Pages

Thursday, July 2, 2009

sources of islamic law..

well, there are 2 sources of islamic law which are written n unwritten law..For those who r studying in islamic school might be very good at this..what are they my beloved friends??? Ha..surely the written sources are our Holy Quran, Sunnah, ijma', n qiyas. What about the unwritten law? They are..ijtihad, al-istihsan, al-masalihal mursalah n al-'urf...

actually i,m trying to say here that this in important things that should not be forgot by us. It is not just a silivers n our study, but it is about our deen. As an Islamic student we must be very good at this. Not common people are good in this field of knowledge. For my friends in smkab, kisas n mmps, we r the one that will be asked by others regarding these sources of law.

Let's go through 1 by 1..

al-Quran-main source of Islamic law. All basic law are mentioned in the Holy Quran. So, whatever Islamic law to be made must be referred to the Quran first. It is the main guide to Islamic law.

Sunnah- It is what prophet Rasulullah did,said n declare. Besides, It also explain further about the laws contain in the Holy Quran.

Ijma'- Ijma' is whenever there's a group of muftis discuss to make law of the things that do not occur during Rasulullah's time. For instance, they would decide on yoga, smoking and stem cell, whether they are legal or illegal in Islam.

Qiyas- It is practised by searching for the 'illah for some cases. For example, drinking alcohol is illegal in Islam. why?? Because it cause fuddle/ 'mabuk' where people fail to think wisely. What about the drug addiction? So, we find the 'illah between the alcohol n drug which cause people fail to think wisely. So, drug addiction is not allowed in Islam.

Ijtihad- There's a story when Rasulullah send a sahabt to a place which is far apart from Mekah. Rasulullah ask him, "If you are not sure about something, to who are u going to refer since that there are no other sahabat or even me in there?" Then he answered, " al-Quran n sunnah" Rasulullh asked again,"What about if it is not stated in al-Quran n as-Sunnah?" He said, " I'll do ijtihad (thinking based on his knowledge about Islam)".

Istihsan-more towards completing human needs.

al-masalihal mursalah- order made in which to ensure the better for the future. For example, khalifah abu bakar asked to collect the Quran into a mushaf to make sure that we nowadays would be able to refer to it as a main guidance in Islam. The current examples are traffic lights to reduce accidents.

Al-'urf-mostly refer to the custom practices such as marriage procedure. Islam element would assimilate with the custom element. Well, actually, to practise Islam is easy.

That is all some summary about Islamic law sources to be shared to all.

Wednesday, July 1, 2009

akhlak vs moral

aku duduk berteleku dalam satu majlis ilmu. Ketika itu kami sedang berbincang soal akhlak. Berkata seorang ukhti yang amat aku segani, "apa bezanya antara akhlak dan moral?". Aku berfikir. Aku pernah mengikuti satu kuliah berkenaan isu ini. Namun, dek kerana fitrah keinsanan, apabila tiada peringatan, maka aku lupa. Lalu aku gelengkan kepala, tidak tahu.

Lalu berkatalah ukhti tersebut, "akhlak dan moral merupakan elemen yang sangat berbeza walaupun ia seolah-olah satu elemen yang sama. Kita ambil analogi bersalaman. Pada pandangan manusia, ia adalah satu tindakan yang bermoral. Tetapi, bagaimana pula dengan pandangan Allah. Haa..disini kita perhatikan kaedah dan tujuan huluran salamnya. Kepada siapakah dia menghulurkan tangannya? Adakah dia bersalaman dengan lelaki yang bukan muhrim? Di sinilah kita nilai konsep akhlak. Akhlak adalah kelakuan yang dilakukan berlandaskan syariat Islam. Ianya datang daripada Allah. Begitulah Islam. Betapa agungnya agama Allah, meletakkan konsep akhlak sebagai panduan buat umat manusia."

Begitulah kata ukhti tersebut. Menurutnya akhlak ini merangkumi hubungan kita dengan Allah (hablu minallah) dan hubungan kita sesama manusia (hablu minannas). Yang menjadi landasan akhlak seseorang muslim itu adalah syariat Islam itu sendiri.

Alhamdulillah..di sini aku pelajari sesuatu. Sebenartnya, sekiranya kita menilai seseorang itu berdasarkan moralnya, non-muslim pun pasti berada di tahap teratas setaraf dengan golongan muslim di pandangan manusia. Walau bagaimanapun, akhlak menjadikan kita lebih indah dipandangan Allah di samping pandangan manusia.

