Pages

Monday, August 9, 2010

Ramadhan Kareem

" Ramadhan kareem!!!"
" Allahu Akram!!!"

Itulah seruan agung kala Ramadhan disambut penuh penantian di bangku KISAS. Subhanallah, tika itu memang ternanti-nanti datangnya Ramadhan. Sahabat-sahabat giat menghabiskan khatam quran untuk membuka lembaran baru di bulan Ramadhan. Surau dihiasi kalimah toiyyibah, menyingkap istimewanya, mahalnya, seronoknya, dan bestnya berada dalam bulan ramadhan. Ketika itu, penuh musalla dengan jemaah-jemaah tarawih yang mana semuanya berlumba-lumba merebut rahmat dan keampunanNya. Begitulah mulianya Ramadhan.

Itulah antara mutiara yang terpahat di hatiku, kenangan zaman sekolah.

Bulan Ramadhan, bulan penuh keberkatan, bulan beribadah. Itulah bulan madrasah, bulan tarbiyah buat jiwa yang dekat dengan Allah. Puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, malahan jua menahan diri dari melakukan perkara yang membatalkan jua mengurangkan pahala puasa. Dalil dari surah Al-baqarah, ayat 183 berbunyi :

" Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan ke atas mereka sebelum kamu agar kamu bertakwa"

Sudah terang lagi bersuluh, matlamat madrasah ramadhan adalah melahirkan individu muslim yang beriman dan bertaqwa. Maka jelaslah setiap intipati ujian dalam bulan ramadhan ini ( lapar, dahaga, haus, mengantuk, letih dan sebagainya) memerlukan mujahadah yang cukup-cukup tinggi untuk mencapai status "taqwa".

" Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa di antara kamu" -Surah al-hujuraat

Maka, lazimkanlah diri kita untuk memaksimakan kualiti ibadah kita terhadap Allah. Perkemas amalan-amalan fardhu, perhebat amalan-amalan sunat dan banyakkan bersedekah agar apabila kita keluar dari madrasah ini, kita adalah muslim yang bertambah baik untuk terus berjuang menjunjung agama Allah yang mulia.

Saturday, August 7, 2010

Bismillahirrahmanirrahim...

Saya baru sahaja selesai membaca post terbaru sahabat merangkap anak usrah saya..naqya hanim . Beliau telah memilih isu ikhtilat untuk dikupas. Isu ikhtilat merupakan isu dominan yang sering membelenggu remaja yang cintakan agama.

Apakah sebenarnya ikhtilat??? Jom saya kongsikan di sini berkenaan ikhtilat melalui sumber rujukan islamik iLuvislam.com

Ikhtilat merupakan suatu bentuk pergaulan secara bebas yang melibatkan lelaki dan perempuan yang ajnabi. Ia merupakan suatu bentuk pergaulan yang ditegah oleh Islam. Sesungguhnya mengambil mudah persoalan ikhtilat boleh membuka ruang maksiat yang berleluasa dalam masyarakat tanpa kita sedari.

Tambahan kemajuan era teknologi sekarang, ikhtilat bukan sahaja melibatkan perjumpaan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi malah dengan kemudahan yang ada seperti Yahoo Messenger, SMS, e-mail, dan Friendster. Jarak yang jauh didekatkan, masa yang berbeza tidak menjadi masalah begitu juga dengan kos perhubungan. Budaya ini terus menjadi darah daging masyarakat kita terutama remaja-remaja.

Kadang kala perhubungan dimulakan atas dasar kerja tetapi akhirnya melarat kepada perkongsian peribadi bukan perkongsian kepakaran. Maka tenggelamlah konsep 'kerja adalah kerja, peribadi adalah peribadi'. Kononnya hendak memahami dan mewujudkan keserasian dalam bekerja. Seolah-olah kita mencari keredhaan manusia dalam kemurkaan Allah.

Apabila wujud golongan yang menegah dan menunjukkan kaedah muamalat yang selari dengan syariat Islam maka timbullah konsep SYADID. Sememangnya Islam itu mudah dan tidak membebankan tapi tidak bermakna kita layak untuk mempermudah-mudahkan syariat Islam.

Adakah salah seorang nisa' dan rijal menjaga maruah dan pergaulannya. Bercakap, berurusan, berjumpa dan berbincang atas keperluan? Adakah salah bagi seorang nisa' terutamanya menegaskan suaranya dan menjaga pandangan demi menjaga maruah dirinya.

