Pages

Sunday, July 26, 2009

lelaki a.k.a rijal a.k.a syabab

Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Asadullah, Saifullah,
Tokoh kami tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
tokoh kami sedikit sekali,
ramainya, boneka yahudi.
Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.
Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu’tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.
Dulu,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita dibawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.
Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama,
Demi nafsu, dunia dan seisinya.
Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.
Dulu,
lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
kini,
lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
hingga sanggup membunuh.
Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesame sendiri saling bertingkah.
Kembalikanlah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu, Acuan madrasah rasul.

selamat berjuang

lagu buat sahabat

Malam Siang Berlalu
Gerhana Kesayuan
Tiada Berkesudahan
Detik Masa Berlalu
Tiada Berhenti Oh Syahdunya

Sejenak Kuterkenang
Hakikat Perjuangan
Penuh Onak Dan Cabaran
Bersama Teman-Teman
Harungi Kehidupan Oh Indahnya

Berat Rasanya Di Dalam Jiwa
Untuk Melangkah Meninggalkan Semua
Kasih Dan Cinta Yang Terbina
Ia Akan Selamanya

Selamat Berjuang Sahabatku
Semoga Allah Berkatimu
Kenangan Indah Bersamamu
Takkan Ku Biar Ia Berlalu
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Dan Ingatlah Semua Ikrar Kita

Hati Ini Sayu Mengenangkan
Sengsara Di Dalam Perjuangan
Jiwa Ku Merana Dan Meronta Mengharapkan
Kedamaian Dan Jua Ketenangan
Tetapi Ku Akur Pada Hakikat
Suka Dan Duka Dalam Perjuangan
Perlu Ketabahan Dan Kekuatan

Thursday, July 23, 2009

IMAN

Apa maksud iman?
  • membenarkan dengan hati, mengaku dengan lidah, dan mengamal dengan anggota badan.
  • Iman yang teguh datang dari amal-amal kebaikan yang konsisten
Ciri-ciri Iman...
  • tidak boleh dibahagikan
  • syumul (merangkumi semua aspek)
  • bertambah dan berkurang
Tidak boleh dibahagikan bermaksud kita tidak boleh beriman pada sebahagian perkara yang terkandung dalam rukun iman. Jika tidak, iman kita akan terbatal keseluruhannya. Syumul bermaksud merangkumi semua aspek keimanan iaitu beriman kepada Allah, beriman kepada Rasul, beriman kepada malaikat, beriman kepada kitabullah, beriman kepada hari akhirat, dan beriman kepada qada' dan qadar. Iman manusia sentiasa bertambah dan berkurang.

Perkara yang membatalkan iman...
  • ingkar atau mencela sifat rububiyah (meyakini bahawa Allah sebagai pencipta, pemilik seluruh alam)
  • Ingkar atau mencela nama-nama Allah dan sifat-sifat kesempurnaannya
  • Ingkar atau mencela Rasulullah ( cth: karikatur)
  • Syirik (mempersdekutukan Allah)
  • Riddah
  • Nifaq (golongan munafik yang pura-pura beriman)
  • Kufur (Kufur akbar-keluar dari islam dan mereka kekal di dalam neraka, Kufur asghar- mereka yang sering melakukan maksiat tapi tidak keluar dari Islam dan mereka ini tidak kekal dalam neraka. *mereka yang bersumpah selain dari nama Allah adalah KUFUR..
Dalil:

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman adalah mereka yang apabila disebut nama Allah, gementar hatinya, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya pada mereka, bertambah kuat imannya dan hanya kepada Allah mereka bertawakal. (yaitu) mereka yang melaksanakan solat dan yang menginfakkan sebahagian rezeki yang kami berikan kepada mereka." (surah al-anfal:2,3)

" Sungguh, orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, untuk mereka disediakan syurga firdaus sebagai tempat tinggal." (surah al-kahfi:107)

Sesungguhnya, Allah menjanjikan ganjaran yang indah buat hamba-hambanya yang beriman. Sama-samalah kita berusaha meningkatkan iman. Semoga janji-janji indah Allah menjadi milik kita semua..

Friday, July 17, 2009

Syabab Musafir Kasih..

Saya cemburu pada Syabab, walau susah tetap dapat menjejakkan kaki ke BUMI SYRIA..bumi yang penuh dengan barakah. Saat menghayati tulisan Fatimah SYarha, hatiku tercabar. Sebenarnya, telah lama saya menyimpan hasrat untuk ke sana. Tetapi, Allah lebih mengetahui segalanya yang terbaik buat hamba-Nya.

