Pages

Thursday, July 9, 2009

SHARING IS CARING...ukhuwah fillah

Sudah menjadi kebiasaan buat kami untuk duudk bersila dalam halaqah selepas solat isya' malam jumaat bagi mengisi hati-hati yang ketandusan dek ketaksuban dunia yang melalaikan umat Muhammad. Kami seronok, tenang berada dalam halaqah tersebut.
Sahabat saya, Fathin Hanim mempengerusikan majlis. Membawa isu kematian yang pasti datang menjemput insan bernama manusia. Takutnya memikirkan saat sakaratul maut menjelma. Kita akan diimbau dengan amal-amal yang telah kita lakukan. Jika baik amal kita, maka ringanlah sakaratulmaut kita, jika tidak, sebaliknyalah yang berlaku. Sebab itulah kita lihat mereka yang di ambang maut ni selalu meracau-racau, bercakap perkara-perkara yang kita tak tahu, seolah-olah sedang merapu kerana mereka sebenarnya sedang mengimbau kembali sejarah hidup mereka sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.

Jadi, alangkah baiknya jika yang kita lihat itu perkara-perkara baik belaka. Jika sebaliknya, pasti kita akan rasa tersiksa. MasyaAllah.. Justeru, kita hendaklah selalu muhasabah kembali amal-amal harian kita. Istiqamahlah pada perkara-perkara kebaikan yang kita lakukan. Peliharalah amal kita. Mudah-mudahan kita dapat menghadapi sakaratul maut dengan baik dan mudah. Inilah serba sedikit yang dikongsi oleh ukhti Fathin Hanim.

Hmm, sebenarnya, kami telah dibekalkan dengan assignment yang sangat menarik. Berikut adalah soalan yang dibekalkan untuk dijawab dan dibentangkan.
  1. Pilih satu objek, benda, perkataan atau apa sahaja untuk melambangkan diri anda

  2. Nyatakan sebab anda memilih objek tersebut

IZZA : izza pilih 'ainul mardhiyah'. Sebab pada izza, aainul mardhiyah ni ikon wanita solehah, dimana dia adalah bidadari syurga yang sangat tinggi darjatnya..subhanallah

IZZAT : izzat pilih 'bulan'. Sebab bulan itu pada pandangan orang biasa cantik. Tapi bagi yang mengetahui, bulan sebenarnya tidak cantik kerana banyak lopak dan berdebu. Jadi begitulah dengan diri izzat, sekali manusia pandang mungkin izzat nampak sempurna, tapi jika manusia yang bijak memandang, dia tahu bahawa izzat bukanlah insan yang sempurna, tetapi yang Maha Mencipta itulah yang sempurna..masyaAllah

ISMA SHAHEEDA : saya memilih 'azan'. Kerana azan itu menyeru kita berbuat kebaikan dan mengingatkan kita pada fitrah kehambaan. Setiap kali mendengar azan, maka kita segera bermuhasabah dan terus melaksanakan hak-hak Allah.

DLAH : saya memilih 'pokok'. Kerana pokok mempunyai akar tunjang yang disokong oleh akar-akar serabut di tepinya. Akar tunjang melambangkan aqidah yang menjadi asas pembangunan seorang muslim. dan akar-akar serabut itu melambangkan saya memerlukan sokongan dan bimbingan bagi mengaupgrade iman dan sahsiah. daun yang merimbun melambangkan kehidupan manusia yang saling memerlukan untuk melengkapi.

K HIDAYAH : akak pilih 'tanah'. Kerana itulah asal-usul kita. Kecilnya diri kita. Hidup dari elemen yang dipijak makhluk Allah. Maka sedarlah...(ringkas tapi bermakna)

K AMY : akak pilih 'mawar'. Kerana mawar ini berduri yang memagari wanita dari perkara-perkara yang memesongkan.

MAWADDAH : Saya pilih 'hujan' kerana bila hujan turun ada manusia yang suka dan ade yang x suka. Tetapi hujan ini indah kerana pabila ia berhenti kita dapat lihat pelangi, maka saya cuba untuk menjadi seperti hujan...

FATHIN : saya pilih 'langit'. Langit ini indah, mengingatkan kita pada kebesaran Allah..

SUHAILA : saya pilih udara kerana walau x nampak,x rasa tapi udara terus memberi manfaat pada hidup manusia...

Begitulah kami membentangkan pilihan masing-masing.

