UZA menginspirasikan peneraju sayap kiri Ikhwanul Muslimeen. Maaf Kak Nurul, turut terinspirasi dengan bulatan ukhuwah & thaqafah yang akak kemudi.
Semuanya 14 adik-beradik termasuk saya sebagai kak longnya. Alhamdulillah, nikmat yang Allah anugerahkan ini tak mungkin disia-siakan. Merekalah adik-adik saya [walaupun ada yang sebaya] yang Allah anugerahkan untuk bersama-sama mengemudi kehidupan ini, menyemarakkan Islam dalam diri untuk masa hadapan Islam yang unggul. Alhamdulillah, kami bersyukur kerana kami dimuliakan dengan nikmat iman dan Islam dari Allah.
Ukhuwah kami bukanlah hanya dalam bulatan thaqafah, yang hanya duduk bersimpuh atau kadang kala bila lenguh bersilalah juga, tapi, ukhuwah kami juga membawa kami jogging bersama, breakfast bersama, & jalan-jalan hingga ke Lake Garden. Erm, walaupun ramai, romantiknya terasa. Dengan uslub inilah kami menyemai kasih, saling ingat-mengingatkan dan merangka sesuatu untuk Islam di bumi yang kami pijak.
Kami suka sharing moment, berbincang tentang kehidupan dan berkongsi cerita. Segalanya mengajar kami mengurus kehidupan dan merancang masa hadapan yang lebih baik. Kami semua memasang harapan, moga kami adalah insan yang berbakti pada ummah kerana kami kan, cikgi2 :)
Secara peribadinya, saya amat menghargai pemberian ini. Dianugerahkan adik-adik dalam satu liqa' yang jitu. Manusia normal, pasti akan dihimpit ujian. Maka di sinilah tempatnya saya berkongsi. Dan di sinilah saya temui solusinya. Melihat dan bersama adik-adik mengajar saya betapa banyaknya dosa saya berbanding mereka, betapa mereka mengingatkan saya akan kuasa Allah. Memandang mereka dengan pandangan penuh syukur juga pengharapan moga ia berkekalan. Sungguh, saya sayangkan ikatan ini.
Bila ada tempat menumpah kasih, maka tidaklah ia singgah pada yang tak selayaknya. Segalanya dimanfaatkan untuk kebaikan yang Allah redhai, insyaAllah. Hakikat manusia memang mahu menyayangi dan disayangi, maka inilah medannya. Kasih sayang ini menyemai fikrah dalam mawaddah, mengajak menuju mardhatillah. Itu yang saya faham dan kerana itu saya sangat menghargainya.
Semoga kepuasan yang dikecapi ini membantu kami membentuk Fardul Muslim dalam diri. Kami berazam untuk membentuknya kukuh dalam diri kami. Kerana di sana cita-cita kami amatlah besar. Maka bersyukurlah dan perkasakanlah!
Saya percaya, sesuatu perkara semestinya berlaku ada sebab dan musababnya. Dan perkara ini membelenggu hidup saya. Mana taknya, suatu perkara yang kurang baik itu sudah pasti kita tak pernah minta berlaku. Tapi Allah nak tarbiah kita, Allah nak ingatkan kita, maka datanglah segalanya sebagai suatu ujian.
Saya tak minta untuk menyakiti hati sahabat, tapi itulah yang berlaku.
Saya tak minta untuk mengkhianati persahabatan, tapi itulah yang mereka rasa pada saya.
Saya tak minta untuk mendesak tapi mereka pula rasa didesak.
Luasnya medan tarbiah-Nya. Sungguh saya lemah berhadapan dengan segala bentuk masalah hati ini. Ada sesuatu yang Allah nak ajarkan pada saya. Saya mesti sabar, Saya mesti kuat.
Kan saya dah minta maaf?
Kan saya sedang cuba untuk berbaik dengan mereka?
Kan saya sedang cuba untuk menunjukkan usaha dan sokongan terbaik untuk mereka?
