Pages

Wednesday, November 10, 2010

ANAK-ANAK KEDAH :: KEM ANAK SOLEH & KEM BINA INSAN

Kerajaan Negeri Kedah meneruskan agenda TARBIYAH ummahnya, memastikan rakyatnya CELIK AGAMA, berpaut pada PEGANGAN YANG BENAR, seperti yang telah digariskan dalam al-Quran dan as-Sunnah..

JOM ADIK-ADIK!!!
isilah masa lapang dalam program seperti ini dalam cuti sekolah..
pasti akan jumpa kakak-kakak dan abang-abang yang baik-baik,
yang akan membantu dan memberi bimbingan pada adik-adik.

Kepada sahabat-sahabat, cadangkan pada ibu bapa anda untuk memastikan adik anda tidak terlepas dari menyertai program seperti ini..

Untuk maklumat lanjut boleh melalui ini :

· Pembangunan Insan Kedah : http://pembangunaninsankedah.blogspot.com/

· Kem Anak Soleh :

http://kemanaksoleh-kedah.blogspot.com/

· Kem Bina Insan :

http://kem-binainsan.blogspot.com/

Atau boleh berhubung terus dengan :

Sekretriat KAS & KBI : 019-5909733

Tuesday, November 9, 2010

CETUSAN hatigersang

Melihat orang lain ghairah mengemaskini blog, saya juga teringin, berkongsi kisah dan pengalaman hidup serta sama-sama mengambil iktibar darinya.

Bila hati gusar, terasa diri sendirian, tidak berteman. Padahal, perasaan itu sebenarnya yang membuatkan kita menyendiri, merasakan orang lain tidak memahami situasi yang dihadapi. Tanpa kita sedar, sebanarnya ramai insan di luar sana yang ingin membantu, cuma mereka sebenarnya tidak menemui ruang untuk mendekati kita. Mu
ngkin jua ia lantaran sikap kita.

Bila terasa sendiri, diri diuji, bersangka baiklah pada ketentuan Allah. Hidup tidak akan indah tanpa mehnah. Dari mehnah, kita peroleh khibrah. Dari khibrah/ pengalaman itulah kita peroleh pengajaran. Teruskan dan berusahalah untuk melemparkan senyuman kerana di situ ada suntikan ketenangan buat diri dan sahabat handai. Bermasalah, tapi mampu memberi kebahagiaan, itu satu mujahadah yang tinggi dalam diri. Berusahalah dan yakinlah, setiap kesusahan & kesakitan pasti ada ubatnya. Mintalah kepada Allah. Dia, sudah PASti, faham segalanya yang dihadapi.

Allah, Maha Luas RahmatMU. Dikurniakan kenalan yang menjadi sahabat sejati, mendamping diri untuk terus cekal menjalankan amanahMU. Kenalan jua sahabat tidak mengenal usia. Sering memberi peringatan dan tunjuk ajar dalam kehidupan. Yang jauh, menghubung, yang dengan, mendamping. Sedar tak sedar, itulah kasih sayangMu, Allah. Bersyukurnya daku mengecapi nikmat itu..alhamdulillah.

Sibuk menjalankan amanahMu sepatutnya mendekatkan aku padaMU. Tanpa izinMU, manakan aku mampu membina kekuatan diri. Tanpa petunjukMU, manakan aku mampu memahami tanggungjawab diri ini. Tanpa peringatan dan janjiMU, manakan aku akan terus teguh di sini. Malu mengaku sibuk, tapi, aku insan
bergelar hamba, memang kadang tenggelam dalam arus kesibukan.

Aku cuba sedayaku, menyingkap sirah perjuangan Baginda s.a.w. yang berjuang tanpa mengenal jerih. Yang sibuk, tapi tidak tunduk mengeluh walhal terus cekal & tabah. Malah kesibukan itu menjadi saham buatnya dalam mengecapi cintaMU. Aku cuba mencontohinya, menjadikannya sebagai qudwahku dalam usaha aku juga untuk mengecapi redha & cintaMU.

Allah, kumohon KAU hiburkan hatiku dengan janji-janjiMU..ingatkan aku pada kemurkaanMU. Zulhijjah menjengah, mengajar diriku 1001 erti pengorbanan demi menyingkap cintaMU, cinta hakiki. Cinta sememangnya menuntut pengorbanan, aku sedar Ya Allah. Kurniakan, anugerahkan aku kekuatan, agar aku cekal mencari cinta hakiki. Jangan KAU izinkan hati dan cintaku menjengah pada yang bukan milikku, bukan relaMU.

