Tahniah buat pasukan Malaysia atas pencapaian gol 3-0! Kemenangan yang nyata hebat, dengan izin Allah s.w.t. Kemenangan itu harus dipost-mortemkan, apatah lagi kemenangan tersebut adalah kemenangan sebuah 'negara Islam'...em, negara islamkah??? Banyak pula pendefinisiannya..
Sebenarnya bukan itu perkara pokok yang ingin saya kongsikan di sini. Sekadar meraikan kemenangan pasukan kita. Sedikit-sebanyak menyubur minat pada sukan 'TOP' abah & brothers di rumah. Sedar tak sedar, sesi persekolahan bakal menjengah. Tak sampai seminggu pun lagi. Kebetulan hari ni berkesempatan sekeluarga membeli barang-barang persekolahan. Maasya-Allah, ramainya manusia..terlupa pula hari ni hari minggu.
Saya dan adik-adik, masing-masing ada agenda tersendiri. Masing-masing dah siap dengan list barang-barang yang diperlukan. Sambil berjalan-jalan, sambil melihat telatah orang ramai. Masing-masing sibuk membeli keperluan sekolah..beg sekolah, kasut sekolah, stoking skolah..semua yang berkaitan dengan sekolah lah..
Sampailah ke fasa pembayaran. Terkedu saya apabila melihat jumlah pembayaran mencecah 3 angka dan pada saya ia satu perbelanjaan yang agak tinggi. Minda berfikir dan merenung sejenak. Susahnya mak abah membesarkan anak-anak. Tanggungjawab mereka galas sebaik mungkin untuk menyediakan kelengkapan dan suasana kondusif untuk akademik anak-anak. Itu mak abah yang punya 5 anak, bagaimana pula dengan mereka yang punya belasan anak? Allah, pasti botak kepala bila sesi sekolah bermula.
Bukan mudah menyara anak-anak, ditambah lagi dengan kerenah anak-anak yang jarang sekali memahami kondisi kemampuan mak ayah. Betapa tinggi sifat sabar dan sayang mak abah pada anak-anak. Tidak dirasa kekurangan dalam dakapan kasih sayang mereka. Jarang sekali anak-anak mengetahui permasalahan mak abah. Segalanya disimpan rapi, diselesai sesama mereka di sebalik tabir anak-anak. Itulah mak abah..
Disebalik pengorbanan itu, sebenarnya terselit harapan yang menggunung, semoga anak-anaknya berjaya hingga ke menara gading dan balik semula berbakti kepada kedua mereka. Di sini, boleh kita selitkan persoalan buat diri sendiri;
Ya Allah, selama 19 tahun aku bersama ibu bapa, apa ya yang aku telah lakukan untuk membalas jasa mereka?
Berapa kali telah aku hancur luluhkan harapan mak abah?
Apa yang telah aku lakukan buat bekalan mereka ke akhirat kelak?
Anak-anak sebenarnya merupakan saham ibu bapa untuk mereka ke syurga. Kerana itulah ibubapa bersusah-payah mendidik anak-anak, memberi pendidikan & keperluan yang sempurna, mudah-mudahan anak-anak inilah yang akan membantu di akhirat kelak.

..abah, mak, & adik-adik..
Sahabat-sahabat..
Itu dipihak ibu bapa. Kita bagaimana? Sejauh mana kita menilai pengorbanan dan layanan ibu bapa terhadap kita. Cuba fikirkan, bila tiba sahaja musim persekolahan, sibuklah mak ayah mencari duit untuk memberi yang terbaik buat kita. Mungkin mak ayah kita bukanlah dalam kalangan mereka yang cemerlang dalam pengajian, tapi kita kena sedar, mereka meletakkan harapan pada kita supaya mereka dapat merasai kejayaan darah daging mereka. Allah, tiada ibu bapa yang tak mendambakan kejayaan anak-anak. Sama-samalah kita beriltizam untuk melahirkan kegembiraan mutlak buat mak abah tersayang.
Sahabat-sahabat,
Di samping itu, jangan sesekali kita putuskan doa buat mak abah. Tahukah kita bahawa doa mereka untuk kita tak pernah putus? Ya, tidak pernah putus.. Betapa mak abah menyerahkan kita kepada Allah untuk dijaga, dipelihara dari sebarang nista dunia. Begitu jugalah kita. Cinta kita adalah mak abah kita. Serahlah cinta kita dan pohonlah agar CINTA ALLAH sentiasa memelihara mak abah kita. DIA yang MAHA MENGETAHUI segala sesuatu. Sahabat-sahabat, doa anak yang soleh kepada mak abahnya takkan sesekali putus, terus sampai kepadaNYA..
Sama-samalah kita menghargai setiap saat pemberian Allah untuk kita merasai & menikmati nikmat kasih sayangNYA menerusi kasih sayang mak & abah kita.
[TAFSIRLAH segala sesuatu yang berlaku di sekelilingmu. Pasti kauakan kembali kepadaNYA]

No comments:
Post a Comment
persepsi anda...