Dalam Al-Quran ada menyebut: "Katakanlah kepada lelaki-lelaki dari orang-orang beriman supaya menahan pandangan mereka serta menjaga kehormatan mereka dan katakanlah kepada perempuan-perempuan dari orang-orang yang beriman supaya menahan penglihatan mereka serta menjaga kehormatan mereka." (An-Nur:31)

Apabila rijal dan nisa' berjumpa tidak kira atas apa jua keperluan dan keadaan perlulah berteman bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW: "Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."

Ada yang menimbulkan alasan malas menyusahkan rakan untuk menemankan kita. Malas nak tunggu rakan. Malas itu malas ini. Besar sangatkah malas kita berbanding arahan Allah dalam Al-Quran? Tegarkah kita melawan syariatNya. Syariat Islam turut menyarankan kepada kita untuk menundukkan pandangan. Bukan sahaja haram melihat aurat bukan muhrim malahan bahagian-bahagian bukan aurat turut dilarang.

Sabda Rasulullah SAW: "Wahai Ali janganlah pandangan (yang kedua) menuruti pandangan (yang pertama) kerana sesungguhnya pandangan pertama itu adalah bagimu sedang yang kedua tidak (berdosa)."

Kalau dah bergaul dan bercampur bebas masakan kita mampu menahan dan menjaga pandangan. Usah menegakkan benang yang sememangnya basah. Ini bukanlah nak menghukum tanpa memberikan jalan penyelesaian.

Jom kita berkongsi tip-tip berurusan dengan bukan muhrim:

1. Elakkan berhubungan dengan lelaki.

Kalau ada peluang untuk minta bantuan dari nisa' (bagi nisa') dan rijal (bagi rijal), mintalah tolong mereka. Lainlah benda-benda di luar kudrat kita contohnya apabila nisa' minta bantuan rijal soal baiki laptop, kereta dan perkara-perkara yang tak mampu dilakukan nisa'. Silalah mempergunakan kemahiran dan kepakaran yang ada. Begitu jugalah sebaliknya bagi rijal.

2. Andai terpaksa berhubung dengan bukan muhrim gunakanlah perantaraan berbentuk tulisan seperti sms, nota kecil dan sebagainya.

Ringkaskan dan padatkan ayat-ayat. Tak perlulah meletakkan ikon senyum yang sememangnya comel. Tak perlu disertakan dengan gelak ketawa seperti huhu, haha, hihi, hikhik. Seolah –olah kanak-kanak tadika mengajar mengeja. Apatah lagi benda-benda lain yang kurang berfaedah. Andai terdesak sangat untuk bercakap melalui telefon, jagalah suara anda terutama nisa' selari dengan tuntutan Al-Quran: "Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu org yang ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik." Takkanlah nak tunggu Allah menempelak kita dengan balaNya?

3. Tundukkan hati.

Sepatutnya apabila kita berurusan dengan bukan muhrim kita perlu risaukan kemurkaanNya. Banyak-banyaklah berdoa semoga urusan dipermudahkan dan bebas daripada fitnah. Minta dariNya supaya dipelihara daripada panahan syaitan.

4. Tundukan pandangan.

Jangan tertipu dgn matapelajaran kaedah berkomunikasi yang kita belajar "make eye contact with the person you're talking to". Melainkan dengan kaum sejenis. Teramatlah disarankan demi membina ukhwah yang kukuh. Berwaspada dengan konsep "dari mata turun ke hati". Tak bermakna tundukan pandangan sehingga jalan terlanggar tiang.

5. Mempercepatkan urusan.

Apabila ada urusan, segerakanlah kerja. Tak perlulah sampai hendak berkongsi hal peribadi, luahan hati, gelak ketawa dan sebagainya yang tidak penting. Berbincanglah di tempat yang sesuai dan segerakan urusan. Jangan lupa peneman anda.Teringat satu mail yang mengenai luahan rijal. Jom kita kongsi bersama. Insya Allah ada manfaatnya.

"Lalu apa yang telah aku lakukan selama ini...Ya Rabb...tolong ampuni aku...untuk setiap pandangan yang tak terjaga, lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab... Ya Rabb...Engkau mengawasi kami tiap detik, karena kasih sayangMu kepada kami Engkau perintahkan malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam..."

