Pages

Sunday, November 1, 2009

Hati ingin berkongsi (3)...

salam...
~hati terasa gusar dek musykilah dalam persahabatan....bagaimana harus aku menghadapi perasaan ini...duhai sahabat, dengarlah rintihan hati ini...aku kian tenggelam dalam kecamuk jiwa yang meruntun perasaan, menggoyah semangat dalam diri...Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan dan kesabaran dalam mengharungi persahabatan ini...~

(bukan pergaduhan, tetapi hanyalah krisis hati. Pastinya ini adalah sebuah ujian dari Allah bagi sebuah ikatan ukhuwah)

...mudah-mudahan segalanya menjadi lebih baik pada hari-hari mendatang...

Thursday, October 29, 2009

Jiwamu kental...Panglima Tariq bin Ziyad

Alhamdulillah, bersyukurnya pada Allah yang mengurniakan nikmat kehidupan bersulamkan iman, islam dan ihsan di dalam jiwa ini. Tanpa elemen 3I ini mana mungkin saya boleh hidup sebagai muslim sepertimana yang pernah diterangkan oleh murabbi saya, Ustaz Shairozi. Selawat dan salam kita utuskan buat Rasulullah, insan agung yang memanjanglebarkan tarbiyah Islamiyah buat kita, umat yang sangat sangat disayanginya. Ketahuilah sahabat-sahabatku, bahawa tujuan umat Muhammad dihidupkan ada 3: sebagai 'abidullah, sebagai khalifatullah, dan sebagai da'ie ilallah..Ayuh kita check diri, check iman dan perbaiki diri kita demi menjalankan tugasan-tugasan yang telah digariskan.

Siapakah beliau Panglima Tariq bin Ziyad?
  • Seorang yang pada masa kecilnya telahpun yatim.
  • Diambil oleh khalifah di Afrika menjadi hamba dan suruhan kepadanya.
  • Dibesarkan dengan didikan agama dan asuhan bersenjata yang baik.
  • Membesar sebagai seorang yang unggul peribadi muslim dan mukminnya.
  • Dilantik oleh Khalifah Musa bin Nusair sebagai ketua peperangan ke Andalusia yang mempunyai pemerintah yang zalim, Raja Roderiga bagi menyebarkan dakwah Islam dan menjatuhkan pihak kuffar.
Beliau merupakan insan yang sangat saya kagumi. Jika sebelum ini saya pernah menceritakan tenteang kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh, kini tibalah masanya kita berbincang tentang kehebatan PanglimanTariq bin Ziyad. Tak dapat saya nafikan bahawa pemimpin-pemimpin acuan al-Quran tiada tolok bandingnya. Tingginya iman dan ubudiyah serta semangat menyebarkan serta meninggikan darjat Islam dangt jitu di dalam kalbu mereka.

Tingginya sifat 'ubudiyah

Panglima Tariq bin Ziyad dalam kerjanya sangat bersungguh-sungguh dan ikhlas pada waktu siang dan malamnya dihidupka dengan pengabdian pada Allah. Buktinya, semasa beliau dilantik menjadi ketua untuk menumbangkan pihak kuffar di Andalusia, beliau hanya memilih tentera Islam yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu dan solat witir. Beliau yakin, hanya mereka yang dekat dengan Allah akan mudah mendapat pertolongan dan rahmat Allah dalam usaha mereka membebaskan Andalusia dari belenggu kezaliman.

Tingginya sifat da'ie ilallah

Saya dapati beliau sangat kuat menyebarkan agama Islam. Semasa usaha beliau memerangi kezaliman di Andalusia, beliau memberi pilihan terlebih dahulu kepada penduduk andalusia samada ingin memeluk Islam dan hidup bebas ataupun tidak memeluk Islam tetapi terus membayar pampasan kepada tentera Islam sekadar yang mampu. Maka ramailah penduduk andalusia yang memeluk Islam dek ketidak tahanan mereka pada kezaliman pemerintah, Raja Roderiga. Begitu juga dengan tawanan perang, mereka juga diberi pilihan demikian...