Allah ya Rahim, hidup suburkanlah hatiku dengan makrifahMU..

Bila kusedih, aku tahu betapa Engkau mengerti kehendak hati pada indahnya janjiMU & bantuanMU jua hiburan dariMU. Kuatkanlah aku, & pilihlah aku untuk tsabat di atas jalan yang Engkau redhai.

Amin.

Cetusan hatigersang :: MENGEMIS CINTA HAKIKI

Saturday, November 6, 2010

..:: TAKLIFAN : Tiket untuk ke syurga ::..

" Wahai orang-orang Yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu." (Muhammad:7)

Saya yakin, bukan saya sahaja yang mengimani ayat ini, ayat yang menjadi sumber inspirasi dan pushing factor bagi mereka yang cintakan ISLAM, ingin melihat ISLAM terus subur di muka bumi ini. Ayat ini membri saya input agar sentiasa bersungguh-sungguh melaksanakan kerja-kerja Islam serta meyakini bantuan Allah dalam gerak langkah pelaksanaan. Yang penting, saya perlu berusaha bersungguh-sungguh, merancang strategi dengan sistematik agar gerak kerja Islam itu adalah gerak kerja terbaik dan smart. Kadang-kadang, kita hanya smart pada kerja-kerja selainnya tapi mahu tak mahu je buat kerja untuk ISLAM. Jadi, saya sedar, attitud itu sangat dituntut untuk diubah.

PERFORM THE BEST FOR EVERYTHING WE ARE INVOLVED!

Sakura Putih, sahabat saya ada menyentuh isu amanah. Baru-baru ini saya telah menerima taklifan baru yang sememangnya berat untuk dipikul. Sememangnya imam al-Ghazali telah menyifatkan benda yang paling berat adalah amanah. Amanah adalah amanah. Tiada toleransi, WAJIB dilaksanakan. Akan saya berusaha sebaik mungkin untuk melaksanakan amanah ini sebaiknya. Kudrat, usia dan kepakaran yang Allah bagi adalah vitamin untuk melaksanakan agendaNYA sepanjang kehidupan ini. Untuk melaksanakannya dengan baik, saya perlu ada supplement berupa amalan-amalan yang akan menguatkan ruhiyah. Ruhiyah yang kuat akan menghasilkan gerak kerja yang hebat, itu keyakinan saya. Dan Allah juga tidak akan membebani seseorang melainkan itu adalah mengikut kemampuannya.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya. (Mereka berdoa Dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan Kami salah jika Kami lupa atau Kami tersalah. Wahai Tuhan Kami ! janganlah Engkau bebankan kepada Kami bebanan Yang berat sebagaimana Yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang Yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada Kami apa Yang Kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah Kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum Yang kafir"." (al-Baqarah:286)

Semoga usia yang berlalu penuh dengan usaha dan sumbangan untuk ISLAM. AMANAH itulah medan untuk menyumbang. Andai dijalankan sebaiknya, dan digunakan pula untuk mengajak yang lain bersama-sama, sudah pasti ia menjadi suatu perkembangan yang baik buat ISLAM seluruhnya..

ALLAH ada. DIA ada untuk membantu. DIAlah sebaik-baik Penolong..

SELAMAT BERJUANG!

Friday, November 5, 2010

Episod Perjuangan

Alhamdulillah, masih diberi kesempata untuk berkongsi idea dan buah fikiran. Dua, tiga hari ni terlalu banyak perkara yang menyinggah dalam fikiran. Banyak benda yabg difikirkan sehinggakan melampaui aulawiyat untuk studi di musim exam ni. Astaghfirullah..

Tadi, sempat saya menyinggah di blog arif yang mengupas isu kelaziman bagi orang yang berjuang. Dari situ saya sedar, segala mehnah dan kesusahan yang dirasai adalah ujian, jua suatu proses penapisan dari Allah s.w.t. buat golongan yang mengaku dirinya sebagai mujahid/ah. Andai gagal, maka hilanglah dia dari list sebagai mujahid/ah. hm..memang berat. Jika kita tidak mahu, Allah akan gantikan dengan golongan lain sebagaimana yang disebutkan dalam surah al-Maidah: 54.

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya."

YA ALLAH, janganlah aku, orang yang tercicir di jalan menegakkan agama-Mu. Peliharalah diriku jua imanku. Jangan Engkau bebankan aku pada perkara yang tidak mampu kumenanggungnya. Amin.