Semoga ia menjadi peringatan bagi kita. Semoga kita dapat mewujudkan biah solehah dalam keredhaanNya. Peringatan untuk diri yang lemah dan banyak kesilapan serta kekurangan dan sahabat-sahabat Islam yang dikasihi.

"Elakkanlah berhubung tanpa urusan yang benar2 penting dengan wanita2 (berlawanan jantina) kerana di situlah letaknya jalan SYAITAN".
Pengemis Cinta Ilahi : Sesungguhnya perkongsian ini cukup menggetarkan hatiku yang sering alpa dan leka, yang mudah sekali tunduk pada kemahuan nafsu. Moga ia menjadi titik-tolak terbaik ke arah menjadikan kita muslim yang lebih baik dari masa ke semasa..amin.

Thursday, July 29, 2010

MASALAH menuntut MURAQABAH

Kita mengaku beriman kepada Allah, maka hendaklah kita pasrah pada segala ketetapannya. Susah, senang, pahit, manis, semuanya dari Allah. Yang pasti semua yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Yang manis ada hikmah yang perlu kita dalami. Yang pahit juga ada hikmah yang perlu dikaji.

Apa pun kemanisan atau kepahitan yang melanda, ia adalah suatu tuntutan bagi kita untuk melakukan post-mortem terhadap amalan kita seharian. Bila kita seronok, ingatlah Allah, bersyukurlah. Bila kita sedih, ingatlah Allah, sesungguhnya Dialah yang punya segala penyelesaian. Bukan kita sebagai hambaNya untuk lari dari permasalahan. Kita seharusnya menghadapi segala permasalahan dengan meyakini bahawa setiap yang berlaku itu merupakan mutiara peringatan dari Allah.

  • Mungkin kita terlalu leka..
  • Mungkin kita asyik dengan dunia..
  • Mungkin kita lewat melaksanakan tuntutannya...

Maka datanglah musibah, ujian sebagai tanda rinduNya Allah pada kalimah ratapan taubat kita padaNya. Bila kita merasai hal itu, maka sahutlah dengan mendekatkan diri padaNya. Bersujudlah dan mohonlah padaNya.

Hanya Allah tempat kita sembah dan pohon pertolongan..dekatilah DIA..masalah bukanlah bebanan mutlak, tapi ia adalah kunci rahmat Allah. Terimalah sebaiknya, hadapilah ia sebagai lorong-lorong tarbiyah yang perlu dilalui. Yakinlah, dihujung perjalanan itu, adanya belaian kasih sayang Allah. Ingatlah, "Allah tak menguji seseorang itu melainkan ia mampu menghadapinya"

semakin jauh kudarimu
semakin dekat pula Kau menghampiri daku
oh Tuhan yang Maha Pengasih
kerdilnya diriku dihadapanMu..

mengimbau lirik lagu ini, saya menjadi rendah diri. Terasa kerdil dipandangan Ilahi. Kadang bila bermasalah, saya mudah sekali merungut. Walhal, tidak pula saya muhasabah pada bilangan amal. Tidak pula saya check pada kesempurnaan ibadah. Allahu rabbi.. Itulah saya, manusia biasa, namun attitud itu perlu diubah. Pastinya saya ingin sekali mengecapi kasih sayangNya, ingin sekali saya merasai tarbiahNya juga implikasinya.
Ya Allah..permudahkanlah..

Tuesday, July 27, 2010

Nisfu Sya'ban...

Bismillahirrahmanirrahim
Allahumma bariklana fi rajabun wa sya'ban wa baligna ramadhan...

Malam nisfu sya'ban menjadi tumpuan umat islam. Hari di mana buku amalan seseorang muslim itu ditukar, mengharapkan seribu satu pembaikan dalam diri seseorang muslim.

Berazamlah untuk menjadi yang lebih baik..

Biarlah lembaran baru ini, kita sama-sama saratkan dengan amal kebajikan, kita sama-sama tingkatkan keimanan kepada Allah s.w.t. Dalam pada itu, kita pasti saling memerlukan antara satu sama lain untuk saling mengingatkan agar azam itu tidaklah terkubur, membujur kaku.

Biarlah azam ini menjadi azam bersama, mudah-mudahan kita menjadi ummah yang saling menguatkan, saling berusaha untuk mencari redha Allah.