Indahnya, damainya hati membaca siri kehidupan Syabab di sana yang dipenuhi dengan pengisian dan ilmu daripada murabbi2 yang mursyid. Terasa terjaga dan terpelihara diri dari kancah sosial yang menjadi fitrah pelajar2 kampus di Malaysia. Kehidupan di Syria sangatlah terjaga biah solehahnya. Para pelajar kampus di sana sering mengisi masa mereka dengan bertalaqi bersama syeikh2 yang mursyid, membaca, memahami dan menghafal al-Quran. Jiwa mereka bersih daripada gejala maksiat..subhanallah..

saya pernah mengimpikan keadaan sedemikian suatu ketika dahulu dan sekarang masih menaruh harapan. Rasa ingin sangat mendalami ilmu agama macam Syabab dan pulang ke tanah air membantu anak bangsa. Membangkitkan jiwa2 yang lalai dengan bekalan ilmu agama yang mantap. Namun, itu hanyalah perancangan saya selaku hamba yang kecil. Allah adalah sebaik-baik perancang.

Saya sedar, walau bukan di Syria, di sini juga saya masih mampu meluaskan ilmu melalui bacaan2 fikrah, ceramah, kuliah, program2 keagamaan..insyaAllah...namun, besar hajat di hati untuk ke sana suatu hari nanti. Sama-samalah doakan..

Sunday, July 12, 2009

Jalan.....

p/s: pagi tadi saya dan sahabat2 surau kolej mawar rehlah di taman tasik seksyen 2.masyaAllah syoknya...subhanallah..cantik betul ciptaan Tuhan...hebat benar anugerah Tuhan...betapa Allah Maha Penyayang, dikurniaNya kami kakak2 yang sudi membimbing..membawa kami mengenal Allah..(yang syoknya saya pi naik motor ngan kak siti..yang lain kena naik bas, huhu..)..ada slot ta'aruf, tazkirah, perkongsian pintar..n yang paling wajib..jalan2 pusing tasik..alhamdulillah..rasa semakin seronok berukhuwah..moga kami menjadi srikandi gemilang buat agama Islam tercinta...insyaAllah...

Thursday, July 9, 2009

SHARING IS CARING...ukhuwah fillah

Sudah menjadi kebiasaan buat kami untuk duudk bersila dalam halaqah selepas solat isya' malam jumaat bagi mengisi hati-hati yang ketandusan dek ketaksuban dunia yang melalaikan umat Muhammad. Kami seronok, tenang berada dalam halaqah tersebut.
Sahabat saya, Fathin Hanim mempengerusikan majlis. Membawa isu kematian yang pasti datang menjemput insan bernama manusia. Takutnya memikirkan saat sakaratul maut menjelma. Kita akan diimbau dengan amal-amal yang telah kita lakukan. Jika baik amal kita, maka ringanlah sakaratulmaut kita, jika tidak, sebaliknyalah yang berlaku. Sebab itulah kita lihat mereka yang di ambang maut ni selalu meracau-racau, bercakap perkara-perkara yang kita tak tahu, seolah-olah sedang merapu kerana mereka sebenarnya sedang mengimbau kembali sejarah hidup mereka sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Jadi, alangkah baiknya jika yang kita lihat itu perkara-perkara baik belaka. Jika sebaliknya, pasti kita akan rasa tersiksa. MasyaAllah.. Justeru, kita hendaklah selalu muhasabah kembali amal-amal harian kita. Istiqamahlah pada perkara-perkara kebaikan yang kita lakukan. Peliharalah amal kita. Mudah-mudahan kita dapat menghadapi sakaratul maut dengan baik dan mudah. Inilah serba sedikit yang dikongsi oleh ukhti Fathin Hanim.

Hmm, sebenarnya, kami telah dibekalkan dengan assignment yang sangat menarik. Berikut adalah soalan yang dibekalkan untuk dijawab dan dibentangkan.
  1. Pilih satu objek, benda, perkataan atau apa sahaja untuk melambangkan diri anda

  2. Nyatakan sebab anda memilih objek tersebut

IZZA : izza pilih 'ainul mardhiyah'. Sebab pada izza, aainul mardhiyah ni ikon wanita solehah, dimana dia adalah bidadari syurga yang sangat tinggi darjatnya..subhanallah

IZZAT : izzat pilih 'bulan'. Sebab bulan itu pada pandangan orang biasa cantik. Tapi bagi yang mengetahui, bulan sebenarnya tidak cantik kerana banyak lopak dan berdebu. Jadi begitulah dengan diri izzat, sekali manusia pandang mungkin izzat nampak sempurna, tapi jika manusia yang bijak memandang, dia tahu bahawa izzat bukanlah insan yang sempurna, tetapi yang Maha Mencipta itulah yang sempurna..masyaAllah

ISMA SHAHEEDA : saya memilih 'azan'. Kerana azan itu menyeru kita berbuat kebaikan dan mengingatkan kita pada fitrah kehambaan. Setiap kali mendengar azan, maka kita segera bermuhasabah dan terus melaksanakan hak-hak Allah.