Tingginya mujahadah, memburu syahid

"Kita hanya memilih samada kita menang ataupun mati syahid" begitulah kata-kata beliau. Bagi meningkatkan semangat jihad dalam kalangan tenteranya. Baliau telah membakar kapal-kapal perang yang digunakan untuk tiba ke bumi Andalusia. Hal ini demikian kerana beliau tidak mahu tenteranya berfikir untuk pulang. Hal ini demikian sekali gus menjadikan tentera-tenteranya berjuang habis-habisan dalam menegakkan kalimah syahadah. Satu demi satu kawasan yang dikuasainya. Sepanjang usahanya, siangnya digunakan untuk menyerang dan malamnya beliau bersam tenteranya bermunajat pada Allah bagi memperoleh kemenangan. Beliau yakin bantuan Allah pasti tiba kepada pemimpin dan tentera yang baik.

Strategi yang baik dan bernas

Benarlah kata kakak usrah saya bahawa pada sesebuah kepimpinan itu yang penting adalah kebijaksanaan pemimpinnya. Walaupun tentera Islam tidak mempunyai kekuatan tentera yang cukup, mereka tetap menang di bawah pimpinan beliau melalui strategi yang baik dan bantuan Allah. Saya melihat bagaimana dengan mudah beliau mengalahkan tentera kuffar dengan membakar mereka yang berada dalam kawasan lalang yang kering, membuat helah dan strategi penyusunan tentera yang sistematik melalui sistem syura.

Qudwah Hasanah

Beliau mempunyai peribadi yang baik sehinggakan pemimpin-pemimpin besar kuffar juga memeluk Islam. Mereka terpikat dengan ketulusan budi beliau. Saya melihat sendiri bagaimana mereka yang sedang menuntut ganti rugi dari beliau akhirnya memeluk Islam dan menghalalkan segalanya kerana terharu dengan usaha dan ketulusan hati beliau. Ramai juga penduduk andalusia yang memeluk Islam kerana contoh yang baik yang ditunjukkan oleh beliau dan tenteranya.

Rujukan yang baik

Beliau amat mencontohi sirah perjuangan nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat dalam perjuangan beliau. Banyak strategi para salafussalaeh yang dicontohinya seperti kaedah pemilihan tentera mengikut Salahuddin al-Ayyubi dan strategi-strategi yang kebanyakannya merujuk pada sunnah Rasulullah. Sepanjang tugasan beliau, beliau dan tentera-tenteranya tidak pernah mengganggu rumah-rumah ibadat, wanita, kanak-kanak, mereka yang berlindung, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Mereka juga tidak berperang di kawasan yang menjadi tempat tinggal penduduk andalusia demi memelihara hak dan keamanan mereka.

Wahai rijalku, contohilah beliau...

Saya melihat sekarang sedikit sekali rijal yang mencontohi kepimpinan Rasulullah, para sahabat dan salafussaleh. Setiap kali saya menyelak helaian buku mengenai Panglima Tariq bin Ziyad, saya berdoa pada Allah, moga masih ada sahabat-sahabat yang mempunyai semangat jihad sekentalnya. Hati ini tidak sanggup melihat ummat yang kian rosak dek permainan yahudi dan israel. Wahai rijalku, suburkanlah keimananmu, tingkatkanlah ketaqwaanmu, tinggikanlah ilmumu, bawalah generasi kita pada al-Khaliq, Pencipta yang Agung. Moga akhirnya, hidup kita diredhai Allah..dan mati kita syahid di jalan Allah..amin.

Sunday, October 25, 2009

Tautan Hati Sebuah Baitul Muslim

salamun 'alaikum... alhamdulillah, percutian selama 2 hari 1/2 di rumah, baitul muslim sudah cukup untuk menenangkan gundah di jiwa, musykilah-musykilah di kepala. Hati dan jiwa sudah cukup berehat. Kasih dan sayang mak dan abah terbukti merupakan ubat yang paling mujarab bagi mengubati penyakit jiwa anaknya. Alhamdulillah, saya tahu tak semua orang mengecapi nikmat sebegini tinggi harganya. Syukur ya Allah..

