru berhijrah ke SBPIKP. Jika dahulunya adik saya ini tidak mahu ke sana, segalanya berputar 360 darjah. Menurut adik saya, syiar Islam itu bersinar di institusinya. Alhamdulillah. Adik-adik lelaki saya pula hanya berkongsi perkara-perkara keseronokan. Maklumlah..adik-adik lelaki ini masih belum matang..huhu..

Namun, keseronokan di rumah itu perlu ditapis dengan konsistensi amalan sunat. Jangankan tinggal di rumah meminimumkanm amal ibadah kita. Kalau biasa qiam, bangunlah qiam. Kalau biasa solat dhuha, tunaikanlah. Kalau biasa ke masjid, pergilah. Iman dan amal itu tidak bersifat setempat. pelaksanaannya fleksibel. No compromise!!! Teguhkan pendirian dalam diri.

Ya Allah, moga ketenangan yang diperoleh ini menjadikan aku lebih bersemangat menempuh hari-hari mendatang.

Tuesday, February 9, 2010

pencarian @ eksplorasi...

siapa saya adalah apa yang saya ada. siapa saya adalah segala kekuatan dan kelemahan yang ada dalam diri saya. siapa saya bergantung pada sejauh mana tingginya ilmu yang ada dalam diri.siapa saya juga boleh dikisarkan melalui pengalaman2 yang dihadapi..

Namun, andaikata segala kelemahan dan pengalaman itu tidak dihadapi dengan nilai ilmu yang jernih fikrah agamanya, takkan lahir personaliti mithali. Justeru, semua itu perlukan postmortem kendiri yang menghakis kelemahan menjadi kehebatan, insyaAllah.

Saya mahu menjadi insan hebat, hebat di sisi Allah, juga hebat di sisi manusia. Namun, dalam meniti matlamat ini, saya sebenarnya masih setahun jagung. Ilmu di dada masih tandus, banyak yang perlu dipelajari. Banyak yang perlu diterokai dan banyak lagi yang perlu dihadapi dalam proses mematangkan diri. Ye lah, tanpa kematangan, mana mungkin anda atau saya sendiri boleh menjadi hebat!

Saya berdoa dan saya juga berharap anda juga berdoa. Moga setiap usaha yang dilakukan itu mendapat panduan dan redha Ilahi, dipermudahkan bagi diri saya dan juga anda mencari dan menerima ilmu yang berguna duniawi wa ukhrawi. Kerana ilmu itulah sumber tunduknya diri kita kepada Allah yang Maha Kuasa, tidak menjadi lupa diri, tidak 'ujub dan takabbur. Semoga setiap langkah yang diatur itu dibimbing-Nya lantas ketenangan itu menyelinap ke seluruh tubuh, menjadikan diri kita istiqamah dan teguh berdiri dan bertapak di atas jalan juang ini, insyaAllah.

Konklusinya, masih banyak yang perlu saya pelajari.

Ya Allah, moga pencarian ini menjadikan aku hamba yang bersyukur dan bertambah dekat pada-Mu. Amin.

Tuesday, February 2, 2010

Kuasa Individu vs Kuasa Berkumpulan

kuasa berkumpulan

VS
kuasa individu

Melihat tajuk di atas, apa komen anda? Serasa saya, anda lebih cenderung kepada kuasa berkumpulan. Ye lah, normally, kita selalu mendengar bekerja secara berjemaah itu lebih mudah dan ringan. Ditambah pula dengan hadis nabi Muhammad s.a.w. yang berbunyi, "Pada jemaah itu ada barakah" dan "masuklah kamu ke dalam jemaah muslimin dan kepimpinannya". Berjemaah itu suatu sunnah nabi Muhammad s.a.w. kekasih Allah s.w.t.

Daripada mafhum hadis yang kedua iaitu, "masuklah kamu ke dalam jemaah muslimin dan kepimpinannya", dapat kita gariskan sistem ketaatan yang dicetuskan oleh Rasulullah s.a.w. Apa gunanya kita bekerja dalam organisasi/kumpulan andaikata tiada unsur taat dan thiqah pada kepimpinan. Itulah puncanya kegagalan institusi organisasi bilamana tiada ketaatan dalam kalangan ahli kepada kepimpinan.