DLAH : saya memilih 'pokok'. Kerana pokok mempunyai akar tunjang yang disokong oleh akar-akar serabut di tepinya. Akar tunjang melambangkan aqidah yang menjadi asas pembangunan seorang muslim. dan akar-akar serabut itu melambangkan saya memerlukan sokongan dan bimbingan bagi mengaupgrade iman dan sahsiah. daun yang merimbun melambangkan kehidupan manusia yang saling memerlukan untuk melengkapi.

K HIDAYAH : akak pilih 'tanah'. Kerana itulah asal-usul kita. Kecilnya diri kita. Hidup dari elemen yang dipijak makhluk Allah. Maka sedarlah...(ringkas tapi bermakna)

K AMY : akak pilih 'mawar'. Kerana mawar ini berduri yang memagari wanita dari perkara-perkara yang memesongkan.

MAWADDAH : Saya pilih 'hujan' kerana bila hujan turun ada manusia yang suka dan ade yang x suka. Tetapi hujan ini indah kerana pabila ia berhenti kita dapat lihat pelangi, maka saya cuba untuk menjadi seperti hujan...

FATHIN : saya pilih 'langit'. Langit ini indah, mengingatkan kita pada kebesaran Allah..

SUHAILA : saya pilih udara kerana walau x nampak,x rasa tapi udara terus memberi manfaat pada hidup manusia...

Begitulah kami membentangkan pilihan masing-masing.

Maka, kami pelajari sesuatu bahawa ciptaan Allah itu sangat indah. Seharusnya kita melihat ciptaan Allah sebagai tanda kebesaranNya dan selalulah kita mengingatiNya. Sebenarnya slot ini membawa kami pada silivers usrah tentang Tauhid, Ya'ni tauhid rububiyah, dimana Allah itu maha Pencipta, Pemelihara..

Selain itu, ukhuwah yang dibina berlandaskan aqidah ini sebenarnya sangat indah. Kita saling mengingati kerana Allah.

Lepas ni, klu dengar azan ingat jeda..tengok langit ingat fathin, tengok hujan ingat mawaddah, pijak tanah ingat kak dayah, nmpak mawar ingat kak amy, tengok bulan ingat izzat, dengar lagu ainul mardhiyah ingat izza n hirup udara ingat suhaila..terus mengingati sahabat-sahabat yang membantu diri menuju Allah..moga ukhuwah ini terus bersinar hingga ke syurgaMU, Ya ALLAH..amin.

Friday, July 3, 2009

SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

Pengertian syahadah:
  • Pengetahuan, penerangan, perkhabaran
  • i'tiqad/pengakuan terhadap Allah
  • Keyakinan kepada Allah dengan beramal dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

5 Tuntutan Syahadah:

  • membenarkan segala yang datang dari Allah dan RasulNya
  • taat kepada Allah dan RasulNya
  • melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar
  • mentaati orang-orang mukmin dan menolak orang kafir
  • melaksanakan hukum-hukum yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith

Perkara yang membatalkan syahadah:

  • bergantung selain daripada Allah
  • ingkar terhadap nikmat Allah secara terang atau sembunyi
  • melakukan sesuatu bukan kerana Allah s.w.t.
  • menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia
  • tidak taat kepada Allah
  • bencikan Islam keseluruhannya
  • Cintakan dunia mengatasi akhirat
  • mempersendakan al-Quran dan hukum-hukum Islam
  • menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal
  • tidak beriman dengan al-Quran dan Hadith
  • melantik orang kafir menjadi pemimpin
  • tidak beradab dengan Rasulullah..(e.g. karikatur)
  • Takut dan lemah untuk menegakkan tauhid Allah dan merasa lapang untuk menggalakkan perkara-perkara syirik
  • mengatakan al-Quran terdapat pertentangan dalam ayat dan isinya
  • Ingkar pada sifat-sifat ketuhanan
  • tidak tahu dan menghina sifat Rasulullah s.a.w.
  • mengkafirkan orang Islam
  • melakukan sesuatu bukan kerana Allah

Ini adalah antara pengisian dalam slot "sharing is caring"..jika ada sebarang percanggahan atau penambahan, bolehlah dikongsi..