Sepanjang saya bercuti agak banyak perkara yang saya lakukan. Hurm, saya akui bahawa saya jarang sekali membawa timbunan assignment pulang ke rumah. Bagi saya masa di rumah biarlah hanya untuk mak abah dan adik-adik tercinta. Ada hari saya yang memasak, biarlah ma
k berehat setelah letih bekerja seharian, bukan sekadar sebagai seorang teacher, malahan juga sebgai driver buat adik-adik yang penuh dengan kelas tambahan. Ayam masak kicap dan ikan masam manis pun jadilah. Yang pasti, taklah sehebat masakan mak. Ada masanya basuh, sidai dan lipat baju. Siram pokok-pokok bunga di sekeliling rumah. Terasa juga sedikit sebanyak tanggungjawab mak yang menggunung tinggi. Itu hanya untuk beberapa hari saya di rumah. Mak pula apatah lagi? hari-hari melakukan tugasan yang sama. Ya Allah, tabahnya hati seorang ibu.

Abah pula kali ini kurang sihat dek komitmen pada p
ekerjaan yang menuntut beliau supaya 'outstation'. Abah demam. Kurang selera makan, kurang senyum, segalanya kurang. Kasihan mata ini melihat abah. Letihnya abah, membesarkan anak-anaknya dengan keperluan yang cukup. Sanggup bersusah demi anak-anaknya. Terima kasih abah. Setakat ini tidak ada apa pun yang kurang dari abah. Segalanya lengkap. Kasih sayang, keperluan, cukup abah, semua cukup. Syukran ya Allah mengurniakan diriku ibu bapa yang amanah pada tanggungjawab mereka.

Memandangkan diri ini jarang berada di rumah, masa lebih
diperuntukkan buat adik-adik. Adik-adik pula akan menghadapi peperiksaan. Apa salahnya menurunkan ilmu yang ada pada adik-adik. Adik-adik lelaki ni, faham-faham je la, susah sikit nk membaca. Ada-ada sahaja alasannya. Tetapi apa yang saya kagum, adik-adik ni cepat betul mengingat. Cuma mungkin dari segi transferring answer itu je yang kureng sikit. Ye la, satunya kesenian tulisan yang tinggi dan keduanya kefahaman mereka pada ssoalan yang diberikan. Mudah-mudahan Allah mengurniakan kejayaan buat adik-adikku.

Sempat juga saya bertemu rakan seusrah, Kak Milah. Berkongsi cerita dan perkembangan diri. Kami juga sempat sama-sama bertandang ke Pustaka Darussalam membeli makalah-makalah ilmiah. Alhamdulillah, rasa terisi masa dengan program-program manfaat seperti ini.

Namun begitu, tiada apa yang lebih membahagiakan melainkan kasih sayang mak abah yang jelas terpantul di sinar wajah mereka. Kelihatan wajah mak yang tidak pernah lemah semangat dalam melaksanakan tanggungjawabnya. Begitu juga abah, tabahnya abah membesarkan anak-anakmu yang lima ini...

Sebelum balik...

"kakak, mak tak hantar akak ye, adik-adik nak periksa esok. Akak pergi dengan abah je. ok?" "Ok mak. Tak pe, insyaAllah segalanya selamat. mak doakan akak tau."
"Ye, belajar rajin-rajin. exam mesti skor eh."

"insyaAllah".

Kakiku melangkah keluar dengan hati yang berat. Hanya abah yang menghantar, basku bertolak pukul sebelas. Setibanya di stesen bas, bas yang saya naiki tu delay. Ada penumpang yang belum tiba. Jam telahpun menunjukkan pukul 11.25 malam. Kesian abah, setia menunggu anaknya yang sorang ni bagi memastikan keselamatannya. Sebenarnya, jalur2 merah di mata abah jelas kelihatan.