Tuesday, November 2, 2010

PGPI :: CINTA kita pada DIA

Salamun 'alaikum Ketika saya menulis post ini, ramai yang mungkin hanyut dalam mimpi, melepaskan lega 'sementara' dek exam yang bakal disambung minggu hadapan pula. Namun, itulah saya. Kalau bukan sekarang, bila pula hendak dicari masanya..(mungkin juga alasan semata :D)

Dua tiga hari ini, suka untuk saya kongsi ak
an rasa CINTA yang menyelinap dalam hati sanubari saya. Mungkin ada yang menganggap saya ni 'workaholic' atau mungkin programme & organisation oriented dek kelibat saya yang begitu serius pada gerakerja persatuan..( tapi, sebenarnya, perlu diketahui bahawa saya adalah orang yang ceria dalam bergerakerja. Serius tak bermakna tiada senyum dan sembang, apatah lagi gelak tawa).

Sebenarnya, CINTA itu lahir dari KOMITMEN. CINTA itu hadir dari satu HADAF. CINTA itu datang tanpa DIUNDANG. CINTA itu setia memelihara CITA. CINTA itu tiba bila saya BERSAHAJA, BERMURAM DURJA, juga BERGURAU SENDA. Apa pun semua itu hadir atas satu matlamat; MENCARI REDHA ALLAH, menjalan tugas sebagai KHALIFATULLAH juga ABDULLAH..

Mungkin agak complicated bunyinya. Tapi itulah hakikat yang kita WAJIB sedar. Hidup sebagai khalifah dan 'abdi. Takkan sunyi kita tanpa taklifan. Itu basic. Sedar dan perlu bertindak. Jadi, bagi saya, saya perlu kepada sesuatu untuk saya melaksanakan taklifan tersebut. Maka, saya pilih untuk AKTIF dalam persatuan Islam terutama sekali di kampus!

Sebab itu..

SAYA CINTA PGPI!!!

Tiada yang saya harapkan darinya melainkan sebuah usaha yang jitu untuk menyemarakkan ruh Islam @ biah hasanah di kampus ini. Tiada yang saya dambakan melainkan sebuah ukhuwah yang indah penuh mahabbah dari seluruh guru pelatih Islam di kampus ini, sama-sama beramal untuk mendapatkan redha-Nya, sama-sama berkongsi akan ilmu-Nya yang begitu luas, juga sama-sama melengkapkan pada kekurangan diri.

ISLAM AGAMA TERATAS, maka kita perlu pada usaha maksima untuk menjulang namanya.
CINTA ini tidak bermusim. Cinta ini akan terus subur..mudah-mudahan. Saya berDOA pada Allah, moga hati ini terus kukuh, menggenggam perjuangan ini dengan UTUH. Saya ada prinsip, andai aku mampu, biarlah solo, akan aku tetap lakukan. Namun, ia boleh disangkal kerana usaha dakwah itu bukan sunnahnya berseorangan tapi berjemaah..Jadi, biarpun ia menjadi prinsip, saya perlukan sahabat-sahabat yang saya CINTA untuk sama-sama beraksi dalam arena dakwah dan perjuangan ini. Bukan sekadar sahabat untuk ketawa dan bersuka ria, tetapi adalah sahabat yang seiring dalam PERJUANGAN..Ya, SEIRING, sepertimana sirah Rasulullah dan para sahabat. Tidak sahabat meninggalkan Rasulullah sendirian melainkan dihulurkan seluruh kemampuan yang ada pada mereka. HEBAT, sebab tu, kena selalu menelaah sirah!

PERKONGSIAN...ada satu situasi dalam sebuah institusi...

Sanggupkah kita biarkan hati-hati adik-adik yang cintakan Islam, dambakan tarbiyah?? Dipandang, dibuat-buat tak nampak. Dibual, dielak menyentuh isu-isu tarbiyah. Kasihan adik.. Maka di situ, peranan naqibah penting. Naqibah perlu ada satu perasaan sayang, CINTA dan kasih pada anak-anak usrah. Jangan dibiar mereka. Berdosa kita..

Kadang, kita rasa kita tidak layak, TAPI fikirlah demi CINTA kita. Tidak Allah bebankan, melainkan kita mampu. Layak atau tidak, itu isu lain. Isu yang perlu kita ketengahkan adalah, sejauh mana kita telah berusaha untuk memberikan yang terBAIK? Allah Ya Rahman tidak pernah lokek untuk memberi pertolongan. MINTALAH...banyak jalan Allah akan salurkan nusrahNya.

ELAKKAN wabak TERASA HATI. Lumrah kerja berpasukan. Terimalah seadanya segala bentuk situasi. Terasa hati??? Berlapang dadalah demi sebuah gerakerja yang lancar. Kalau tidak tahan??? Bersemukalah..dan berbincanglah secara baik.. Sebolehnya, abaikan perasaan itu, mungkin ia virus syaitan untuk menyerang ukhuwah antara kita.