Andai diri ini sendirian, pasti mudah sekali kita lupa, kita lalai, kita leka, dan pasti sekali kita lebih mudah putus asa. Jadi, bila ada geng, ada kawan-kawan seangkatan, mereka akan sama-sama menjaga kita. Seronok sebenarnya bila perkara kebaikan itu dilaksanakan secara berjemaah.

Maka di sini, saya sendiri berharap dari sahabat-sahabat untuk kita saling mengingatkan. Hidup ini tidak lama, entah esok, lusa hatta sekejap lagi pun nyawa ini boleh Allah tarik. Ayuh sama-sama kita lakukan anjakan paradigma dalam diri ke arah menjadi MUSLIM SUPER=)

Thursday, July 22, 2010

FAHAM mengundang UJIAN

Assalamualaikum...

Sudah lama blog ini bersawang, tandus tanpa sebarang tinta.. Allahu rabbi...

Mungkin kerana kekalutan juga kesibukan yang melanda..tapi, soalnya WAJARKAH SIBUK MENJADI ALASAN???

Terngiang-ngiang ditelinga saya akan kata-kata seorang sahabat, kenalan dalam arena perjuangan.."Dalam perjuangan, tiada istilah berehat. Sekali nti melafazkan kata ingin berehat, maka nti akan direhatkan buat selama-lamanya" begitulah lontaran bicara yang cukup sarat dengan amanah dan motivasi dalam mengemis cinta Ilahi.

Sahabat-sahabat yang dikasihi Allah s.w.t.

Suka untuk saya kongsikan di sini bahawa BERINGATLAH!!! Kita pasti akan diuji dengan kefahaman yang kita ada. Contohnya, kita pasti pelik. Mengapa ramai dalam kalangan pelajar lulusan sekolah-sekolah agama masih terjebak dengan virus COUPLE, dan PERGAULAN BEBAS, sedangkan mereka faham akan halal haramnya perbuatan mereka???

Itulah yang dinamakan ujian. Ujian sejauh mana kita mengaplikasikan faham itu kepada amal dalam mencari redha Allah. Sejauh mana iltizam kita untuk mengecapi redha Allah dengan mengabaikan tuntutan nafsu, ajakan kawan yang mungkin tersasar dari landasan iman juga kelakuan yang kononnya dikira up-to-date (kalau tidak ber'COUPLE', dikira kuno dan berfikiran sempit). Benarkah begitu???

Bila timbul persoalan begini, maka ketuklah pintu hati, tanyalah iman. " Wahai iman, sudikah engkau menurut permintaan nafsu ini???" Pasti ketika itu nafsu merayu-rayu pada iman, mohon diperkenan segala permintaan. Ketika itulah iman perlu menunjukkan taringnya. Iman yang seringkali di update, pasti kuat menahan rayuan, pujukan. Tetapi, iman yang tandus, pasti mudah sekali menurut kehendak nafsu. Terus bertindak dayus.

Itulah hakikatnya kita bila jiwa gersang, terlalu dayus pada pujukan nafsu. Sedangkan sebenarnya kita faham mengapa sesuatu perkara itu haram dan dilarang di sisi syariat. Sebab itulah kita sering berdoa, "Ya Allah, janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah Engkau beri petunjuk kepadaku". Kita risau satu hari nanti kita dipalingkan hati dari mengenal kebenaran. Wa na'u zubillah..

Hati itu, bak kata sahabatku biarlah dihiasi kalam-kalam cinta Allah. Lembutkanlah ia dengan alunan bacaan al-Quran, dan pujuklah ia dengan janji-janji yang Allah ukirkan di dalamnya. Kerana janji Allah itu pasti, tak perlu diragui. Bilamana hati terasa sesak, lapangkanlah ia dengan zikrullah. Ingatlah Allah, semoga ketenangan itu menyelinap masuk ke dalam hatimu. Ingatlah Allah...moga Allah mengingatkanmu kala Engkau jauh dari landasanNya.

Semoga hati yang sering menerima bisikan rindu buat Allah itu menjadi perisai buat diri dalam mendepani masyaqqah peribadi. Hati itulah bilamana ia baik, maka baiklah seluruh tubuh badan. Bila mana ia buruk, maka buruklah seluruhnya. Hati perlukan tarbiyah, maka sediakanlah ruang dan masa hidupmu untuk itu.