Oleh itu, bukanlah suatu perkara yang mudah untuk menjadi insan yang berakhlak. Ia menuntut kita bermujahadah melawan kehendak nafsu supaya apa yang kita lakukan seiring dengan tuntutan Islam. Sama-samalah kita berusaha ke arah itu. Sesungguhnya, orang yang paling mulia disisi Allah, ialah orang yang paling bertaqwa. ~Fastabiqul khairat...

untukku & juga untukmu..muslimah

"Indahnya kalammu wanita solehah yang berjuang disisi mujahid soleh....Seindah-indah perhiasan dunia adalah wanita yang solehah...”

Kumulakan warkah ini dengan bait indah yang ditinggalkan Rasulullah saw kepada seisi alam. Wanita solehah! Idaman semua muslimin di alam maya ini. Alhamdulillah, itulah anjuran Islam yang kita cintai, pilihlah wanita yang mampu menyejukkan pandanganmu dan juga baitul muslim yang bakal dibina tika sampai saat itu, insyaAllah.

”Dinikahi seorang wanita itu kerana empat perkara hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah hal keagamaannya, maka beruntunglah kedua-dua tanganmu..”

Wanita solehah idaman mujahid soleh yang malunya menjadi perisai dirinya, yang zikirnya menjadi penawar dirinya; tak gentar di acah mehnah duniawi kerana dia rindukan wangian syurgawi, dia berpegang pada janji yang terpatri di lubuk hati. Telah dinukilkan panduan sepanjang zaman, itulah lirikan utama buatmu memilih calon isteri. Tiap baris itu telah menjadi hafalanku sejak aku mengenali dunia baligh ini.

Jika harta yang kau idamkan, ketahuilah diriku tidak punya apa-apa harta di dunia ini melainkan ilmu agama yang telah dititipkan buatku oleh mama dan abah. Tiada harta untuk kupersembahkan, hanya ketenangan yang mampu aku sediakan buatmu kerana aku pernah terbaca kata-kata ...

"Dan di antara tanda-tanda kekuasaan Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikannya di antaramu rasa kasih dan sayang.¨ (Rum: 21)

Jika keturunan yang mulia itu yang kau dambakan, ketahuilah jua aku di bawah pengawasan Allah sebagai penjaga mutlak diriku. Aku adalah keturunan mulia, ayahanda Nabi Adam as dan bonda Hawa a.s, sama seperti mu.

”... maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakal kepadaNya. Jika Allah menolong kamu maka, tiada seseorangpun yang boleh menghalang kamu, dan jika ia mengecewakan kamu, maka siapakah yang dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan demikian) ? dan ingatlah kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman itu berserah diri...” (Ali Imran : 159-160)

Kecantikan, itulah pandangan pertama setiap insan. Malah aku meyakini bahawa kau juga tidak terlepas seperti insan yang lain. Ketahuilah, jika kecantikan itu yang kau inginkan daripada diriku, kau telah tersalah langkah. Tiada kecantikan yang tidak terbanding untuk kupertontonkan padamu. Telah aku hijabkan kecantikan diriku ini dengan amalan ketaatan kepada tuntutan agama yang kucintai. Kau hanya membuang masa jika kau menginginkan kecantikan lahiriah semata-mata. Aku memerlukan engkau untuk bersama-samaku menegakkan dakwah islamiyyah ini, dan aku merelakan diri ini menjadi penolongmu untuk membangunkan sebuah markas dakwah dan tarbiyyah ke arah jihad hambaNya kepada Penciptanya yang agung.

Pendirianku...pernikahanku akan ku jadikan medan pencarian ilmu agama sebagai risalah demi meneruskan perjuangan Islam. Aku masih kekurangan ilmu agama, tetapi berbekalkan ilmu agama yang telah dibekalkan ini. Aku ingin menjadi isteri yang sentiasa mendapat keredhaan Allah dan suamiku untuk memudahkan aku membentuk usrah muslim antara aku, suamiku dan anak-anak untuk dibaiahkan dengan ketaatan kepada Allah Yang Maha Esa. Aku bercita-cita bergelar pendamping solehah, seperti mana yang dijanjikan Rasul,

" Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air kemukanya."(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Renungilah FirmanNya ini, lalu kau akan tahu hakikat diriku dan dirimu dipertemukan oleh Allah atas namanya pertemuan.

“Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; dan daripada keduanya Allah memperkembangbiakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) namaNya kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”(An Nisaa’ : 1)

" Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka".(An-Nissa':34)

Membenarkan seperti apa yang telah Dia katakan dalam QalamNya yang mulia. Aku meyakini bahawa engkau adalah pemimpin untukku. Jadikanlah suatu pernikahan itu sebagai asas pembangunan iman dan bukannya untuk memuaskan bisikan syaitan yang menjadikan ikatan pernikahan sebagai tunjang nafsu semata-mata. Moga diriku dan dirimu sentiasa didampingi kerahmatan dan keredhaanNya. Lakukanlah tanggungjawabmu itu dengan syura kesabaran, qanaah ketabahan moga kita akan menjadi salah satu daripada jemaah saf menuju ke syurga insyaAllah.

Aku tidak menginginkan hantaran bersusun, mas kahwin yang hanya akan menyebabkan hatiku buta dalam menilai erti kita dipertemukan oleh Allah atas dasar agama. Cukuplah seandainya, maharku sebuah Qalam Mulia, Al-Quran, dan hadis-hadis Nabawi kerana aku meyakini bahawa Qalam itu mampu memimpin rumahtanggaku dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Jua tidak ternilai harga maruah diriku untuk dibanding dengan nilai wang ringgit atau nilai duniawi. Selaras jua dengan hadis Nabi, aku mahu jadi wanita yang punya barokah.

Tuesday, June 30, 2009

Inni uhibbuka Ya Rasulullah

Meneliti tinta-tinta website informatif mengingatkan aku pada liqa'-liqa' usrah yang pernah kusertai. Bahagianya berada dlm suasana saling memperingati. Di sana aku mengenali sirah kehidupan Rasulullah s.a.w. Susahnya hidup baginda. Penuh derita sengsara.

Ukhti Farahin (naqibahku di bumi waqafan) sering menekankan.."sesusah mana pun jalan yang kita tempuhi, susah lagi jalan yang Rasulullah lalui.." Mengenangkan kata2 itu, aku cuba mengumpul kudrat di kala aku hampir tersungkur dek letih menghadapi pancaroba kehidupan...

Mengimbau kembali sirah hidup baginda.. Sebelum lahir lagi telah kehilangan ayah. Tidak lama kemudian, dikala usianya menjangkau 6 Tahun, ibunya pula pergi.. Baginda tinggal pula bersama datuknya..2 tahun kemudian, datuknya pula pergi..masyaAllah..hebat betul ujian buat kekasih Allah..satu persatu insan tersayang pergi menghadap Allah..

Baginda tinggal pula bersama bapa saudaranya. Setelah sekian lama, bapa saudara baginda pula menghadap Allah. betapa pilunya hati baginda kerana bapa saudara yang dikasishinya itu meninggal dunia dalam keadaan kafir.. Lalu berfirmanlah ALlah.."Bahawasanya bukan engkau wahai muhammad yang memberi hidayah, namun AKUlah yang memberi hidayah" Benarlah..hidayah milik Allah..kita tidak berkuasa merubah hati manusia...

Mengimbau perjuangan baginda dalam berdakwah..pelbagai hinaan dan cercaan yang ditrima oleh baginda..dibuang najis ketika solat..dibaling batu ketika berhijrah ke Thaif..difitnah, diugut bunuh...masyaAllah..jika hendak dibanding dengan diri yang kerdil ini, ape lah sangat yang menimpaku...

Sesungguhnya kekasih Allah dihidang dengan pelbagai kesusahan..bukanlah karpet merah.. Aku pelajari sesuatu dari sini...Berada di jlan Allah sememangnya memerlukan keimanan yang kuat kepada Allah..Sesungguhnya ujian yang datang tu adalah tanda sayang Allah pada hambaNya..mungkin diri ini telah lalai dari mengingatiNya...

Walaupun hampir pada ajalnya, Rasulullah masih lagi mengingati umat-umatnya.. lafaz ummati tidak lekang dari mulutnya..begitu besar cinta baginda buat kita umatnya..bagaimana pula kita???

Setelah sekian lama baginda tinggalkan kita, apakah yang telah kita lakukan dalam usaha menyambung usaha dakwh baginda..???

Ayuhlah sama2 kita renungkan...

"Ya Allah, kuatkanlah rabithah hati antara aku dan sahabat2ku..kuatkanlah semangat jihad yang ada dalam diri kami ini..semoga aku dan sahabat-sahabatku thabat di atas jalan menuju redhaMu.."

Thursday, June 25, 2009

I luv Rejab!!!

Sedar x sedar kita telah memasuki fasa bulan Rejab. Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya..(ayuh kita 'imarahkan bulan Rejab!!!)