HUSNUDZAN dan THIQAH (memberi kepercayaan) kepada ahli yang lain, itu lebih utama. Nampak mujahadah dan keterbukaan kita di situ. Aplikasikanlah isi intipati usrah juga bacaan yang pernah kita hadam suatu masa dahulu..Ilmu itu indah jika diamalkan :D

Mungkin ada yang berpendapat, cakap memang senang.. Tapi itulah hakikatnya. Penulisan ini untuk peringatan bersama. Kita sama-sama punya CINTA pada yang SATU. Apa kata kita perkemas sistem gerakan dan ukhuwah kita, maka MATLAMAT CINTA kita akan menjadi jelas dan berfokus. Tidaklah kita sibuk melayan masalah dalaman, hingga terabai core-business kita yang sebenar, untuk menyebarluaskan skop dakwah di kampus, juga mencetuskan & menyemarakkan ruh ISLAM di sini.

Kita yang ada sekarang adalah tangan-tangan kerdil yang meletakkan batu asas bagi sebuah binaan ISLAM yang kukuh dan unggul. Maka, BERUSAHALAH..

GanjaranNya tak ternilai dan itulah perniagaan terbaik jika kita tahu (beriman kpd Allah dan berjihad secara seluruhnya dengan segala yang kita ada di jalan-Nya)..

Nantikan BERITA GEMBIRA di akhirat kelak :D
Sama-sama menyusuri titian kasih ILAHI..

Friday, October 29, 2010

Dakwah itu CINTA

Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Dakwah itu cinta dan tidak ada dakwah tanpa cinta. Dakwah bukanlah suatu yang boleh dilakonkan tetapi ia :

  1. Lahir dari perasaan yang membentuk kesedaran.
  2. Dipandu oleh kefahaman.

Dakwah itu adalah nafas kehidupan manakala Tarbiyah pula adalah sendi perjuangannya.

Dakwah adalah cinta dan memang seperti itulah hakikat dakwah.

Cinta akan meminta semuanya dari diri kita bermula dari :

  1. Fikiran kita.
  2. Perhatian kita.
  3. Berjalan kita.
  4. Duduk kita.
  5. Tidur kita.

Bahkan di tengah-tengah kelelapan kita dalam tidur, isi mimpi kita pun tentang dakwah dan tentang umat yang kita cintai.

Memang seperti itulah hakikat dakwah. Ia menyedut :

  1. Saripati tenaga kita.
  2. Sampai ke tulang belulang kita.
  3. Sampai ke daging terakhir yang menempel di tubuh kita.

Tubuh yang sudah tidak berdaya dan mulai lemah diseret-seretnya serta dipaksa berlari.

Seperti itulah pula apa yang berlaku kepada rambut Rasulullah saw di mana rambutnya beruban kerana beban berat dari ayat yang diturunkan oleh Allah swt.

Sebagaimana tubuh mulia Umar bin Abdul Aziz.

Dia memimpin hanya sebentar, namun kaum muslimin benar-benar kagum dengan usahanya di mana tidak ada lagi orang miskin yang boleh diberi sedekah di zamannya dan tubuhnya yang mulia itu terkoyak-koyak.

Sukar membayangkan sekuat mana khalifah Umar bekerja. Tubuh yang segar bugar pada mulanya itu mulai ditimpa kelemahan dan kesakitan. Hanya dalam dua (2) tahun ia jatuh sakit dan kemudiannya meninggal dunia walaupun memang itu yang diharapkannya iaitu mati dalam keadaan jiwa yang tenang.

Dakwah bukannya :

a. Tidak meletihkan.

b. Tidak membosankan.

c. Tidak menyakitkan.

Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan. Rasa letih dan sakit itu sentiasa bersama mereka sepanjang hidup yang dilalui.

Justeru kerana rasa letih dan sakit itu :

  1. Sentiasa mereka rasakan.
  2. Sentiasa menemani mereka.
  3. Sentiasa mengintai ke mana pun mereka pergi.

Maka akhirnya ianya menjadi sebahagian dari rutin kehidupan mereka.

Kalau iman dan godaan rasa letih sentiasa bertempur, pada akhirnya salah satunya mesti mengalah dan rasa letih itu sendiri yang akhirnya mulai lemah untuk mencekik iman lalu iman itu terus berkobar di dalam dada.

Begitu pula rasa sakit di mana luka tidak akan terasa lagi sebagai luka sehingga ‘hasrat untuk mengeluh’ tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan dengan jihad yang begitu mempesonakan.