Maka, kami pelajari sesuatu bahawa ciptaan Allah itu sangat indah. Seharusnya kita melihat ciptaan Allah sebagai tanda kebesaranNya dan selalulah kita mengingatiNya. Sebenarnya slot ini membawa kami pada silivers usrah tentang Tauhid, Ya'ni tauhid rububiyah, dimana Allah itu maha Pencipta, Pemelihara..

Selain itu, ukhuwah yang dibina berlandaskan aqidah ini sebenarnya sangat indah. Kita saling mengingati kerana Allah.

Lepas ni, klu dengar azan ingat jeda..tengok langit ingat fathin, tengok hujan ingat mawaddah, pijak tanah ingat kak dayah, nmpak mawar ingat kak amy, tengok bulan ingat izzat, dengar lagu ainul mardhiyah ingat izza n hirup udara ingat suhaila..terus mengingati sahabat-sahabat yang membantu diri menuju Allah..moga ukhuwah ini terus bersinar hingga ke syurgaMU, Ya ALLAH..amin.

Friday, July 3, 2009

SYAHADAH DAN TUNTUTANNYA

Pengertian syahadah:
  • Pengetahuan, penerangan, perkhabaran
  • i'tiqad/pengakuan terhadap Allah
  • Keyakinan kepada Allah dengan beramal dengan al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

5 Tuntutan Syahadah:

  • membenarkan segala yang datang dari Allah dan RasulNya
  • taat kepada Allah dan RasulNya
  • melaksanakan amar ma'ruf dan nahi mungkar
  • mentaati orang-orang mukmin dan menolak orang kafir
  • melaksanakan hukum-hukum yang terkandung di dalam al-Quran dan Hadith

Perkara yang membatalkan syahadah:

  • bergantung selain daripada Allah
  • ingkar terhadap nikmat Allah secara terang atau sembunyi
  • melakukan sesuatu bukan kerana Allah s.w.t.
  • menggubal undang-undang mengikut kemahuan manusia
  • tidak taat kepada Allah
  • bencikan Islam keseluruhannya
  • Cintakan dunia mengatasi akhirat
  • mempersendakan al-Quran dan hukum-hukum Islam
  • menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal
  • tidak beriman dengan al-Quran dan Hadith
  • melantik orang kafir menjadi pemimpin
  • tidak beradab dengan Rasulullah..(e.g. karikatur)
  • Takut dan lemah untuk menegakkan tauhid Allah dan merasa lapang untuk menggalakkan perkara-perkara syirik
  • mengatakan al-Quran terdapat pertentangan dalam ayat dan isinya
  • Ingkar pada sifat-sifat ketuhanan
  • tidak tahu dan menghina sifat Rasulullah s.a.w.
  • mengkafirkan orang Islam
  • melakukan sesuatu bukan kerana Allah

Ini adalah antara pengisian dalam slot "sharing is caring"..jika ada sebarang percanggahan atau penambahan, bolehlah dikongsi..

Thursday, July 2, 2009

sources of islamic law..

well, there are 2 sources of islamic law which are written n unwritten law..For those who r studying in islamic school might be very good at this..what are they my beloved friends??? Ha..surely the written sources are our Holy Quran, Sunnah, ijma', n qiyas. What about the unwritten law? They are..ijtihad, al-istihsan, al-masalihal mursalah n al-'urf...

actually i,m trying to say here that this in important things that should not be forgot by us. It is not just a silivers n our study, but it is about our deen. As an Islamic student we must be very good at this. Not common people are good in this field of knowledge. For my friends in smkab, kisas n mmps, we r the one that will be asked by others regarding these sources of law.

Let's go through 1 by 1..

al-Quran-main source of Islamic law. All basic law are mentioned in the Holy Quran. So, whatever Islamic law to be made must be referred to the Quran first. It is the main guide to Islamic law.

Sunnah- It is what prophet Rasulullah did,said n declare. Besides, It also explain further about the laws contain in the Holy Quran.

Ijma'- Ijma' is whenever there's a group of muftis discuss to make law of the things that do not occur during Rasulullah's time. For instance, they would decide on yoga, smoking and stem cell, whether they are legal or illegal in Islam.

Qiyas- It is practised by searching for the 'illah for some cases. For example, drinking alcohol is illegal in Islam. why?? Because it cause fuddle/ 'mabuk' where people fail to think wisely. What about the drug addiction? So, we find the 'illah between the alcohol n drug which cause people fail to think wisely. So, drug addiction is not allowed in Islam.