"Abah mengantuk,"getus hatiku.Tapi abah tetap menunggu. Sebak rasa hati ini. Ye la, saya tahu bagaimana sibuk abah saya di siang hari, malamnya diinfakkan pula masanya buat saya. Ya Allah, aku tahu kasih ayahku ini adalah kasihMu jua..Syukran Ya Allah. 11.30, barulah bas mula mengundur, memulakan perjalanan. Bismilllah... Barulah abah pergi.

"Abah, kakak sayang abah. Bawak kereta elok-elok tau," jariku menutur gerak hati.
"Ok, take care akak. Goodnite,"abah reply.

Begitulah, tingginya kasih seorang abah. Air mata yang menakung mula berderai. Sayangnya abah pada anak-anaknya tiada tolok bandingnya. Ya Allah, peliharalah kedua ibubapaku, kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihi diriku. Jauhi mereka dari sebarang musibah. Kau rahmatilah mereka, permudahkanlah urusan mereka.Kau jadikanlah diriku juga adik-adikku pembawa berita gembira buat mak dan abah..amin.."

Saturday, October 24, 2009

Hidup tidak selalunya indah
langit tak selalu cerah
suram malam tak berpinta
itulah lukisan alam
begitu aturan Tuhan...

Begitulah hidup kita sebagai hamba, takkan selamanya mudah. Pasti ada ranjaunya. Terpulang pada kita bagaimana untuk menghadapi ranjaunya. Terimalah sesuatu ujian itu sebagai tarbiyah dari Allah. Berdoalah, bermunajatlah kepada Allah. Mudah-mudahan yang susah menjadi senang. Yang senang bertambah-tambah mudah pula kerjanya. Begitulah fitrah kita sebagai hamba, tak lepas dari pengharapan kepada Allah s.w.t.

"Kita tidak akan merasa satu bebanan yang berat sekiranya kita bekerja dalam jemaah"

Quote ini memang cukup lazim dalam kalangan pelajar-pelajar pengajian agama. Memang tak dapat dinafikan lagi. Saya sendiri pun pernah mengalaminya. Bezanya hidup ini jika kita berjemaah dan tidak. Pabila bekerja dalam jemaah, yang susah dikongsi bersama dan yang mudah dirai, dijinjing bersama. Tiada istilah "kau kau, aku aku". Hati terasa kuat untuk terus melaksanakan kerja-kerja lillahi ta'ala. Kerana itulah kita memerlukan teman, suka duka dikongsi bersama.

"Kenapa perlu ada usrah? Itukan tradisi zaman sekolah?"

Usrah ini bukan tradisi tetapi sunnah Rasulullah. Rasulullah memulakan tugas dakwahnya dengan mengadakan halaqah usrah di rumah Arqam bin abi al-Arqam. Oleh itu, sekiranya kita terlibat dalam mana-mana halaqah usrah, kita sebenarnya sedang menghidupkan salah satu sunnah Rasulullah. Setelah bertahun-tahun menjebakkan diri dalam halaqah usrah, saya dapati bahawa usrah merupakan medium terpenting yang dapat membentuk kefahaman Islam dan sahsiah dalam kalangan ahlinya.

Hal ini kerana pendekatan secara halaqah usrah ini mempunyai keahlian yang lebih kecil dan penumpuan seseorang naqib terhadap anak-anak usrahnya itu lebih dekat. Dengan itu, kefahaman lebih mudah dibentuk dan dijana. Di samping itu, pelbagai soft skill yang dapat diserapkan seperti skill speaking, interrupting dan sebagainya. Segala skill ini akan diperoleh secara praktikal. Oleh itu, kita tidak boleh memandang usrah sebagai satu bentuk pengajian yang kuno dan jumud.

"Apa hasilnya yang akan kita peroleh daripada usrah?"