Maka oleh sebab itu, bagi seorang pejuang, walaupun tubuhnya dikelilingi keletihan dan kesakitan, jasadnya dikoyak oleh bebanan dakwah namun iman di hatinya tetap memancarkan cinta dan mengajak kita untuk terus berlari :

1. Teruslah bergerak, hingga keletihan itu penat mengikuti kita.

2. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejar kita.

3. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersama kita.

4. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu lemah menyertai kita.

5. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemani kita.

Dalam doa Rabithah, Imam Hasan Al Banna telah melakarkan bait-bait berikut :

‘Ya Allah Engkau tahu, Hati-hati ini telah Berkumpul dalam cinta-Mu, Bertemu dalam taat-Mu, Menyatu menolong dakwah-Mu, Berjanji memperjuangkan syariat-Mu, Maka eratkan ikatannya, Dan abadikan cintanya.....’. (Doa Rabithah)

Tidak ada penjelasan sejarah tentang suasana yang menjadi latar belakang kepada Imam Hasan Al Banna di kala menulis beberapa potongan doa tersebut.

Ia menyebutnya sebagai ‘Wirid Pengikat’.

Pengikat hati yang sedang dibangunkan untuk memikul bebanan dakwah bagi kebangkitan umat di mana mereka memahami bahwa :

  1. Beban mereka berat.
  2. Jumlah mereka sedikit.
  3. Musuh mereka banyak.

Jadi mereka memerlukan landasan yang kukuh dan pengikat yang kuat.

Maka oleh itu :

a. Landasannya adalah iman.

b. Pengikatnya adalah cinta.

1. Cinta menjalin jiwa-jiwa mereka dalam kelembutan yang cukup menenangkan, maka setiap mereka adalah hamparan permaidani halus yang empuk dan masing-masing dengan bentuk yang unik mampu duduk bersama dalam keadaan santai.

2. Cinta mereka sentiasa mampu menampung semua bentuk perbezaan di mana ada kebebasan berpendapat namun tidak ada sikap yang melukakan hati saudaranya, begitu juga ada sikap keterbukaan tapi objektif dan matlamat tetap di atas segalanya.

3. Cinta melahirkan pertanggungjawaban di mana setiap mereka sentiasa bertanya tentang sejauh mana mereka mampu mempertanggungjawabkan sikap mereka di depan Allah swt nanti?

4. Cinta juga melahirkan kelembutan di mana perbezaan-perbezaan mereka dikelolakan dalam etika yang mampu menenangkan jiwa kerana setiap perbicaraan mereka sentiasa berakhir dengan amal. Perbezaan di antara mereka tidak akan mengubah situasi mereka sepertimana kata-kata penyair Mohamad Iqbal iaitu ‘Umpama penyapu lidi yang diikat dengan cinta untuk membersihkan kehidupan.’

5. Cinta juga memberi mereka tenaga di mana para pemikul beban kebangkitan itu pastilah akan menempuh jalan perjuangan yang penuh liku dan pendakian yang menyukarkan. Pada setiap satu jarak waktu dan tempat, nilai bebanan mereka semakin bertambah.

Hakikatnya mereka pasti mengalami proses penuaan diri, sepertimana sabda Rasulullah saw :

"Surah Hud dan saudara-saudaranya telah mengubankan rambutku."

Kalau bukanlah dengan tenaga yang kuat dan dahsyat itu, siapakah yang sanggup mendaki gunung sambil memikul bebanan di atas bahunya?

Itulah Cinta, sumber segala kekuatan.

Tenaga cinta menolak mereka untuk tumbuh, bergerak dan membangun dalam tempoh yang cepat di samping ikatan cinta yang mengatur irama mereka dalam keserasian yang begitu indah.

Itulah sumber yang membuatkan mereka :

  1. Kuat.
  2. Tenang.
  3. Tidak pernah tergugah.

Oleh kerana itulah dakwah yang tidak disulami dengan cinta akan melahirkan kebencian dan kesempitan hati yang akan membawa kepada perpecahan.

Pendakwah memerlukan kebesaran hati untuk menampung hati-hati mereka yang menyahut seruannya.

Apabila semangat mengutamakan saudaranya dan bersangka baik telah memenuhi jiwa pendakwah, maka itu tandanya pohon Cinta Dakwah sedang subur mekar di hati mereka.

