Pages

Sunday, November 28, 2010

berjalan, memerhati, merasai, & mentafsir

Salam sentuhan kasih buat sahabat pembaca sekalian. Alhamdulillah..kira-kira sudah lama saya tidak update blog ini. Saya sengaja mengambil masa untuk meniti pengalaman untuk dikongsi bersama.

Seronok rasanya cuti sem kali ini apabila diberi keizinan oleh Allah untuk mengisi masa dengan mengikuti program pembangunan insan yang dianjurkan oleh kerajaan negeri & pihak sekolah SMKAB. Subhanallah, tak terhingga rasa syukur ini dilafazkan bila diri semakin hari semakin mengenal erti hidup pada memberi, erti hidup pada berkongsi dan erti hidup pada mengenali & menyayangi.

Kem Bina Insan yang berlangsung selama 4 hari 3 malam memberi saya 1001 ilmu yang cukup bermanfaat. Bertugas bersama sahabat-sahabat sefikrah dari pelbagai kampus dan peringkat usia mengajar saya melakar gerakerja yang baik, berada dalam biah islamiyah yang baik, yang sama-sama membawa misi menyelamatkan ummah generasi remaja dari lubuk kejahilan.. Allahu Rabbi.. Bersama adik-adik yang pelbagai kerenah dan latar belakang sedikit sebanyak mengasah skill dakwah saya.

Ada seorang sahabat mengatakan kepada saya ketika saya bakal menghadiri program tersebut, " Selamat Bertempur.." . Saya tidak faham, tetapi setelah melaluinya, ya, saya akui, saya memang perlu bertempur. Bertempur dengan kerenah seorang adik yang enggan bercakap dari hari pertama hinggalah hari ketiga. Hampir putus asa saya dibuatnya. Ditanya tak menjawab, disenyum pun tak dibalas. Saya mengumpul kudrat, menguatkan semangat yang ada dan bertanya pendapat sahabat-sahabat lain. Alhamdulillah, hari berikutnya adik tersebut mula mengukir senyum, memberi harapan baru buat saya untuk terus mendekatinya. Alhamdulillah.. Betullah, sesuatu yang manis itu hanya akan dikecapi setelah pahit diharungi dengan sabar dan iltizam..

Kata 'camp com' saya, "bilamana seseorang itu langsung tidak mahu bercakap, memberi respon terhadap apa yang kita katakan, terutamanya mad'u, bertanya soalan bukanlah strategi yang baik. Tapi ujarkan padanya soalan yang menuntut dia menjawab ya/tidak". Teknik itulah yang saya gunakan untuk menangani permasalahan dalam interaksi saya dengan adik-adik. Alhamdulillah, it works. boleh la sama-sama kita praktikkan ye, sahabat-sahabat :-)

Sebenarnya, betullah, banyak pengalaman bila banyak berjalan.. & nak berjalan tu bukan mudah. Perlu ada seribu satu kesediaan dan persediaan. Kesediaan diri & rohani untuk menghadapi segala seni cabaran. Persediaan ilmu, tenaga, kemahiran, kewangan, iman..ye..persediaan iman..memang penting. Kadang-kadang kan, persediaan paksaan pun penting jugak. Ye,lah. manusia biasa. Nafsu ada, tak pernah penat mengajak pada yang kurang dan tidak baik. Jadi, seni paksaan pun kita kena develop juga untuk kawal nafsu dalam diri ni.

Buat adik-adik SMKAB,

Sesungguhnya, pengalaman berharga kita bersama sangat akak hargai. Rasa rindu terubat bila dapat bersama adik-adik & cikgu-cikgu yang hadir. Rasanya, memang sudah lama sangat diri ini tidak turun secara direct dengan pihak sekolah. Alhamdulillah, Allah bagi kesempatan itu.

Kita dari lubuk yang sama. SMKA..sebuah sekolah agama yang menjadi perhatian ramai..buruk kita, maka buruklah Islam.. Kita bawa imej Islam. Jadi, memang kita perlu jelas akan segala yang telah ditetapkan dalam Islam. Ini penting supaya kita tidak melakukan perkara yang membawa fitnah kepada Islam.

Begitu juga dalam kepimpinan. Kepimpinan pelajar SMKA mestilah meletakkan agama di tangga yang teratas dan menjadikan agama sebagai aspek yang paling penting dalam setiap gerak langkah. Barulah, keindahan Islam tu dapat dirasai oleh semua anak-anak yang berada di bawah pimpinan kita. Taklifan itu juga suatu bentuk ibadah. Maka, usah kita sia-siakan.

Rasanya, cukup dululah perkongsian pada kali ini. Mudah-mudahan ada lagi ruang dan peluang untuk saya mencoret pengalaman yang sekelumit cuma ini. Doakanlah mudah-mudahan saya dan sahabat-sahabat istiqamah pada jalan yang diredhaiNYA.amin.

No comments:

Post a Comment

persepsi anda...