Islam agama yang mudah tapi ia bukanlah memudahkan..sebaiknya kita berlumba-lumba melakukan kebaikan dalam bulan Rejab ini sebagaimana kita berlumba-lumba berbuat kebaikan pada bulan Ramadhan. Cuba kita renungkan, jika dari sekarang kita sudah melipatgandakan kebaikan dengan ikhlas merentasi bulan sya'aban dan ramadhan, sudah pasti hati yang dilatih ini terbiasa berbuat kebaikan. Sudah pasti kita tidak kekok menghadapai bulan ramdhan sekiranya kita telah terbiasa berpuasa sejak bulan rejab lagi. kita tidak akan rasa berpuasa itu sebagai sesuatu yang membebankan..

Sahabat2, sebenarnya inilah masanya yang sesuai untuk kita mentarbiyah hati dah ruh kita. Semakin banyak kebaikan yang kita lakukan, semakin lembuit hati, semakin rendah diri kita di hadapan Allah..Ayuhlah kita garap kesempatan yang masih diberikan Allah ini..mungkin kita tidak sempat bertemu Ramadhan..jadi...perbanyakkanlah amal ibadah kita di kesempatan yang ada..Moga kita lebih cenderung ke arah kebaikan.

Sesungguhnya, orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa..sama2 lah kita mengejar redhaNya..

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

~fastabiqul khairat~

Thursday, June 18, 2009

Sultan Muhammad al-Fateh..Penakhluk Kota Konstantinopel

Assalamualaikum...
alhamdulillah...dalam kesibukan ini Allah kurniakan nikmat masa lapang untuk saya menyambung madah mengukir tinta untuk dikongsi bersama.Pastinya kesibukan ini tidak menghalang kita menambah thaqafah. Syukur kepada Allah kerana memberi nikmat, peluang untuk saya menatap dan menghayati kisah perjuangan Sultan Muhammad al-Fateh..

Sememangnya menguasai sesuatu kota yang besar dan hebat dalam usia muda merupakan satu perkara yang amat dikagumi.Cuba kita renungkan, Sulatan Muhammad alp-Fateh telah menguasai Kota Konstantinopel kerajaan Rom pada usia baginda mencecah 21 tahun. Subhanallah...'aziiiiimmm... Baginda mula memerintah kerajaan Turki pada usia 19 tahun. Sepatutnya dalam usia remaja seperti saya ini , kita menjadikan Sultan Muhammad Al-Fateh sebagai ikon, bukanlah artis-artis yang seringkali menjadi pujaan sebahagian daripada kita.
"
Sebenarnya, Rasulullah s.a.w pernah bersabda, " Kota Konstantinopel ini hanya dapat dikuasai oleh pemerintah yang baik,yang mempunyai saff tentera yang baik serta rakyat yang baik." Ini adalah kerana sebelum ini kota ini diperintah oleh pemerintah kristian yang zalim. Oleh itu ramailah pemerintah-pemerintah Islam yang berusaha, berjihad bagi menguasai kerajaan Konstantinopel. Bermula Zaman Pemerintahan Saidina Umar, Saidina Uthman,Saidina Ali dan Kerajaan Muawwiyah.Namun, usaha mereka menemui kegagalan.

Hinggalah zaman pemerintahan Sultan Murad.Baginda juga berkali-kali gagal dalam usaha tersebut. Suatu hari, datang seorang alim ulama' menyatakan sebenarnya, putera baginda , Muhammad itulah yang akan menguasai Kota Konstantinopel tersebut. Baginda memberikan didikan agama yang lengkap serta ilmu kepahlawanan yang lengkap kepada Sultan Muhammad. Setelah Sultan Muhammad mengambil alih pemerintahan pada usia 19 tahun, baginda betul-betul memastikan bahawa baginda adalah seorang pemerintah yang baik, memastikan saff ketenteraannya juga merupakan tentera yang menerima tarbiyah yang cukup serta mempunyai rakyat yang baik serta taat pada perintah Allah s.w.t.