Ijtihad- There's a story when Rasulullah send a sahabt to a place which is far apart from Mekah. Rasulullah ask him, "If you are not sure about something, to who are u going to refer since that there are no other sahabat or even me in there?" Then he answered, " al-Quran n sunnah" Rasulullh asked again,"What about if it is not stated in al-Quran n as-Sunnah?" He said, " I'll do ijtihad (thinking based on his knowledge about Islam)".

Istihsan-more towards completing human needs.

al-masalihal mursalah- order made in which to ensure the better for the future. For example, khalifah abu bakar asked to collect the Quran into a mushaf to make sure that we nowadays would be able to refer to it as a main guidance in Islam. The current examples are traffic lights to reduce accidents.

Al-'urf-mostly refer to the custom practices such as marriage procedure. Islam element would assimilate with the custom element. Well, actually, to practise Islam is easy.

That is all some summary about Islamic law sources to be shared to all.

Wednesday, July 1, 2009

akhlak vs moral

aku duduk berteleku dalam satu majlis ilmu. Ketika itu kami sedang berbincang soal akhlak. Berkata seorang ukhti yang amat aku segani, "apa bezanya antara akhlak dan moral?". Aku berfikir. Aku pernah mengikuti satu kuliah berkenaan isu ini. Namun, dek kerana fitrah keinsanan, apabila tiada peringatan, maka aku lupa. Lalu aku gelengkan kepala, tidak tahu.

Lalu berkatalah ukhti tersebut, "akhlak dan moral merupakan elemen yang sangat berbeza walaupun ia seolah-olah satu elemen yang sama. Kita ambil analogi bersalaman. Pada pandangan manusia, ia adalah satu tindakan yang bermoral. Tetapi, bagaimana pula dengan pandangan Allah. Haa..disini kita perhatikan kaedah dan tujuan huluran salamnya. Kepada siapakah dia menghulurkan tangannya? Adakah dia bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim? Di sinilah kita nilai konsep akhlak. Akhlak adalah kelakuan yang dilakukan berlandaskan syariat Islam. Ianya datang daripada Allah. Begitulah Islam. Betapa agungnya agama Allah, meletakkan konsep akhlak sebagai panduan buat umat manusia."

Begitulah kata ukhti tersebut. Menurutnya akhlak ini merangkumi hubungan kita dengan Allah (hablu minallah) dan hubungan kita sesama manusia (hablu minannas). Yang menjadi landasan akhlak seseorang muslim itu adalah syariat Islam itu sendiri.

Alhamdulillah..di sini aku pelajari sesuatu. Sebenartnya, sekiranya kita menilai seseorang itu berdasarkan moralnya, non-muslim pun pasti berada di tahap teratas setaraf dengan golongan muslim di pandangan manusia. Walau bagaimanapun, akhlak menjadikan kita lebih indah dipandangan Allah di samping pandangan manusia.

Oleh itu, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk menjadi insan yang berakhlak. Ia menuntut kita bermujahadah melawan kehendak nafsu supaya apa yang kita lakukan seiring dengan tuntutan Islam. Sama-samalah kita berusaha ke arah itu. Sesungguhnya, orang yang paling mulia disisi Allah, ialah orang yang paling bertaqwa. ~Fastabiqul khairat...

untukku & juga untukmu..muslimah

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.

Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1)

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

Tuesday, June 30, 2009

Inni uhibbuka Ya Rasulullah

Meneliti tinta-tinta website informatif mengingatkan aku pada liqa'-liqa' usrah yang pernah kusertai. Bahagianya berada dlm suasana saling memperingati. Di sana aku mengenali sirah kehidupan Rasulullah s.a.w. Susahnya hidup baginda. Penuh derita sengsara.

Ukhti Farahin (naqibahku di bumi waqafan) sering menekankan.."sesusah mana pun jalan yang kita tempuhi, susah lagi jalan yang Rasulullah lalui.." Mengenangkan kata2 itu, aku cuba mengumpul kudrat di kala aku hampir tersungkur dek letih menghadapi pancaroba kehidupan...

Mengimbau kembali sirah hidup baginda.. Sebelum lahir lagi telah kehilangan ayah. Tidak lama kemudian, dikala usianya menjangkau 6 Tahun, ibunya pula pergi.. Baginda tinggal pula bersama datuknya..2 tahun kemudian, datuknya pula pergi..masyaAllah..hebat betul ujian buat kekasih Allah..satu persatu insan tersayang pergi menghadap Allah..

Baginda tinggal pula bersama bapa saudaranya. Setelah sekian lama, bapa saudara baginda pula menghadap Allah. betapa pilunya hati baginda kerana bapa saudara yang dikasishinya itu meninggal dunia dalam keadaan kafir.. Lalu berfirmanlah ALlah.."Bahawasanya bukan engkau wahai muhammad yang memberi hidayah, namun AKUlah yang memberi hidayah" Benarlah..hidayah milik Allah..kita tidak berkuasa merubah hati manusia...