Berapa banyak hati-hati manusia yang terperosok dan terasing malah ada yang dilupakan, namun, apabila Allah swt menghendaki ianya mendapat :

  1. Hembusan cinta dakwah.
  2. Sentuhan dari tangan yang lembut.
  3. Pandangan yang redup.

Maka ianya mudah tumbuh dan mekar laksana sekuntum bunga yang sedang mengembang lantas jiwa-jiwa itu akan menghadap Penciptanya laksana menghadapnya siang hari dan perasaan itu mengalir laksana mengalirnya sungai-sungai.

Setelah itu, lahirlah fitrah kemanusiaan menurut hakikatnya yang ‘Rabbani’ yang memancarkan cahaya dengan petunjuk kebenaran lalu bangkit membentuk dan membangun keperibadian yang suci.

Pandanglah objek dakwah kita dengan pandangan cinta dan kasih sayang, simpatilah dengan mereka yang melakukan maksiat dan bangkitkan rasa tanggungjawab serta berusaha untuk menjadi penyebab kepada sampainya hidayah di jiwa mereka.

Jadi benarlah apabila Imam Hasan Al Banna mengumumkan kembali cintanya :

‘Maka Eratkan Ikatannya Dan Abadikan Cintanya.’

Ya Allah, tumbuhkanlah perasaan cinta di dalam hati kami terhadap saudara-saudara seperjuangan kami. Eratkanlah ikatan iman itu melalui ikatan cinta yang abadi sehingga ia menjadi tenaga yang mampu menegakkan tulang belulang kami dan meneruskan perjalanan dakwah yang panjang hingga kami mendapatkan kemenangan atau gugur syahid di jalanMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wednesday, October 6, 2010

Nilai Tarbiah..

Alhamdulillah, dapat saya mencoret setelah sekian lama mendiamkan diri. Lambakan assignment dan tanggungjawab, mengkuarantinkan saya dari dunia blogger. 'Ala kulli hal, alhamdulillah masih diberi peluang pada hari ini, saat ini untuk berkongsi pengalaman dan rahsia hati setelah sekian lama ia berbicara sendiri.

Sekali lagi bibir dan hai melafaz syukur atas nikmat kehidupan atas landasan iman dan Islam anugerah Allah Yang Maha Agung. Setiap saat, sedutan oksigen itu memberi saya dan anda kehidupan penuh warna dan makna. Setiap saat, detik yang dilalui itu menambah matangkan lagi diri dengan slot tarbiyah dariNya yang tak pernah putus. Walaupun begitu, detik hati masih kuat menggertak, "Janji Allah itu pasti".

Sahabat pembaca sekalian,

Tak dinamakan perjuangan tanpa rintangan. Tak dinamakan perjuangan tanpa ujian. Tak dinamakan perjuangan tanpa runtuhnya perasaan. YANG PASTI, perjuangan menuntut mujahadah dan pengorbanan. Mana mungkin seseorang itu mengku pejuang tanpa dia menghadapi tentangan dari dalam diri mahupun unsur luar. Itulah perkara yang saya alami.

Perjuangan meneruskan misi ini menuntut sahabat seukhuwah yang mampu sama-sama membahu tanggungjawab dengan penuh ikhlas dan telus. Ia menuntut rohani yang unggul dan keyakinan yang benar-benar mantap.

Kadang, teman tidak sehaluan, tidak sefahaman. Lain yang dijanji, lain pula yang ditepati. Lain yang dikata, lain pula yang dirasa. Namun, itulah lumrah sebuah persahabatan. Ada yang lebih, ada yang kurang. Yang lebih, sama-sama kita rasa. Yang kurang, sama-sama kita cukupkan. Itu semua ada nilai tarbiyahnya. Tanpa pergaduhan, takkan ada seni dan warna komunikasi. Tanpa rajuk, tiada pula seni memujuk. Tanpa marah, tiadalah seni menyerah dan mengaku salah. Itukan satu tarbiyah yang harus diterima dengan hati terbuka.

Sekadar berkongsi. Hidup insan perlukan sahabat. Saya tak menafikannya. Namun, insan yang bernama saya ini seringkali diuji dengan ujian-ujian ukhuwah. Nak tak nak, saya perlu berkongsi sebagai pujukan buat hati ini jua mungkin( jika dapat ) hati rakan-rakan pembaca. Wallahu a'lam.

Friday, September 17, 2010

Ramadhan, kumerinduimu

"seminggu sudah Ramadhan pergi, terasa bagai baru semalam, sedih melihat umat Islam menyambut Syawal bagaikan tidak pernah melalui madrasah Ramadhan, bagaikan terlepas dari ikatan. Moga kita sentiasa dipelihara, dijauhkan dari kemurkaanNya.."

sahabat fillah

Begitulah, indahnya anyaman kata seorang sahabat yang berbaur nasihat, penuh tazkirah dan mahabbah. Kata-kata ini membawa diriku ke fasa Ramadhanku yang sudah pasti telah berakhir.