Semoga hati yang faham itu tegar menghadapi ujian. Hadapilah ujian yang mendatang dengan penuh keimanan kepada Allah, moga bertambah kukuh iman kita, insyaAllah..WASSALAM.

Thursday, July 15, 2010

Alhamdulillah...
itulah lafaz pemula bicara.

Mencari redha manusia,
sebenarnya bukan mudah
kadang-kala kita perlu buat silap
kadang-kala kita perlu pejam mata
kadang-kala lidah perlu kelu
hanya kerana mendamba redhanya manusia

Namun
aku akur
memang itu realitinya
walau mencari redha manusia itu sukar
itulah yang manusia gemar
tidak hirau pandangan Allah pada diri yang tercemar
dosa pula dikabur samar-samar
na'uzubillah

Mencari redha Allah
tidak mudah,tetapi...
andai hati berlandas iman,
berpaksikan ketaqwaan
mudah diri menterjemah amal
ikhlas hati berbuat kebaikan
menyuntik keseronokan
dalam mengemis cinta Tuhan.

Redha Allah
Redha Allah
Redha Allah

Allah..
Aku kian tersepit
pada paksi keredhaan-Mu
Adakah suramnya dia padaku
jua kelamnya aku padanya
menggelapkan redha-Mu dari mewarnai hidupku???
Bukan aku ingin jauh,
bukan aku ingin diam,
Apa guna menghampiri bila diri didustai
Apa guna bersuara bila diri terdera

Berada pada jangka curiga
Aku pohon petunjuk-Mu
kemudahan bagiku menghadapi onak ini
kesediaan bagiku menempa ujian ini
Andai masa yang lama ini mengusir aku dari hidupnya
Maka hanya pada-Mu tempat kumengadu
Aku insan kerdil
Mencari petunjuk dari Yang Maha Adil
Moga ditunjukkan jalan penyelesaian
biar hati berbunga-bungaan
menyelam kasih, memaut sayang
kerana Allah
Aku hidup, mengenal dirimu dengan izin-Nya..
maka aku yakin
pasti ada kemanisan disebalik semuanya ini
maka moga aku tabah, dia juga tabah
tabah dengan kuatnya ibadah, berserah..
amin.

Tuesday, July 13, 2010

JOM, PAKAT2 PI..!

.::2 PROGRAM PENTING::.
sebagai elemen santapan rohani
buat diri menagih kemanisan ukhrawi
buat hati menggamit redha Ilahi
ZOOM IN 2012 : Membaca Perancangan Yahudi Illuminati
KONSERT DEMIMU AL-AQSA

Tarikh : 15 Julai 2010
Masa : 9.00pm - 11.00 pm
Tempat : Balai Islam IPG Kampus Raja Melewar
Objektif:
1. Mendedahkan anda kepada kelicikan, kesungguhan dan kehalusan musuh-musuh Allah iaitu proksi-proksi Dajjal-Syaitan (seperti Illuminati-Freemason) dan mekanisme perang pemikiran mereka (mind-conirol) untuk menghancurkan Islam, seluruh agama dan peradaban akhir zaman.
2. Melakukan 'hijrah' pemikiran dan sikap mahasiswa Islam dalam mendepani isu-isu umat Islam pada had mi, berdasarkan formula unggul Islam menumpaskan musuh dan peristiwa yang berlaku kepada dua Muhammad (Muhammad bin Abdullah S.A.W dan Muhammad bin Murad)
Apa yang akan disentuh oleh penceramah:
1. Memahami hadis sahih Nabi S.A.W mengenai bahaya fitnah Dajjal dan bagairnana relevensi hadis ini dengan suasana global dunia umat Islam pada saat ini. Penceramah akan meyakinkan pendengar berdasarkan bukti-bukti sejarah bahawa kedatangan Dajjal semakin hampir.
2. Memahami hubungkait gerakan Yahudi antarabangsa dan proksi gerakan rahsia mereka seperti Freemason dan Illuminati dengan kedatangan Dajjal serta di sebalik agenda New World Order
3. Membentangkan 2 kaedah serangan proksi-proksi Dajjal iaitu serangan fizikal (penjajahan terancang ke atas negara-negara Islam) dan serangan mental melalui agenda 3 "S" iaitu sex, sports dan screen.
4. Memahami percaturan musuh-musuh Allah di sebalik kejadian-kejadian besar dunia seperti perang dunia pertama, kedua ketiga serta peristiwa serangan ke atas WTC -Pentagon Amerika sebagai suatu perencanaan rapi ke arah mewujudkan satu kerajaan agung Yahudi dunia
5. Jalan keluar kepada kelemahan umat Islam melalui konsep taqwa sebagai "makhraja", apa yang dimaksudkan dengan taqwa dan sudut pematuhan hukum syariah dan hukum alam, panduan sejarah dari dua Muhammad untuk mengembalikan roda kegemilangan Islam di masa depan.