Akhirnya pada usia 21 tahun, baginda berjaya menguasai Kota Konstantinopel dengan strategi yang betul-betul mantap. Apa yang mengagumkan adalah ramai di kalangan tentera-tentera kerajaaan Rom*(pihak lawan) yang memeluk Islam setelah berunding dengan baginda. Betapa Allah itu Maha Penyayang. Selongkarilah kehebatan Sultan Muhammad AL-Fateh yang menjadikan ketaqwaan sebagai tunjang dalam perjuangannya di dalam buku bertajuk SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH PENAKHLUK KONSTANTINOPEL..selamat membaca!!!

sultan muhammad al-fateh

Thursday, June 11, 2009

Jejak Sahabat

Kepada sahabat-sahabat viewers yang pernah mengenali diri ini, tidak kisahlah di mana-mana institusi pengajian seperti SK Permatang Tok Dik, SK Taman Ria, SMK Agama Baling, Kolej Islam Sultan Alam Shah, Maktab Mahmud Pokok Sena, Pondok Pengajian Baitul Qura' atau sebagainya, silalah maklumkan kedudukan anda sekarang untuk memastikan kesinambungan ukhuwah kita melalui e-mail saya humaira_quraisya@yahoo.com ataupun melalui no telefon bimbit saya.Semoga ukhuwah kita berkekalan dunia dan akhirat.Insyaallah..

Thursday, June 4, 2009

UiTM di Hatiku

Salam...
alhamdulillah...setelah bertapak di sini selama 2 minggu..saya sempat untuk berkongsi pengalaman selama berada disini...alhamdulillah...segalanya tidaklah seteruk yang saya jangkakan...di sini juga ada sahabat2 yang banyak membantu saya memelihara hati..syukran 'alaikum...

jika difikirkan dan diteliti sememangnya menjadi satu kewajipan bagi mahasiswa-mahasiswi untuk mencari wadah bagi memelihara hati,memelihara diri dari dibawa arus...carilah sahabat2ku..di situ terdapat kenikmatan yang x berbelah bagidari Allah s.w.t...Program-program ruhiyah menjernihkan hati-hati insan yang dambakankasihdan prihatin dari-Nya..alhamdulillah..setakat ini segalanya baik...dan sahabat2 kat sini pun nampaknya begitu tegar memelihara diri dari arus keremajaan yang tak tergambar dahsyatnya...alhamdulillah..

hrm...menyentuh kehidupan sosial remaja...semua orang tahu..pastinya keseronokan hidup menjadi matlamat...sememangnya sedih melihat situasi ini tapi..itulah hakikatnya..kita teruslah berdoa kepada Allah semoga hidayahNya sentiasa bersama kita..kita perlu sedar, segalanya berlaku dengan kehendakNya...Ya Allah, Tuhan yang membolak-balikkan hati manusia...Kau tetapkanlah aku dan sahabat2ku di atas jaln yang diredhaiMu..amin.

kaedah pembelajaran di sini sepenuhnya in English..banyak betul istilahnya..sememangnya agak kekok..tapi, dia akan jadi darah daging jugak..siapa kata belajar tu mudah..btul x???semoga Allah permudahkan urusan diri ni tuk berjaya dan berbakti kepada agama..insyaallah..amin.

Syukran sahabat2 seperjuanganku yang tidak henti2 memberi semangat..semoga Allah merahmati ntum..semoga ukhuwwah kita kekal ke akhirat..amin.

Wednesday, May 20, 2009

UiTM:Faculty of Law

UiTM

salamun 'alaimkum...
tak sampai 2 hari lagi saya bakal menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam tanpa saya tahu ruh sosialnya bagaimana di sana? Tanpa saya tahu rentak pengurusannya bagaimana? Tanpa saya tahu masyarakatnya bagaimana? Sudah tentulah ianya menjadi cabaran yang hebat buat diri yang masih mentah dan masih perlukan tarbiyah ini. Justeru, saya mula membuat persediaan,memupuk minat dan mahu..bak kata orang minat itu boleh dipupuk dan mahu itu boleh dicetus..

Selalu terdetik kat hati saya kuatkah saya tuk menghadapi situasi luar sana. Sememangnya tak dapat dinafikan lagi kehidupan luar tidaklah se'secure' kehidupan di sekolah. Ye lah..xkan lah kita nak selamanya di bangku sekolah. Jadi, by hook or by crook, I need to be strong! Kena kuat lah hadapi cabaran..harapnya sahabat2 mendoakan diri ini..rasanya seperti sebatang kara di sana..X pe..I'll never scare since I Know that Allah will always be with me!

Sebenarnya, bidang undang-undang ini tidak pernah saya minat.Tetapi minat itu mula dipupuk seiring dengan permasalahan sosiopolitik sekarang. Tak dapat dinafikan keadilan mesti ditegakkan! al-Haq hua al-Haq, wa al-Batil hua al-Batil! Bukan senang nak cari orang yang tulus dalam kerjayanya. Sekarang ni, manusia mudah dibeli..tul tak?? Keadilan dipinggirkan, nafsu diutamakan..teruk! teruk!