Mengimbau perjuangan baginda dalam berdakwah..pelbagai hinaan dan cercaan yang ditrima oleh baginda..dibuang najis ketika solat..dibaling batu ketika berhijrah ke Thaif..difitnah, diugut bunuh...masyaAllah..jika hendak dibanding dengan diri yang kerdil ini, ape lah sangat yang menimpaku...

Sesungguhnya kekasih Allah dihidang dengan pelbagai kesusahan..bukanlah karpet merah.. Aku pelajari sesuatu dari sini...Berada di jlan Allah sememangnya memerlukan keimanan yang kuat kepada Allah..Sesungguhnya ujian yang datang tu adalah tanda sayang Allah pada hambaNya..mungkin diri ini telah lalai dari mengingatiNya...

Walaupun hampir pada ajalnya, Rasulullah masih lagi mengingati umat-umatnya.. lafaz ummati tidak lekang dari mulutnya..begitu besar cinta baginda buat kita umatnya..bagaimana pula kita???

Setelah sekian lama baginda tinggalkan kita, apakah yang telah kita lakukan dalam usaha menyambung usaha dakwh baginda..???

Ayuhlah sama2 kita renungkan...

"Ya Allah, kuatkanlah rabithah hati antara aku dan sahabat2ku..kuatkanlah semangat jihad yang ada dalam diri kami ini..semoga aku dan sahabat-sahabatku thabat di atas jalan menuju redhaMu.."

Thursday, June 25, 2009

I luv Rejab!!!

Sedar x sedar kita telah memasuki fasa bulan Rejab. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya..(ayuh kita 'imarahkan bulan Rejab!!!)

Islam agama yang mudah tapi ia bukanlah memudahkan..sebaiknya kita berlumba-lumba melakukan kebaikan dalam bulan Rejab ini sebagaimana kita berlumba-lumba berbuat kebaikan pada bulan Ramadhan. Cuba kita renungkan, jika dari sekarang kita sudah melipatgandakan kebaikan dengan ikhlas merentasi bulan sya'aban dan ramadhan, sudah pasti hati yang dilatih ini terbiasa berbuat kebaikan. Sudah pasti kita tidak kekok menghadapai bulan ramdhan sekiranya kita telah terbiasa berpuasa sejak bulan rejab lagi. kita tidak akan rasa berpuasa itu sebagai sesuatu yang membebankan..

Sahabat2, sebenarnya inilah masanya yang sesuai untuk kita mentarbiyah hati dah ruh kita. Semakin banyak kebaikan yang kita lakukan, semakin lembuit hati, semakin rendah diri kita di hadapan Allah..Ayuhlah kita garap kesempatan yang masih diberikan Allah ini..mungkin kita tidak sempat bertemu Ramadhan..jadi...perbanyakkanlah amal ibadah kita di kesempatan yang ada..Moga kita lebih cenderung ke arah kebaikan.

Sesungguhnya, orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa..sama2 lah kita mengejar redhaNya..

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

~fastabiqul khairat~

Thursday, June 18, 2009

Sultan Muhammad al-Fateh..Penakhluk Kota Konstantinopel

Assalamualaikum...
alhamdulillah...dalam kesibukan ini Allah kurniakan nikmat masa lapang untuk saya menyambung madah mengukir tinta untuk dikongsi bersama.Pastinya kesibukan ini tidak menghalang kita menambah thaqafah. Syukur kepada Allah kerana memberi nikmat, peluang untuk saya menatap dan menghayati kisah perjuangan Sultan Muhammad al-Fateh..

Sememangnya menguasai sesuatu kota yang besar dan hebat dalam usia muda merupakan satu perkara yang amat dikagumi.Cuba kita renungkan, Sulatan Muhammad alp-Fateh telah menguasai Kota Konstantinopel kerajaan Rom pada usia baginda mencecah 21 tahun. Subhanallah...'aziiiiimmm... Baginda mula memerintah kerajaan Turki pada usia 19 tahun. Sepatutnya dalam usia remaja seperti saya ini , kita menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai ikon, bukanlah artis-artis yang seringkali menjadi pujaan sebahagian daripada kita.
"
Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, " Kota Konstantinopel ini hanya dapat dikuasai oleh pemerintah yang baik,yang mempunyai saff tentera yang baik serta rakyat yang baik." Ini adalah kerana sebelum ini kota ini diperintah oleh pemerintah kristian yang zalim. Oleh itu ramailah pemerintah-pemerintah Islam yang berusaha, berjihad bagi menguasai kerajaan Konstantinopel. Bermula Zaman Pemerintahan Saidina Umar, Saidina Uthman,Saidina Ali dan Kerajaan Muawwiyah.Namun, usaha mereka menemui kegagalan.