Allah... rindunya aku pada saat itu. Suka aku berkongsi, indahnya Ramadhan yang aku lalui fasa ini. Subhanallah...

Aku menerajui fasa itu dengan pelbagai pembaharuan dengan hadaf agar ia menjadi sesuatu yang bermakna buat diriku, agar ia menjadi lebih baik dari yang dahulu. Semahunya aku cuba untuk memelihara amalanku, namun kadang-kadang aku terkandas jua. Hm..manusia biasa, kadang bersemangat, kadang ngelat.

Pernah sekali, aku tidak sempat tilawah al-Quran dek kesibukan yang norma, hati penuh resah, gelisah, pulangan buat jiwa yang tandus dek alunan kalamullah yang jerlus..

Allahu rabbi, semua yang dibuat tidak mengena, hati membuai kesedihan, jiwa meronta dengan pelbagai ruh su'udzan..Bila disemak, hati dan iman mengaku, diri sendiri sudah lalai..astagfirullah..

Sememangnya aku merasai ruh tarbiyah di bulan barakah itu. Menjelajah bersama mak abah ke masjid-masjid, subhanallah..menerima pengisian dari ustaz-ustaz, alim ulama, memang hati dan iman ini melonjak, puas menerima penyucian jiwa..

Bila Aidilfitri menjengah, terasa bumi berputar...Diri bebas menentu hala tuju..

Allah..kumohon..hari-hariku ini adalah Ramadhan, menyuci jiwa, mendekatimu tanpa jemu..amin.

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin

"Taqabbalallahu minni wa minkum"

~Jom Kita View~
"Bersama" Nabi dalam Aidilfitri
copyright from : http://raziffuad.blogspot.com/

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.
Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini.
“Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur.” – Surah al-Baqarah:185.

“Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini.” – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-’Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan
• Meneruskan qiamullail.
Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

• Mandi pada pagi hari raya.
Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

• Makan sebelum solat Aidilfitri.
Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri.” – Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

“Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini.” – Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

• Memakai pakaian yang indah.
Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafie r.h berkata:

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.
Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.
Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

• Tempat perlaksanaan solat hari raya.
Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

“Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian.” – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

“Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan.” – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

“Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina.” – Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

“Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat.” – Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

“Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

“Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya.” – Rujuk Zaadul Ma’ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

“Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat).” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

“Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka.” – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.
• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlaksanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya.” – Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.
Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Tetapi, adalah lebih baik duduk mendengar khutbah bagi mengambil intipati penting isi khutbah. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:
“Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah).” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri
“Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar.” – Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal
Sabda Rasulullah s.a.w:

.Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah.
“Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati.” – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

“Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun.” – Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164

Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu adalah tidak terdapat dalil hadis Nabi yang thabit terhadap hukumnya. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (bekas Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd 'Uqlah el-Ibrahim (Jordan), mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya.

Selain itu tindakan Aisyah ra yang melewatkan Qada pula boleh dijadikan hujah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qada dan Syawal. Selain itu amalan wajib (qada) memerlukan niat yang 'jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkan kepastiannya, kata Zaharuddin lagi.
PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

Wednesday, August 25, 2010

..::Aku sayang kamu sahabat, ukhuwah fil Islam::..

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Tuhanku yang diriku di bawah penguasaan-Nya dan sentiasa dalam pengawasan-Nya, aku tidak menulis melainkan untuk mengabdikan diri kepada-Nya dan dengan izin-Nya. Sesungguhnya aku menulis dengan penuh kasih sayangku kepadamu sebagai seorang sahabat, sebagai seorang saudara seagamaku. Aku tidak inginkan melainkan kebaikan bagi dirimu dan bagi diriku agar kita sama-sama beroleh syurga yang sangat kita impikan di pengakhiran sebuah perhitungan.

Wahai sahabatku,

Cinta itu letaknya di hati dan hati itu milik Allah. Tidak mungkin kita dapat menyentuh hati seseorang tanpa izin Allah dan jika Allah tidak mengkehendaki. Tidak patut kita serahkan hati kita yang dimiliki Allah itu kepada orang lain untuk dikuasai atau diperintah. Bahkan memang sepatutnya kita serahkan jiwa dan raga kita seluruhnya kepada Allah. Adapun rasa cinta yang lahir sesama manusia itu hanya jalan menuju cinta Allah. Janganlah sekali-kali kita menukarkan tujuan cinta di hati yang sepatutnya untuk Allah kepada manusia hanya kerana kita dapat melihat kecantikan manusia dan kita tidak dapat melihat Allah, kita cuma merasa dan melihat kecantikan segala ciptaan-Nya. Kita lupa dan selalu tidak sedar hakikat segala kecantikan itu adalah milik Allah. Jadikanlah cinta kepada manusia itu sebagai jalan menuju Tuhan, bukan matlamat dan pengakhiran destinasi cinta. Maka engkau akan lebih tenang menerima segala penolakan.