Mungkin bukan hari ini. Mungkin esok atau mungkin beberapa lama lagi yang boleh.
Mudah-mudahan mujahadahlah jiwa saya menghadapinya.
Mudah-mudahan matanglah saya jadinya.
Semuanya punya hikmah.
Kalau hari ini saya silap, esok bukanlah terbaik sekiranya saya mengulangnya.
Hidup suatu medan tarbiah. Kadang kita seronok, kita jadi leka. Maka kita lupa. Bila Allah uji kita, baru kita tau, Ya Allah, jauhnya aku dari mengingati-Mu. Ya Allah, syukur atas peringatan dari-Mu.
Maka benarlah, Allah tak pernah tinggalkan kita keseorangan, Maha Luas rahmat dan kasih sayang-Nya. Subhanallah!
Pabila ditanya tentang khabarmu, maka katakanlah :
"Alhamdulillah, binikmati IMAN wa ISLAM, Allahu Akbar!!!"
Itulah kalam pertama yang dilafaz Cg Sukarno yang saya cetak dan simpan rapi dalam memori. Awal kalam pun sudah mencerminkan sejuta hamasah penuh fikrah dalam diri beliau. Dan saya sememangnya dari mula-mula saya kenal beliau, saya telah terinspirasi dan tak hairan langsung jika saya ter'doktrin' olehnya. Itu lebih baik!
Maka bicaranya saya ikuti penuh minat. Kuat dan jelas suaranya. Itulah pemuda, walau yang kita tahu, umurnya meningkat, namun semangat pemudanya belum tentu dapat disaingi pemuda hari ini...percayalah! Banyak perkara yang dikongsikan dan rasanya apa yang bakal saya coretkan di sini hanyalah sekelumit dari kalam beliau yang penuh zouq.
Guru dan KEKUATANNYA
1. Guru, kekuatannya dia BIJAK MMENYUSUN BICARA. Komunitinya luas,bergaul dengan manusia pelbagai bahasa dan cara. Maka itulah sasaran dakwahnya. Bicara yang halus penuh hikmah yang dicipta oleh seorang guru adalah senjata ampuh buat gerak kerja dakwah, biiznillah.
2. Guru itu tertumpu KEPERCAYAAN padanya. Anda boleh lihat bagaiman seorang anak kecil begitu percaya pada gurunya, hinggakan apa yang anda katakan padanya walaupun betul pasti disangkalnya dek kerana bait bicara cikgu yang sudah menyelinap dalam ke ufuk hatinya. Itulah kuasa guru. Maka ucapkanlah & tunjukkanlah yang baik kerana baikmu itu bakal membantu anak didikmu melalui jalan hidupnya dengan penuh hikmah.
3. Guru mempunyai SASARAN DAKWAH yang luas. Siapa mereka kalau bukan murid, rakan sejawat, kakitangan dan staff sekolah, ibu bapa murid, masyarakat sekeliling dan tak kurang juga famili mak cik & pak cik kantin. Ramaikan... Cuba bayangkan, sekiranya seorang guru itu mampu melengkapkan dirinya dengan ciri fardhu muslim yang sempurna, ia adalah satu bonus untuk dirinya malah dapat dinikmati oleh masyarakat di sekelilingnya. Subhanallah...luasnya ruang dakwah guru.
4. Guru ada MASA yang konsisten. InsyaAllah, masa yang terluang, dapat dimanfaatkan untuk bersama-sama masyrakat. Guru sempat menyelami dan memahami keadaan komuniti setempat. Jadi, guru mampu menjadi 'problem solver' pada permasalahan yang timbul,insyaAllah.
5. Guru adalah insan yang sepatutnya PALING MEMAHAMI situasi masyarakat. Guru mampu mengenali masyarakat menerusi data murid-muridnya. Guru mampu memahami penyakit masyarakat menerusi penyakit-penyakit yang dialami oleh muridnya. Oleh itu, guru adalah insan yang paling tepat untuk melakar aksi menyelamat dan menyelesai.