  • kefahaman
  • keberanian
  • persaudaraan fillah
  • kekuatan
  • mudah menerima kebaikan dan menolak keburukan
Secara konklusinya, hidup kita ini sememangnya sarat dengan ujian. Terpulang pada kita bagaimana untuk menghadapinya. Saya memilih hidup dan bekerja dalam jemaah (bersahabat biar seribu) kerana saya yakin disitulah adanya rahmat Allah. Bila lemah, saya luahkan pada sahabat, secara tak sengaja saya rasa kuat semula. Bila diadu akan kesedihan, terasa berkurang derita di jiwa. Itulah penangan sahabat seusrah, sejemaah buat diri saya. Merekalah sumber inspirasi, sumber kekuatan, mudah-mudahan diri ini terus istiqamah...amin.

Friday, October 23, 2009

Untukmu ad-Deen...

alhamdulillah.Minggu ini dapat juga kaki ini melangkah pulang ke rumah, baiti jannati. Terasa ringan bahu pabila kaki mengorak masuk ke ruang istirahah penuh kedamaian ini. Rasa tenang menud=suk kalbu dek baitul muslim yang tersergam indah ini. Terasa indahnya kehidupan bersulamkan pengabdian yang jitu kepadanya. Sekurang-kurangnya, pabila pulang, rehatlah sedikit mindaku yang sering ligat berfikir, kadang-kadang berfikir pada perkara yang masih tidak jelas.

Mungkinkah saya ini seorang yang futuristik? Mungkin juga..Namun, insan setahun jagung seperti saya ini masih perlu menimba ilmu sebanyak mungkin bagi melancarkan segala gerak kerja yang ingin direncanakan. Saya mesti terus berdoa kepada-Nya mudah-mudahan nusrah-Nya mengiringi usaha saya dan sahabat-sahabat ke arah pembinaan biatan salihatan fi ardhina IPRM.

Ya! memang benar Allah itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Secara tidak sedar beberapa talian hayat telah menjengah untuk saya dan sahabat-sahabat gunakan. Pada hemat saya, ianya bergantung kepada keiltizaman kami melaksanakan tugasan sebagai khalifah di bumi ini. Bila mana Allah s.w.t. turunkan nusrah-Nya, maka perlulah kami garabnya dengan berusaha sebaik mungkin. Ya Allah, jadikanlah kami hamba-Mu yang bersyukur dengan melaksanakan segala perintah-Mu dan berusaha sedaya mungkin memartabatkan agama yang diredhai-Mu.

Di sini ingin saya gariskan beberapa tanggungjawab yang perlu kami laksanakan sebagai langkah awal mengislahkan bumi tarbiyah kami:
  • mantapkan Sharing Is Caring (SIC)
  • mengimarahkan musalla/balai Islam
  • menghidupkan program-program musalla
  • memelihara ukhuwwah antara satu sama lain
  • merencana program-program ke arah pembinaan mujtama' muslim IPRM untuk semester seterusnya
Mudah-mudahan apa yang telah dirancang ini dipermudahkan-Nya. Kami juga berdoa moga2 hati kami thabat dan istiqamah dalam gerak kerja ini.

"Faiza 'azamta fatawakkal 'alallah..."

Saturday, October 10, 2009

musafir cinta: Kembara Ilmu

salam..

rindu terubat..walau bukan si dia yang kutemui..benarlah apa yang dikatakan, kadang, bila kita dambakan sesuatu, Allah ganjarkan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Hari ini, aku dikurniakan kudrat dan nikmat untuk mengorak langkah ke Shah Alam, satu tempat yang pernah kuperhalusi biah solehahnya dek suasana tarbawi di masjid sekitar UiTM dan surau kolej Mawar itu sendiri.

Sempat juga aku bertandang ke wakaf PF di PKNS, meninjau-ninjau buku-buku ilmiah di situ. Selalunya aku tidak sekadar bertandang, pasti ada yang kucapai untuk ia menjadi hak mutlakku..Kali ini Risalah Ta'alim menjadi sasaran!!!

Hajat asalnya aku ke UiTM ingin bertemu dengan sahabat seperjuangan, Nurisma Shaheeda. Alhamdulillah, dalam perancangan untuk pulang, aku turut berpeluang bertemu dgn naqibah usrahku. Kebetulan pula, aku di stesen bas sek 17, manakala kak **** pula sedang mengendalikan program di INTEC, dekat sangat...