Jadi, di sini saya belajar sesuatu..betapa pentingnya keikhlasan dalam bekerja..betapa pentingnya ketaqwaan dalam diri..bila ada rasa takut pada Allah, semua perkara akan ada pada tempatnya..takkan salah lagi..jadi, saya memasang cita-cita besar untuk menjadi seorang pembela agama ("the lawyer of the Deen"~shoutout kak nurul) yang sebenar-benarnya..walaupun berat untuk melafazkan, tapi saya rasa ia perlu sebagai satu pencetus semangat dalam diri ini..sahabat2 viewer..sambil baca, sambil doakan saya ye..doa kalian sangat saya dambakan..

Dr. Abdul Aziz Bari...seorang yang saya dikagumi dari sudut perlembagaan
Tiada apa yang lebih utama melainkan ketaqwaan pada Allah. Bila ada rasa takut pada Allah, segala perkara akan berlandaskan hukum-hakamnya.

Tuesday, May 19, 2009

resensi:TARBIYAH RUHIYAH

Seorang sahabat memperkenalkan kepada saya sebuah bacaan fikrah "TARBIYAH RUHIYAH" oleh DR. Abdullah Nashih Ulwan. Malangnya..saya belum berpeluang untuk mendapatkan buku tersebut..Jadi saya pun mencari-cari tentangnya di arena tanpa sempadan (internet) ini... alhamdulillah..kutemuinya...apa salahnya jika saya kongsikan di sini beberapa intipati buku tersebut...

DR. Abdullah Nashih Ulwan dalam bukunya yang berjudul Tarbiyah Ruhiyah menyebutkan bahwa ada lima faktor penting dalam mencapai takwa.

1. Mu’ahadah

Mu’ahadah adalah mengingat perjanjian-perjanjian yang telah kita buat kepada Allah. Hendaknya setiap kita menyendiri dan mengingat perjanjian-perjanjian yang telah kita buat kepada Allah. Dengan mu’ahadah kita akan tetap istiqamah dalam melaksanakan syariat Allah

2. Muraqabah

Muraqabah adalah merasakan keagungan Allah di setiap waktu dan keadaan, serta merasakan kebersamaannya dalam sepi maupun ramai. Dengan muraqabah kita akan ikhlas, karena setiap fi’il adalah untuk-Nya. Dengan muraqabah kita akan istiqamah. Tak terpengaruh oleh situasi dan kondisi.

3. Muhasabah

Makna muhasabah adalah hendaknya seorang muslim menghisab dirinya setelah melakukan sebuah amal. Apakan amal itu benar-benar semata untuk meraih ridha Allah ataukah tercampur dengan kepentingan pribadi, riya, ujub atau malah telah mengurangi hak-hak orang lain? Apakah amal yang kita lakukan sudah maksima? Atau dilaksanakan sekedarnya?Di samping itu muhasabah juga melakukan perhitungan diri antara amaliyah dan dosa. Apakan amaliyah yang kita lakukan sudah cukup menutup dosa? Lalu bagaimana dengan taubat kita? Dengan muhasabah kita akan terbebas dari penyakit hati.

4. Muaqabah

Muaqabah adalah pemberian denda. Sudah sepatutnya bagi kita jika kita telah melalaikan Allah, kita denda diri kita sebagai mana orang tua memberi hukuman kepada anaknya yang bersalah. Semoga dengan melakukan muaqabah kita menjadi jelik untuk berbuat dosa.

5. Mujahadah

Mujahadah adalah bersungguh-sungguh dalam melaksanaan ibadah. Di sana ada makna memaksakan diri untuk berbuat yang terbaik, menyerahkan yang terbaik dan mengoptimumkan diri dalam beramal. Ibadah adalah tarbiyah. Dengan mengerahkan diri untuk beramal, itu ertinya kita membangkitkan potensi yang terpendam dalam diri kita. Maka integriti kita akan semakin meningkat.

Faktor-faktor yang menyuburkan ruhiyah
Faktor-faktor tersebut dapat diklasifikasikan menjadi 2 iaitu kelompok yang berkaitan dengan kepekaan jiwa dan kelompok amaliyah lahiriyah.