Hinggalah zaman pemerintahan Sultan Murad.Baginda juga berkali-kali gagal dalam usaha tersebut. Suatu hari, datang seorang alim ulama' menyatakan sebenarnya, putera baginda , Muhammad itulah yang akan menguasai Kota Konstantinopel tersebut. Baginda memberikan didikan agama yang lengkap serta ilmu kepahlawanan yang lengkap kepada Sultan Muhammad. Setelah Sultan Muhammad mengambil alih pemerintahan pada usia 19 tahun, baginda betul-betul memastikan bahawa baginda adalah seorang pemerintah yang baik, memastikan saff ketenteraannya juga merupakan tentera yang menerima tarbiyah yang cukup serta mempunyai rakyat yang baik serta taat pada perintah Allah s.w.t.

Akhirnya pada usia 21 tahun, baginda berjaya menguasai Kota Konstantinopel dengan strategi yang betul-betul mantap. Apa yang mengagumkan adalah ramai di kalangan tentera-tentera kerajaaan Rom*(pihak lawan) yang memeluk Islam setelah berunding dengan baginda. Betapa Allah itu Maha Penyayang. Selongkarilah kehebatan Sultan Muhammad AL-Fateh yang menjadikan ketaqwaan sebagai tunjang dalam perjuangannya di dalam buku bertajuk SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH PENAKHLUK KONSTANTINOPEL..selamat membaca!!!

sultan muhammad al-fateh

Thursday, June 11, 2009

Jejak Sahabat

Kepada sahabat-sahabat viewers yang pernah mengenali diri ini, tidak kisahlah di mana-mana institusi pengajian seperti SK Permatang Tok Dik, SK Taman Ria, SMK Agama Baling, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Maktab Mahmud Pokok Sena, Pondok Pengajian Baitul Qura' atau sebagainya, silalah maklumkan kedudukan anda sekarang untuk memastikan kesinambungan ukhuwah kita melalui e-mail saya humaira_quraisya@yahoo.com ataupun melalui no telefon bimbit saya.Semoga ukhuwah kita berkekalan dunia dan akhirat.Insyaallah..

Thursday, June 4, 2009

UiTM di Hatiku

Salam...
alhamdulillah...setelah bertapak di sini selama 2 minggu..saya sempat untuk berkongsi pengalaman selama berada disini...alhamdulillah...segalanya tidaklah seteruk yang saya jangkakan...di sini juga ada sahabat2 yang banyak membantu saya memelihara hati..syukran 'alaikum...

jika difikirkan dan diteliti sememangnya menjadi satu kewajipan bagi mahasiswa-mahasiswi untuk mencari wadah bagi memelihara hati,memelihara diri dari dibawa arus...carilah sahabat2ku..di situ terdapat kenikmatan yang x berbelah bagidari Allah s.w.t...Program-program ruhiyah menjernihkan hati-hati insan yang dambakankasihdan prihatin dari-Nya..alhamdulillah..setakat ini segalanya baik...dan sahabat2 kat sini pun nampaknya begitu tegar memelihara diri dari arus keremajaan yang tak tergambar dahsyatnya...alhamdulillah..

hrm...menyentuh kehidupan sosial remaja...semua orang tahu..pastinya keseronokan hidup menjadi matlamat...sememangnya sedih melihat situasi ini tapi..itulah hakikatnya..kita teruslah berdoa kepada Allah semoga hidayahNya sentiasa bersama kita..kita perlu sedar, segalanya berlaku dengan kehendakNya...Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia...Kau tetapkanlah aku dan sahabat2ku di atas jaln yang diredhaiMu..amin.

kaedah pembelajaran di sini sepenuhnya in English..banyak betul istilahnya..sememangnya agak kekok..tapi, dia akan jadi darah daging jugak..siapa kata belajar tu mudah..btul x???semoga Allah permudahkan urusan diri ni tuk berjaya dan berbakti kepada agama..insyaallah..amin.

Syukran sahabat2 seperjuanganku yang tidak henti2 memberi semangat..semoga Allah merahmati ntum..semoga ukhuwwah kita kekal ke akhirat..amin.