6. Guru ada GAJI yang tetap,yang insyaAllah cukup. Kata Cg, usah sibuk menambah besar kemewahan yang ada. Manfaatkan wang yang ada untuk gerak kerja ummah.
7. Guru ada banyak LINK. Biasalah, hidup menjadi guru, kursus sana, kursus sini. Game sana, game sini, jadi,ramailah kenalan. Manfaatkannya untuk penyebaran dakwah. Sebarkan program-program pembangunan ummah, risalah dakwah dan seribu satu lagi usaha dakwah yang boleh.
Pokok pangkalnya, dalam memanfaatkan segala kekuatan yang ada seperti di atas, guru mestilah IKHLAS dan berSUNGGUH-SUNGGUH dalam perkhidmatannya. Sebagai seorang guru pelatih, IPG adalah institut untuk kita semua membina peribadi yang teguh, mengumpul kekuatan menghadapi hari-hari di'posting'kan nanti. Di kampus lagi, beringatlah, kita berkerja,melibatkan diri dengan kerja-kerja Islam bukan untuk menempah nama, tetapi buatlah untuk Allah dan Rasulullah. Menjadi guru itupun suatu sunnah, semailah perilaku kita dengan keikhlasan dan kesungguhan. Dan ingatlah,bila kita bekerja dengan perkara makruf, pasti ada cabarannya. Kuatlah dengan keyakinan yang tinggi akan janji-jani Allah yang tak pernah menipu.
Menulis bertemankan inspirasi qasidah..Ya Hanana..
Alhamdulillah, berpeluang mengikuti Daurah Kitab (DATAB'11) di Wisma Darul Ulama', Kedah. Bersyukur pada Allah. Sememangnya, semasa ingin melakar janji untuk ke sana, terdetik di hati betapa tidak layaknya aku. Aku hanya insan biasa. Tapi aku memujuk diri. Bukankah detik dan teriakan hati untuk ke sana itu suatu hidayah Allah? Maka,haruslah aku mengumpul dan memohon taufik untuk kugagahi jua diri ini ke sana, menadah ilmu Allah yang subhanallah, Maha Luas.
Sebenarnya memang banyak asbab yang membuatkan aku berat untuk membuat keputusan ini. Undangan menjadi fasilitator program, lambakan kerja untuk hari-hari mendatang dan banyak lagi especially when we have to take into consideration of our mama's n papa's permission, feelings and so on. Walau macamana sibuk sekalipun, menjadi fasi sini sana, hati perlu sedar bahawa hidup ini kalau asyik memberi, tapi xda amalan top up pada nilai ilmu, maka janggallah sifat ilmunya. Tiada peningkatan dan angkat bakul perasan diri itu bagus, Tak seronok pulak rasa. Maka TEKAD harus diKUATkan. Dan saya teringat pada firman Allah,"Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah"...Maka usaha dilipat gandakan & akhirnya alhamdulillah, kedua kaki ini berjaya menjejak Bumi Tarbawi Derang.
Kerana hidup itu harus memberi maka aku coretkan di sini buat tatapan rakan-rakan pembaca...
Sambil menulis, aku sendiri tersenyum. Mengingat kembali detik bersama teman-teman dan para 'alim ulama' menyampaikan ilmu yang selautan luasnya, dengan pelbagai kerenah dari kami audiens sepenuh masa. Menadah kitab fekah FATHUL QARIB & mustalah hadis SYARH AL-BAIQUNIAH. Banyaknya lopak yang ada, maka guru yang mursyid itulah yang menurapnya. Alhamdulillah wa syukrulillah. Bilamenadah kitab fekah ni, maka banyaklah kisah lucu yang timbul.Tak kurang juga kisah Rasulullah, para sahabat, & tabi'in yang ustaz-ustaz ketengahkan sebagai panduan berguna buat kami. Membahaskan syarh al-Baiquniah yang ditulis dalam bait-bait syair, sangat indah. Maka terus-terusanlah kami mengikutinya. Segala adab yang salah pasti ditegur terus (there & then), agar kami menjadi insan yang beradab dalam menuntut. Maka bersyukurlah kami semua keran itulah proses tarbiah. Alhamdulillah wa syukurillah.