Sempatlah kami berkongsi perkembangan diri masing-masing. Kak **** terus rancak dengan program tarbiahnya. Untuk tidak melepaskan peluang keemasan ini, aku mengajukan soalan serta bertanyakan pendapatnya tentang keadaanku sekarang.

Antara isu yang menjadi perbualan kami adalah seperti berikut:
  • Kepentingan Sharing Is Caring dalam pembentukan mujtama' muslim.
  • Pelaksanaan SIC yang berkesan semestinya memerlukan tadhiyah dan mujahadah yang tinggi.
  • Kelangsungan program tarbawi ke arah melahirkan kader-kader dakwah untuk menyebarkan fahaman Islam berlandaskan fikrah yang tepat dan jelas.
Bunyi macam hebat, padahal bagiku ini adalah isu-isu normal yang sepatutnya menjadi perkara pokok dalam usaha pembentukan sebuah masyarakat muslim yang soleh dan musleh, insyaAllah. Hal ini demikian sejajar dengan matlamat kejadian manusia di muka bumi ini iaitu sebagai khalifah dan hamba yang tunduk patuh pada ajaran Allah s.w.t.

Kenapa sebagai khalifah?

Setiap muslim perlu sedar hakikat kehidupannya di muka bumi ini. Kita bertindak selaku khalifah yang bakal memakmurkan bumi ciptaan Allah ini. Akal kurniaan Allah haruslah dimanfaatkan semaksima mungkin untuk menjalankan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kelebihan-kelebihan yang ada pada diri perlu dihalakan pada jalan yang benar.Gunakanlah ia bagi melaksanakan tuntutan amar makruf dan nahi mungkar.

Kenapa sebagai hamba?

"Sesungguhnya tidak Kami ciptakan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah kepadaKu"

Itulah tujuannya kita dihidupkan. Kita perlu sedar bahawa segala yang ada di langit dan bumi ini hanya pinjaman dari Allah yang bersifat sementara. Dunia ini adalah ladang untuk kita semai dan suburkan untuk dibuat bekalan ke akhirat kelak. Maka, sebagai hamba kita perlu akur dengan ketentuan Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.

Atas keperluan inilah, proses tarbiyah amat penting dan menjadi asas pembentukan syakhsiah muslim. Oleh kerana itu, wujudlah perbincangan-perbincangan ilmiah seperti yang di'bold'kan di atas.

Seperti biasa, kalam kak **** tak pernah sunyi dek nasihat dan peringatan...

"dlah jangan cepat give up,ea"
"dlah kena jadi kuat,kerana tidak dinamakan sesuatu itu sebagai perjuangan jika segalanya
mudah"
"pemimpin kena bijak"
"dan yang paling penting, kembalilah kepada Allah dalam setiap keadaan. Moga nusrah-Nya
mengiringi usaha kita.."

Itulah kalam yang sarat dengan inspirasi...syukran Ya Allah..Alhamdulillah...

Tidak lama selepas itu, kami terpaksa berpisah dek komitmen masing-masing pada tugasan yang lebih aulawiyatnya. Moga dapat bertemu lagi kak ****...uhibbuki fillah.

Friday, October 9, 2009

Mujahidah cintaku...

kurindu pada si dia, pemangkin mujahadah diri mengecapi redha Ilahi...Ya Allah, pertemukanlah kami dalam redha-Mu..Aku merindui dan menyayanginya kerana-Mu..Moga hatinya milikku dan hatiku miliknya...

Tiada sahabat seindah dirinya yang pernah kutemui..mutiara suci menitis mengenangkan tadhiyahnya pada sebuah perjuangan, menegakkan syiar yang kian luput...Ya Allah, kau rahmatilah dirinya..Kau tenangkanlah gerak langkah kaki dan jiwanya...

