"Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, pada-hal belum
datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu
sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala-petaka dan kesengsaraan, serta
digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul
dan orang-orang yang beriman bersamanya, 'Bilakah datangnya pertolongan
Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat." (Al-Baqarah: 214)
Lihat tafsirannya di sini.
9.48 am : Kami menerima berita pemergian ayah kepada sahabat fillah. Inna lillahi wainna ilaihi raaji'un. Sungguh, dariNYA kita datang, dan kepadaNYAlah kita kembali. Al-fatihah buat ayah kepada sahabiah saya, Siti Soffiah binti Ibrahim. Moga ruhnya ditempatkan bersama para solihin.
Apa yang boleh kita katakan saat berita mengejutkan itu menjengah jendela kehidupan? Ketika seluruh alam buana tersenyum riang, menjalani norma kehidupan seharian, kita dapat merasakan betapa sahabat kita sedang terduduk, merintih menghadapi ketentuan Allah yang pasti. Ye, PASTI! Tiada daya dan upayanya melainkan dengan izin Allah.
Moga Allah anugerahkan kekuatan iman buat dirinya, ibunya dan adik-adiknya. Sungguh pertolongan Allah itu amat dekat. Hasbunallah wani'mal wakeel, ni'mal mawla wa ni'ma an-Nashiir. Cukuplah bagi kami Allah, sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik tempat memohon pertolongan.
Hati kami teringatkan sahabiah di sana. Saat dirinya memerlukan sokongan, saat itulah hati-hati kami merasa diperlukan. Allah jua yang mengetahui. Allah jua yang mengerti. Kerana kehidupan kami mengajar kami merasai apa yang sahabat kami rasa. Allahu Allah...
Kami tahu, sahabiah kami tabah dan kuat. Kami tahu rintihannya sarat dengan doa dan zikrullah. Kerana itu, biarlah rintihannya berterusan, doa anak yang solehah pasti menjadi bekal terbaik buat arwah ayahandanya.Dan ketahuilah sahabiah, doa sahabat-sahabat yang soleh dan solehah turut mengiringi pemergiannya.
Sahabat...
ibarat satu anggota tubuh yang sempurna
bila satu mengadu sakit
pasti yang lain turut merasai perit
bila satu mengadu lemah
pasti yang lain gundah
bila satu mengadu lelah
pasti yang lain gelisah
betapa dekatnya sahabat
walau jarak memisahkan
tautan hati yang Allah anugerahkan
takkan bisa memutuskan
kerana sahabat itu ANUGERAH terindah
yang memujuk bila gundah
yang menyokong bila lemah
yang memapah bila rebah
yang mendoakan bila ditimpa musibah
doanya mana mungkin terpisah
doanya sentiasa ada
biar kita jauh
biar kita menyepi
biar kita memendam
doanya ada
kerana doanyalah yang menghubungkan kita padanya
ditengah-tengahnya,antara kita dan dia
ada ALLAH
ALLAH yang menguntai tasbih hati
menyimpul erat rabithah di jalan-NYA
moga sahabiah tabah
moga sahabiah kuat
dalam rahmat dan pemeliharaan Allah
Alangkah indahnya sekiranya kita dapat mengikuti kata-kata pujangga tentang cintanya kepada Allah dan mencari keredhaan-NYA:
Moga-moga ENGKAU gembira, walaupun aku menanggung kepahitan...
Moga-moga ENGKAU redha, sekalipun seluruh makhluk benci kepadaku...
Moga-moga hubungan antara ENGKAU dan daku sentiasa subur...
walaupun antaraku dan seluruh alam ini bermusuhan...
"Apabila telah benar cinta kepadaMU...maka seluruh perkara adalah mudah,
Dan setiap sesuatu di atas tanah ini adalah tanah jua..."
dedicated to:
No comments:
Post a Comment
persepsi anda...