Malamnya, kami disajikan dengan perbincnagan isu semasa yang sungguh aku katakan, menyeronokkan & sangat menyuntik hati kami yang majoritinya bakal guru. Kami berbincang tentang intipati KITAB BIBLE & kami juga membincangkan ISU SYI'AH di Malaysia. Bersyukurnya kerana pengisian ini adalah di luar jangkaan kami. Seronok dan berpuas hati menyelak helaian Bible dan menyingkap penyelewengan yang berlaku. Seronok dan berpuas hati juga menerima penerangan Prof Madya Abdul Aziz mengenai SYIAH: Mazhab @ Sesat.Menyingkap tasyahud/syahadatain mereka yang sama sekali menyalahi aqidah dek kerana mereka menafikan para sahabat dan saidatina aisyah serta saidatina hafsah. Begitu juga dengan isu Perkahwinan Mut'ah yang nampaknya mencuit hati kami bila diperhalusi. Tak sabar rasanya menunggu buku Ustaz Abdullah bin Din berkaitan SYIAH dicetak di pasaran. Seronok mendalami permasalahan umat, jadi cikgu mesti faham permasalahan umat, itu kata Cg kami, Cg Sukarno..inspirasi kami semua. Bersama cg, kami diajak melihat peranan guru, menghidupkan suasana pendidikan dalam segenap masa yang ada, bukan hanya di sekolah, itu guru kaku! Maka kami diingatkan bergerak dalam jemaah, mudah-mudahan kami kuat melakukan gerakerja islah dan dakwah kerana sasaran dakwah kami, sungguh,sangat luas dan ia bukan tanggungjawab ustaz & ustazah sahaja...guru KH, MT, SN,PSV, PJ..semuanya berperanan. Jom berganding bahu! Alhamdulillah wa syukurillah.
Subuh kami sangat istimewa. Bersama Syekh Ahmad Fahmi Zamzam dalam kuliah subuhnya, kami ikuti kuliah sirah Rasulullah. DI dalamnya penuh selawat. Sebelum mengakhiri kuliah, kami diajak berselawat beramai-ramai. Harmoninya suasana pagi-pagi yang kami lalui di sana. Itulah pada saya biah solehah. Kata kak Huda,"sweet,kan???".."Yep, sooo sweeetttttt!". Alhamdulillah wa syukurillah.
Berpuasa di hari Tasu'a & asyura'... Dijemput pula bersama-sama mengahdiri majlis pengijazahan hadis musalsal 'asyura', menambah lagi kenangan manis kami mengikuti DATAB'11 ini. Berkumpul & berhimpun bersama rakyat kedah,mendengar bait nasihat dari Pak Long Zainal Asri,dengan mulutnya yang sentiasa basah dengan selawat membawa kami pada medan muhasabah kecintaan kami terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian,menerima pula ijazah hadis musalsal 'asyura' dari Syekh Ahmad Fahmi Zamzam. Itu adalah yang pertama kali buatku dan aku pasti inginkannya lagi. Damainya hati dengan budaya hijau, warna kecintaan Rasulullah kerana itulah warna jannah, warna kemenangan buat umat Islam. Alhamdulillah wa syukurillah.
Berjalan petang ke rumah Syekh Ahmad Fahmi Zamzam, mendengar bait nasihatnya dan dianugerakan ijazah BEKAL AKHIRAT yang sarat dengan amalan, mudah-mudahan dengan istiqamah mengerjakannya membawa kami ke tempat yang diredhai Allah, dan kami juga meredhaiNYA. Alhamdulillah wa syukurillah.