Bagi saya, kuasa organisaisi/kumpulan telah memberi inspirasi kepada kuasa individu. Bagaimana? Untuk memperoleh kuasa atau suatu semangat yang berterusan, seseorang itu memerlukan sokongan dan sandaran iaitulah organisasi/kumpulan. Di dalam organisasilah seseorang itu memperoleh kuasa individu melalui sistem usrah, bengkel, modul dan sebagainya. Melalui thaqafah yang ada dalam diri, juga keyakinan yang tinggi kepada Allah s.w.t., seseorang individu itu tidak lagi takut-takut untuk melaksanakan tugasannya.

Kuasa individu yang telah ditarbiah itu sepatutnya digunakan semaksima mungkin bagi meningkatkan mutu kuasa berkumpulan. Kenapa saya katakan demikian? Ini adalah kerana penting bagi kita untuk menyebarkan risalah islah dan dakwah kepada orang di sekeliling kita. Oleh itu individu yang ditarbiyah tadi perlu bergerak sebaik mungkin bagi meluaskan lagi jaringan kualiti organisasinya/ kumpulannya.

Kaitan dengan realiti kehidupan sekarang...

Pernah junior saya merengek.." kenapa ada orang yang tinggi ilmu agamanya masih berdiam diri?" saya pelik dengan statement yang adik saya ni keluarkan..."diam diri??? ape maksudnya?"

"ye la, apabila ditawarkan ruang untuk memegang sebahagian proksi penting, ditolaknya."

"mungkin dia lebih suka bergerak tanpa taklifan. Lebih terbuka dan bebas"

" tapi kak, bukan ke dgn proksi yang dipegang tu lebih mudah untuk kita sebarkan risalah islah dan dakwah? kita boleh berpesan-pesan disamping melaksanakan tanggungjawab. kita boleh serlahkan keindahan islam melalui kepimpinan kita.."

"betul dik...alhamdulillah, adik akak sedar akan hakikat ini. Namun, perlu diingat bahawa setiap apa yang dipimpin itu akan disoal di akhirat kelak. Oleh itu, kita x boleh la meletakkan sasaran untuk memegang proksi semata tetapi ia harus diperhalusi dengan matlamat untuk menegakkan syariat Islam itu sendiri. Tindak tanduk perlu dipelihara. Supaya kepimpinan kita tak mendatangkan fitnah kepada Islam."

"jadi, kak..bagaimana dengan golongan tadi?"

"sebolehnya kita sedarkan mereka akan hakikat ini. Namun, terpulang kepada mereka untuk menilai kembali. Apa pun keputusan mereka, kita perlu hormati."

Perbualan kami tamat disitu. Soalan adik ini sedikit sebanyak mengingatkan saya akan amalan sepanjang hidup. Adakah saya benar-benar telah melaksanakan tanggungjawab saya sebagai hamba Allah, khalifatullah dan da'ie ilallah sebaiknya? Kita semua adalah hamba yang diciptakan untuk menggalas taklifan2 ini. Wajib ke atas kita untuk memimpin diri menjadi insan yang taat dan patuh kepada Allah taala dengan menyebarkan syiar Islam melalui tindak-tanduk kita yang baik. Inilah yang dikatakan kuasa individu. Biarlah kehadiran individu muslim yang ditarbiyah itu memberi kesan kepada masyarakat di sekelilingnya. Tiada yang mudah, namun sama-samalah kita berusaha. Moga Allah menilai usaha-usaha kita itu..wallahua'lam.

Thursday, January 28, 2010

KISAS hebat!

Alhamdulillah...KISAS telah terpilih sebagai salah sebuah sekolah terbaik di Malaysia. Bersyukur pada Allah yang mengurniakan anugerah ini. Moga ia menjadi simbol kemenangan buat umat Islam.

Boleh jadi ia satu nikmat, dan boleh jadi ia satu ujian. Ya Allah, jangan Kau datangkan kemenangan ini sebagai satu fitnah buat kami. Kau peliharalah bumi kami ini. Sesungguhnya tiada apa yang dapat kami harapkan melainkan pelindungan dan nusrah dariMu.

Kepada sahabat-sahabat, juga adik-adik yang masih berjuang, berjihad menuntut ilmu di bumi KI, peliharalah biah solehah (saya sering rindukan suasana itu) . Anda hebat bukan sahaja kerana akademik anda, tetapi anda hebat kerana anda hidup dalam biah solehah yang mendidik anda menjadi insan Rabbani. Kerana itu, Bumi kita jadi qudwah. Kita juga jadi qudwah.Teruskanlah kemenangan ini..Moga generasi KISAS adalah generasi hebat, pemangkin kemenangan Islam di peringkat universal, amin...