Hati ini terlalu merindunya...Jarak yang jauh ini tidak sesekali menjauhkan aku apatah lagi membuatkan aku bertindak kejam melupainya..Duhai sahabat, kenang daku dalam doamu..Aku ingin sekali bertapak dalam bait doamu kerana itulah lambang ukhuwah kita yang tak pernah luntur..uhibbuki fillah...

dalam riak wajah terselit 1001 janji yang termetri demi sebuah perjuangan suci, insyaAllah...
Ya Allah, kuatkanlah rabithah hati antara kami...

bingkisan buat muslimah, srikandi gemilang..

Kupetik bingkisan ini dari kenalan alam maya untuk dikongsi bersama sahabat-sahabat muslimah yang dikasihi...

Bismillahirrahmanir rahim..

wanita...
kau hiasan duniawi, pendamping di sisi di kala sepi
sesuai dengan penciptaanmu
hadir saat Adam memerlukan
dirimu punya tarikan
pujukanmu menundukkan. .kernamu,
Adam diturunkan ke bumi.

dunia yang hadir hari ini seolah2 tidak menyayangimu
kau menjadi semut putih di tengah2 ribuan semut hitam
pabila kau menjadi muslimah yang sejati
situasi yang menjadikan semua ini..

namun kau perlu tabah.
apa yang ku lihat sama dengan apa yang kau lihat
jika kau rasa ingin menarik, kami akan rasa lebih tertarik..

ke atas mu bukan hanya untuk menutupi
bahkan untuk melindungi
ruang fitnah itu tajam
perihatinlah kepada diri sendiri
perihatinlah kepada mata2 yang melihat
kau bukan hanya akan membinasakan diri
lebih ldari itu akan membinasakan orang lain.

sabda Rasulullah dalam sebuah hadis sahih yang bermaksud:

"Daripada Abu Hurairah telah berkata, Rasulullah bersabda: Ada dua golongan ahli neraka yang aku tidak sempat melihat perbuatan mereka iaitu satu kaum yang memiliki cemeti seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia. Golongan kedua ialah wanita-wanita yang berpakaian tetapi telanjang. Mereka bergaya dengan lenggang lenggok untuk memikat lelaki, bila dipujuk senang mengikut, kepala mereka didedahkan dan dihias bagaikan goh2 unta. Wanita2 tersebut tidak dapat masuk syurga, bahkan tidak dapat menghidu baunya walaupun bauan syurga itu didapati dari jarak seribu tahun perjalanan."

Sunday, October 4, 2009

usrahku, sahabatku,buah hatiku...

alhamdulillah..diri ini ingin benar menzahirkan rasa syukur buat Pemilik Cintaku..Dia telah mengabulkan doaku untuk aku kembali mengecapi nikmat berhalaqah. Tikar solat balai islam menjadi saksi kami berempat..

"alhamdulillah, puas hati ana, dan ntunna pun mesti puas kan?" ucapku pada sahabat-sahabat.

Mana tidaknya. Sudah sekian lama hati-hati kami kosong setelah meninggalkan madrasah ramadhan dan halaqah usrah sebelum kaki menjejak ke IPG. Walaupun berbekalkan beberapa sumber rujukan dan bahan usrah, kami tetap beriltizam untuk meneruskan sunnah Rasulullah ini.

Pada kami, USRAH TUNJANG TARBIYAH. Diri kami terlalu inginkan tazkirah buat peringatan pada hati yang kian keras. Diri kami ingin meluahkan segala persoalan serta permasalahan yang timbul di dalam benak nurani ini. Diri kami terlalu ingin mencurah kasih pada insan bernama 'sahabat' yang terjalin atas dasar ukhuwwah Islamiyyah fillah.

Maka halaqah ini menjadi medan kami mendidik hati dan jiwa, melontarkan serta menyelesaikan masalah serta mencurah kasih pada yang berhak menerima. Sahabatku, buah hatiku. Rasa terubat rinduku pada sahabat-sahabat yang kejauhan apabila insan baru muncul. Walau baru kenal, kami seperti sudah saling memahami, mengenali dan sudah banyak pengalaman bersama..besarnya kurniaan Allah..alhamdulillah.