Thursday, July 2, 2009

sources of islamic law..

well, there are 2 sources of islamic law which are written n unwritten law..For those who r studying in islamic school might be very good at this..what are they my beloved friends??? Ha..surely the written sources are our Holy Quran, Sunnah, ijma', n qiyas. What about the unwritten law? They are..ijtihad, al-istihsan, al-masalihal mursalah n al-'urf...

actually i,m trying to say here that this in important things that should not be forgot by us. It is not just a silivers n our study, but it is about our deen. As an Islamic student we must be very good at this. Not common people are good in this field of knowledge. For my friends in smkab, kisas n mmps, we r the one that will be asked by others regarding these sources of law.

Let's go through 1 by 1..

al-Quran-main source of Islamic law. All basic law are mentioned in the Holy Quran. So, whatever Islamic law to be made must be referred to the Quran first. It is the main guide to Islamic law.

Sunnah- It is what prophet Rasulullah did,said n declare. Besides, It also explain further about the laws contain in the Holy Quran.

Ijma'- Ijma' is whenever there's a group of muftis discuss to make law of the things that do not occur during Rasulullah's time. For instance, they would decide on yoga, smoking and stem cell, whether they are legal or illegal in Islam.

Qiyas- It is practised by searching for the 'illah for some cases. For example, drinking alcohol is illegal in Islam. why?? Because it cause fuddle/ 'mabuk' where people fail to think wisely. What about the drug addiction? So, we find the 'illah between the alcohol n drug which cause people fail to think wisely. So, drug addiction is not allowed in Islam.

Ijtihad- There's a story when Rasulullah send a sahabt to a place which is far apart from Mekah. Rasulullah ask him, "If you are not sure about something, to who are u going to refer since that there are no other sahabat or even me in there?" Then he answered, " al-Quran n sunnah" Rasulullh asked again,"What about if it is not stated in al-Quran n as-Sunnah?" He said, " I'll do ijtihad (thinking based on his knowledge about Islam)".

Istihsan-more towards completing human needs.

al-masalihal mursalah- order made in which to ensure the better for the future. For example, khalifah abu bakar asked to collect the Quran into a mushaf to make sure that we nowadays would be able to refer to it as a main guidance in Islam. The current examples are traffic lights to reduce accidents.

Al-'urf-mostly refer to the custom practices such as marriage procedure. Islam element would assimilate with the custom element. Well, actually, to practise Islam is easy.

That is all some summary about Islamic law sources to be shared to all.

Wednesday, July 1, 2009

akhlak vs moral

aku duduk berteleku dalam satu majlis ilmu. Ketika itu kami sedang berbincang soal akhlak. Berkata seorang ukhti yang amat aku segani, "apa bezanya antara akhlak dan moral?". Aku berfikir. Aku pernah mengikuti satu kuliah berkenaan isu ini. Namun, dek kerana fitrah keinsanan, apabila tiada peringatan, maka aku lupa. Lalu aku gelengkan kepala, tidak tahu.

Lalu berkatalah ukhti tersebut, "akhlak dan moral merupakan elemen yang sangat berbeza walaupun ia seolah-olah satu elemen yang sama. Kita ambil analogi bersalaman. Pada pandangan manusia, ia adalah satu tindakan yang bermoral. Tetapi, bagaimana pula dengan pandangan Allah. Haa..disini kita perhatikan kaedah dan tujuan huluran salamnya. Kepada siapakah dia menghulurkan tangannya? Adakah dia bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim? Di sinilah kita nilai konsep akhlak. Akhlak adalah kelakuan yang dilakukan berlandaskan syariat Islam. Ianya datang daripada Allah. Begitulah Islam. Betapa agungnya agama Allah, meletakkan konsep akhlak sebagai panduan buat umat manusia."

Begitulah kata ukhti tersebut. Menurutnya akhlak ini merangkumi hubungan kita dengan Allah (hablu minallah) dan hubungan kita sesama manusia (hablu minannas). Yang menjadi landasan akhlak seseorang muslim itu adalah syariat Islam itu sendiri.

Alhamdulillah..di sini aku pelajari sesuatu. Sebenartnya, sekiranya kita menilai seseorang itu berdasarkan moralnya, non-muslim pun pasti berada di tahap teratas setaraf dengan golongan muslim di pandangan manusia. Walau bagaimanapun, akhlak menjadikan kita lebih indah dipandangan Allah di samping pandangan manusia.

Oleh itu, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk menjadi insan yang berakhlak. Ia menuntut kita bermujahadah melawan kehendak nafsu supaya apa yang kita lakukan seiring dengan tuntutan Islam. Sama-samalah kita berusaha ke arah itu. Sesungguhnya, orang yang paling mulia disisi Allah, ialah orang yang paling bertaqwa. ~Fastabiqul khairat...

untukku & juga untukmu..muslimah

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.

Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1)

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.