Tuesday, January 26, 2010

Kakak, tolong mirah...

Terasa lama tidak update blog ni. Kesibukan menjadi alasan norma. Tapi, kadang kemalasan dan kebuntuan itu yang menyebabkan blog ini separuh mati tanpa diberi nafas baru. Dalam beberapa minggu yang berlalu ini, terlalu banyak perubahan yang berlaku. Dengan pencapaian adik saya yang cemerlang dalam PMRnya, dia telah menerima tawaran ke SBPI Kubang Pasu. Bukan itu sahaja, Balai Islam di pusat pengajian saya turut hidup dengan pengisian-pengisian ilmiah dari seorang ustaz yang tak pernah kenal erti penat dalam berdakwah. Seronok rasanya hidup dalam biah solehah. Sedikit sebanyak kerinduan pada suasana di KISAS terubat. Hati kita ni pun perlu di'update'. Kalau tidak, banyaklah virus-virus yang menginap, bersarang dan beranak-pinak seterusnya menjadi barah (trojan!) yang sukar diubati lagi, wal'iazubillah...

"Akak, perlu ke Mirah pindah? Mirah rasa standard SBPI s
ama je ngan SMKA..." soalan ini adikku ajukan minggu lepas. Berat baginya untuk meninggalkan SMKA Sik.

Di sebalik kata-katanya itu, saya tahu, dia terkilan kerana ti
dak dapat menyambung pengajian ke KISAS. Namun, pabila difikirkan saya tahu, besar hikmahnya yang telah Allah susun.

"Mirah, sebenarnya apa yang Mirah dapat tu adalah yang terbaik, yang Allah tentukan untuk Mirah. Ada hikmahnya. Andaikata Mirah further study kat KI, Mirah belum menghadapi realiti sebenar kehidupan remaja. Sebab apa? Sebab everything there are islamic..It'll never challenge you. Jadi, bagi akak, SBPI is the best medium for you. You will learn a lot from there. But, promise me, you will not change your attitude.."

"Tapi akak, banyak senior-senior mirah yang pi sana nak patah balik ke SM
KAS. Depa kata xsronok, xislamic.."

" Hm, mirah memilih ke dalam berdakwah? Kat tempat yang islamic ja ka kita boleh berdakwah? Islam itu indah, mirah...Serlahkan keindahannya, warna-warninya walau kat mana pun mirah ada..mirah ada IQ,mirah ada EQ dan mirah ada SQ. InsyaAllah, akak yakin dengan mirah.."

"tapi kak, kalau mirah stay kat SMKAS, mirah boleh tolong kawan-kawan mirah kat sini..."

" mirah, you have the power. Kalau mirah stay kat SMKAS, mirah hanya boleh tolong kawan-kawan kat situ. Tapi, once you enter SBPI, you can help both; SBPI and SMK
AS. Mirah akan dapat lebih pengalaman. Dengan pengalaman tu mirah akan jadi lebih matang. Dan satu lagi akak nak ingatkan mirah, mirah ni harapan mak abah. Apa yang mak abah tetapkan untuk mirah adalah yang terbaik. Mirah pun pernah cakap macam ni kat akak, kan...Think of it.."

" n satu lagi, istikharah pada Allah, He knows the best for u...". Begitulah saya mengakhiri perbualan dengannya.

Bagus memikirkan insan muda sepertinya mempunyai semangat sedemikian. Kadang-kadang sikapnya menjadi cermin muhasabah buat diri saya. Sebenarnya, apa yang saya katakan padanya adalah butir-butir nasihat buat diri saya juga. Betul, kadang-kadang kita agak memilih dalam berdakwah. Kita sanggup menghadkan kemahiran yang kita ada hanya kerana kita tidak suka akan sesuatu tempat. Sebenarnya, itulah medan tarbiah Allah untuk hamba-Nya.

Macam mana nak kuat???!!!

"Sejauh mana kekuatan kita ditentukan oleh sedekat mana hubungan kita dengan Allah"

Itulah jawapannya. Macam mana besar pun sesuatu masalah itu, Allah Maha Mengetahui jalan penyelesaiannya. Ya, ALLAH: THE MOST IDEAL PROBLEM SOLVER!