Bersyukur juga atas nikmat ukhuwah yang kami peroleh. Makan setalam, tidur sebilik, solat sejemaah, jalan seiring..subhanallah..bergurau dan mengingat antara satu sama lain. Ada sahabat2 dari IPKB,IPTB, IPPM, IPDA, dan ramai lagi,GMI dan KUIN pun ada. Mestilah best, banyakyang boleh dikongsi. Ingat lagi, lepas bacaan al-Mulk kami berqasidah, rasa bahagia menyebut bait-bait puian buat junjungan besar Rasulullah s.a.w. Moga Allah berkati ukhuwah ini.
Rasa bersyukur dan nak lagi!!!
Mudah-mudahan ada lagi peluang untukku mengikuti daurah sebegini.
Tak lupa ucapan terima kasih buat mak & abah yang memberi kebenaran & sumbangan.
Roy : Hahaha...Mane ade, aku segan la bro. Awek tu baik sangat macam malaikat. Aku ni dah ler macam hantu. Bagai langit dengan bumi bro.
Wan : Pulak dah. Bro, kalau dah suka kata suka. Kalau melepas..telan air liur je lah alamatnye. Haha...Meh aku nyanyi kat kau sikit. "Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama diambil orang". Hahaha...
Roy : Rilex la bro. Aku taknak lah nampak macam terhegeh-hegeh.
Wan : Ah! Kau tak abes-abes bagi alasan. Jantanlah sikit. Esok aku teman kau, apemacam?
Roy : Aku tak bersedia lagilah. Lagipun semalam kau tak dengar ke Bro Zaki cakap ape?
Wan : Baitul Muslim ke? Haha...aku semalam kat planet plutolah. Penat la..Hehe..
Roy : Kau ni memang, bab agama tangkap lentok, bab awek cepat kau reaktif. Baitul Muslim tu maksudnya kita gunakan orang tengah untuk approach orang yang kita sukalah. Tapi orang tengah tu sebolehnya sudah berkahwin, boleh dipercayai, alim dan arif dalam bidangnya.
Wan : Nape susah-susah nak guna orang tengah, kan bagus straightforward je kat minah tu?
Roy : Bagi aku bro, aku hargai cinta aku pada dia. Aku ingin hormati dia sebagai seorang perempuan walaupun belum tentu dia terima aku. Aku nak perasaan aku terhadap dia halal dan paling penting diberkati Allah. Aku tak mahu hubungan yang bakal aku bina bersama dengan dia disaluti dengan hawa nafsu dan bisikan syaitan.
Wan : Tapi bro, bukan ke cinta itu fitrah? Perasaan semulajadi yang Allah titipkan ke hati semua manusia? Salah ke nak ucap "I luv U" je?
Roy : Yup bro! Cinta itu fitrah, kita bebas nak bercinta dengan sesiapa dan bagaimana. Tapi bro, bebas jangan sampai terbabas. Sebab itu agama islam indah, kita boleh tengok sirah Nabi SAW sendiri. Siti Khadijah RA yang mula jatuh cinta kepada Rasulullah SAW lantas menyuarakan keinginannya melalui orang tengah yang dipercayai iaitu Nafisah binti Manbah agar merisik Rasulullah SAW untuk dirinya.
Rasulullah SAW pun menyambut baik tawaran itu dan memberitahu kepada bapa-bapa saudaranya. Akhirnya melalui bapa saudara baginda yang bernama Amru bin Asad, Rasulullah meminang Khadijah RA. Jika direnung kembali, bukankah peristiwa ini sungguh memberikan erti yang cukup relevan untuk penyelesaian masalah pengurusan cinta yang "terlarang"?
Sunnah itu telah ditunjukkan oleh Allah dengan jalan terbaik yang dilakukan oleh baginda, maka bukankah sewajarnya kita perlu mengikuti sesuatu yang terbaik dari Rasulullah SAW sendiri?
Wan : Panjang kau ceramah bro. Haha..Walaupun aku seorang yang percaya dengan keajaiban doa, tapi aku juga percaya dengan konsep usaha. Mana ada awan tanpa adanya proses kondensasi, dan mana ada bunga tanpa adanya proses pendebungaan. Semuanya memerlukan proses, Allah pun takkan ubah nasib kita melainkan kita sendiri yang akan ubah nasib kita sendiri. (Surah Ar-Ra'd, ayat 11) Betul tak bro?