PROFIL PENCERAMAH
Nama : Muhamad Syaari B. Ab Rahman
Asal : Tumpat, KelantanEmel : syaari @ ipminda.com
Jawatan: Motivator
PENGALAMAN:
• Fasilitator De Hikmah Management
• Fasilitator Konsultan Faqih Sinergi
• Fasilitator One Saff Enterprise
KELULUSAN:
• Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Sastera Arab, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak, Selangor.
*****************************************************
KONSERT DEMIMU AL-AQSA
Khas buat mereka yang meminati seni dan Pencinta Pembebasan al-Aqsa
Tarikh : 17 Julai 2010
Masa : 8.00 malam
Tempat Stadium Tertutup Nilai
Anjuran Bersama : ISMA, PEMBINA, AMAN PALESTIN, KRISS dan PRAGMATIS
* Hadirin boleh bersolat Maghrib di Surau dibahagian dalam Stadium Tertutup Nilai.
HARGA TIKET
Tempat Duduk VIP - RM 30.00
Tiket Dewasa dan Pelajar IPT - RM 10.00
Pelajar Menengah - RM 8.00
Kanak-Kanak - Percuma
KUMPULAN NASYID TERLIBAT
Dari Indonesia kumpulan yang sememangnya terkenal dengan nasyid berkonsepkan semangat dan perjuangan serta isu-isu Palestin - KUMPULAN SHOUTUL HAROKAH
Dari Malaysia kumpulan yang tidak asing lagi seperti MESTICA & DAIE serta dari pada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kumpulan INTRACKSEE.
DEKLAMASI SAJAK DAN PUISI
Tokoh yang tidak asing lagi Dr. Lim Swee Tin (Pensyarah UPM) dan Saudari Nisah Haron (penulis bebas)PIDATO PALESTINPidato ringkas menyentuh isu Palestin ini akan disampaikan oleh saudara Zaizul Azizi Zaman selaku Presiden PEMBINA - Persatuan Belia Islam Nasional.
PERSEMBAHAN MULTIMEDIA
Tayangan multimedia keadaan dan isu serta cabaran penduduk Palestin akan dipaparkan sebagai maklumat terkini realiti sebanar dari Palestin.
KUTIPAN DERMA
Aman Palestin akan menganjurkan kempen & kutipan derma 'demi mu Palestin' dan hadirin boleh menyumbang seikhlas-nya demi membela nasib saudara kita di Palestin.
PAMERAN
Aman Palestin akan mempamerkan sejarah, fakta dan gambar penting berkaitan peristiwa Palestin ini sebagai usaha meningkatkan kefahaman tentang Isu sebanar yang dihadapai ummat Islam berkaitan Palestin dan Al-Aqsa sebenarnya.
JUALAN
Terdapat gerai-gerai menjual cenderamata dan makan minum disediakan dan bagi yang berminat mendapatkan cenderamata berkaitan Palestin boleh mendapatkannya dalam jualan pada konsert ini.

Jom ramai-ramai kita memeriahkan konsert Demimu Al-Aqsa!!

* Yang berminat boleh hubungi saya..=)

Monday, June 21, 2010

s.m.k.a.b: curahan rasa buat adik-adik

Bertemu adik-adik yang berada di madrasah yang sama denganku merupakan saat-saat yang paling aku hargai. Kerana itulah ruangku untuk menjalin ukhuwah, berkongsi pengalaman dan mengukir mahabbah. Aku menyayangi adik-adikku sebagaimana aku menyayangi diriku. Kerana aku insan yang mana mungkin sanggup melihat adik-adikku terkapai-kapai tanpa arah tuju, sedang aku berada di zon selesa...

"takkan kubiarkan adik-adik itu hilang tanpa arah.."hatiku berbisik mengukir janji.