Jadi, setiap kali kita berhadapan dengan masalah, dekatkanlah
diri kita dengan Allah. Mohonlah petunjuk padaNya. Moga DIA tunjukkan kita kelemahan yang perlu kita perbaiki. Mohonlah padaNya moga kita diberi kekuatan iman untuk menghadapi semua ujian yang diberikanNya. Sebenarnya, dengan ujian-ujian inilah kita menyedari betapa kerdilnya kita. Kita hanya hamba yang tunduk padaNya. Bila bermasalah, kita akan berdoa padanya, memohon agar dikuatkan hati, dan dipermudah segala urusan. Ya Allah, hanya pada-Mu kami sembah dan kami mohon pertolongan...

"Ya Allah, Kau thabatkanlah hatiku, jua hati adikku di dalam agamaMu, di dalam melaksanakan ketaatan padaMu juga dalam jihad menegakkan agamaMu,amin."

Tuesday, January 12, 2010

iltizamkah aku???

Hidup adalah perjuangan dan perjuangan sudah pasti menuntut pengorbanan. Pengorbanan ini sudah pasti merangkumi harta, jiwa dan apa jua yang kita ada. Namun perlu diingatkan bahawa biarlah perjuangan itu mempunyai matlamat yang suci bersih iaitu untuk mencapai mardhatillah, ya.. redha Allah itu yang utama. Andai kata perjuangan kita itu hanya untuk mendapat nama dan pujian dari ummat manusia, itu hanya sia-sia. Pastinya akan timbul perasaan riak dalam diri dan tahap keikhlasan itu tidak berani saya ulaskan di sini kerana apa yang kita lakukan itu hanyalah semata-mata kerana manusia dan pandangan manusia. Oleh itu, niat perlu diperbetulkan kerana hidup kita ini hanya ada nilai komersial dengan adanya Redha ALLAH dan rahmat-NYA. Tak lebih dari itu.

Rasanya seperti sudah lama saya hidup di muka bumi ini. Sudah mencecah usia 18 tahun. Namun begitu, sering kali saya persoalkan dalam diri, "apakah sumbangan aku pada ISLAM? aku lahir sebagai muslimah, membesar dengan didikan ISLAM yang cukup dari makabah, bersekolah di institusi pendidikan yang ISLAMik, pendek kata tak larilah istilah ISLAM itu dalam kamus hidupku.." Di sini saya mengajak sahabat-sahabat pembaca sama-sama kita mengkoreksi diri...

Subhanallah, hidup kita masih dilimpahi nikmat kurniaan ar-Rahman. Biarpun kita melanggar atau melewat-lewatkan tuntutanNya, pemberiaanNya terus tersalur pada kita tanpa diminta balasan. Kita terus mengecapi nikmat-nikmatNya, hinggakan kadang-kadang kita lupa untuk mensyukurinya. Kita sombong, bongkak, angkuh dengan Allah. Ya Allah, saat ini aku menyedari betapa hinanya diriku, Kau jadikanlah aku hamba-Mu yang sentiasa bersyukur dengan nikmatMu dengan melaksanakan segala perintahMu dan menginggalkan segala laranganMu.

Dalam meniti arena perjuangan ini, saya sering bertanya kepada diri, apakah saya benar-benar mampu untuk beriltizam di atas jalan juang ini? Saya juga manusia biasa yang punya kehendak peribadi yang inginkan keseronokan, namun jalan juang ini pastinya penuh dengan onak duri. Mampukah saya beristiqamah? Bila dicampak ke bumi ipg ini keseorangan, saya akui, terkadang saya merasa lemah dan tidak bermaya. Itu baru diuji sedikit. Adakah saya memilih dalam berdakwah???

Namun, kekuatan itu cuba saya kecapi. Saya tahu, saya mempunyai potensi diri tersendiri dan saya harus mencari teman-teman untuk sama-sama membawa warna-warna keindahan Islam di bumi ini. Saya masih berusaha dan pastinya saya memohon kepada Allah untuk thabatkan hati saya dan sahabat-sahabat untuk terus berusaha.

Saya insan kerdil, masih banyak yang perlu dipelajari. Jadi, saya nasihatkan diri saya bahawa segala pahit maung, mehnah tribulasi yang dihadapi itu adalah perkara wajib yang perlu saya hadapi dengan positif sebagai satu proses tarbiyah online dari Allah s.w.t. Ya, saya perlu husnudzan atas ketetapan Allah. Saya juga tidak patut diam diri. Dalam minda dan organisasi, perlu disusun strategi bagi menambah baik keadaan, supaya gerak kerja lebih tersusun dan terancang.