Banyak juga perkara yang dibincangkan. Dari situ aku dapat mengkaji fikrah sahabat-sahabatku. Hebat-hebat juga fikrah mereka. Ada di antara mereka yang amat jelas tentang konsep dakwah dan tarbiyah. Ada yang jelas tentang konsep ukhuwah dalam berjemaah dengan menyatakan ithar (mendahulukan sahabat melebihi diri sendiri) itu adalah tahap tertinggi dalam sesuatu persahabatan.

Diriku terasa lebih kuat dengan adanya sahabat-sahabat seperti mereka, yang sedia bersama-sama menghadapi susah dan senang bersama. Benarlah kata orang, sahabat untuk ketawa mudah dicari tetapi sahabat yang sudi berkongsi segala suka dan duka itu sangat-sangat sukar ditemui.

"Ya Allah, aku pohon pada-Mu moga sahabat yang kutemui ini menjadi sahabatku di dunia dan akhirat, membimbingku ke jalan yang diredhai-Mu..Ikatlah hati-hati kami di atas jalan juang ini demi menegakkan kalimah-Mu, Ya Allah..."

Alhamdulillah...mudah-mudahan inilah 'starting point'nye..Thabatkanlah hati-hati kami, Ya Allah..

Sahabatku, uhibbukunna fillah...

Thursday, October 1, 2009

Kalimah Cinta Buat Diriku...

Ya Allah..penatnya!!!

Hanya itu yang terlafaz tika diri tidak tegar lagi menahan ujian-ujian yang mendatang. Hatiku yang masih bersalut iman yang sekelumit cuma atau mungkin hanya sisa-sisanya memujuk nafsuku yang kian memberontak...

"Ya Allah, hanya Engkau yang mengetahui apa yang tersirat di sebalik apa yang telah berlaku padaku.."

Ya...mungkin aku terlalu leka hingga lupa padaMu. Ya, mungkin itulah puncanya. Pabila diri mula menyingkap amal-amal setelah tamatnya sesi madrasah ramadhan, terasa jauh pula dari-Nya.

Itulah, bila hati jauh dari Allah, ia pasti sakit. Sakit yang sukar dicari penawarnya melalui hiburan-hiburan melainkan kita kembali pada-Nya, merintih,memohon ampun atas kelalaian sebagai hamba yang sering alpa.YA!Kembali pada-Nya!!!

Telah kutahu resolusi kepenatan serta keraguanku. Namun, hati ini jarang bersyukur.

"Wahai hati, dengarlah nasihat imanmu, janganlah kau degil. Dunia dan segala isinya hanya pinjaman seketika. Suatu hari nanti pasti segalanya akan ditarik termasuklah nyawamu. Tiada apa yang dapat membantumu kelak melainkan amal-amal yang kau ikhlaskan kerana-Nya"

"Duhai hati, kau tiada hak untuk membenci saudaramu. Kau tiada hak untuk memarahi saudaramu. Kerana kau harus sedar bahawa manusia itu tidak Allah jadikan sempurna. Pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Segala yang tidak kau relakan yang ada pada dirinya, cubalah untuk membetulkannya. Jika kau terasa lemah, kau pohonlah pada Si Dia yang Maha Mengetahui segala penyelesaian. Kau harus sedar bahawa segalanya tidak akn berubah melainkan dengan kehendak Si Dia, Pemilik Cintamu"

"Wahai diri, sabar ye sayang. Allah tidak memandang pada hasilnya. Tetapi Dia memandang pada tegarnya semangat mujahadahmu menangkis hasutan nafsu dan syaitan. Peliharalah hatimu, moga ia bersih dari penyakit hati, yang sudah pasti akan Allah gandakan jika ia tidak dirawat dengan ramuan taubat dan insaf.Sabar ye sayang..Allah tahu apa yang Dia takdirkan untukmu dan apa yang terbaik buat dirimu."

"Sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar....."