Bagiku, adik-adik jua mereka yang berpeluang melanjutkan pelajaran ke sekolah agama merupakan generasi Rabbani harapan ummah. Peluang tersebut tidak sepatutnya dicemari dengan pengaruh sosial yang berlaku hari ini. Mana mungkin mereka bebas melakukan maksiat andai mereka faham betul salahnya sesuatu perlakuan. Mereka perlu dipimpin, dibawa mengejar matlamat redha Allah.

Hal ini kerana apabila kami sama-sama mengenal matlamat redha Allah, kami dapat mewujudkan wehdatul fikr dalam mengatur gerak kerja. Saat itu, ukhuwah mekar dengan mawaddah, tarbiyah bergema dengan ruh mujahadah syabab, penuh hamasah dan iltizam. Itulah hadafku dalam berukhuwah. Biarlah ia mendorong mengembangkan syiar Islam.

Tidak pula aku nafikan bahawa sesungguhnya aku memerlukan mereka untuk turut membantu aku membetulkan khilaf dalam diri. Kadang-kadang, melihat adik-adik membawa diriku ke sudut muhasabah, mencari hakikat keinsanan dan posisi di pandangan Ilahi. Subhanallah... Astaghfirullah.. La ilaha illallah..

Aku sendiri banyak belajar melalui pengalaman kakak-kakak dan abang-abang. Jadi aku sedar betapa adik-adik juga memerlukan abang dan kakak mereka sebagai tempat rujuk, berkongsi dan bertukar pendapat. Oleh itu , aku menyeru diriku serta sahabat-sahabatku, sediakanlah ruang untuk perkongsian dan pertukaran pendapat bersama adik-adik. Moga akan datang, generasi kita dan adik-adik kita adalah generasi produktif pada ummah, agama, dan negara..

~ERTI HIDUP PADA MEMBERI~

Sunday, June 20, 2010

keHIDUPan rabBIt..

"Kakak, nak tengok tak anak rabbit kita yang baru. Ada 7 ekor..." adikku memberitahu semasa memberi makan rabbits kami pagi tadi.

"owh..ye ke..bila lahir?" Terkejut aku kerana cepat sungguh ia membiak. Tambahan pula 2,3 hari ini tiada di rumah.

" Kelmarin, hari jumaat.." Adik memberitahu lagi dengan girang.
Kemudian adik menggali tanah.

" Bunny (nama rabbit) simpan anak dia dalam ni la kakak, takut kucing makan."

" Subhanallah..masakan binatang pandai memelihara serta menjaga anaknya, inikan pula manusia." detik hatiku.
Adikku mengeluarkan seekor anak rabbit yang masih kecil, sekecil tapak tangan adikku. Masih merah, tidak berbulu.

" hm, macam baby..." getus hatiku.

Ketika itu bersemarak rasa kasih dan sayang dalam jiwaku.

Terkenang pula pada permasalahan hari ini, anak dibuang dibiar merata. Tanpa belas dan kasih. Rabbitku pula mengatasi sikap mereka, menjaga dengan penuh sifat keibuan. Ketika adikku meletak kembali anaknya di dalam lubang, cepat-cepat dikambusnya lubang tersebut. Kemudian, dia menunggu di situ, takut-takut ada makhluk yang mengganggu.

" Fuh..kuatnya security bunny nih" hatiku sekali lagi menggetus.

Itu haiwan yang tidak punya akal tapi mereka punya perasaan. Benarlah, memerhati ciptaan Allah, membawa jiwa muhasabah. Kerdilnya manusia pada Allah, mudah sekali menyerah pada gerak nafsu. Tak sedarkah kita bahawa Allah itu sebaik-baik tempat berserah?

Duhai wanita muslimah, diri kita ini adalah ciptaan nan indah. Andai solehah, ibarat syurga dunia. Andai tholehah, membekal sejuta fitnah. Peliharalah akhlakmu, hiasilah peribadimu. Fitrah kita punya nilai kasih sayang yang tinggi, maka serahlah rasa kasih itu pada yang berhak menerima juga melalui cara yang diredhai Allah.

Moga tiada lagi episod zina yang menyemai hina. Moga tiada lagi bayi mengemis kasihan di jalanan.

Sedangkan rabbit menjaga anaknya, inikan pula kita yang dikurnia akal jua perasaan..fikir-fikirkan lah.