Hidup saya juga tidak seperti insan lain. Saya perlu bijak menyusun waktu, mengagih masa mengikut awlawiyat sebagai anak, pelajar dan mujahidah muda. Dan sudah pasti saya perlu set dalam mind bahawa taklifan-taklifan ini adalah satu jalan ibadah. Sesungguhnya saya tahu diri saya bukanlah milik saya seorang tetapi saya milik semua. No selfishness, kena seimbangkan antara kepentingan diri dan orang lain dan akan ada keadaan yang mana saya perlu korbankan kepentingan diri untuk awlawiyat lain. Jadi, bersediakah saya??? mudah-mudahan Allah beri keringanan pada diri ini untuk mencapai redhaNya.

Ya Allah, diri ini ingin sekali mengecapi halawatul iman...Thabatkanlah hati ini dgn agamaMu, thabatkanlah hati ini dengan jalan perjuangan ini, moga dengannya aku tegar taat kepada segala perintahMu dan menjauhi segala laranganMu, tunjukkanlah aku ke jalan yang lurus..rahmatilah sahabat-sahabatku, moga ukhuwah yang kami bina ini hanyalah kerana aqidah yang satu. Kau satukanlah hati-hati kami untuk taat setia pada agamaMu..amin.

Thursday, January 7, 2010

Hidupku dengan Ujian...

Ya Allah...hebatnya ujian hidupku yang menggalas amanah-Mu. Aku Kau taklifkan sebagai 'abid-Mu, aku Kau pakaikan selendang khalifah di bumi-Mu, aku Kau sarungkan sepersalinan Daie-Mu. Kekadang ya Allah, diri ini merasakan cukup-cukup lemah, tak berdaya menggalas amanah-Mu di bumi ini, tak berkudrat memikirkan penyelesaian bagi ujian hidup yang tak pernah henti ini.

Namun Ya Allah, aku benar-benar beriman bahawa sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui akan segala penyelesaian musykilahku. Engkaulah yang Maha Merancang akan segala yang terbaik buatku. Engkau yang menurunkan ujian itu buatku. Aku yakin itulah tandanya Kau menyediakan aku akan peringatan-paringatan-Mu. Engkau menyediakan slot tarbiyah buatku dalam hidup ini. Semua itu datangnya dari-Mu ya Allah.

Aku tahu, hanya pada-Mu tempat aku mengadu dan memohon petunjuk. Aku akui ada masanya aku lalai dari mengingati-Mu, mengingati amaran-amaran-Mu. Maka wajarlah ya Allah, Kau uji diriku, moga-moga dengan itu, aku kembali mengingati-Mu, memuji kebesaran-Mu, menagih maghfirah-Mu yang begitu luas. Ya Allah, indahnya saat aku mengadu pada-Mu. Tiada keadaan setenang itu, saat Kau mendengar rintihan hatiku. Hanya Engkau yang Maha Memahami apatah lagi Menyelesaikan. Sesungguhnya, aku ini manusia biasa yang terbatas pemikirannya, yang sempit pandangannya. Ya Allah, ku akui betapa aku memerlukan-Mu dalam setiap gerak langkahku, memohon kekuatan untuk terus melangkah di bumi gersang ini.

Aku melihat sahabatku dalam kegusaran, Ya Allah. Betapa besarnya ujian-Mu buatnya. Kau cekalkanlah hatinya. Kau tenangkanlah hatinya bagi menghadapi ujian-Mu ini. Aku sendiri buntu melihatnya. Kau berikanlah kekuatan padanya, Ya Allah. Janganlah Ya Allah, Kau biarkan dia bersendirian mencari jalan solusi. Aku tahu ya Allah, betapa dia amat memerlukan bantuan-Mu. Apa yang aku harapkan, moga segala yang terbaik buatnya. Kau pandulah dia pada yang terbaik buatnya, buat keluarganya, sahabat-sahabat, juga buat Islam. Ya Allah, sesungguhnya aku menyayanginya kerana-Mu. Berilah jua kekuatan itu buatku untuk membantunya. Moga aku dan dia terus utuh menegakkan syariat-Mu di bumi ini..