1. Yang termasuk kelompok yang berkaitan dengan kepekaan jiwa adalah:

a. Selalu merasakan muraqabah kepada Allah

Hendaklah kita selalu meyakini bahwa Allah selalu bersama kita dimanapun kita berada. Ia Maha Melihat, Maha Mendengar, juga Maha Mengetahui. Dan dalam muraqabah secara konsisten ini cukuplah kita mencontoh Umar ibn Khattab r.a. Disana ada seorang gembala yang muraqabah, seorang gadis yang muraqabah, juga seorang istri mujahid yang muraqabah.

b. Mengingat kematian dan kehidupan sesudahnya

Apabila seorang mukmin senantiasa mengingat bahwa kematian pasti menjemputnya, lalu ia akan ditanya dalam kesendiriannya dalam kubur, tentu hatinya akan peka kepada perasaan takut kepada Allah, jiwa raganya akan tergerak untuk beramal shalih demi membawa bekal kepada hari yang dijanjikan. Karenanya maka dzikrul maut adalah sesuatu yang urgent untuk dilakukan.

Bahkan Rasulullah pun menegaskan bahwa mukmin yang paling bijak adalah mukmin yang paling banyak mengingat mati dan paling banyak persiapannya untuk menghadapinya.

c. Membayangkan hari Akhirat dan hal-hal yang berkaitan dengannya

Ketika kita membayangkan peristiwa-peristiwa yang di alami oleh ahli surga dan ahli neraka, kejadian dipadang mahsyar, dibaginya catatan amal perbuatan, perjalanan pada titian sepertujuh rambut, maka kita akan terlecut untuk beribadah dan bersungguh-sungguh mendekatkan dirinya pada Allah. Bahkan seluruh jiwaraga akan bangkit untuk melaksanakan amal shalih untuk hari akhir nanti agar kita termasuk orang-orang yang saling ridha kepada Allah.

Karena itu marilah kita bayangkan peristiwa-peristiwa itu:

  • Di mana kita dibangkitkan dari kubur dalam keadaan ridak berpakaian dengan cemas yang mengabut cuaca
  • Di mana mentari mengusap kepala dan peluh mengolam laut
  • Di mana bumi menjadi saksi bicara dan kita tak mampu berharap
  • Di mana kita melupa siapa di atas mizan, di depan kitab perbuatan dan pada titian jahanam
  • Di mana jasad menghianati nafsu dan lisan

Marilah kita ingat pula tentang gelapnya jahanam, tentang dalamnya neraka, tentang bahan bakarnya adalah batu dan kita, tentang busuk baunya, tentang zaquum, juga tentang airmata darah ahli neraka yang memarit.

Tetapi jangan pula dilupakan bahwa Allah juga telah menyiapkan untuk hamba-hamba-Nya yang shalih apa yang tak pernah terlihat oleh mata, tak pernah terdengar oleh telinga dan tak pernah terdetik di dalam hati manusia. Yakni diperkenankan untuk melihat Allah secara langsung sebagai nikmat yang terbesar.

2. Faktor-faktor Amaliyah Lahiriyah:

a. Tilawah Al-Qur’an dengan tadabbur

Bacaan yang disertai tadabbur yang khusyu’ mampu mempertajam pandangan yang sudah tumpul, pemusnah pandangan yang sempit dan ubat bagi hati yang sakit. Hendaknya kita menjadikan al-Qur’an sebagi sahabat yang tak pernah kita tinggalkan barang sehari. Karena dengan Al-Qur’an kita menjadi dekat dengan Allah. Ialah furqan yang membedakan haq dan batil. Biarkan Qur’an menyapa hati, ruh dan fikiran kita. Dengan menjadikan Qur’an sebagai rujukan kita tak akan tersesat dalam berjalan.

b. Hidup bersama dengan Rasulullah dan mencontoh sirahnya yang Agung

Beruntunglah kita sebagai umat Muhammad saw. Karena beliau adalah uswah hasanah, qudwah shalihah dan pedoman terbaik di dunia ini. Allah telah memilihkan bagi kita sosok tanpa cela untuk diikuti. Seorang raja yang juga rahib. Seorang bijaksana yang juga pemberani.

Sudah sepatutnya seorang da’i mencontoh Rasulullah dalam beragama dan keduniawian. Dalam ibadah, dalam kezuhudan, ketakwaan, kesabaran dan kelembutan, keteguhan prinsip, keberanian, kekuatan fisik, serta kehangatan cintanya.

c. Selalu menyertai orang-orang pilihan yang mereka yang berhati bersih dan mengenal Allah.

