USRAH..saya memang suka kalimah ini. Simple & Applicable.
"Adik-adik tahu usrah itu apa?" tanya naqibahku suatu masa dahulu, panggilan 'adik-adik' cukup menarik minatku untuk mendekati dan didekati, rasa disayangi apatah lagi dibelai dan dimanja.

Melihat kami semua tersenyum macam kerang busuk, maklumlah tak biasa, naqibahku bersuara "Usrah tu, satu kelompok individu muslim, yang sama-sama berhimpun bagi memahami Islam, menanam fikrah (fahaman) terhadap islam seluruhnya. Kan kita semua digalakkan mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup. Kalau kita x faham islam, macamana kita nak terapkannya dalam hidup kita, betul tak adik-adik???"
"betul!"
Hm,memang hakikat diri ini ingin sekali memahami Islam dengan mendalam. Memang diri ini mencari ruang dan peluang ke arahnya. Bila ditawar begini, siap dengan set kasih sayang seorang kakak ,lagi bertambah ghairahlah diri ini untuk menyertainya..Alhamdulillah, kutemui sinar itu.
USRAH..hingga saat ini kuberkecimpung dengannya. Jika dulu aku dicari, tapi kini aku pula yang mencari. Mencari hati-hati yang beriltizam padanya, untuk aku berkongsi, untuk aku bekerja bersama mereka, untuk ISLAM. Memahami dan mengamalkan Islam adalah satu keperluan. Atas dasar inilah, aku tidak pernah jemu pada usrah.
Usrah itu bukan sekadar pengisian ilmiah sahaja..jangan salah sangka!!!
Usrah itu sebuah perancangan kekeluargaan. Ada sesi asuhan, ada masa makan bersama, ada cuti, berjalan bersama, ada masalah, dibincang bersama, ada rasa bosan, hang out bersama-sama!! Tapi, yang pasti semua itu kita laksanakan atas landasan Islam..
ha..Itu la usrah.. seronokkan?? Takkan jemu, kerana kita satu keluarga...
Imam Hassan al-Banna menjadikan usrah sebagai asas dalam membentuk kefahaman dan semangat berjuang untuk Islam dalam kalangan ahli Ikhwanul Muslimin. Dulu, saya tidak faham hakikat ini. Bila dah besar ni, bila dicampak ke dunia serba mencabar (alam kampus), saya semakin memahami kepentingannya.
Dalam realiti dunia hari ini, Islam semakin dianak tirikan, hanya dipraktikkan pada sebahagian perkara. Contohnya, pada masa akad nikah sahaja ikut Islam, yang lain majlis kenduri, pemakaian, semua berterabur.. Bagi mahasiswa pula, seolah-olah Islam itu cukup sekadar solat 5 waktu yang lain dipinggirkan..Pergaulan bebas diagung-agungkan, dunia couple, hedonisme, terus digempar-gempurkan, disanjung,,huh, menyampah juga kadang-kadang!
Tapi, bila dikaji, itulah hasilnya bila Islam tidak difahami, dan tidak ada pula insan yang menggerakkan agenda memberi faham ini kepada ummah yang kian tenat..Allah.. Saya sedar, dan saya cuba, mengajak sahabat-sahabat brainstorm akan hal ini. Atas dasar ini, kami contohi Rasulullah, kami contohi penggerak-penggerak Islam dalam menetapkan usrah sebagai kunci untuk menyuntik kefahaman dan membentuk kader dakwah..
Kiranya, dalam saat ini, saya dan sahabat-sahabat masih berusaha dan akan terus berusaha! Manakan mampu gerakan ini dilaksana seorang diri, maka saya perlukan jemaah yang tinggi iltizamnya, yang kuat keyakinannya yang teguh hati & imannya. Mudah-mudahan, Allah membantu usaha kami. Mudah-mudahan kami istiqamah di jalan yang diredhai Ilahi..amin.


ALLAHUAKBAR!
ReplyDeletesemua ad hikmah..cuma bagaimana kita mencarinya, bagaimana kita merasainya.
ReplyDelete