Roy : Betul tu bro. Kita tak boleh biarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum berkahwin dengan ‘si dia’. Dan bercinta dengan sederhana sahaja. Kelak mungkin ‘si dia’ bukan jodoh untuk kita. Jika kita ingin berbahagia seumur hidup, kita kenalah tahan diri untuk berbahagia sebelum 'si dia' halal untuk kita. Jika kita sudah menyintainya, kita perlu bina asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNya. Kebahagiaan yang kita lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikatnya adalah selepas diijabkabulkan.
Lagipun jika kita inginkan pasangan hidup yang terbaik untuk kita, maka kitalah yang patut menjadi yang terbaik dahulu. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara berdating, cukuplah sekadar kita tahu apa yang perlu kita tahu. Bercinta dengan manusia untuk mencapai cintaNya. Usah biarkan nafsu terliur dengan cinta yang tidak diterima di sisi Allah, kelak Allah akan tertarik kebahagiaan daripada kita.
Wan : Selamat bercinta sampai ke syurga bro! Banyak yang aku tak tahu pasal cinta. Aku kira aku sudah banyak tersimpang jauh dengan awek aku. Tapi aku harap aku tidak terlambat untuk aku perbetulkan segalanya. Hubungan aku dan dia tampak indah tapi...
Roy : Dan siapakah yang membawa kita melihat semua ini indah bro?
“Aku dapati raja perempuan itu dan kaumnya sujud kepada matahari dengan meninggalkan ibadat menyembah Allah, dan Syaitan pula memperelokkan pada pandangan mereka perbuatan (syirik) mereka, lalu menghalangi mereka dari jalan (yang benar); oleh itu mereka tidak beroleh petunjuk,” (Surah An-Naml ayat 24).
Itulah dia syaitan yang telah menghiasi semua kemungkaran itu dengan keindahan, agar kita tertarik untuk melakukannya. InsyaAllah Allah SWT itu Maha Adil, kita masih punya waktu untuk kembali semula kepadaNya, bro.
"Jika mereka sibuk mencari CINTA, biarlah kita sibuk mencari IMAN. Jika mereka sibuk mencari PASANGAN, biarlah kita sibuk mencri KEREDHAAN. Jika mereka menangis kerana kecewa BERCINTA, biarlah kita menangis kerana DOSA-DOSA semalam. Jika mereka cintakan HAMBANYA, biarlah kita cintakan TUHANnya. Jika mereka mendambakan kehidupan DUNIAWI, biarlah kita dambakan dunia UKHRAWI."
Bersama memaknakan tahun baru dengan azam yang baru,memperbaiki segala kelemahan tahun lalu,
menaik taraf pencapaian diri untuk tahun ini.
Yang sudah berkelayakan, bersama-sama kita memaknakan tahun baru ini dengan memenangkan kepimpinan Islam, menghidupkan PRU yang bakal menjelma dengan satu revolusi, mudah-mudahan inilah jihad dan hijrah kita ke arah menegakkan kalimah Allah s.w.t.
Tiada yang kita harapkan selain dari MARDHATILLAH
Tiada yang kita dambakan melainkan MAHABBAH ILALLAH wa MINALLAH
Semoga setiap derapan langkah kita, setiap susunan percakapan kita
mendapat keredhaan dan petunjuk Allah
Menyoroti sirah hijrah Rasulullah,sungguh memaknakan peranan pemuda dalam memimpin perubahan. Kecekalan Saidatina Asma' sebagai sayap kiri pemangkin keberjayaan hijrah cukup menyentap kredibilitiku sebagai sayap muslimat. Apalah kiranya aku menginfakkan sedikit tenaga mudaku untuk jalan yang dipilih oleh srikandi muawwalun. Moga Allah kuatkan TEKAD dan AZAM,kerana sesungguhnya hati ini milik Allah. Sungguh,aku berdoa moga aku THABAT dengan KUDRAT yang ada.