Seseorang itu bersama dengan orang yang dicintainya. Karena itulah kita patut untuk bergaul dan bersama dengan orang-orang yang shalih dan ikhlas. Kita memerlukan mereka karena mereka akan menjaga ketakwaan kita. Meliputi lingkungan kita dengan dzikir dan ketaatan. Saling menasehati dalam kebenaran, dalam kesabaran dan dalam kasih sayang. Hidup seorang mukmin dengan orang yang salih seperti hidup seekor ikan di dalam kolam.Sungguh indah ukhuwah dalam iman dan ketakwaan, percintaan dalam pengabdian, persaudaraan dalam jihad dan kebenaran, dan kasih-sayang dalam penghambaan.

d. Dzikir kepada Allah dalam setiap waktu dan kesempatan

Dzikir adalah mengingat Allah dalam semua kondisi. Dzikir terdiri atas dzikir hati, pikirian, lisan dan perbuatan. Dzikir perbuatan mencakup tilawah, ibadah dan menuntut ilmu. Berdzikirlah dengan sungguh-sungguh secara konsisten. Semoga kita naik ke ketinggian rohani, mendapat kehormatan dalam munajat, menjadi seorang yang khusyu’, dan tak pernah terjebak dalam maksiat kepadanya.

e. Menangis kepada Allah dalam waktu khalwat

Kala kita berkhalwat (qiamullail), membayangkan keberpalingan kita dan kemaksiatan yang kita lakukan, membayangkan akhirat dan bekal yang telah kita persiapkan untuknya, membandingkan kualiti ibadah kita dengan para salafus-shalih, maka semoga hati menjadi lembut, jiwa menjadi bergetar, dan tanpa terasa airmata jatuh di pipi. Tak hanya itu, hendaknya kita mampu menangis karena: takut riya dalam ibadah, takut ujub dalam kecukupan, takut nifaq dalam bergaul, dan takut sombong dalam berhias. Sungguh dosa-dosa itu tak pernah kita sadari menyelusup dengan halus ke dalam hati yang merasa aman dalam pengabdian kepada Allah.

Orang yang paling takut adalah orang yang paling mengenal dirinya dan Rabb-nya. Karena itulah Allah telah memberikan keistimewaan pada tangisan kita hari ini dengan tawa diakhirat kelak. Orang yang menangis berada dalam naungan pada hari tak ada naungan kecuali naungan Allah. Orang yang menangis, akan terbebas dari azab Allah. Orang yang menangis berada dalam ampunan dan maghfirah-Nya. Dan orang yang menangis berada dalam limpahan cinta dan kasih-Nya.

f. Bersungguh-sungguh membekali diri dengan Ibadah nafilah.

Ibadah nafilah merupakan saranan pembekalan diri seorang hamba apabila si hamba merasa kurang dengan kewajiban-kewajiban yang telah ia laksanakan. Semoga dengan ibadah nafilah kita diangkat ke tempat yang terpuji.Sebenarnya banyak sekali ibadah nafilah yang dapat dilaksanakan, beberapa yang terpenting di antaranya : Shalat Lail, Shalat Dhuha, Shalat Awwabin, Shaum Senin-Kamis, Shaumu-Daud, Shaum Yaumul-‘Arafah, Shadaqah Nafilah dll.

Pengaruh Tarbiyah Ruhiyah dalam Pembinaan, Perbaikan dan Pembaharuan Ummat

Apabila kita telah memancarkan rohani, berhubungan erat dengan Allah dan ketakwaan, maka tersingkaplah makna dan hakikat. Terbukalah rahsia-rahsia yang hanya dapat di tangkap oleh orang yang bijak dan takwa.Apabila jalan rohani telah kita daki. Dan darjat takwa telah kita raih. Cinta kasih-Nya telah meliput diri. Maka Cahaya Iman akan memancar dalam setiap desah nafas. Cahaya itu akan menyapa sekeliling bagai mentari. Jika cahaya itu menyirami hati yang kerontang, maka suburlah hati itu. Jika cahaya itu menyinari kegelapan batin, tentu teranglah ia.Maka jalan da’wah akan terasa mudah, perjuangan akan terasa ringan, dan pengorbanan menjadi suatu kejamakan. Kekuatan ruhani inilah yang nantinya menjadi senjata yang mematahkan tiang pancang kebatilan, menghancurleburkan kemaharajalelaan, dan proklamator kemenangan da’wah dan peradaban islam.Semoga kita mewujudkannya. Amin.

p/ss:>>semoga suatu hari nanti saya akan memperoleh buku ini..