Pages

Friday, July 29, 2011

Khutbah Rasulullah di Akhir Sya'ban

Pulang ke rumah merupakan suatu kepuasan apabila diri rasa terbeban. Terbeban dengan tanggungjawab dan perkara-perkara mendatang. Sebenarnya, tak baikkan merasa tanggungjawab sebagai sesuatu yang membebankan, sedangkan ianya adalah kunci untuk kita memperluas skop ibadah kita. Menjadikan tanggungjawab sebagai kunci ibadah memang sesuatu yang sangat menguntungan, ibaratnya menjadikan ia tiket ke syurga. Fitrah manusia, ada kala rasa bersemangat, membara, tapi ada juga kalanya diri ini rasa lemah, tak bersemangat dan memerlukan sinergi dari insan-insan tersayang terutamanya dari mak dan abah yang kasih sayangnya lahir sebelum diri saya dilahirkan lagi.

Maka, saya pun pulanglah ke rumah walau hanya untuk seketika. Satu perkara wajib dalam agenda Sabtu buat keluarga saya iaitu menghadiri Kuliah Ustaz Mutalib di Madrasah an-Nahdhoh. Terasa seperti berada di Rusila dan Pulau Melaka apabila menghadirinya. Umat islam pelbagai peringkat umur berpusu-pusu hadir ke kuliahnya untuk menuntut Ilmu Allah dan Hikmah-NYA yang Maha Luas. Tajuk pada pagi ini sangat menarik apabila Ustaz Mutalib mengulas khutbah Rasulullah s.a.w. di akhir bulan Sya'ban yang diriwayatkan oleh sahabatnya, Salman r.a..

"Wahai umat manusia, kamu sedang dinaungi bulan yang besar kemuliaannya, satu bulan yang penuh keberkatan, yang didalamnya lebih baik dari seribu bulan, bulan yang kuasanya dijadikan puasa sebagai perintah yang diwajibkan, dan selain itu disunatkan solat di malam hari (solat terawih). Barang siapa yang mendampingkan diri kepada Allah dengan segala kebajikan, samalah seperti dia mengerjakan perintah Allah yang diwajibkan di bulan lain. Dan sekiranya ia berbuat perkara yang wajib, samalah seperti 70 kali dia melakukan perkara wajib tersebut. Bulan Ramadhan merupakan bulan kesabaran, tiada balasan kepada mereka yang bersabar melainkan syurga. Bulan di mana masing-masing bersedekah, memberi bantuan dan Allah akan menambah-nambah rezeki buat mereka yang beriman. Barang siapa yang menjamu orang puasa untuk berbuka maka, dosanya akan diampunkan dan menjadi penebus daripada azab api neraka dan akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa tanpa dikurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa itu. Bulan Ramadhan itu awalnya dipenuhi dengan rahmat, pertengahannya keampunan dan di akhirnya dipenuhi dengan penebus dari azab api neraka. Barang siapa yang meringankan kerja khadamnya, akan diampunkan dosanya & dibebaskan dari api neraka. Banyakkanlah berbuat 4 perkara di bulan Ramadhan. 2 daripadanya untuk mendapatkan keredhaan Allah dan 2 daripadanya sangat-sangat perlu kamu lakukan. 2 perkara untuk mendapat redha Allah adalah banyakkan tasyahud (asyhadu anla ilaaha illa Allah, wa asyhadu anna muhammadan Rasulullah/ Laa ilaaha illa Allah) dan banyakkan istighfar ( astaghfirullahal 'adzim). Dan dua perkara yang kamu sangat perlu lakukan ialah banyakkan memohon agar masuk ke syurga dan berlindung dari azab api neraka."

Mulianya bulan Ramadhan. Pelbagai kelebihan terkandung di dalamnya. Maka rugilah jika kita mensia-siakannya. Saya sangat bersyukur kerana menerima peringatan ini. Ia menyejukkan hati saya yang sedang kabut dengan pelbagai perkara yang saya sendiri kabur akan kepentingannya. Maka bersyukurlah dengan nikmat Ramadhan yang Allah kurniakan. Manfaatkan ia untuk menenangkan hati yang kabut. Amalkan tasyahud dan tahlil serta istighfar yang berpanjangan. InsyaAllah, yang sia-sia akan pergi meninggalkan kita, ketenangan akan menyelimuti hati maka nikmat beribadah di bulan penuh kemuliaan ini dapat dihadapi dengan penuh rasa kehambaan. Indahnya bulan Ramadhan, penuh dengan rahmah dan maghfirah Allah. Sebagai hamba, pastinya saya mengimpikan hari-hari terbaik untuk dilalui. Saya mengimpikan madrasah Ramadhan ini bakal melahirkan Adilah seperti mana namanya dan harapan ibu bapa padanya. Saya mengimpikan diri saya yang tekun di atas trek yang telah ditetapkan oleh-Nya sebagai hamba dan khalifahNYA.

Ya Allah, jadikanlah diriku, insan terbaik produk Ramadhan kali ini. Andai ini Ramadhan terakhirku, maka Kau peliharalah diriku dari segala kejahatan dan kelalaian. Ampunkan dosaku dan berilah petunjuk kepadaku. Moga aku hamba yang tidak jemu mengejar redha-MU. Amin.

No comments:

Post a Comment

persepsi anda...