Wahai sahabatku,

Hati kita meronta untuk mencintai dan dicintai. Alangkah remuk redamnya hati tatkala apa yang kita cintai tidak kita miliki. Alangkah kecewanya jiwa tatkala cinta kita tidak dibalas oleh orang yang kita cintai. Ternyata hati itu bukan milik kita, ia milik Allah. Kita tidak bersalah tatkala cinta itu lahir terhadap seseorang, tetapi kita keterlaluan tatkala kita memaksa ia kepada seseorang. Bukankah sepatutnya kita redha dengan ketentuan Allah yang tidak menumbuhkan cinta terhadap kita di hati orang yang kita cintai? Alangkah zalimnya kita tatkala kita tidak dapat menerima apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Sedangkan saban hari kita sering tidak menghargai cinta Allah, kita tidak pula membalas segala anugerah cinta yang Allah berikan kepada kita pada setiap hembusan nafas, pada setiap detik kehidupan yang kita lalui. Bukankah Allah lebih layak untuk murka kepada kita kerana kita tidak membalas-Nya dengan ketaatan yang sepatutnya?

Wahai sahabatku,

Allah menjanjikan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik. Yakinlah akan janji Allah, sesungguhnya Allah tidak memungkiri janji. Perbaikilah setiap inci kehidupanmu agar engkau termasuk di kalangan orang yang beroleh pasangan yang baik. Allah tahu tentang dirimu lebih daripada engkau sendiri. Maka Allah telah menetapkan untukmu lebih baik daripada apa yang engkau kehendaki. Boleh jadi engkau cintakan sesuatu tetapi ia buruk bagimu dan begitu juga sebaliknya. Pada setiap persimpangan kehidupanmu, apakah engkau merasakan bahawa Allah tiada bersamamu? Bahkan dia sentiasa mendengar dan melihatmu. Persoalannya, apakah engkau sudah merintih pada-Nya, meminta pada-Nya dan memperlihatkan apa yang sepatutnya kepada –Nya? Aku berlindung dengan Allah daripada menjadi hamba yang kufur dan lupa diri.

Wahai sahabatku,

Sungguh cinta itu telah menjadi faktor yang dapat mengubah sesuatu kepada lebih baik atau sebaliknya. Ada manusia biasa yang berubah menjadi wali kerana kuasa cinta, dan ada pula yang bisa menjadi hina kerana dikuasai cinta. Ya, tamadun itu berkembang dan boleh jadi hancur kerana cinta. Tidakkah engkau melihat Taj Mahal yang terbina kerana cinta? Sebaliknya, ada pula yang membunuh kerana cinta. Persoalanku kepadamu, apakah engkau ingin berubah kerana cinta ke arah Redha Allah atau mungkin lebih jauh daripada Allah?

Wahai sahabatku,

Aku tidak mengatakan bahawa aku mengetahui segala isi hatimu atau segala kekacauan yang mengisi jiwamu. Aku cuma ingin berpesan agar engkau tidak meletakkan keinginanmu lebih tinggi daripada ketentuan Allah. Aku ingin engkau mengerti bahawa milik Allahlah segala kejadian. Kemudiannya aku ingin engkau membawa kefahaman tersebut kepada pengamalan dalam kehidupan yang kau lalui agar ia hidup bersamamu di dalam setiap inci kehidupan. Janganlah engkau mengatakan bahawa engkau mentaati Allah di saat hidupmu bergelumang dengan jahiliah. Aku juga sepertimu, anak muda yang bergelora jiwanya. Maka aku berpesan kepadamu agar aku juga dipelihara Allah daripada segala penyelewengan dalam memahami hakikat cinta. Aku memohon keampunan kepada Allah atas segala kesalahan yang kuungkapkan dan kumohon kau doakanlah kebahagiaanku di dunia dan di akhirat. Moga kita dipertemukan Allah untuk hidup di syurga yang kekal selama-lamanya.

Wahai sahabatku yang kecewa,

Bersabarlah…

jOdOh untuKmu aKan datang tidak lama lagi..~

ingatlah..JANJI ALLAH ITU PASTI.. =)